10sen 1988 (2)

dulu dan kini.

Sebelum ini duacongkak pernah terbitkan kisah syiling 10sen 1988 seperti dalam gambar dibawah ini dan tidak semena mena bila proses untuk mengenakan baju pada syiling cacat yang terbiar, telah temui semula sekeping lagi syiling 10sen 1988 yang kecacatannya berlainan sikit dengan apa yang ditunjukkan.

Kita lihat gambar kiriman seterusnya.

DSC_0658a1-a2

Gambar bawah adalah syiling 10sen 1988 yang dimaksudkan. Jika dilihat pada bahagian kecacatan seperti gambar diatas dan gambar dibawah mungkin ianya tidak sama. Sekali pandang seperti tiada apa apa kecacatan pada syiling yang baru ditemui ini. Pada gambar kurang jelas tapi sebenarnya dihujung angka ” 1 ” terdapat sedikit kecacatan die chip. Pada angka ” 0 ” pula sememangnya tiada die chip sebagai mana syiling diatas..

DSC_0990a

Kita teruskan dengan melihat bahagian depannya pula, apa yang tertera pada syiling ini iaitu dibahagian bulan dan bintang. Kecacatan ini berbeza sekali dengan syiling pertama dimana lebihan metal yang kita lihat ada pada bulan sabit dan juga bintang.

DSC_0991a

Cuba perhatikan pada keratan gambar dibawah ini dan lihat die chip yang terjadi pada bulan sabit. Ianya bermula dari bahagian tengah hingga ke hujung sebelah bawah. Pada bucu bintang juga kita dapati die chipnya terjadi. Ada penambahan die chip berbanding pertemuan yang pertama dimana ada beberapa bucu bintang terutama dibahagian dalam. 

DSC_0991aa1

Tiada penjelasan yang dapat dimuatkan dalam keluaran kali ini melainkan ianya diberikan baju serta disimpan dengan baik agar ianya tidak hilang atau terguna pakai tanpa disedari.

apa pun simpan dulu.

tqvm

Advertisements

Gincu bibir Coca Cola

Coca Cola Lips Smacker

13/11/2013. Tarikh dimana aku berada di Taman Sri Gombak, adik lelaki aku pula datang dengan isterinya setelah sekian lama tidak berjumpa kerana beliau berada diluar negara. Dalam pertemuan itu, adik lelaki aku menghulurkan satu beg plastik yang isi didalamnya dua tin Coca Cola bertulisan Arab, satu masih belum diminum dan satu tin lagi kosong kerana sudah habis diminum.

Selain tin Coca Cola Arab terdapat satu barangan Coca Cola yang agak istimewa dan merupakan cenderahati bagi penumpang kapal terbang Qatar, sungguh pun ianya satu cenderahati tapi setiap pelanggannya perlu membeli dengan nilai yang aku tidak ketahui kerana adik lelaki aku merahsiakannya.

Pada barangan tersebut tertera tulisan yang besar LIP SMACKER COCA COLA dimana ianya dibuat di Negara China. Bila sahaja adik lelaki menyatakan yang barang ini khusus untuk abangnya, dengan senyuman lebar aku pun menerima dan terus membelek depan dan belakang serta isi kandungannya. 

20131113_104623 a1

Apa yang dilihat ianya adalah gincu bibir sebanyak enam jenis dari product jenama Coca Cola. Aku sekadar dapat mengambil gambarnya sahaja dan tidak dapat dikeluarkan kerana ianya dibalut plastik dengan kemas sekali. Sayang pula hendak pecahkan plastik tersebut dan apa yang dapat dilihat setiap satu Lip Smacker itu adalah dua dari Coca Cola, satu bentuk jenama Sprite dan tiga lagi dari jenama Fanta. Kesemua Lip Smacker itu dari Amerika Syarikat (Made in USA) cuma bungkusan luarnya sahaja buatan China.

2013-11-13 10.59.51 a1

Kalau mahu dikira barangan ini bukanlah untuk hiasan tapi harus diguna pakai sebagai gincu bibir tapi terasa sayang pula hendak menyuruh isteri atau anak anak memakainya dan terpaksalah dijadikan koleksi kerana sudah tentu sukar untuk perolehi dipasaran luar.

2013-11-13 10.53.29

DSC_0970a

Kepada kawan kawan semua dapat tengok gambar pun dah kira ok kan… Hadiah cenderahati ini memang cantik menarik dan tertarik.

Apa pun aku ingin ucapkan berbanyak terima kasih kepada adik lelaki aku dan juga isterinya yang sudi hadiahkan kepada aku barangan yang cantik ini. Semoga adik aku yang kini berada di Dhafur Sudan perolehi kesihatan yang baik dan selamat menjalankan tugas sehingga ianya berakhir tidak lama lagi.

Apa pun simpan dulu

” tersembunyi “

Rahsia yang tersembunyi

Tiga jenis atau tiga bentuk syiling Malaysia telah diterbitkan yang bermula dari 1967 hingga 1988 dengan tema berbentuk Bangunan Parlimen. Semua syiling yang dikeluarkan dengan nilai muka dari 1sen, 5sen, 10sen, 20sen dan 50sen adalah berbentuk Parlimen dibahagian muka depannya.

Pada Tahun 1989 pula diubah bentuk dengan tema Bunga Raya bersama tema kebudayaan Malaysia dimuka depannya iaitu 1sen dengan Rebana Ubi, 5sen dengan gasing, 10sen dengan congkak dan anyaman tikar mengkuang atau tikar pandan, 20sen dengan tepak sirih, 50sen bertemakan wau atau layang layang dan untuk $1 dan RM1 bertemakan keris. Siri kedua ini bermula dari tahun 1989 dan berakhir hingga 2011.

2013-11-09 09.50.04 a1

Pada tahun 2012 pula BNM mengeluarkan siri ketiga syiling Malaysia untuk penggunaan harian kepada rakyatnya dengan perubahan bentuk dan bahan yang lain dari kebiasaan kita gunakan selama ini. Bentuk paling ketara perubahan yang dapat dilihat adalah pada syiling 20sen dan 50sen dimana, kedua dua siri ini berbeza pada warnanya yang kekuningan. Ramai pengguna mengeluh kerana sering keliru dengan nilai muka kerana warna yang sama cuma bentuk sahaja berlainan. Setiap kali mendapat duit baki dari pekedai, duacongkak sendiri dapat lihat bagaimana pekedai itu akan membelek terlebih dahulu duit baki yang hendak diberikan kerana khuatir tersalah pulang duit 50sen sekiranya baki cuma 20sen. Begitu juga dengan duacongkak sendiri dimana akan telek dahulu syiling baki takut tersalah beri kepada peniaga.

Kita lupakan cerita diatas dulu sebab ramai pembaca sudah sedia maklum akan bentuk syiling siri ketiga ini kerana ianya sudah beredar sejak 2012 hingga kini. Apa yang hendak duacongkak ceritakan iaitu dibahagian bawah ini.

2013-11-09 09.52.10 a1

Kita lihat bentuk bahagian depan syiling Malaysia siri ketiga dengan nilai muka 50sen. Mungkin ramai diantara kita tidak hiraukan pada syiling ini kerana sudah tahu nilainya hanya 50sen dengan ciri ciri keselamatan pada bentuk syiling tersebut dimana ianya tidak bulat seperti biasa. Keadaan syiling itu mempunyai ” 9 ” lekuk yang tidak pasti apa keistimewaan yang ada pada setiap lekuk itu. Sekiranya ada 14 lekuk sudah dapat agak ianya mewakili 14 buah negeri dalam Malaysia. Apakah ianya mewakili kerajaan Negeri yang beraja iaitu sebanyak 9 buah negeri termasuk Negeri Sembilan.

Kita tinggalkan dulu.

2013-11-09 09.41.31 a1

Perghhh…begitu istimewa sekali syiling Malaysia dengan nilai 50sen ini. Oleh kerana sebelum ini iaitu siri 1 dan siri 2 bagi syiling 50sen Malaysia sudah ditemui banyak yang palsu, mungkin keluaran ke 3 ini mempunyai ciri ciri keselamatan yang ketat bagi mengelak ianya dipalsukan.

Sebagai contoh gambar diatas, sekiranya kita lihat secara tepat, tidak mungkin dapat lihat perkataan SEN pada permukaan syiling tapi, bila kita sengetkan syiling tersebut maka terteralah tulisan SEN itu. Begitu juga dengan gambar dibawah, bila kita ubah pada kedudukan normal, angka 50 pula yang tertera sedangkan perkataan SEN hilang. Padahal ianya pada kedudukan yang sama tanpa berubah kecuali kedudukan syiling sahaja yang berubah. Ciri ciri keselamatan yang ada ini lebih diutamakan bagi mengelak berlakunya proses pemalsuan syiling dan yang lainnya mungkin mahu menunjukkan keunikan syiling kita.

2013-11-09 09.43.14 a1

Tersembunyi bukan berarti tidak boleh ditiru tapi kalau orang mahu tiru juga sememangnya orang itu paling kurang ajar didunia ini. Mementingkan diri sendiri tanpa hiraukan keselamatan negara malah boleh dikirakan sebagai pengkhianat negara nombor satu yang boleh meruntuhkan ekonomi sesebuah negara.

2013-11-09 09.41-horz a1

Kiriman kali ini hanya untuk berkongsi maklumat agar dapat kita sama sama menilai betapa uniknya syiling Malaysia yang ada ini dan patut kita bersyukur dengan kebolehan teknologi kita yang sudah maju walau pun tidak sehebat dengan negara maju yang lainnya. Kita tidak boleh bandingkan negara kita dengan negara maju yang terlebih dulu dihadapan tapi kita perlu merujuk dan melihat kelebihan yang ada pada negara kita berbanding dengan negara yang seiring dengan kita dalam memajukan negara.

Lari topik pulak dah…

sebelum ini pun duacongkak pernah keluarkan benda tersembunyi pada syiling 50sen terbaru ini dan boleh rujuk disini

apa pun layan dulu.

20sen 1991

titik.dot.com.dah mai.

Syiling 20sen 1991 seperti yang dapat dilihat dalam gambar dibawah ini rasanya semua orang atau pembaca dapat melihat dimana kecacatannya. Kalau dulu duacongkak banyak keluarkan siri “gegar”  untuk syiling 20sen 1991 (MDD), kali ini ianya sikit berbeza dengan keluaran sebelumnya.

Cuba lihat dan amati pada gambar dibawah ini…dimanakah kecacatan yang dapat kita lihat.

DSC_0921a

Pada keratan gambar ini duacongkak tumpukan dalam bulatan hijau dimana pada kaki angka dua (2) kita dapat lihat lebihan metal yang lebih dikenali dengan Die Chip Error. Jenis kecacatan ini sudah biasa kita lihat dan boleh dikatakan ramai pengumpul syiling cacat sudah memilikinya. Mungkin tahunnya sahaja yang berbeza atau pun mungkin ada yang sama tahun.

DSC_0921a1

Kita tinggalkan cerita diatas sebab sudah selalu sangat dilihat malah sudah ada yang menyimpannya. Kita beralih pula dibahagian muka depan syiling 20sen 1991 ini.

Rujuk gambar dibawah dimana, duacongkak sudah tandakan dengan anak panah merah sebagai panduan. Lama dulu duacongkak sudah lihat kawan bloger mempamirkan syiling 20sen yang mempunyai ” dot ” pada buah pinang. Kalau tidak silap rencananya dikeluarkan sekitar tahun 2010 atau 2011. Bermula dari bacaan itu duacongkak sudah mula mencari namun sukar juga ditemui sehinggalah pada saat akhir tahun 2013 ianya muncul ditangan. Rugi pula kalau tidak berkongsi dengan rakan rakan, dengan itu terbitan kali ini duacongkak cuba pamirkan agar ada pembaca lainnya akan berusaha mendapatkan siri “dot” pada buah pinang untuk dijadikan koleksi.

DSC_0918a

Kepuasan hati tidak dapat dibayangkan setelah temui buah pinang “dot” ini sebab terlalu lama menantikan kehadirannya.

Kalau bahagian muka belakang kita lihat Die Chip Error tapi bahagian buah pinang kita dapat lihat Die Gouge pula. Sesuatu yang menarik yang boleh kita sama sama mempelajarinya dan dapat membezakan antara die chip dan die gouge sebab kedua duanya adalah lebihan metal yang terdapat pada syiling kita. Penerangan dan penjelasan tentang die gouge dan die chip sudah banyak dibuat dalam kiriman sebelum ini dan begitu juga dengan rakan rakan bloger lain termasuk sifu sifu kita yang telah perjelaskan pada kita. Kali ini duacongkak hanya pamirkan sahaja. 

DSC_0918a1

Gambar atas adalah keratannya sahaja tapi die gouge kabur.

Puas hati bila titik.dot.com.dah mai.

apa pun simpan dulu.

20sen 1979

** jeng jeng jeng… **

Setiap keluaran berbeza beza, boleh dikatakan setiap hari ada sahaja, duit syiling error yang boleh kita jumpa, pelbagai siri semuanya tidak sama, ada siri parlimen ada siri bunga raya, ada juga syiling siri ketiga, termasuk juga pada nilai muka, 1 sen ka…5 sen ka…10 sen ka… 20 sen ka… yang 50sen pun ada. tapi hari ini duit 20 sen pula,  Parlimen 79 siri tahunnya.

DSC_0916a

Lihat yang atas tiada yang cacat, rupa bentuknya tidaklah berkilat, mujur ianya belum berkulat, boleh juga jadikan pengubat, sebagai koleksi apa yang dapat, untuk jenerasi akan datang melihat, kenakan baju diketip ketat, muat dalam album ditutup rapat, simpan baik baik dalam kabinet.

DSC_0915a

Lihat pula pada bahagian muka depan syiling ini terutama pada bahagian anak panah merah. Pada bahagian bangunan Parlimen kita dapati lebihan metal terserlah. Kecacatan begini agak berbeza jika dibandingkan dengan Die Chips atau pun Die Gouge yang pernah dilihat atau ditemui. Kebiasaan Die Chip Error kita temui pada sisi arca atau bahagian tepi arca yang disebabkan oleh acuannya serpih atau pecah. Begitu juga dengan Die Gouge yang sering kita temui dalam bentuk bulat atau titik dan ianya timbul, tapi bagi syiling 20sen 1979 ini pula ianya berbentuk seperti empat segi tepat. Mungkin ianya dalam kalangan Die Gouge error setelah acuan tersopek disebabkan oleh benda keras hingga ianya berlubang besar. Apabila proses tempaan dibuat dengan tekanan yang kuat maka kesan kecederaan pada acuan timbul dipermukaan syiling yang ditempa.

DSC_0915a1

kepuasan apabila temui sesuatu yang baru sukar digambarkan melainkan pada orang yang bukan hobi atau minat dengan syiling dan duit cacat, pasti menganggap semua ini hanya membazir masa dan tenaga juga membazir duit sahaja.

Apa yang dipamirkan kali ini bukan yang pertama dilihat sebab sebelum ini pernah rakan lainnya dari kolektor yang sama minat syiling cacat terlebih dulu jumpa. Cuma ianya baru muncul ditangan duacongkak untuk dikongsikan dalam blog ini.

Apa pun simpan dulu.

10sen 1988

Die Chips Obv n Rev.

Banyak penemuan yang boleh kita temui kecacatan pada setiap syiling Malaysia, diantara jenis jenis kecacatan menjadi daya tarikan untuk dijadikan koleksi termasuk dari jenis Die Chip atau pun Die Gouge samada ianya berlaku dibahagian muka depan atau pun disebaliknya.

Sebelum ini pun sudah banyak duacongkak terbitkan berkaitan syiling die chip dari setiap siri syiling keluaran Malaysia samada Parlimen, Bunga Raya dan juga siri terbaru s3M yang baru dilancarkan pada tahun 2012. Juga setiap siri tersebut hampir kesemua nilai muka turut duacongkak tampilkan dan kali ini duacongkak ingin berkongsi dengan syiling keluaran siri Parlimen dengan nilai mukanya cuma 10sen.

Agak istimewa sikit keluaran kali ini dimana penemuan Die Chip Error terjadi pada syiling 10sen 1988 yang diantaranya adalah jumlah pengeluaran kedua paling sedikit bagi siri Parlimen iaitu sebanyak 17,852,262 keping sahaja. 

DSC_0660a

Muka depan yang kita lihat diatas adalah bentuk cetakan bagi syiling 10sen 1988, bila diteliti pada bahagian bulan dan bintang, nampak jelas Die Chip Error yang terselah benjolannya. Ianya mungkin boleh dikatakan sebagai Die Gouge error memandangkan dot yang kelihatan agak besar dan timbul tidak seperti die chip error yang kita boleh kesan kejadiannya disebabkan oleh acuan pecah atau pun serpih.

Lihat pula gambar bawah dimana keadaan Die Chip Error yang ada.

DSC_0658a

Perhatikan pada angka (1) dan juga (0) untuk tanda nilai 10sen. Pada bahagian hujung angka satu kelihatan sedikit Die Chip Error begitu juga dengan angka “0” disebelah kanan atas. Kesan yang kita dapat lihat pecahan pada acuan yang agak memanjang.

Untuk kepastian cuba lihat gambar bawah dimana duacongkak sudah tandakan bahagian yang dikatakan Die Gouge Error dan juga Die Chips Error. 

DSC_0658a1-a2

Contoh lebih jelas lagi lihat sahaja keratan gambar dibawah ini.

DSC_0658a1a

Juga kita boleh lihat keratan gambar dibawah.

DSC_0660a1a

Sekiranya gambar yang ditunjukkan agak kurang memuaskan harap maaf saja  Gambar diambil oleh juru foto yang tidak bertauliah dan tiada sebarang pengalaman atau pendidikan.

Moga apa yang ditampilkan kali ini memberi peluang kepada pembaca untuk cuba dapatkan atau bertemu dengan jenis jenis kecacatan yang lebih baik lagi.

Apa pun simpan dulu.