TOTAL 50

KATA  ORANG…

Bila selalu dengar suara suara dari rakan rakan menyatakan satu koleksi dengan kiraan angka pada Prefix duit kertas dengan bilangan ‘ 50 ‘, duacongkak pun terasa hendak buat koleksi juga sebagai kenangan. Sebab mengapa boleh terjadi begini duacongkak tidak pasti dan apakah keistimewaannya pun duacongkak kurang arif. Apa pun duacongkak mencuba juga untuk mendapatkannya sebagai koleksi peribadi.

Permulaan, cuba lihat dulu note RM 10 ini bagi siri ke 11. Prefixnya P M 3 8 8 9 8 9 5. Bila kita mengira angka angka yang ada pada note ini seperti berikut: 3+8+8+9+8+9+5 maka jumlahnya adalah genap 50. Ini bagi koleksi genap 50, lepas ni duacongkak mahu cuba dapatkan pula nombor siri bagi RM 1, RM 5, juga RM 100

” TAK PERLU IKUT DENGAN APA YANG DIKATAKAN…HANYA SUKA SUKA SAJA. “

Apa apa pun simpannnnn…dulu.

50 TOTAL 50

KENANGAN BULAN PUASA 2011

Sebagai kenangan berniaga di Kota Tinggi di Bulan Ramadhan, pertemuan sekeping note RM 50 yang nombor sirinya genap dengan bilangan 50.

Cuba lihat nombor Prefix pada note 50 ini. B C  8 9 8 8 3 5 9. Bila kita kira pada nombor nombor yang ada ternyata jumlahnya adalah 50. Lihat: 8+9+8+8+3+5+9=50

Kini sudah dua keping dalam simpanan iaitu bagi RM10 dan RM50.

Kita lihat koleksi berikutnya…

Apa pun simpannnnn…dulu

MERDEKA TOTAL 50

Kejutan pada tajuk…

Ini adalah sesuatu yang dinanti nantikan dimana kemunculan sekeping note RM 50 edisi MERDEKA yang bilangannya genap 50. Siapa sangka dibulan puasa dan hampir hampir mahu raya dan disambut pula hari kemerdekaan 31 ogos 2011, sekeping note RM 50 edisi MERDEKA boleh muncul ditangan. Walau pun terdapat 5 siri tapi satu pun sudah puas. Hanya mencari untuk empat siri lagi secara perlahan lahan.

Apa yang istimewanya duit ini…? Mari kita lihat.

Duit kertas ini dikeluarkan sempena Negara Malaysia menyambut hari Kemerdekaan yang ke 50 tahun dimana pada sisi kanan atas terdapat logo 50. Tidak seperti yang kita lihat pada duit kertas RM 50 yang diguna pakai sekarang. Walau pun bentuknya sama tapi perbezaannya hanyalah pada LOGO tersebut. Bagi siri duit kertas ini BNM keluarkan sebanyak 5 set iaitu bermula dengan Prefix AA xxxxxxx dan diikuti AB xxxxxxx, AC xxxxxxx, AD xxxxxxx dan terakhir Prefix AE xxxxxxx.

Ramai para kolektor yang menyimpan set ini dengan lengkap, lebih lebih lagi dalam gred UNC. Bagi duacongkak pula, UNC agak sukar untuk dibuat koleksi, dapat yang VF pun terasa puas sebab lebih berminat kumpul dari mengejar gred. ( Modal Kecil…)

Sebenarnya duacongkak sudah lengkap untuk siri ini dari Prefix AA hingga AE. Tapi yang menjadi koleksi berikut dari siri yang sama iaitu, kiraan siri nombor yang genap 50. Seperti duit kertas diatas yang pertama ditemui dengan Prefix A E 8 8 8 1 9 7 9. Cuba kira satu persatu 8+8+8+1+9+7+9 jawapannya 50. Mungkin sebelum ini ramai kolektor yang cuba mendapatkan note RM50 Merdeka yang siri nombornya genap dengan bilangan 50 kerana keistimewaanya sebagai memperingati Sambutan Hari Merdeka yang ke 50. Pendapat duacongkak jer…pendapat kolektor lain entahlah…mungkin ada yang mahu melengkapkan koleksi bagi semua siri duit kertas Malaysia dari RM 1 hingga RM 100 dengan bilangan 50.

Apa pun kita nantikan berita dari para kolektor lain yang sudi memberi pandangan mereka, memandangkan duacongkak sendiri baru setahun jagung menimba ilmu numistik. Masih perlu banyak belajar kerana seni dalam sesuatu yang diminati yang sentiasa terbaru cukup menarik.

Apa pun simpannnnn…dulu.