10) Setem China

Siri setem Negara China yang belum diguna / mati setem / cop.

Siri Harimau keluaran 1998 (betul ka…?)

 

 

 

Siri setem ini dikeluarkan dalam tiga bentuk seperti dalam gambar. Cerita dan tema pada setem ini tidak pasti kerana duacongkak tidak pandai dalam bahasa Cina. Mungkin ada diantara pembaca yang tahu dan harap agar dapat sama sama berkongsi maklumat. Bagi duacongkak hanya berminat untuk mengumpul saja dan tidak pula mencari maklumat sepenuhnya.

Nak geledah dalam internet almaklum saja…duacongkak tidak terasa malu menyatakan diri ini BUTA ” IT “.

 

9) Setem China

Bendera China.

Setiap negara boleh dikatakan kesemuanya mengeluarkan Setem dengan bertemakan Negara masing masing. Begitu juga degan Negara China, Pernah mengeluarkan Setem yang berbentuk bendera. Cuma tidak pasti bila dikeluarkan kerana info untuk setem ini tiada. Bagi duacongkak hanya mengumpul dan menyimpan saja dan tidak pula mencari infonya…jangan marah.

Setem setem ini disimpan hampir 10 tahun didalam album dan tidak pernah dibuka hinggalah muncul blog, baru semua album dibongkar. Dari terbiar dalam album tiada siapa yang lihat lebih baik dimuatkan dalam blog. Sekurang kurangnya koleksi yang ada dapat dilihat orang dan menjadi kenangan untuk jenerasi duacongkak sendiri juga peminat peminat.

 

Setem bendera ini mungkin tidak cukup setnya dan duacongkak sendiri tidak pasti berapa jumlah kesemua sekali. Hanya 6 siri saja yang ada dalam simpanan dengan setiap satu nilai berbeza. Kesemua setem ini telah diguna pakai dan dimatikan. Bagi pengeluaran yang berikut baru duacongkak keluarkan koleksi siri setem yang baru dan belum diguna.

 

8) Setem China

 

Dimuatkan pula setem setem lama dari Negara China dalam pelbagai bentuk untuk tatapan. Kesemua siri setem ini tidak lengkap setnya tapi sengaja dikeluarkan untuk tatapan pembaca dan juga peminat setem.

 

Selama ini setem yang ada hanya diletakkan dalam album, tapi ada baiknya dipamirkan dalam blog supaya ramai dapat lihat koleksi duacongkak. Bukan hendak bermegah tapi sebagai kenangan saja kerana setem setem ini sudah diguna pakai.

 

 

7) Setem China

Lagi lagi setem China…tak der setem lain ker…? Hehe, saja nak tunjuk koleksi dalam blog ini. Mungkin ramai yang sudah tenguk atau mungkin ramai yang ada lengkap dalam simpanan dan juga mungkin diantaranya belum pernah lihat setem setem lama dari Negara China.

Sesiapa yang ingin berkongsi maklumat berkaitan setem China amat dialu alukan, ini kerana duacongkak tidak banyak info untuk disampaikan.

 

 

Setem setem ini bukan dalam satu siri tapi berbeza beza keluaran juga tahunnya. Apa pun simpan saja buat koleksi peribadi.

 

6) Setem China

 

Setem China tahun 20an

 

 

Used

 

Mint

Dua bentuk setem yang hampir sama. Tapi bila dibuat rujukan ternyata dua siri ini, tarikh keluarannya tidak sama. Gambar bahagian atas dan bawah yang tertera dalam blog ini bukanlah set yang penuh, sebab masih ada lagi siri dengan nilai muka yang berbeza. Cuma duacongkak hanya perolehi apa yang dipamirkan saja. Setem setem ini dikeluarkan pada tahun 20an sebagaimana kita dapat lihat pada cop tarikh yang tertera pada setem hijau/atas.

 

5) Setem China

 

Masih setem lama dari negara China

 

 

 

Ini adalah sebahagian dari siri setem yang dikeluarkan dan ada pada duacongkak. Siri bertemakan kerjaya ini bukan 6 set saja tapi lebih lagi. Yang lebihnya tiada dalam simpanan.

Apa pun duacongkak akan simpan buat kenangan kerana setem2 ini (baru sebahagian yang dikeluarkan) jadi kenangan dari seorang kolektor yang menjual semua koleksinya kerana sudah terlalu tua dan tiada siapa dari waris atau anak anaknya berminat.

Sayangnya waktu itu duacongkak masih belum jadi kolektor numistik, jika tidak banyak duit duit lama berada dalam simpanan dan boleh dipamirkan disini. Barang barang antik juga banyak yang dimiliki sebelum merdeka. Oleh kerana setem jadi kegilaan waktu itu maka setem saja yang disambar dari pelbagai negara terutama setem negara komenwell yang masih belum dimuat dalam blog ini.

# Blog duacongkak tanpa disedari telah menjangkau usia setahun pada 03/02/2011.