Setem Sukan Asia ke 13

Temasya Sukan Asia ke 13

Sukan Asia disertai hampir kesemua negara negara dalam Benua Asia kecuali negara Israel. Bagi temasya sukan Asia yang ke 13 tahun 1998, Thailand menjadi lokasi pilihan sebagai Tuan Rumah.

Sempena sukan ini Thailand mengeluarkan setem kenangan, duacongkak tidak pasti berapa bentuk setem yang dikeluarkan, Dalam simpanan hanya ada 4 bentuk setem dan mungkin lebih lagi.

Setem setem berikut:-

    

Sukan Asia ke 13 ini disertai oleh 41 buah negara dengan 36 jenis sukan di pertandingkan dengan 376 acara kesemuanya. Seramai 6554 atlet berusaha untuk mendapatkan pingat emas. Malaysia turut menghantar atlet dalam temasya sukan ini.

Dari awal penubuhan Sukan Asia yang pertama hingga kini 2010 di  China, Negara Malaysia belum pernah menjadi tuan rumah temasya sukan 4 tahun sekali. Cubaan untuk menjadi tuan rumah pada tahun 2006 gagal kerana Doha menjadi pilihan utama. Entah bila Malaysia bakal menjadi tuan rumah belum pasti. Apa pun semangat atlet kita di Cina sekarang sedang mencuba bagi menambah pungutan pingat emas.

Semoga mereka berjaya mencapai pungutan pingat emas yang disasarkan.

Majulah Sukan Untuk Negara.

Apa pun simpannnnn…dulu

 

First Day Cover

 

Buat pertama kali diperkenalkan FDC Indonesia dalam simpanan Duacongkak kepada umum. Ianya seiring dengan Lembaran Mini Asian Games XIII yang terdapat dalam koleksi.

Inilah bentuk FDC yang disisipkan untuk tatapan:-

FDC 1 ( SETEM )

 FDC Asean Games XIII yang dilekatkan dengan setem kenangan keluaran  pada 09hb Sept. 1998 Tiga bentuk setem dengan cop logo sukan tersebut.

FDC ke 2

Ini pula bukannya FDC tapi adalah isi kandungan didalam Sampul surat Hari Pertama ( FDC ) tersebut. Terdapat gambaran setem dan juga Lembaran Mini pada sekeping kad keras yang ada keterangan dibahagian belakangnya

 

Kad keterangan FDC

Untuk melihat segala keterangan mengenai setem ini, sila klik pada bahagian gambar.

Asian Games XIII

 Memperkenalkan bentuk Lembaran Mini yang dikeluarkan oleh Pos Indonesia, khusus untuk sambutan Pesta Sukan Antarabangsa ( Asean Games ) yang di anjurkan oleh Negara Thailand bermula dari 06 – 30hb Disember 1988. Sukan ini diwakili oleh 43 buah Negara dengan seramai 7000 atlit akan menghadirinya bagi merebut 376 pingat emas dari  36 jenis sukan yang di pertandingkan. Pos Indonesia telah keluarkan setem dengan Tema Asian Games XIII lebih awal dari tarikh upacara iaitu pada 09hb Sept. 1998  sempena dengan Peringatan Hari Olahraga Nasional ( Indonesia ).

Lembaran mini

Selain Lembaran mini seperti di pamirkan, Pos Indonesia keluarkan juga setem dengan nilai serta bentuk yang serupa dalam bentuk helaian. Serba ringkas yang dapat dijelaskan mengenai siri setem yang terdapat pada lembaran mini iaitu:-

 RP300 adalah jenis sukan ANGGAR ( Lawan Pedang ) dibahagian tengah

RP700 adalah sukan TAEKWONDO seperti dibahagian bawah.

RP4000 pula paling atas dengan sukan WUSHU

Asean Games IV 1962

 

DULU…Sebagai mengabadikan kenangan sesuatu perjalanan sejarah dalam kehidupan seseorang itu, adalah dengan cara menulis segalanya kedalam diari (rahsia) atau dengan mengambil gambar.

SEKARANG…Pelbagai cara untuk diabadikan samada secara tulisan, gambar, mahu pun filem…(tanpa rahsia). Dengan berani dan bangganya ramai yang mengabadikan dalam satu diari tapi dapat dipertonton oleh sesiapa sahaja di dunia ini tanpa sempadan.

Bagi sesebuah Negara pula berbagai cara dilakukan dan salah satunya mengabadikan kenangan dengan mengeluarkan beberapa bentuk setem untuk dijadikan koleksi dan bahan kenangan yang bersejarah. Peminat atau penggemarnya akan dapatkan koleksi tersebut semata mata untuk diabadikan bersama, ini kerana setiap keluaran setem adalah berbeza dengan tema sendiri dan begitu terhad pengeluarannya. Ianya dikeluar-kan pada hari perasmian yang telah ditetapkan dan tidak akan disalin selepas itu.

Diantaranya: Indonesia sudah menjadi tuan rumah dalam penganjuran Asean Games ke IV pada Tahun 1962. Pasti ramai diantara kita tidak tahu semua ini sekiranya tiada sebarang rujukan. (Ada yang belum lahir). Sebagai buktinya Duacongkak abadikan koleksi Asean Games ke IV 1962 ini kedalam blog untuk tatapan semua.

Pic 1

Pic 2

Pic 3

Pic 4

Inilah rupa bentuk Setem yang dikeluarkan. Kualiti kurang baik… harap maaf…