Extra Metal

Syiling 50 sen dengan Extra Metal.

Sering kali kita dapat lihat jenis jenis syiling Malaysia yang mempunyai lebihan metal pada permukaan syiling samada bahagian muka depan mahu pun belakangnya. Boleh dikatakan hampir kesemua siri duit syiling Malaysia terutama bagi siri kedua (Bunga Raya), kita dapat lihat pelbagai jenis lebihan metal. Dalam blog duacongkak sendiri sudah keluarkan pelbagai bentuk lebihan metal samada dari nilai 5 sen, 10 sen, 20 sen dan 50 sen. Bagi syiling 1 sen dan juga $1 atau RM 1 (syiling) belum lagi duacongkak keluarkan disini melainkan kita dapat lihat melalui rakan rakan blog yang lainnya yang lebih baik maklumatnya dan padat serta dapat huraikan dengan lebih jelas tentang jenis error. Selain bloger yang ada, kita juga dapat semak atau temui pelbagai jenis lebihan metal melalui ruangan group Numis dalam FB Malaysia seperti Kedai Hantu Duit 2, Kelab Numismatik Malaya, Kemaruk Duit Lama dan banyak lagi.

 Selain dari Syiling syiling yang menarik dengan admin atau ahli yang membuat lelongan, terdapat juga koleksi koleksi duit yang rare, error, malah ada jenis jenis yang sukar ditemui atau pun yang sukar kita miliki juga ada dalam group tersebut dimana kebanyakan ahli ahlinya selain dari pengumpul senyap, ada juga pengumpul tegar yang dikenali atau tidak dikenali, otai otai dan pakar numis, kolektor kolektor muda atau kolektor baru macam duacongkak, dan yang lebih menarik bila muncul kolektor kolektor dari kaum HAWA yang menambah penyeri dalam setiap group dan cukup ramah serta mudah mesra. 

Melalut dah…

Kali ini duacongkak ingin tunjukkan sekeping syiling 50sen yang terdapat dua lebihan metal pada bahagian muka belakangnya yang jarang ditemui.

Muka depan syiling 50 sen 1990

Bahagian belakang syiling 50 sen 1990 yang ditemui terdapat 2 lebihan metal yang amat ketara sekali. Cuba lihat pada huruf ‘ S ‘ untuk MALAYSIA.  Kelihatan metalnya bersambung dengan rim. Begitu juga dengan angka ‘9’ bagi tahun 90. Dikaki angka 9 kita dapat lihat metal yang terpalit sebagai mana yang pernah kita lihat pada syiling 5sen dan 10 sen.

Contoh pada gambar keratan.

Bila jumpa sesuatu yang menarik, tidak mungkin dilepaskan begitu saja dan sudah pasti dijadikan satu koleksi.

Apa pun simpannnnn…dulu.

Syiling 20 sen 1991

Double Die Juga ke…?

Bagi duacongkak, paling mudah untuk diletakkan sesuatu error yang kelihatan berganda pada cetakan, tidak lain tidak bukan adalah jenis cetakan berganda. Walau pun ada juga jenis yang sama tapi diistilahkan lain pula. Umpamanya masalah pada mesin cetakan yang bergegar sewaktu proses hentakan. Mari kita lihat dulu gambarnya.

Bentuk muka belakang dengan tertera tahun keluarannya iaitu 1991. Tapi yang menjadi lebih menarik adalah disebabkan bayangan yang terdapat pada angka 20 dan juga angka 9 seperti cetakan yang berganda.

Lihat pula muka depannya.

Pada bahagian muka depan juga kita dapat lihat bagaimana keadaan gambar tepak sirih, kacip dan juga buah pinang nampak jelas kesan cetakan yang berganda. Biasa yang ditemui adalah satu bahagian saja yang terjadi gandaan tapi berbeza pula dengan syiling 20 sen 1991 ini. Bahagian muka depannya lebih banyak terjadi cetakan berganda yang lebih kepada gegaran sewaktu ditempa.

Lihat pada setiap arah anak panah yang menunjukkan kedudukan arca berganda. Semua ini ditunjukkan pada keadaan yang jelas dilihat dengan mata kasar, sebenarnya kalau diteliti dengan lebih berhati hati, kita dapat lihat juga kedudukan sirih serta set anak tepak sirih yang enam itu, (bekas pinang, kapur, gambir, tembakau dsb) ternyata arca mereka juga dalam keadaan berkembar. Boleh dikatakan arca atau imej dibahagian muka depan ini kesemuanya dalam kedudukan berganda.

Sayangnya syiling yang ditemui ini sudah tidak secantik yang diharapkan kerana kedua dua mukanya sudah tidak berseri, setidak tidaknya dalam gred EF pun sudah memadai jika tidak dapat yang UNC. Walau bagai mana pun syiling ini masih kekal asli dan belum pernah dibersihkan sejak berada ditangan duacongkak.

Apa pun simpannnnn…dulu.

 

Double Die 5 duit

5 sen 2008 double die.

Pernah sebelum ini duacongkak keluarkan syiling 5 sen double die tahun 2008. Kali ini dikeluarkan lagi kerana penemuan kali kedua bentuk dienya lebih ketara dan hampir kesemua bentuk muka syiling ini berkembar.

Muka depan syiling 5 sen 2008

Keadaan muka belakang syiling 5 sen 2008

Dari apa yang dapat kita lihat, syiling ini cukup menarik kerana setiap tulisan ” BANK NEGARA MALAYSIA”, cetakan Tahun 2008 dan juga cetakan ” SEN ” kesemuanya nampak berkembar. Begitu juga pada tangkai debunga pada bunga raya, keadaannya juga nampak jelas berkembar.

Bagi para penggemar syiling berkembar yang ingin memilikinya kena pastikan setiap syiling 5 sen 2008 janganlah terlepas pandang. Ini kerana diantara pengeluarannya terdapat cetakan berkembar seperti ini. Setakat ini duacongkak baru miliki dua keping syiling 5 sen double die tp kedua duanya dalam bentuk yang berbeza. Pemburuan untuk mendapatkan koleksi yang lebih banyak masih diteruskan.

Apa pun simpannnnn…dulu.

 

50sen 2004

Sempadan dengan rim

Demi keselamatan biar berpagar, tapi anehnya mengapa duit pula yang hendak berpagar? Yang lain lain tanpa pagar tapi syiling 50sen 2004 ini kena pagar pulak tulisan ” Bank Negara Malaysia “.

Mari lihat apa yang dikatakan duit berpagar ni…

Gambar belakang syiling 50sen 2004

Muka depan syiling 50sen 2004

Gambar sisi bagi memudahkan untuk lihat bentuk pagar yang dikatakan. Kedua dua tepi bibir syiling ini terdapat lingkaran yang mengelilingi Rim syiling.

Gambar diambil dalam kedudukan berdiri.

Gambar diambil dalam keadaan baring (belakang), anak panah menunjukkan arah bibir rim.

Lihat pula pada anak panah yang menunjukkan huruf ‘ M ‘. Sebenarnya huruf ‘ M ‘ tersebut cetakannya kurang sempurna dan tidak menampakkan huruf sebenar. (Kaki ‘ M ‘ sebelah kiri tidak sempurna.)

Pusingan 360 darjah syiling 50sen 2004 dengan tujuan untuk memaparkan imej RIM sekelilingnya.

Apa pun simpannnnn…dulu.

 

20 sen 1988 twin

Koleksi seterusnya

Dua keping syiling dengan keadaan error yang sama tahun, sama bentuk tapi tidak sama rupa.

    

Kedua dua syiling ini dikeluarkan pada tahun 1988 iaitu siri terakhir bagi siri Parlimen

Ditempa sebanyak 67,218,000

  

Bahagian depan syiling 20sen 1988 yang nampak ketara rupanya tidak sama. Bentuk Parlimen bagi gambar pertama kabur dan gambar kedua nampak jelas garisan tingkap tingkap. Begitu juga dengan papan muka syiling yang nampak keretakan dari gigi rim hingga ke bulan sabit. Begitu juga diantara bulan sabit dengan bumbung Parlimen. Bagi yang satu lagi keadaannya cantik.

Keratan pada bahagian yang retak.

Gambar ini tidak penting sangat sebab, sekadar mahu tunjukkan perbezaan diantara duit syiling ini saja.

Yang pentingnya…

Gambar sisi diatas menunjukkan keadaan sisi syiling 20sen 1988 (retak) yang tanpa gigi.

Lihat pula syiling kedua.

Juga keadaan sisi syiling tanpa gigi.

Apa pun simpannnnn…dulu

Syiling Error (7)

Penghasilan siri syiling yang ke tujuh ditemui.

Syiling 20sen 2007 ini mempunyai kecacatan yang terlalu banyak, ianya berlaku sewaktu penempaan dan juga berlaku selepas proses tempaan. Dua dalam satu dan banyak lagi error lainnya.

Mari lihat, sebab gambar yang hendak dikeluarkan juga terlalu banyak.

 

Kecacatan pertama ditemui pada duit syiling ini adalah pada bahagian bawah tulisan “SEN”. Lilitan RIMnya seperti double dan berbelah dalam bentuk SENYUMAN.

Bahagian muka depan dengan pelbagai error dapat dilihat dengan mata kasar. Antara yang paling menarik adalah bahagian RIM bawah yang hampir selari dengan bahagian muka belakang. Dapat lihat dengan jelas kuntuman SENYUM walau pun senget sikit kedudukannya.

Error seterusnya lihat pula arah jam 9.00 dimana RIM agak terjejas. Sebabnya…? Nanti lihat gambar sudut tepi.

Kecacatan ke empat pula adalah bahagian atas permukaan syiling bagaikan di TAKEK.

Seterusnya…

Kecacatan kelima adalah bahagian tepi tanpa gigi gigi syiling.

Kita lihat bahagian bahagian error sekali lagi.

Senyuman yang senget

   

Lihat bulatan merah yang menunjukkan kecacatan pada sisi rim arah jam 9.00.

Kemudian lihat pula keratan bahagian muka syiling yang terguris memotong tepak sirih bermula dari rim atas.

Gambar berikutnya adalah bahagian sisi yang berlubang iaitu kecacatan diarah jam 9.00 tadi.

Keratan untuk lebih jelas lagi yang menunjukkan keadaan sebenar berbentuk ‘ U ‘ dan bukannya berbentuk ‘ V ‘ seperti kesan takek/tetak.

Kedudukan syiling mendatar dengan muka belakang syiling keatas.

Satu pertemuan yang paling istimewa dirasakan sekali pun banyak sudah diterbitkan syiling syiling error. Sebabnya dalam sekeping syiling, terdapat bilangan kecacatan yang banyak dan berbeza beza.

Apa pun simpannnnn…dulu.

10sen 2001 (6)

Siri ke 6 syiling 10sen 2001

Seperti mana syiling sebelum ini duacongkak telah keluarkan dengan setiap tahun yang berbeza, kali ini dikeluarkan syiling 10sen 2001 yang mengalami kecacatan juga disebelah sisi. Keadaannya agak berbeza sikit kerana sekeliling duit syiling ini tidak licin seperti yang pernah dikeluarkan. Cuma keadaan milled edgenya tidak berapa jelas.

Kita lihat gambarnya.

Sebelum ditunjukkan bahagian tepinya, terlebih dulu lihat keadaan muka belakang syiling ini dimana bahagian tengah iaitu angka “10” nya tidak sempurna cetakan. Apa pun yang penting kita lihat gambar seterusnya.

Bahagian depan syiling 10sen 2001 yang sempurna bentuknya.

Tiga pusingan yang dapat ditunjukkan dan cuba lihat bahagian tepinya, keadaan garis garis gigi sudut tepi yang tidak sempurna seperti biasa. Hanya sedikit bayangan yang dapat kita lihat.

Ini adalah contoh diantara syiling 10sen 1997 bahagian bawah dan 10sen 2001 dibahagian atasnya. Boleh lihat pada syiling 2001 nampak sedikit garis garis gigi berbanding 10sen 1997 dalam keadaan licin.

Kita tunggu keluaran berikutnya lagi…

Apa pun simpannnnn…dulu