50sen 1980

Rim CUD Error Parlimen

50sen keluaran tahun 1980 dengan jumlah keluaran 15.9 juta, bertemakan dengan bentuk bangunan Parlimen Malaysia. Rata rata semua rakyat Malaysia masih boleh menerima duit syiling ini melalui penggunaan harian sewaktu kita berbelanja. Ini kerana biar pun siri ke tiga sudah dikeluarkan oleh BNM namun begitu, kita masih temui syiling siri pertama ini.

Biar pun ianya masih senang ditemui tapi, bagi mereka yang berminat dengan mengumpul duit duit lama rasanya akan menyimpan bila sampai ketangan mereka seperti duacongkak juga. Suatu hari nanti duit syiling ini akan lenyap dari edaran semasa bukan kerana ditarik oleh BNM sebaliknya, duit lama ini akan terkumpul ditangan para pengumpul sejak dulu lagi. Dalam simpanan duacongkak tidaklah banyak sebab dulu dulu tidak pernah diajar mengumpul wang atau pun menabung. Baru sekarang nak mulakannya, kira terlambat juga.

Apa yang ada pada syiling 50 sen 1980 ini membuatkan duacongkak teruja untuk menyimpannya sebagai satu koleksi. Ini kerana diantara syiling siri Parlimen amat jarang untuk kita temui seperti yang tertera pada gambar diatas. Apa yang dimaksudkan adalah CUD Error yang terdapat pada sisi rim diarah jam 3. Setiap siri duit syiling Parlimen ini yang bermula dari tahun 1967 hingga 1988 (kecuali siri yang tidak dikeluarkan oleh BNM), inilah syiling pertama yang ditemui terdapatnya CUD Error dalam simpanan duacongkak. Mungkin pengumpul lain ada menyimpan dari siri tahun lain tapi tidak disebarkan untuk tatapan umum. Sebab itu kita tidak tahu adakah siri lain juga mempunyai CUD error sedemikian.

Keratan gambar pada bahagian CUD Error, lebihan logam yang menempel disisi rim syiling.

Gandingan gambar penuh syiling dengan keratannya.

Untuk siri bunga raya, paling mudah ditemui CUD Error iaitu bagi keluaran tahun 2002, siri ini boleh dikatakan ramai juga pengumpul memilikinya atau pun menyimpan. Ianya juga tidak terjadi pada satu bahagian atau pun satu tempat mengikut arah jam. Seperti contoh gambar diatas kedudukan CUD diantara jam 12 > 1, ada juga ditemui kedudukan CUD diarah lain.

Keratan gambar siri bunga raya keluaran 2002.

Gandingan gambar syiling siri Parlimen 1980 ( CUD Error ) bahagian depan dan belakang.

Apa pun simpannnnn…dulu.

3 Comments

  1. Pingback: lagi 50sen 2002 | Duacongkak's Spot

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s