Fill Die Error

50sen 2007

Sekian banyak jenis error yang ditemui dan diperbincangkan pada setiap syiling Malaysia, amat jarang dipamirkan berkaitan siling Fill Die Error. Bukannya tidak ada malah sebelum ini pun ada beberapa keluaran pernah diterbitkan dalam blog ini.

Untuk syiling 50sen 2007 ini pun sudah sekian lama berada dalam simpanan duacongkak, cuma tidak berkesempatan untuk dimuatkan dalam blog kerana beberapa faktor yang tidak dapat dielakkan. Senang cakap bila sudah tersimpan dan bercampur aduk dengan syiling lain, maka susah untuk dicari dan dibongkar keluar.

DSC_1105a

Dua gambar diatas dan bawah adalah dari syiling yang sama , cuma bahagian bawah, tanda bulatan biru diletak bagi mempamirkan kedudukan Fill Die Error.

DSC_1105a1   

Tidak semua variety 50sen kita boleh temui jenis Fill Die seperti yang ditunjukkan dalam gambar. Hanya 50sen 2007 sahaja yang kita boleh temui jenis seperti ini.

Mungkin ada diantara pembaca atau pengunjung blog yang pernah terjumpa syiling 50sen 2005 dari jenis Fill Die Error. Untuk pengetahuan semua, bagi syiling 50sen 2005 amat berbeza Fill Dienya dari jenis 50sen 2007 yang diterbitkan ini. Dalam keluaran lain duacongkak akan terbitkan pula Fill Die 50sen 2005 untuk tatapan. 

DSC_1103a

Apa pun layannnnn dulu yang ada.

Advertisements

Ulang tayang DDR 09

Cantik, menarik, tertarik.

Ulang tayang tanpa banyak bicara 50sen 2009 DDR atau Double Die Reverse. Antara salah satu koleksi variety untuk tahun 2009 yang perlu ada pada setiap kolektor syiling Error  dan Variety.

ddo 09 a1

Lihat gambar pada setiap keratan untuk mengenali syiling DDR 2009.

ddo 09 a1d    ddo 09 a1c

Setiap imejnya kelihatan ketara DD nya.

ddo 09 a1b     ddo 09 a1a

pada tangkai dan debunga pun dapat lihat bentuk DD

ddo 09 a1g     ddo 09 a1f

angka 20 hanya sedikit DD berbanding 09 yang lebih jelas bentuk DD

ddo 09 a1e

angka nilai langsung tiada kesan DD 

ddo 09 a1h

huruf SEN kelihatan DD nya.

Hampir keseluruhan variety 50sen 2009 jelas bentuk DD kecuali angka 50.

Apa pun pembaca boleh cuba dapatkan siri ini untuk koleksi peribadi. Apa cara pun untuk dapatkan koleksi ini, pandai pandai sendiri sebab ramai yang tahu caranya yang pelbagai.

TQVM u all

50sen 2014

Hadiah yang istimewa

Sepasang syiling 50sen keluaran 2014 yang pertama diperolehi tapi bukannya hasil baki berbelanja sebagai mana biasa duacongkak kutip dan simpan, tapi kali ini agak istimewa kerana ianya adalah pemberian dari seorang rakan Numis yang sekadar kenali dalam laman sosial Muka Buku.

Tahun 2014 sudah menjejaki bulan Mac tapi sehingga kini duacongkak belum perolehi lagi syiling keluaran 2014 samada dari nilai yang sekecil 5 sen hingga ke nilai 50sen. Dengan adanya hadiah dari rakan ini dapatlah juga dipamirkan dalam blog ini sebagai tanda terima kasih kepada beliau yang dengan ikhlas memberikan kepada duacongkak. Kalau hendak dikirakan, pasti satu hari nanti akan banyak dalam edaran dan mudah ditemui tapi bila pemberian orang tentu ianya agak istimewa. Sekali lagi diucapkan berbanyak terima kasih buat beliau.

in blog 1a

Gambar atas menunjukkan bentuk yang sudah kita kenali untuk nilai 50sen s3M 2014 dimana ianya sama bentuk atau corak dengan syiling sebelumnya bermula 2012 dan 2013.

in blog 1b

Bahagian reverse yang tertera tahun ianya dikeluarkan iaitu 2014

in blog 1d

Bahgian obverse salah satu dari syiling yang diterima siap dengan bajunya sekali. Mungkin tuan dan puan perasan dengan apa yang tertera pada muka depan syiling ini.

in blog 1c

Gambar atas dari syiling yang sama tapi diambil dua kali semata mata untuk dapatkan bentuk yang jelas bila disunting keratannya. 

in blog 1c1

Beginilah keadaan satu garisan yang dapat kita lihat pada permukaan syiling. Ciri cirinya adalah timbul dan bukan berparit. Dari apa yang duacongkak perhatikan, ianya bukan satu garit yang dibuat oleh tangan yang gatal selepas ianya dicetak tapi lebih kepada kerosakan pada acuan itu sendiri. Jenis kecacatan tidak pasti memandangkan ianya adalah kali pertama dilihat, bentuk kecacatan tidak sama dengan Die Crack atau disebabkan oleh benda asing yang terlekat pada acuan seperti apa yang pernah dilihat. 

Memang menarik sekali bentuk kecacatan yang ditemui pada syiling ini memandangkan ianya berlaku pada permukaan berjalur halus melintang. Kepada yang arif dengan proses cetakan akan dapat jawapannya bila ianya terjadi pada bahagian tersebut. Salah satu sebabnya mungkin kerana luka semasa proses pembaikan pada permukaan acuan itu sendiri.

Apa pun pemberian orang adalah satu penghormatan buat kita.

TQVM

50sen s3M

ciri ciri keselamatan

Seperti yang pernah diterbitkan sebelum ini, kita dapat lihat ciri ciri keselamatan yang ada pada syiling 50sen siri ke tiga seperti digambar bawah. Kita boleh lihat bentuk perkataan SEN dan angka 50 pada bahagian obverse apa bila ianya disengetkan kedudukannya. Boleh rujuk semula apa yang pernah duacongkak terbitkan sebelum ini.

2013-11-09 09.41-horz a1

Gambar bawah pula menunjukkan bila kedudukan biasa atau bila syiling dilihat secara tegak atau secara tepat, tulisan dan angka tidak kelihatan dan ianya tersembunyi.

2013-11-09 09.52.10 a1

Mari kita lihat pula syiling yang satu ini dalam kedudukan tegak atau mendatar.  Perkataan SEN dapat dilihat dengan jelas tanpa perlu disendeng atau disengetkan. Keadaan seperti ini amat jarang kita temui dan mungkin tidak banyak dalam edaran. Sebab mengapa boleh terjadi begini, sudah tentu menjadi daya tarikan bagi mereka yang ingin tahu dan sebelum ini duacongkak sudah cuba untuk membincangkannya, tapi hasil atau keputusannya tidak dapat dan duacongkak tidak berani beri ulasan sebab mengapa ianya boleh terjadi. Hanya perkataan SEN sahaja yang kita dapat lihat tapi angka 50 tidak kelihatan. Bila ianya disengetkan baru kita dapat lihat kedua duanya.

DSC_1014a

Gambar bawah adalah keratan dari gambar diatas untuk tatapan dan diambil dalam kedudukan tepat atau syilingnya mendatar diatas lantai.

DSC_1014a1

Kalau tidak percaya, cuba ambil syiling 50sen dan letak diatas lantai atau meja dan lihat secara tepat atau menegak, apakah kita boleh lihat tulisan tersebut dan kiranya tidak dapat dilihat cuba cara lain pula samada disengetkan kepala atau pun dipegang dan disendengkan syiling tersebut. Selamat mencuba.

apa pun satu sudah jadi bahan untuk rujukan atau panduan bagi mencari pasangannya.

Lagi 50sen 2002

50sen 2002 DDR (V3)

Ramai diantara pengumpul duit syiling Error atau Variety tertanya tanya berkaitan 50sen 2002. Terutama sekali untuk membezakan diantara TDR dan juga DDR atau dinamakan sebagai Variety ke 3. Sebelum ini duacongkak telah meletakkan Variety TDR dalam post terdahulu dan kali ini duacongkak ingin pamirkan pula satu lagi Variety yang ada pada syiling 50sen 2002..

DSC_0715a

Mari kita layan dulu gambar yang ada seperti atas dan bawah. Bentuknya hampir sama dengan keluaran biasa atau pun keluaran TDR cuma berbeza pada syiling tahun yang sama diistilahkan sebagai BIG O. Juga telah dipostkan pada keluaran terdahulu.

DSC_0714aa

Kita terus sahaja lihat keratan pada gambar dibawah ini. Dua gambar yang sama dengan tulisan MALAYSIA yang mana sebelah kanannya duacongkak telah tandakan anak panah merah sebagai pengenalan untuk Variety ke 3. Jika dibandingkan dengan TDR, tulisannya kita dapati tiga lapisan tapi sebaliknya bagi siri ini ianya hanyalah dua sahaja. Pada debunganya pula kita boleh bandingkan dengan siri TDR dimana, bagi variety ini ianya kelihatan kecil sedikit tapi tidak sama dengan yang normal atau keluaran biasa.

DSC_0714a   DSC_0714a1

Untuk lihat dengan lebih jelas lagi, duacongkak perbesarkan bahagian huruf yang kelihatan berganda seperti tertera pada keratan gambar dibawah ini. Bahagian yang paling jelas untuk dilihat iaitu huruf “A,Y dan S” untuk MALAYSIA begitu juga pada bahagian debunganya.

DSC_0714a2

Untuk mudahkan lagi, cuba lihat gambar dibawah yang dikatakan Triple Die Riverse (TDR) pada huruf “A dan M”

DSC_0545a2-a1

Juga kita boleh lihat keadaan debunga untuk TDR yang lebih besar.

DSC_0545a4a

Untuk pengetahuan pembaca dan juga penggemar syiling Variety Malaysia, bagi siri DDR V3 ini lebih mudah kita temui berbanding dengan siri TDR atau pun BIG O. Semoga dengan ini dapatlah pembaca semua membezakan antara Variety biasa, TDR dan DDR V3 serta BIG o kerana semuanya telah diterbitkan dalam blog ini. Perkongsian yang penuh bermakna.

Apa pun layan dulu.

tqvm

gegar gegar

50sen 1984

Sekian lama menyepi hingga Tahun 2014 sudah berlalu seminggu baru blog ini hendak di update. Mungkin ramai pengunjung ternanti nanti apa yang hendak diterbitkan untuk sekian kalinya.

Pilihan untuk permulaan tahun ini adalah siri gegar DDV atau Double Die Variety untuk syiling 50sen. Sebelum ini ramai sudah melihat dan mengetahui dimana bahagian DDV yang ada pada 50sen 1984 ini sebab ada diantara rakan bloger berkaitan syiling error telah muatkan dalam blog mereka, cuma duacongkak agak terlewat sikit menampilkannya kerana barang baru sahaja ditemui.

Selain dari bloger atau blog rakan, kita boleh juga merujuk dari beberapa rakan FB yang hangat membincang dan mempamirkan koleksi koleksi error atau apa sahaja yang menarik terdapat pada syiling. Sejak adanya link FB maka dengan itu duacongkak pun kurang sikit menulis dalam blog.

Maaf pada semua pengunjung.

DSC_1146a

Gambar atas dipamirkan bentuk syiling yang ditempa pada tahun 1984. Berpandukan rujukan dalam buku syiling tahun 84 ini ditempa dan diedarkan sebanyak 10,139,117 keping sahaja.

DSC_1144a

Dari jumlah tersebut ada diantaranya kita boleh temui keluaran Double Die dan tidak pasti berapakah jumlah sebenar syiling DDV ini dipasaran atau dalam edaran kerana sejak dulu tiada siapa pun yang tahu berapa jumlahnya. Yang pasti untuk mendapatkan variety ini amat sukar tidak seperti variety biasa yang ditemui dalam edaran semasa.

DSC_1144a1

Gambar keratan diatas adalah bahagian dimana keadaan DDV yang disebutkan dan dikenali juga sebagai DDO iaitu Double Die Obverse. Ianya hanya dapat kita temui pada huruf GC yang ada pada setiap siri pertama syiling Malaysia yang diterbitkan. Dan hanya pada syiling 50sen 1984 sahaja kita boleh temui DDV/DDOnya. 

DSC_1144a2  

Keratan gambar yang hanya difokuskan pada bahagian DDV/DDO.

Semoga pengunjung berpuas hati dengan apa yang duacongkak pamirkan sebagai rujukan dan selepas ini marilah kita sama sama tumpukan pada setiap syiling 50sen 1984 agar ianya tidak terlepas begitu sahaja dari tangan kita.

Apa pun simpannnnn…dulu

tqvm

” tersembunyi “

Rahsia yang tersembunyi

Tiga jenis atau tiga bentuk syiling Malaysia telah diterbitkan yang bermula dari 1967 hingga 1988 dengan tema berbentuk Bangunan Parlimen. Semua syiling yang dikeluarkan dengan nilai muka dari 1sen, 5sen, 10sen, 20sen dan 50sen adalah berbentuk Parlimen dibahagian muka depannya.

Pada Tahun 1989 pula diubah bentuk dengan tema Bunga Raya bersama tema kebudayaan Malaysia dimuka depannya iaitu 1sen dengan Rebana Ubi, 5sen dengan gasing, 10sen dengan congkak dan anyaman tikar mengkuang atau tikar pandan, 20sen dengan tepak sirih, 50sen bertemakan wau atau layang layang dan untuk $1 dan RM1 bertemakan keris. Siri kedua ini bermula dari tahun 1989 dan berakhir hingga 2011.

2013-11-09 09.50.04 a1

Pada tahun 2012 pula BNM mengeluarkan siri ketiga syiling Malaysia untuk penggunaan harian kepada rakyatnya dengan perubahan bentuk dan bahan yang lain dari kebiasaan kita gunakan selama ini. Bentuk paling ketara perubahan yang dapat dilihat adalah pada syiling 20sen dan 50sen dimana, kedua dua siri ini berbeza pada warnanya yang kekuningan. Ramai pengguna mengeluh kerana sering keliru dengan nilai muka kerana warna yang sama cuma bentuk sahaja berlainan. Setiap kali mendapat duit baki dari pekedai, duacongkak sendiri dapat lihat bagaimana pekedai itu akan membelek terlebih dahulu duit baki yang hendak diberikan kerana khuatir tersalah pulang duit 50sen sekiranya baki cuma 20sen. Begitu juga dengan duacongkak sendiri dimana akan telek dahulu syiling baki takut tersalah beri kepada peniaga.

Kita lupakan cerita diatas dulu sebab ramai pembaca sudah sedia maklum akan bentuk syiling siri ketiga ini kerana ianya sudah beredar sejak 2012 hingga kini. Apa yang hendak duacongkak ceritakan iaitu dibahagian bawah ini.

2013-11-09 09.52.10 a1

Kita lihat bentuk bahagian depan syiling Malaysia siri ketiga dengan nilai muka 50sen. Mungkin ramai diantara kita tidak hiraukan pada syiling ini kerana sudah tahu nilainya hanya 50sen dengan ciri ciri keselamatan pada bentuk syiling tersebut dimana ianya tidak bulat seperti biasa. Keadaan syiling itu mempunyai ” 9 ” lekuk yang tidak pasti apa keistimewaan yang ada pada setiap lekuk itu. Sekiranya ada 14 lekuk sudah dapat agak ianya mewakili 14 buah negeri dalam Malaysia. Apakah ianya mewakili kerajaan Negeri yang beraja iaitu sebanyak 9 buah negeri termasuk Negeri Sembilan.

Kita tinggalkan dulu.

2013-11-09 09.41.31 a1

Perghhh…begitu istimewa sekali syiling Malaysia dengan nilai 50sen ini. Oleh kerana sebelum ini iaitu siri 1 dan siri 2 bagi syiling 50sen Malaysia sudah ditemui banyak yang palsu, mungkin keluaran ke 3 ini mempunyai ciri ciri keselamatan yang ketat bagi mengelak ianya dipalsukan.

Sebagai contoh gambar diatas, sekiranya kita lihat secara tepat, tidak mungkin dapat lihat perkataan SEN pada permukaan syiling tapi, bila kita sengetkan syiling tersebut maka terteralah tulisan SEN itu. Begitu juga dengan gambar dibawah, bila kita ubah pada kedudukan normal, angka 50 pula yang tertera sedangkan perkataan SEN hilang. Padahal ianya pada kedudukan yang sama tanpa berubah kecuali kedudukan syiling sahaja yang berubah. Ciri ciri keselamatan yang ada ini lebih diutamakan bagi mengelak berlakunya proses pemalsuan syiling dan yang lainnya mungkin mahu menunjukkan keunikan syiling kita.

2013-11-09 09.43.14 a1

Tersembunyi bukan berarti tidak boleh ditiru tapi kalau orang mahu tiru juga sememangnya orang itu paling kurang ajar didunia ini. Mementingkan diri sendiri tanpa hiraukan keselamatan negara malah boleh dikirakan sebagai pengkhianat negara nombor satu yang boleh meruntuhkan ekonomi sesebuah negara.

2013-11-09 09.41-horz a1

Kiriman kali ini hanya untuk berkongsi maklumat agar dapat kita sama sama menilai betapa uniknya syiling Malaysia yang ada ini dan patut kita bersyukur dengan kebolehan teknologi kita yang sudah maju walau pun tidak sehebat dengan negara maju yang lainnya. Kita tidak boleh bandingkan negara kita dengan negara maju yang terlebih dulu dihadapan tapi kita perlu merujuk dan melihat kelebihan yang ada pada negara kita berbanding dengan negara yang seiring dengan kita dalam memajukan negara.

Lari topik pulak dah…

sebelum ini pun duacongkak pernah keluarkan benda tersembunyi pada syiling 50sen terbaru ini dan boleh rujuk disini

apa pun layan dulu.