5 duit 2007

Bayangan arca keatas.

Mencari dan terus mencari, selongkar satu persatu hingga mata berpinar pinar, pinggang terasa sakit dan lenguh lenguh, rokok menjadi teman dibibir mulut, air berbotol botol diteguk semata mata untuk mendapatkan sesuatu yang diidamkan dan jika boleh mahu temui yang terbaru.

Begitulah rutin setiap hari bila berada dirumah dan ada kalanya sampai terbawa bawa ke tempat kerja jika ada kesempatan. Menelek satu persatu dan bukannya “menelek nasib” tapi menelek untung nasib kalau kalau temui sesuatu yang bagus untuk disimpan dan dipamirkan kedalam blog sebagai perkongsian.

DSC_0833a1

Hendak jadi cerita rupanya temui sekeping lagi syiling 5sen yang ditempa pada tahun 2007 yang mempunyai bayangan arca. Ianya sedikit berbeza dengan apa yang telah diterbitkan sebelum ini.

Mari kita lihat sama sama. 

DSC_0836a1

Gambar atas adalah sekeping syiling 5 sen 2007 yang mempunyai bayangan ” bunga raya “. Seperti yang telah ditulis sebelum ini dimana syiling tahun 2007 mudah kita temui bayangan arca terutama bayangan  ” gasing ” dibahagian reverse. Untuk mendapatkan bayangan ” bunga raya ” dibahagian obverse agak kurang sikit tapi masih ada harapan dan berpeluang sekiranya kita menukarkan syiling dalam kuantiti yang banyak.

DSC_0836a2

Berpandukan keratan gambar diatas ini kita dapat lihat bentuk bayangan arca ” bunga raya ” sebagai mana anak panah biru tunjukkan. Anak panah bawah atau tengah pula menunjukkan bentuk ” angka 5 ” untuk 5 sen dibahagian reverse. Apa yang menariknya disini adalah bayangan arca tersebut tidak terletak pada tempat yang sepatutnya. Ianya sudah terlebih keatas hingga sebahagian kuntum bunga seperti melepasi bibir rim.

DSC_0823a1-a3

Kita lihat contoh gabungan gambar yang mempunyai bayangan arca bunga raya. Kedua duanya jelas kita lihat tapi kedudukannya tidak sama. Gambar disebelah kiri adalah kedudukan yang biasa dan yang sepatutnya seperti dalam kotak merah kecil tapi bagi syiling kedua sebelah kanan pula kedudukan bunga raya melepasi kepala gasing dan ia tidak sepatutnya berlaku kerana kedudukan bunga raya dibahagian depan adalah ditempat yang betul.

DSC_0836a2-a2

Keratan gambar 

Off center die clash error

Apa pun layan dulu.

lagi bayangan arca

5 sen 2007

Sebelum ini banyak dikeluarkan berkaitan duit syiling 10sen yang mempunyai dua bayangan arca bahagian obverse dan reverse. Kali ini diterbitkan pula dua bayangan arca yang ditemui pada syiling 5 sen yang ditempa pada tahun 2007. Sebagai mana biasa syiling 5 sen 2007 banyak terdapat bayangan arca terutama pada bahagian reverse dimana arca gasing dapat kita lihat antara jelas dengan tidak.

Seperti gambar dibawah ini kita boleh lihat bentuk gasing dibahagian atas bunga raya dan pakunya sekali. Begitu ketara dan amat jelas apatah lagi bila ianya berada pada syiling yang masih cantik berkilau sekali pun ianya sudah beredar lama dipasaran. Entah berapa tangan ianya berpindah tidak pasti dan entah berapa kedai dia singgah pun tidak tahu. Belum kira lagi pasaraya pasaraya yang ada dan juga tabung ke tabung hinggalah ianya sampai ke bank dan diambil oleh penggemar yang dikenali sebagai duacongkak.

DSC_0820a1  

Gambar bawah ini adalah syiling yang sama dengan gambar diatas, ini disebabkan dua kali snap maka terjadilah begini, almaklum diri duacongkak sememangnya bukan mahir tentang teknik untuk mengambil gambar yang cantik walau pun guna kamera Nikon D5100

DSC_0821a2

Ini yang nak ditunjuk sangat sangat, dibahagian reverse kita tidak hairan sekiranya temui Clash Die Error yang berbentuk gasing pada bahagian nilai muka syiling. Kerana untuk tahun 2007 sememangnya banyak dan mudah ditemui berbanding dengan apa yang hendak dipertontonkan pada gambar bawah ( obverse )

DSC_0824a

Cuba lihat gambar atas dan juga gambar keratan dibawah dimana bentuk arca bunga raya amat jelas dan ketara sekali. Untuk makluman pembaca, bagi clash die bunga raya ini juga mudah ditemui pada syiling 5 sen dari beberapa siri keluaran termasuklah pada syiling 5 sen 2007. TAPI...

Wahhh…siap ada TAPI lagi tu.

hehe…bayangan arca yang satu ini belum pernah duacongkak lihat atau pernah miliki melainkan pada syiling keluaran 1 sen yang pernah diterbitkan dalam blog ini. Cuba perhatikan dibahagian atas gasing dimana kita dapat membaca perkataan NEGARA MA dalam keadaan terbalik.

Inilah yang paling istimewa sekali duacongkak rasakan pada syiling ini kerana selama ini hanya yang ditemui adalah bayangan arca pada bahagian reverse sahaja atau pun bahagian obverse sahaja dan tidak pernah temui syiling 5 sen yang ada bayangan perkataan BANK NEGARA MALAYSIA. Apa tah lagi ianya berlaku pada sekeping syiling dimana bayangan arca terjadi dikedua dua bahagian dengan perkataan sekali.

DSC_0823a2

Kepada penggemar duit syiling error, selepas ini bolehlah mencari untuk dijadikan satu koleksi peribadi kerana ia sememangnya amat istimewa pada pandangan duacongkak. Sebabnya amat jarang kita temui pada syiling 5sen.

DSC_0820a1-a2

Gabungan gambar sekeping syiling Clash Die Error Obverse n reverse sebagai contoh untuk penggemarnya.

Apa pun layannnnn…dulu.

2001 pun ada…

Terjumpa lagi

Hari hari membelek, menyelongkar, mengutip, mengumpul setiap duit syiling baki dari duit belanja pasti akan temui sesuatu yang tidak diduga. Setiap penemuan terbaru akan diambil gambar untuk disisipkan kedalam blog dan selepas itu akan diketip dalam jeket keselamatan lalu dimuatkan dalam album.

DSC_0851a  

Kali ketiga ditemui bayangan arca yang terjadi pada kedua dua bahagian muka dengan siri tempaan yang berbeza tahunnya. Kali ini duacongkak temui untuk tempaan tahun 2001.

DSC_0851a2

Keratan pada duit syiling ini menunjukkan bentuk bayangan ” tikar ” tapi bagi bentuk ” congkak ” pula agak kurang menyerlah sebagai mana penemuan sebelum ini.

DSC_0852a

Bayangan arca bagi ” bunga raya ” sebagai mana yang ditemui sebelum ini. Ianya hampir sama cuma keadaan syiling ini sudah agak kurang memuaskan kerana kesan perjalanannya dari tangan ke tangan, dari kocek ke kocek dan mungkin sudah beberapa kali masuk dalam tabung keluar tabung maka, rupa parasnya turut tercemar. Tiada kilauan lagi malah sudah terpalit dengan sedikit pencemaran.

DSC_0852a1

Apa pun oleh kerana keunikannya yang ada pada diri lalu duacongkak sematkan dalam blog dan simpan dalam album untuk kumpul siri. Mana kita tahu mungkin setiap tahun tempaan, terdapat syiling tempaan dengan bayangan arca dikedua dua bahagian muka. Kalau sirinya lengkap sudah pasti menjadi igauan setiap penggemarnya nanti.

DSC_0851a-a1

Sesuatu yang mustahil untuk dapatkan set lengkap dengan ” Die Clash Error ” yang ada.

apa pun layannnnn…dulu.

arca dua hala

Dulu 2006 kini 1990

Salam sejahtera kepada semua pengunjung setia.

Hampir seminggu duacongkak tidak muncul dalam blog kerana bercuti dan lebih menyedihkan lagi apabila harapan bercuti untuk meraikan satu Seminar berkaitan Error Coin yang diadakan di Kuantan Pahang pada 15/06/2013 yang julung julung kali diadakan tidak kesampaian. Ini kerana perancangan asal tujuan mengambil cuti sudah diubah kerana kebetulan pada hari yang sama duacongkak terpaksa meraikan majlis perkahwinan anak saudara iaitu anak kepada sepupu duacongkak yang kebetulan adalah anak tunggal.

Dengan sebab itu, duacongkak buat keputusan untuk ke majlis perkahwinan anak sepupu di Pendang Kedah dan batalkan hasrat untuk menghadiri seminar Error Coin Malaysia di Hotel Shahzan Inn, Kuantan. Sekali pun terasa ralat tapi apa kan daya, pilihan mesti muktamad.

Ucapan tahniah kepada rakan rakan yang dapat menghadiri seminar tersebut dan duacongkak mohon maaf kerana tidak dapat turut serta dalam majlis yang teristimewa itu.

Kembali pada tajuk kali ini.

Apa yang hendak dipamirkan pada keluaran kali ini iaitu sekeping syiling dengan nilai 10 sen yang ditemui mempunyai bayangan arca di kedua dua bahagian mukanya sebagai mana yang pernah diterbitkan sebelum ini. Pada kali ini duacongkak pamirkan syiling 10 sen yang ditempa pada tahun 1990.

DSC_0496a  

Jarang sekali kita dapat temui syiling yang mempunyai bayangan arca yang jelas sebegini pada kedua dua bahagian mukanya seperti dalam gambar yang ditunjukkan. 

DSC_0497a

Apa yang dapat kita lihat dibahagian Obverse dan Reverse coin 1990

DSC_0496a-a1

Gambar bawah menunjukkan Die Clash untuk tempaan 2006 yang pernah diterbitkan sebelum ini.

DSC_0447a1-a2

Gabungan gambar yang lebih mudah untuk dilihat pada kedua dua keluaran.

DSC_0447a1-a3

Mungkin ada lagi untuk pengeluaran tahun selain dari 2006 dan 1990 yang memiliki Die Clash yang sama seperti dalam gambar.

Moga kita dapat berkongsi penemuan ini dan menjadikan ianya satu koleksi dan tersenarai sebagai Coin Error Malaysia disuatu hari nanti. Memandangkan seminar yang baru berlangsung pada 15/06/2013, duacongkak dengar khabar ada ura ura untuk dijilidkan dalam buku setiap jenis error. Dengan amat berbesar hati duacongkak amat mengalu alukan cadangan tersebut kerana melalui buku kita dapat maklumat yang lebih jelas dan terang, ringkas dan padat.

Moga berhasil hendaknya.

Apa pun layannnnn…dulu.

10 sen 2013

Rim CUD Error.

Seperti yang kita semua sedia maklum, syiling Malaysia keluaran terbaru mula diperkenalkan pada 2011 dan pelancaran penggunaannya bermula pada tahun 2012. Pada peringkat awal ramai diantara pengguna yang merungut dan kurang berpuas hati kerana sering kali berlaku kekeliruan diantara syiling 5 sen dan 10 sen, begitu juga syiling 20 sen dengan 50 sen kerana ianya hampir sama pada warna. Ukurannya juga tidak jauh berbeza hingga terpaksa dibelek beberapa kali sebelum terlepas dari tangan atau pun terima dari seseorang.

DSC_0488a

Bagi pengumpul syiling cacat macam duacongkak, semua itu tidak dipersoalkan kerana setiap baki yang diterima pasti akan dibelek dan di tenung untuk mencari sesuatu kelainan yang ada pada syiling tersebut. Diantara kecacatan yang sering ditemui dan mudah ditemui adalah jenis kecacatan seperti Die Chip dan juga Die Crack Error untuk siri 2012 dan juga 2013. Tapi ada diantara kecacatan yang agak sukar ditemui seperti yang hendak ditunjukkan dalam keluaran kali ini.

Rim CUD Error.

DSC_0489a

Sebelum ini duacongkak pernah terbitkan Rim CUD Error untuk syiling 10 sen 2012 tapi kali ini duacongkak terbitkan pula siri 2013 yang diperolehi hasil tukaran dengan seorang kawan lebih kurang RM 20 dalam pelbagai nilai muka bercampur campur.

DSC_0489a1

Apa yang dimaksudkan itu, cuba lihat pada bahagian anak panah seperti gambar diatas, bahagian bibir syiling ini tidak sama dengan keadaan biasa yang kita lihat. Ianya sudah terpalit dengan metal dan lebihannya menjadi licin.

DSC_0490a

Gambar seterusnya diambil dalam posisi yang berbeza dan pencahayaan dari kamera ditutup bagi menampakkan lebihan metal yang terpalit pada sisi bibir syiling itu.

DSC_0492a

Apa yang kita lihat ini sememangnya agak sukar diperolehi dalam kuantiti yang banyak, malah ianya kelihatan cantik lebih lebih lagi sekiranya syiling yang dimiliki masih baru, berkilat, bersinar memancar mancar.

DSC_0490a1

Gambar paling bawah adalah keratan gambar pada bahagian yang dikatakan cacat itu.

Apa pun layannnnn…dulu.

11 ditanam

cacatnya 2 dalam 1

Pergi sekolah dengan beg galas, beratnya buku berkilo kilo,

mari lihat syiling 2011, dua kecacatan termasuk DDO.

Sekeping syiling yang ditempa pada tahun 2011 telah menyinggah ketangan duacongkak untuk diterbitkan dalam blog semata mata untuk berkongsi dengan penggemar duit cacat. Permulaannya kita cuba lihat dibahagian reverse syiling ini yang sekali imbas seperti tiada apa apa kecacatan. Bila diamati betul betul pada keseluruhan muka belakang syiling ini sudah tentu ada diantaranya perasan apa yang tidak kena.

DSC_0484a  

Cuba lihat dua gambar syiling dibawah yang digabungkan dimana, kedua duanya adalah yang satu cuma dibahagian kanan terdapat bulatan merah pada angka 11 untuk tahun 2011.

Apa yang tidak kena pada syiling ini.

DSC_0484a-a2

Bahagian keratan gambar ini dapat menjelaskan apa yang tidak kena pada syiling ini. Jika kita amati kedudukan angka 11 pada permukaan syiling ini seperti ianya tenggelam. Memang betul ianya tenggelam seperti terpahat kerana disekeliling angka ‘ 1 ‘ nampak kesan berparit disekelilingnya. Keadaan angka tersebut hampir sama rata dengan permukaan syiling dan berbeza pula dengan kedudukan angka ‘ 20 ‘ untuk tahun 2011.

Lihat gambar seterusnya.

DSC_0484a1a

Pada bahagian angka ‘ 20 ‘ kita dapat lihat kedudukannya timbul seperti kebiasaan duit syiling yang ada. Hanya angka ‘ 11 ‘ sahaja yang berlaku kedudukan tenggelam atau tertanam.

DSC_0484a1b

Gabungan kedua dua gambar untuk mudah lagi dilihat. Apa yang berlaku pada syiling ini adalah bagi kali pertama duacongkak lihat dan belum ada kawannya lagi dan mungkin ianya akibat kelemahan semasa proses penempaan syiling. Jenis errornya kurang pasti kerana duacongkak jarang membuat rujukan pada mr google atau mana mana rujukan yang ada… Al maklum kerana duacongkak kurang faham bahasa inggeris. 

DSC_0484a1b-a

Semoga dengan apa yang telah dilihat, pasti diantara pembaca memahami akan jenis kecacatan tersebut dan kita beralih pula pada bahagian muka depan syiling yang sama seperti gambar dibawah.

DSC_0485a

Cuba lihat gambar atas dan gambar keratan dibawah. Dari pandangan duacongkak ianya adalah satu imej gandaan yang berlaku pada bahagian kepala congkak. Kesan garis tiga terpisah dari bentuk kepala congkak seperti ianya salah satu dari tempa berganda. Double Die Error. Untuk diterjemahkan sebagai Die Gouge sepertinya bukan begitu juga dengan Die Chip Error. Manakan boleh berlaku sampai tida selari dengan corak yang ada pada kepala congkak.

DSC_0485a1

Gambaran dibawah sengaja diambil dalam posisi terbalik untuk pastikan ianya terseret akibat alat tempa longgar atau tidak. Sekiranya alat tempa longgar sudah pasti ianya akan kabur atau berbayang sahaja tapi ternyata, ianya nampak seperti asal.

DSC_0487a

Tidak puas hati lagi lalu duacongkak gunakan cahaya yang agak lebih dan kita masih dapat lihat bahagian lebihan dengan jelas tanpa cacat celanya.

DSC_0486a

Nampak gayanya kita kena himpun lagi pelbagai jenis kecacatan yang ada pada syiling Malaysia ini kerana semakin hari kita boleh temui bermacam macam jenis kecacatan yang menarik.

Apa pun layannnnn…dulu/

gegar

awan membentuk

Gambar suka suka.

Oleh kerana tidak tahu hendak buat apa apa, duacongkak cuba mengambil gambar gambar awan yang bergumpal di langit biru. Dari jauh kelihatan sesuatu yang menarik pada awan tersebut hingga menyebabkan ianya dirakam.

DSC_0460a1a

Gambar kedua: yang menjadi tumpuan sebagai mana dalam bulatan yang membuatkan ianya kelihatan menarik.

DSC_0460a3

Cuba lihat bahagian keratan awan pada gambar bawah ini, dalam penglihatan duacongkak kelihatan ianya membentuk seperti kepala gorila. Tidaklah seratus peratus ianya sama tapi kita dapat lihat irasnya sahaja bila dilihat sebelah sisi.

DSC_0460a

Bila gambar kedua dizoom iaitu pada bahagian bawah bentuk gorila, kita dapat lihat, iras iras rupa dengan mata terpejam. Kelihatan bentuk wajah itu amat mengerikan seperti merenung kearah bumi. 

(monster)

DSC_0460a1

Mungkin pengunjung blog dapat mengolah bentuk rupa pada awan ini yang lain dari apa yang duacongkak olahkan kerana setiap pandangan orang dan tafsirannya tidak sama.

Subhanallahh…