Xtra Metal 10cents 2005

Extra Metal lain dari yang lain.

Pertama kali duacongkak mendapat syiling yang mempunyai kelainan istimewa.

mari lihat gambarnya…

Harap maaf, gambar diambil menggunakan scaner dan kurang jelas. Cuba lihat bahagian anak panah putih. Anak panah tersebut menunjukkan bahagian yang dikatakan EXTRA METAL dan melintasi dibawah “tikar”.

Syiling ini ditempa pada tahun 2005. Mengikut rujukan pengeluarannya sebanyak  

 316, 800, 000.

apa pun simpannnnn…

 

Advertisements

silver line

RM10 silver line head error

Apa pulak yang duacongkak mahu tunjukkan ni…

Mari tenguk dulu..

Note RM 10 ini sekali pandang tiada apa apa masalah pun sebab sama saja dengan note yang lainnya. Tapi bila kita teliti dengan memegaag dan melurut “silver line” dari atas hingga kebawah, memang terasa tebal tidak seperti silver line normal. Paling ketara sekiranya kita dapat lihat bagaimana silver linenya langsung tidak menampakkan bayangan merah dikiri kanan bahagian tepi. Yang jelas boleh dikatakan Silver Line ini tampal secara berganda.

Contoh bahagian atas silver line. Tanda Nilai pada angka (1) dimana silver line melenyapkan cap nombor 1. Lurus sahaja. Pada mulanya duacongkak ingatkan note ini duit palsu. Sebab kelainan pada silver line amat ketara seperti ditampal. Setelah melihat dibawah sinar biru ternyata note ini tulin.

Apa lagi…sebagai kolektor belum tegar maka duit ini disimpan sebagai koleksi.

Hmm…layan…

 

20 sen 2008

Coin 20 sen

 
 

 

 

Syiling 20 sen 2008 yang diperolehi hasil tukaran semasa berbelanja, pada mulanya ingatkan satu garisan yang dibuat oleh seseorang dengan menggarit dengan paku atau sebarang benda tajam. Tapi bila diteliti dapati keadaannya seperti semula jadi. Bawa balik dan terus lihat menggunakan kanta pembesar.

Hasilnya dilihat satu garisan yang merintangi nilai 20 bermula dari  ’20’ hingga penghujung ‘A’

Apa pun syiling ini terus disimpan dengan baik memandangkan keadaan masih cantik. Duacongkak tidak tahu apa kategori kecacatan pada duit syiling ini. Tersalah sebut nanti maka ada kolektor yang menegurnya. Lebih baik pamir dan hanya mereka yang arif saja boleh letakkan kecacatan tersebut.

Sorry numis semua…istilah dia tak pandai nak sebut.

 

50 sen Extra Dot

1979 vs 1988

Apa yang dikatakan istimewa itu…?

Mari kita lihat pada gambar yang tertera dibawah ini.

Ketiga tiga keping syiling ini keluaran 1979 (1pc) dan 1988 (2pcs) yang mempunyai ETRA DOT. Mana tempat yang dikatakan EXTRA DOT..?

Cuba lihat pada keratan dimana tahun 1979 EXTRA DOTnya terletak dibahagian bawah bangunan. Bagi tahun 1988 pula terletak dibahagian bumbung.

Oleh kerana syiling ini dikatakan istimewa duacongkak simpan dalam peket supaya tidak hilang dalam simpanan.

 

extra dot

 

Tahun 1979 mintage 5, 361, 146 dan yang EXTRA DOT tidak pasti berapa jumlahnya. Sekali pun tanpa EXTRA DOT, syiling 1979 dikategorikan RARE kerana keluarannya sedikit.

 Tahun 1988 mintage 26, 788, 183 keping dengan EXTRA DOT tidak pasti jumlahnya.

cetakan berganda

 

Syiling 50sen dengan cetakan berganda.

Dulu lain sekarang lain, bila dah tua rasa nak muda, cubalah lihat duit 50sen, cetakan Bank Negara nampak berganda.

Bila tua tak sedaq diri, berlagak muda punyalah perasan, dulu pernah keluarkan sekali, duit 5sen tahun 2008.

Bini tenguk naik meluat, anak anak pula terasa malu, tulisan berganda ini bukan dibuat buat, tak percaya tenguklah dulu.  

  cuba perhatikan tulisan BANK NEGARA MALAYSIA. Pada tulisan NEGARA nampak jelas cetakannya berganda. Apa pun simpan dulu sebab syiling jenis ini mungkin berbeza dari yang lain. Sekali pun cetakan begini berkemungkinan banyak dipasaran samada kita sedar atau pun tidak 

5 kupang 2009

keratan

 dua bentuk keratan menunjukkan keadaan tulisan yang berganda pada cetakan.