Ragbi 2 kupang

Rupaku Bagaikan Bola Ragbi

” Jauh disudut hati sedih rasanya menonjolkan diri, begitu zalim sekali mereka yang tangan gatal mengenakan aku hingga cacat tidak seperti rupa asalku “.

Kalau sekiranya sekeping duit 20 sen boleh berkata kata sudah pasti sedikit sebanyak rungutan yang didengari hampir sama dengan apa yang duacongkak tuliskan diatas.

Cara mana perbuatan manusia yang miliki tangan gatal sama sekali tidak pasti. Apakah menggunakan hammer lalu diketuk hingga berubah wajah..? Rasanya tidak mungkin.

Atau menggunakan mesin dengan masukkan kedalam roller seperti mesin getah lama dulu dulu…?

Atau juga dilenyek oleh steam roll…?

Tidak pun diletakkan atas landasan keretapi.

Huh…Apa pula yang merepek sangat ni…jom tengguk rupa duit syiling 20sen/2 kupang yang dimaksudkan.

 

Ehsan dari adikku untuk tatapan semua…

 

Sedih…dah jadi macam bola ragbi, lonjomg. Hanya tinggal sedikit kesan yang menandakan sekeping syiling ini adalah duit dengan nilai 20sen. Tahun cetakan pun sudah tidak kelihatan juga rupa parlimen.

Memang kretif tangan gatal ini. Kalau ketuk dengan hammer tidak mungkin boleh jadi lonjong. Atau mungkin disepuh terlebih dulu..? Ketebalan syiling kurang sedikit dari duit biasa. Apa pun hanya tangan gatal dapat berikan penjelasan bagai mana dia lakukan hingga duit ini berbentuk ragbi.

Apa pun simpannnnn…dulu

 

Duit Syiling Gerhana

Tajuk diatas buat sendiri. Jangan marah.

Mengapa duacongkak mereka dengan nama DUIT SYILING GERHANA sedangkan belum pernah bloger atau para kolektor lama menyebut atau mengeluarkan tajuk seperti diatas. Malah buku rujukan juga tidak mengeluarkan tajuk sesuka hati dan hanya beberapa katogori saja yang menjadi buruan hingga nilainya terus meningkat.

Duacongkak sendiri sedar dan mungkin juga ada diantaranya berkata blog duacongkak adalah blog merapu yang boleh merosakkan. Harap maaf kepada otai otai yang lebih senior dari duacongkak.

Mari kita lihat yang dikatakan duit gerhana tersebut.

pic 1

 Duit Syiling 10 sen ini ditempa pada Tahun 2006.

Yang paling kiri adalah duit syiling yang tiada sebarang kecacatan.

Syiling disebelahnya pula kelihatan separuh darinya agak gelap disebabkan oleh perubahan warna pada duit tersebut. Apa yang menyebabkan boleh belaku begini duacongkak tidak pasti. Yang jelasnya bahagian muka terbahagi dua dengan sebahagian gelap dan sebahagian lagi kekal dengan keadaan duit syiling biasa.

Bagi syiling ke tiga dari kiri pula warnanya pudar hingga hampir keseluruhan duit. Hanya tinggal sedikit saja lagi masih kekal dengan kilauan asal.

Syiling yang paling kanan pula kembali pada coin biasa dengan kilauan asal tanpa sebarang perubahan. Maka jadilah dia DUIT SYILING GERHANA.

Kita lihat bahagian kedua.

pic 2

 Bahagian belakang ini hanya diterbalikkan saja dan kita dapat lihat duit syiling yang dikatakan gerhana itu. Kalau kurang jelas gambarnya maka duacongkak cuba terangkan serba ringkas. Pada gambar pic 1 terdapat dua syiling yang berubah warna tapi pic 2 hanya satu saja kelihatan ada sedikit perubahan warna, iaitu bagi syiling ketiga untuk pic 1 dan bila diterbalikkan kedudukannya menjadi yang kedua dari kiri.

Duacongkak tidak berani komen sebab apa duit ini boleh jadi begini. Hanya sekadar berkongsi dan menjadikan koleksi serta mahu lihat apa akan terjadi dimasa akan datang. Apakah dia akan kekal atau terus berubah.

Susunan seperti kejadian Gerhana Bulan yang dapat kita lihat.

Mohon maaf sekali lagi kepada semua para kolektor…!!

 

RM 50 special error

Mari lihat error note RM50

Kepada sesiapa yang pernah lihat atau ada menyimpan keluaran yang hendak disisipkan ini, duacongkak berharap, dapatlah sekiranya kita kongsi bersama untuk rakan rakan yang lain.

Note RM 50 ini diperolehi semasa pengeluaran duit dari dinding Maybank Pontian. Sudah pasti duitnya tulin dan asli, bukannya palsu. Duit ini juga bukan datang dari RAJA BUNIAN, MISTIK, SEDUT DUIT atau PEMUJAAN.

(Di Pontian ada nama Kampung Sri Bunian)

pic 1/3

Rupa bentuk duit siri ke 11 BNM dengan siri nombor prefix RZ 7 0 4 8 3 0 4. Bahagian ini tiada errornya dan mari kita lihat dibahagian hadapan pula.

pic2/3

 Lihat bahagian muka depan, sekiranya kita tidak teliti dengan betul, ternyata tiada apa apa yang istimewa duit ini. Sama saja dengan siri duit yang lainnya. Jika dibuat belanja, sudah tentu duit ini kekal dengan nilai RM 50 sebab, Bank Negara Malaysia sudah tetapkan nilainya dan taukey taukey juga tahu note ini RM 50. Tanya budak budak sekolah tadika pun mungkin mereka tahu nilai duit ini RM 50. Tapi…

Cuba lihat pic 3/3 ini pula.

pic 3/3

 Lihat pada tanda nilai RM 50 dibahagian tengah, bolehkah anda perasan kecacatan pada duit ini. Perhatikan pada huruf ” O “, apa yang terjadi dan cuba bandingkan dengan duit RM 50 yang lainnya. Adakah sama…? tapi

Dimanakah selalu kita boleh dapat lihat tulisan ‘ O ” putus ditengah seperti ini..?

Duacongkak nilaikan duit ini sebagai ‘ cacat ‘ kerana tidak pernah lihat sebelumnya. Bagaimana pula dengan kolektor lain..apakah bersetuju dengan apa yang duacongkak katakan. Kalau boleh berikan nama sebenar kecacatan ini…

Simpan dulu…!!

 TQDC

 

 

Duit Error

Salam semua…duacongkak masukkan pula duit error RM 10 sebagai menambah koleksi yang ada. Duit RM 10 ini ditanda tangan oleh Tan Sri Dato’ Seri Ali Abul Hassan bin Sulaiman siri ke 10 (t/tangan tengah).

duit error siri 10

   Bah belakang

Apa yang hendak diperjelaskan adalah lihat pada bahagian anak panah.  Anak panah  ‘ a ‘ dan ‘ b ‘ menunjukkan kedudukan potongan duit tersebut hampir mengenai titik dan juga tanda nilai ringgit ( 10 ). Begitu juga pada bahagian bawah dimana, anak panah ‘ c ‘  menunjuk-kan keadaan FRAME lebih besar dan luas yang menyebabkan kedudu-kan gambar lebih keatas.

duit biasa dilihat

duit biasa diguna

Dua gambar diatas pula adalah contoh duit biasa kita lihat dan gunakannya. Duit ini juga adalah siri ke 10 sama dengan duit error. Cuba bandingkan kedua duanya dimana, duit contoh ini kelihatan FRAME hampir sama besar. Begitu juga dibahagian belakang, kedudukan tanda ‘ 10 ‘ ditengah tidak sebagaimana kedudukan duit error yang agak terlebih keatas. Juga nombor sirinya juga berbeza kedudukan dengan nombor siri duit error. Itu saja yang dapat diper-jelaskan. TQDC