” RALAT “

 

 Salam sejahtera kepada semua rakan rakan blog dan mereka yang bertandang.

 

Untuk seketika ini duacongkak terpaksa stop dulu kiriman dan info dalam blog. Ini disebabkan komputer dirumah mengalami kerosakan dan merajuk. Inilah padahnya asyik keluarkan berkaitan duit cacat/error/rare hinggakan bawa penyakit kepada komputer. Ketika ini komputer sedang dibaiki dan terpaksalah duacongkak bercuti.

Bukan saja bercuti post suntingan, malah…duacongkak juga tidak dapat melawat atau blogwalking…almaklumlah, patah kaki kena pakai tongkat, jalan pula terlompat lompat, nak cepat dah jadi lambat, tak payah sapa sapa dok hambat, memang dah tak larat…nasib baik tak kerumun dek lalat…boleh jadi berulat.

Harap harap blog duacongkak tidak berkulat, jangan sampai ralat, banyak lagi khazanah hendak dimuat, Pergilah baiki cepat cepat…boleh post sampai padat, takut nanti hilang peminat.

Janji nak tunjuk note lima puluh, yang RARE bukan main main tapi sungguh sungguh, belum pernah keluar lagi bersuluh, duacongkak sendiri pun mengeluh, sayang teramat dan selalu disentuh, sebelum tidur dan sesudah subuh. Bila keluar nanti boleh la bertaruh, bukan berjudi dan bukan nak gaduh, bukan buat sendiri dan bukan disepuh.. Betul betul special Note Lima Puluh.

Mungkin SATU mungkin banyak, buat masa ni belum pernah nampak, bila keluar nanti pasti gempaq, jauh dekat kita boleh dengaq, komen baik baik jangan hingaq, Takut nanti si Azri dan Prof yang sambaq, depa pandai buat duit jangan pulak ketaq, duacongkak berharap semua bersabaq, note 50 pasti keluaq, bila komputer sudah sedaq.

Din rambung bekok my koleksi,

Blurguyz sabri nazri antik,

Error dan Rare sudah serasi,

Berkali kali pandang tetap cantik.

Zam kuya syifa hanapi, simisteri pula jangan dilupa, note 50 bukan serapah jampi, special kerana tidak pernah jumpa.

Bersabar semua rakan rakan…. 

blog cuti sat,,,

 

‘ RALAT ‘

 

Salam semua…tajuk diatas bukan apa apa, cuma sekadar hendak membuat sedikit pembetulan atas kiriman yang lepas. Pada 30/03/2010 duacongkak ada muatkan berkaitan dengan duit RM 50 tajuknya PELEK (JJ3). Apa yang menjadi RALATnya adalah disebabkan duacongkak tidak muatkan sekali bahagian muka belakang duit tersebut yang mempunyai S.No: Maka dengan ini duacongkak muatkan kembali bahagian yang tertinggal itu sebagai tatapan semua. Seperkara lagi yang menjadi RALAT adalah kerana mendapat teguran dari rakan yang perihatin dimana ejaan ‘PELEK’ adalah salah. Dengan itu duacongkak mohon maaf kepada semua sekali yang melawat blog ini. Pasti ramai ahli yang bijak pandai. Ejaan sebenar adalah ‘ PELIK ‘. Harap maklum.

Bah. Belakang duit PELIK

Inilah bahagian belakang duit PELIK yang dikeluarkan pada 30/03/2010. (Sila semak semula). Tujuannya adalah sebagai pengesahan dan bukti sebenar duit PELIK tersebut kerana setiap duit kertas memiliki satu siri nombor sahaja. Dengan itu tiada kemusykilan lagi sebab ‘JJ3’ tidak ditulis dengan tangan atau taip mahupun gunakan cop. Duacongkak sendiri tidak berani komen banyak. TQDC