50 sen 2004 error

Usaha Tangga Kejayaan

Begitulah ungkapan yang sesuai digunakan dalam pencarian syiling dari jenis jenis error. Bukan senang dan bukan semua kita boleh perolehi error yang menarik. Hanya daya usaha dan ketelitian saja yang dapat menghasilkan sesuatu ditambah juga tanpa rasa jemu.

Tujuan duacongkak mengeluarkan setiap error yang ditemui setiap satunya ada kelainan masing masing. Dengan cara ini sekurang kurangnya ada diantara kolektor luar cuba berusaha mencari dan mendapatkannya kerana, setiap yang error pasti ada pasangan atau persamaannya kerana alat tempa adalah sama cuma, QC mungkin terlepas pandang atau terlepas dalam edaran. Untuk mendapatkan kualiti yang baik maka terpaksa kita berbaik baik dengan pihak BNM atau mana mana kenalan yang berkait dengan BNM. Apa yang duacongkak perolehi kebanyakannya dari hasil pencarian dari tukaran syiling yang sudah lama beredar dipasaran. Itu yang termampu.

Kali ini kita lihat syiling 50 sen 2004 dari jenis error yang mungkin belum pernah dilihat sebelum ini.

Muka Belakang 50 sen 2004

Muka depan dengan imej wau

Dari apa yang kita lihat syiling ini pada bahagian belakangnya kelihatan Rim menebal disudut atas bermula arah jam 11.00 dan mengecil disudut bawah arah jam 5.00 Semua itu tidak penting sangat kerana apa yang menarik adalah bahagian tepi syiling ini yang akan ditunjukkan.

 

Lima gambar setiap sudut syiling 50 sen 2004 diatas. Gambar gambar yang menunjukkan bahagian tepi syiling ini terdapat pembahagian yang amat ketara sekali. Sebelum ini duacongkak pernah keluarkan syiling 50 sen yang terjadi error bahagian tepi tapi kali ini agak kelainan dari yang dikeluarkan sebelumnya. Satu garisan ditengah tengah duit syiling ini menajadikan satu pembahagian diantara dua cuma tidak berlaku Skuriti Edge saja seperti mana syiling 50 sen 1967, 1968, dan 1969.

Tidak mustahil suatu hari nanti akan ada yang keduanya.

Apa pun simpannnnn…dulu. 

 

50sen 2004

Sempadan dengan rim

Demi keselamatan biar berpagar, tapi anehnya mengapa duit pula yang hendak berpagar? Yang lain lain tanpa pagar tapi syiling 50sen 2004 ini kena pagar pulak tulisan ” Bank Negara Malaysia “.

Mari lihat apa yang dikatakan duit berpagar ni…

Gambar belakang syiling 50sen 2004

Muka depan syiling 50sen 2004

Gambar sisi bagi memudahkan untuk lihat bentuk pagar yang dikatakan. Kedua dua tepi bibir syiling ini terdapat lingkaran yang mengelilingi Rim syiling.

Gambar diambil dalam kedudukan berdiri.

Gambar diambil dalam keadaan baring (belakang), anak panah menunjukkan arah bibir rim.

Lihat pula pada anak panah yang menunjukkan huruf ‘ M ‘. Sebenarnya huruf ‘ M ‘ tersebut cetakannya kurang sempurna dan tidak menampakkan huruf sebenar. (Kaki ‘ M ‘ sebelah kiri tidak sempurna.)

Pusingan 360 darjah syiling 50sen 2004 dengan tujuan untuk memaparkan imej RIM sekelilingnya.

Apa pun simpannnnn…dulu.

 

20sen 2001 duacongkak

Qtr.Milled

Sekeping syiling 20sen 2001 ditemui dan dijadikan koleksi menarik. Sebelum ini duacongkak pernah juga melihat rakan rakan blog atau FB yang menunjukkan keadaan syiling dengan MILLED EDGEnya berbeza sama sekali. Apa yang dimaksudkan berbeza adalah seperti yang akan ditunjukkan dengan gambarnya.

Bahagian belakang syiling 20sen tahun 2001. Sedikit info hendak disampaikan berkaitan dengan syiling 2001 ini iaitu, dalam setiap keluaran syiling 20sen bagi siri bunga raya bermula tahun 1989 hingga 2011, ternyata syiling tahun 2001, bentuk cetakannya berbeza sama sekali dengan siri siri tahun lainnya. Kita dapat lihat pada tulisan BANK NEGARA MALAYSIA cetakannya agak besar dan lebih rapat dengan kedudukan bunga raya terutama pada bahagian filemen bunga. Tulisan BNM seolah olah mengembang/lebih jelas/timbul jika dibandingkan dengan siri lain. Boleh ambil dan bezakan sendiri kerana gambar diatas bukan untuk dibuat contoh.

Dibawah pula gambar muka syiling 20sen 2001.

 

Jika dilihat kedua dua bahagian muka syiling ini tiada apa apa yang menarik kerana kelihatan sama dengan keluaran 2001 yang lainnya. Lihat beberapa gambar bahagian tepinya pula.

   

dua gambaran diatas kita dapat lihat bahagian Milled atau gigi gigi syiling diselaputi metal. Keadaannya tidaklah menutupi kesemua gigi tapi, hanya suku bahagian saja yang diselaputi oleh metal.

Lihat lagi gambaran lain dari beberapa sudut.

Gambar diambil dari sudut atas arah jam 2.00

 

Gambar diambil dari arah jam 7.00 pada bahagian belakang syiling. Ini menunjukkan metal yang menyelaputi gigi gigi syiling (milled) mengelilingi bahagian tepinya.

Gambar dari muka hadapan.

Sebelum ini pun duacongkak pernah terbitkan syiling begini sebagai rujukan dimana keadaan millednya yang berbeza. Selepas ini akan diterbitkan beberapa siri lagi berkaitan syiling yang cacat disisi…ada yang sama tapi berbeza tahunnya serta berbeza nilai mukanya.

Siap sedia saja untuk dikeluarkan nanti…

Apa pun simpannnnn…dulu.

 

20 sen 2001 error

Mari menonton TV1, siaran langsung final world cup, syiling 20 sen tahun 2001, errornya menarik tak boleh nak cakap. 

Habis menonton terus kebilik, mata mengantuk tidak tertahan, satu persatu syiling 20 sen ku belek, akhirnya ketemu satu pilihan. 

 Sepanyol menang dengan satu jaringan, Belanda tewas dimasa tambahan, bila sudah berada ditangan, terasa gembira penuh kemegahan. 

Piala dunia sudah berakhir, Negara Afrika menjadi sunyi, pertemuan syiling ini bagaikan takdir, disimpan kemas tempat tersembunyi. 

Seluruh negara pasti gembira, yang tewas pula terasa hampa, setelah melihat bolehlah bersuara, ternyata errornya sukar nak jumpa. 

pic 1

 Kaki judi bergadai emas, sotong juga turut meneka, lihat sendiri photo diatas, syiling 20 sen yang aku jumpa.  

pic 2

 Memang anih sikap manusia, perlawanan bola buat taruhan, milled edge diatas terbahagi dua, sebahagiannya licin dan ada yang torehan. 

pic 3

 Satu perlawanan 13 kad kuning, satu kad merah jadi tayangan, melihat gambar rasanya tak penting, lebih baik sekiranya ada ditangan.