10 sen di bahagi 2

10 sen 1982

Telah sekian lama menyepi dengan blog tidak terisi, tentu ramai yang ternanti nanti, apakan daya segalanya tidak menjadi, toleh kekanan toleh kekiri, banyak kerja yang perlu dihadapi, hinggakan hobi tidak diperduli, mungkin keluaran kali ini, entah bila akan diterbitkan lagi, segalanya belum pasti.

Die Crack RtoR yang menyerlah ditengah tengah pernukaan duit syiling tempaan tahun 1982 siri Parlimen ini amat menarik sekali, sayangnya disebabkan terlalu jauh dia merantau hingga melebihi 30 tahun, maka keadaan yang diperolehi amat menyedihkan. Sepatutnya dari awal kelahiran, ianya dijaga dan dibela dengan baik, tapi apakan daya…setiap tangan yang menerimanya tidak memahami akan kesusahan yang dia hadapi. Keadaan dirinya sudah hampir terputus dua namun tangan tangan masih membiarkan ianya beredar kesana sini. Bila sampai ketangan duacongkak, terasa kasihan pula dan terus diambil dan akan diberikan baju serta letakkan dalam rumah yang sederhana.

DSC_0420a

Beginilah kecederaan yang dihadapi oleh sekeping syiling tempaan tahun 1982, dari apa yang diperhatikan, ianya tidak menyendiri, pasti ada rakan rakannya yang lain dan masih beredar kesana sini, mujur sekiranya rakan rakan lain sudah diselamatkan oleh seseorang…kiranya diselamatkan sejak awal sudah pasti rakan yang lain masih cantik, bersih, menyerlah dalam baju yang lebih mahal dan dijaja kesana sini dengan nilai yang tinggi.

DSC_0421a

Amat jarang kita temui keadaan belahan yang amat ketara sebegini dan bagi duacongkak, ini adalah buat kali pertama dilihat bagi sekeping syiling 10sen tempaan 1982 siri Parlimen. Sebelum ini dipamirkan 10sen siri bunga raya tempaan tahun 2005 dan ada juga untuk tahun 2006 oleh rakan bloger dan rakan muka buku. 

Apa pun layannnnn…dulu.

Barat ke Timur

Die Crack RtoR (major)

26/07/2013 selepas berbuka puasa sambil berehat rehat ditempat tugas, cuba belek sedikit duit tukaran syiling 10sen lebih kurang RM50. Tidak banyak hasil yang diperolehi dan diantara yang ditemui adalah sekeping syiling yang cukup teruja untuk menatapnya. Tanpa berlengah lagi terus sahaja ambil kamera lalu snap gambarnya. Balik dari kerja tanpa membuang masa mula muatkan dalam blog untuk perkongsian dengan rakan rakan pengunjung setia.

DSC_0208a  

Cuba lihat gambar syiling 10sen dibahagian reverse yang ditempa pada tahun 2005. Apa yang dapat kita lihat satu garisan besar melintang diatas bunga raya bermula dari huruf ‘ N ‘ hingga ke huruf ‘ A ‘.

DSC_0207a

Gambar bawah diambil dengan menutup cahaya lampu kamera dengan kertas putih keras untuk dapatkan imej yang lebih jelas.

DSC_0206a

Kebiasaan yang pernah dilihat Die Crack begini pada syiling 1sen 1988 milik rakan. 

DSC_0208a-a1

Amat jarang ditemui dalam siri bunga raya melainkan dari jenis Minor Die Crack Error.

Apa pun layan dulu…

20 sen 2008

Coin 20 sen

 
 

 

 

Syiling 20 sen 2008 yang diperolehi hasil tukaran semasa berbelanja, pada mulanya ingatkan satu garisan yang dibuat oleh seseorang dengan menggarit dengan paku atau sebarang benda tajam. Tapi bila diteliti dapati keadaannya seperti semula jadi. Bawa balik dan terus lihat menggunakan kanta pembesar.

Hasilnya dilihat satu garisan yang merintangi nilai 20 bermula dari  ’20’ hingga penghujung ‘A’

Apa pun syiling ini terus disimpan dengan baik memandangkan keadaan masih cantik. Duacongkak tidak tahu apa kategori kecacatan pada duit syiling ini. Tersalah sebut nanti maka ada kolektor yang menegurnya. Lebih baik pamir dan hanya mereka yang arif saja boleh letakkan kecacatan tersebut.

Sorry numis semua…istilah dia tak pandai nak sebut.