Ten Dollars Hong Kong

Siri duit Hong Kong

pic 1

 Inilah rupa bentuk wang kertas Hong Kong yang sempat dibeli ketika balik dari Kuala Kubu Baru, Selangor pada 20/08/2010. Nilai muka wang kertas ini adalah Ten Dollars Hong Kong. Duit ini dicetak pada 01st July, 2002

pic 2

 Pic 2 ini menunjukkan prefix dengan siri nombor iaitu BB 500475.

pic 3

 Pic 3 pula adalah wang kertas yang sama tapi…istimewanya adalah wang kertas ini adalah REPLACEMENT NOTES dengan Prefix ZZ 355191.

pic 4

 Pic 4 ini keratan dari Prefix Nombor sirinya. Pada mulanya tiada niat untuk membeli note ini sebab, tujuan asal hanya mahu dapatkan album coin dan album wang kertas. Oleh kerana Steven Tan bagi tahu note ini adalah wang gantian (Replacement Notes) semasa membelek duit tersebut… dengan tidak pikir panjang lagi terus sambar. hehe..bukan senang dapat peluang ke kedai dia lagi. Entah bila agaknya belum pasti.

Apa pun duacongkak berasa puas hati juga dengan kunjungan tersebut. Setidak tidaknya dapat beli Katalog siri ke 19 yang dikeluarkan dengan cetakan pertama sebanyak 4000 buah. Menurut kata Steven Tan. Bagi jilid ke 2 pula akan dicetak sebanyak 1000 buah setelah cetakan pertama habis.

Nampaknya katalog ini dikeluarkan sebanyak 5000 buah saja. Cepat dapatkannya sebelum kehabisan stok. Ada free gift lagi. Nak tahu…sila beli.

Duit Polimer Hong Kong

TEN DOLLARS HONG KONG POLIMER 

pic 1

 Selain daripada duit kertas Hong Kong…Duacongkak sambar sekali duit polimer untuk jadikan koleksi….hehe.

pic 2

pic 3

 Rupa bentuk duit kertas dengan duit polimer adalah sama. Cuma cetakan bagi duit polimer yang tertera adalah pada 1st April 2007.

Dengan ini duacongkak miliki 3 keping note Hong Kong Ten Dollars dengan 3 edisi: Prefix biasa diikuti pula Replacement notes (wang kertas) dan yang ketiga duit polimer kesukaan Mr Din Rambong kebelakangan ini..