operasi di malam raya ke 3

kenangan beraya di kampong

Persiapan operasi ikan bakar diperkarangan rumah adik di kampong pada hari raya ketiga. Semua ahli keluarga dapat berkumpul berbanding sambutan hari raya sebelum ini dimana duacongkak jarang dapat beraya bersama. Oleh kerana semua adik beradik dapat berkumpul, kata sepakat pun dipersetujui untuk buat masakan ikan bakar dan juga ayam.

Sebaik saja selepas waktu maghrib, arang pun dinyalakan dengan api yang besar untuk mendapatkan baranya. Ketika ini juga cuaca tidak mengizinkan dan hujan mula rintik rintik.

Oleh kerana hujan mula semakin kasar, satu dari dapur bara diangkat dan dialihkan dibawah bumbung anjung rumah. Satu dapur lagi digunakan payung bagi mengelakkan dari air hujan.

Setelah arang menjadi bara, ayam terlebih dulu dibakar. Walau pun hujan rintik rintik tapi operasi bakar diteruskan juga tanpa dihiraukan keadaan cuaca.

Dapur arang berpayung digunakan untuk membakar ayam dan sebuah dapur lagi digunakan untuk membakar ikan. Sebelah pagi pergi kepasar untuk mendapatkan ikan yang baik, sebaliknya ikan kembung (temenung) dan juga cencaru (ikan jeket) sahaja yang ada, ikan pari atau ketuka tidak kelihatan dan juga jenis jenis lainnya tidak ada. Akhirnya ikan tudung periuk pun dibeli juga untuk dibakar.

# dalam gambar yang ditunjukkan itu ikan kembung #

Ayam yang sedia untuk di bakar, dalam besen merah bertutup dengan dulang (talam) berbunga pula adalah udang harimau juga sedia untuk dibakar.

Bila ayam dan ikan sudah masak. ” amboi…berbincang apa la gamaknya tu “

seketul ayam nak berkongsi bertiga…” banyak lagi dalam talam tu…”

Alamak, batang pisang tu nak buat apa?

Batang pisang dipotong/kerat dan bahagian tengahnya pula dikorek, setelah itu ikan yang siap dengan rempah ratus disumbat dalam lubang tersebut. Lebih kurang empat atau lima ekor ikan kembung (temenung) berjaya di isi dalamnya. Apabila semua ikan, ayam dan udang habis dibakar kini giliran ikan dalam batang pisang pula sedia untuk di masak.

Semasa menunggu waktu proses memasak ikan dalam batang pisang, duacongkak sudah tertidur menyebabkan gambarnya tidak dapat diambil. Menurut tukang masak (adik lelaki duacongkak), katanya, proses membakar ikan ini memerlukan api yang besar dan dibiarkan hingga batang pisang itu mengecut. Sayang sekali semua itu duacongkak tidak lihat dan tidak mengambil gambarnya untuk tatapan. Bukan itu saja malah, tidak sempat juga untuk merasai masakan tersebut. Keesukan paginya baru tersedar dan segalanya sudah licin.

Terasa rugi juga tidak dapat merasai semua itu…kenapa la ngantuk sangat malam tu. Mungkin kepenatan jalan jauh dari selatan hingga ke utara membuatkan badan terasa penat.

Diantara pembaca rasanya ada yang pernah berbuat sedemikian.

Advertisements

Kenal2 RM

Tajuk yang ringkas.

” Kenal2 RM “

Ramai yang diluar sana tidak kira tua atau muda, malah kanak kanak juga cukup mengenali duit serta penggunaanya. Lebih lebih lagi suasana raya baru saja berlalu membuatkan anak anak kecil suka pergi beraya dirumah orang tidak mengira kenal atau pun tidak. Semuanya kerana ingin mendapatkan habuan ‘ DUIT RAYA ‘. Bagi yang sudah berumah tangga atau pun mereka yang sudah dewasa dan mempunyai pendapatan atau mata pencarian, tidak lokek menghulurkan ” duit Raya ” untuk anak anak. Walau pun dengan serendah 10sen hinggalah ke duit kertas edisi terbaru yang dikeluarkan oleh BNM.

Cuba bayangkan bagai mana perasaan anak anak sekiranya diberikan ‘ DUIT RAYA ‘ dengan  hanya syiling 10sen? Depan kita mungkin dia tidak kata apa apa tapi, bila keluar dari rumah kita, sudah pasti desas desus serta rungutan akan bermain dimulut mereka, silap haribulan habis dicanang pada kawan kawannya yang lain supaya jangan datang kerumah si anu tu...dia bagi 10sen jer duit raya.

Berbeza pula dengan Kolektor Numis, cuba bayangkan si anu tu  berikan duit 10sen 1971 sebagai DUIT RAYA  sewaktu bertandang dirumahnya, InsyaAllah, rumah si anu tu akan penuh sesak dengan kehadiran tetamu samada secara jalan kaki, berbasikal, menaiki kenderaan awam malah ada yang datang dengan kereta menjalar besarnya membawa anak anak semata mata hendak mendapatkan DUIT RAYA 10sen.

Dengan itu nampak sangat ada diantaranya masih tidak kenal dengan duit Malaysia ini, hanya bagi yang berminat untuk jadikan koleksi sahaja mengetahui nilai sebenar. Rasanya bukan saja anak anak yang tidak mengenali tentang syiling 10sen 1971, mungkin orang dewasa pun ada yang kurang arif tentang duit tersebut.

Sebenarnya duacongkak bukan hendak perkenalkan duit syiling 10sen 1971 pada keluaran kali ini, hanya sebagai selingan sahaja sebelum cerita sebenar dikeluarkan.

Kedua dua gambar diatas adalah bentuk sebenar duit kertas Malaysia dengan nilai mukanya adalah RM20. Ianya sungguh cantik dan amat menarik sekali, tapi awas sewaktu berbelanja kerana, diawal awal begini selalunya kita boleh tersasul dan menyangkakan ianya hanya RM10. Lebih lebih lagi diwaktu malam dengan cahaya yang samar samar, kekeliruan pasti akan terjadi dan boleh menyebabkan kita mengalami kerugian samada pengguna atau pun peniaga itu sendiri. Maka dengan itu hendaklah kita berhati hati selalu.

Apa yang istimewanya dengan duit baru ini adalah tulisan pada TENGKOLOK seperti mana yang ditunjukkan oleh anak panah. Mungkin ramai diantaranya sudah tahu apa yang tertulis dan ada juga diantaranya masih belum tahu apa yang sebenarnya tersembunyi.

Berpandukan gambar yang diambil ini duacongkak tidak dapat tunjukkan dengan jelas apa yang ditulis kerana beberapa kali diambil gambar tapi tidak dapat objek yang memuaskan. Dengan itu rasanya lebih baik ambil dari dalam kocek sendiri dan lihat dengan menggunakan kanta pembesar pada bahagian yang ditunjukkan dengan anak panah. Pasti kita dapat membacanya.

” SERI PADUKA BAGINDA YANG DIPERTUAN AGONG PERTAMA ALMARHUM TUANKU ABDUL RAHMAN IBNI ALMARHUM TUANKU MUHAMMAD “

Bacaan ini bukan hanya pada RM20 sahaja malah terdapat juga pada duit duit lain seperti RM1, RM5, RM10 dan juga RM100. Cuma RM50 sahaja yang tidak tertera nama Yang Di Pertuan Agong.

Sekadar berkongsi info sahaja

Apa pun simpannnnn…dulu.

Salam Aidil Fitri

Salam Aidil Fitri,

 

Salam bahagia salam sejahtera, kepada Umat Islam kaum Muslimin semua, sebulan sudah kita berpuasa, kini tiba menyambut hari raya, tangan dihulur maaf dipinta, sebagai tanda ikatan setia, tidak kira tua atau pun muda, mari bersama kita meraikannya.
Walau pun jauh walau pun dekat, serumpun umat kita muafakat, jangan ada yang berniat jahat, semua bersatu teguhkan umat, dihari bahagia membawa berkat, demi kehidupan dunia dan akhirat.

Kepada pengunjung yang budiman, jutaan terima kasih saya ucapkan, setelah sudi membaca semua tulisan, pada setiap apa yang diterbitkan, sekiranya ada sebarang kesalahan, dalam tulisan yang telah dicoretkan, sedia menerima sebarang teguran, mana yang baik jadikan ikutan, dan yang buruk pula jadikan sempadan, ada antaranya mungkin tak sehaluan, janganlah berperangsangka yang bukan bukan, tetapkan hati didalam iman.

Selamat menyambut hari raya Aidil Fitri kepada semua yang mengenali diri, tidak lupa juga kepada mereka mereka yang sekadar kenal nama tapi tidak pernah bersua muka. Sesungguhnya diri duacongkak lebih ramai yang mengenali nama tapi tidak mengenali orangnya dan begitulah sebaliknya. Walau dimana saja dan bagai mana keadaannya, duacongkak tetap menyusun jari memohon kemaafan mewakili diri dan juga seisi keluarga. Semoga dilain masa dan ketikanya blog duacongkak akan kembali ceria selepaskita berhari raya.

# Kali ini duacongkak dapat bercuti dan akan kembali ke Kampung halaman di Taiping Perak dan juga Yan Kedah iaitu kampung halaman isteri tersayang. Kesempatan ini juga mungkin duacongkak akan berjumpa beberapa kenalan blog dan juga muka buku selain sanak saudara. #

Wassalam…

Tumpang cantik…

Nak cantik tidak dapat, tumpang cantik saja yang ada.

Satu persatu dikeluarkan dan kesemua siri sudah hampir penuh dalam koleksi dari RM1, RM5, R10, RM20 dan RM100. Bagi RM50 sebelum ni pun sudah diterbitkan cuma sayangnya belum perolehi kesemua siri dengan Prefix AA seperti yang diharapkan. Bagi nota RM10 dan RM20 masih belum perolehi prefix tersebut.

Bila tiada prefix AA kenapa pula ada RM10 disini?

Pair

Kita lihat dulu gambar bahagian atas dengan bentuk yang telah dibarukan serta amat jauh berbeza dengan siri siri sebelumnya. Siri terbaru ini kelihatan lebih menarik dan lebih mesra.

Prefix yang ada iaitu: AJ 455 5 544 dan satu lagi AJ 455 5 545.

Duit kertas ini diperolehi semasa jualan di expo bazar dan dapat dari pelanggan, sayangnya dia berbelanja tidak menggunakan nota AJ 455 5 554 RADAR FANCY. Nasib baik bukan waktu duacongkak ada ditempat niaga, kalau tidak…mesti pujuk pelanggan tersebut bayar dengan menggunakan nota RADAR FANCY. hehe.

Walau pun tidak dapat apa yang dikehendaki tapi dengan yang ada ini pun sudah memadai untuk dijadikan koleksi. Sementara duit duit baru ini belum terlipat atau pun sudah menjadi lunyai lebih baik disimpan sebagai kenangan.

Apa pun simpannnnn…dulu.

RM20 bukan AA

Penampilan RM20 siri 12 duit baru

Tiga keping gambar nota Rm20 baru yang diperolehi menjelang Syawal yang akan tiba tidak berapa lama lagi. Duacongkak sempat juga mendapatkan beberapa keping nota RM20 siri baru ini walau pun ianya bukan menarik sebagai mana yang dikehendaki iaitu siri First Frefix dengan huruf AA xxxxxxx atau setidaknya ZA xxxxxxx.

Sebagai mana diketahui ramai, nota RM20 ini sudah lama BNM tidak keluarkan tapi pada siri ke 12 ini nota RM20 dikeluarkan kembali oleh BNM untuk diguna pakai dalam urusan harian. Bentuk dan coraknya amat menarik dengan warna yang cukup menyerlah bagaikan kunyit.

Dari tiga keping ini kita dapat lihat prefixnya adalah AC dimana sudah jauh dari AA. Memandangkan siri nombornya berturutan maka duacongkak pun cuba simpankan dalam koleksi dan mungkin suatu hari nanti akan diguna pakai sekiranya perolehi yang lebih baik.

Sebab mengapa diambil untuk dijadikan koleksi adalah kerana siri nombornya yang terakhir iaitu AC 6262600. Duit ini diperolehi semasa buat penukaran dengan bank malangnya siri nombor berakhir dengan apa yang dapat kita lihat. Setelah diteliti akan sirinya keesukan hari duacongkak kembali semula ke bank dan berjumpa dengan kerani di kaunter dan minta supaya dia mencari sebahagian lagi siri yang berturutan selepasnya. Ini kerana duacongkak mahukan siri AC 6262626, hehe…cantik tuu..malangnya kerani itu memberi tahu duit tersebut telah di edarkan sebelum duacongkak buat penukaran…adusss, betul betul melepas.

Apa nak buatkan…bukan rezeki.

Apa pun simpannnnn…dulu.

Whitty…

Pemergian tidak akan kembali.

Pada 10/08/2012 bersamaan hari Jumaat pada waktu hampir untuk berbuka puasa iaitu jam 7.11 minit petang, kedengaran tangisan Whitty yang amat menyayat hati. Menangis minta perhatian, ibu serta nenek, atuk, abang, kakak serta saudara kandungmu iaitu brownie menghampirimu dan masing masing mengelilingi Whitty yang terbaring sambil menangis. Aku pun turut sama mendekatimu sambil mengusap usap kepala dimana sudah dapat mengagak yang kau akan pergi meninggalkan kami sekeluarga.

Terlalu sedih melihat saat saat akhir Whitty hendak menghembuskan nafas yang terakhir. Suara tangisanmu amat menusuk jiwa bagaikan meminta supaya diambil dan dibelai. Melihatkan sinar mata yang memandang kearah saudara juga sesekali memandang pada ku membuatkan hati ini menjadi sayu. Aku terus membelai bahagian kepala sambil menantikan saat pemergianmu dan tanpa disedari mulutku terus berightifar dan mengucapkan kalimah Laailahaillallah…Yang paling menyedihkan apabila saat akhir suara tangisan yang didengari hanya pada kerongkong sambil kaki belakang menarik tegang. Aku hampir menitiskan air mata dikala itu tapi, ku tahankan jua sekali pun ianya hanya seekor binatang. Sesungguhnya Whitty adalah kucing kesayangan kerana dialah satu satunya yang berwarna putih dari keluarga hitam dan kelabu.

Pemergian mu tetap dikenang sampai bila bila.

Hanya gambar yang tinggal menjadi kenangan.

Bergambar bersama saudara yang lahir dalam satu hari dari keluarga neneknya 4 ekor dan dari ibunya 3 ekor.

Kenakalan bila masing masing berlumba memanjat tikar yang disandarkan ke dinding.

Tetap juara diatas.

Bersama ibunya Nerru yang menyusukan anak dan juga adik yang dilahirkan oleh ibunya (Myu-Chi) dihari yang sama cuma berbeza waktu hampir satu jam.

Kasih ibu menyusukan anaknya dan juga adik adiknya.

Dakapan manja dari ibu.

Makanan yang belum boleh dimakan oleh mereka kerana masih kecil/baby.

Tinggallah Browny sendiri kerana semua saudaranya sudah tiada. Paling menyedihkan adalah Whitty yang pergi kerana menghembuskan nafas terakhir. Saudara lainnya dipelihara orang.

Whitty…kau tetap dikenang kerana hidup bersama keluarga ku walau pun hanya seketika. Sememangnya kau dari mula lahir kami berikan perhatian yang lebih tapi akhirnya kau pergi jua. Kami teruja kerana sinar matamu sentiasa berubah ubah sejak lahir hingga kesaat akhir usia.

Aku belum pernah melihat warna mata mu yang boleh berubah warna dan amat berbeza dengan mata kucing kucing lainnya. Engkau miliki mata warna biru, ada kala bertukar warna kehijauan dan kekuningan, paling menakutkan bila mata kau berubah warna merah menyala.

Keunikan yang ada pada diri mu juga akan dijadikan kenangan apatah lagi kenakalan serta kemanjaan mu. Pergilah Whitty untuk selama lamanya dan jasad mu akan dikebumikan dengan baik agar kau aman disana.

First Prefix AA RM1

 

First Prefix running nombor dengan duit RADAR

Untuk tatapan seterusnya bagi siri baru duit kertas Malaysia yang di perolehi, berkat kesabaran akhirnya bertemu juga dengan nota Polymer untuk RM1 dengan Prefix yang pertama iaitu bermula dengan AA.

Rupa bentuk muka belakang (reverse) untuk RM1 polymer seperti gambar diatas yang tunggal.

Enam keping RM1 dengan AA 4374731 hingga AA 4374736. Penampilan duit ini tidaklah seghairah low nombor atau pun solid nombor yang pasti menjadi daya tarikan bagi setiap pengumpul atau pun peminatnya tapi, ada sikit keistimewaan pada duit ini iaitu selain duit siri pertama dengan AA, ianya juga terselit sekeping DUIT RADAR yang boleh dijadikan koleksi untuk simpanan peribadi.

Cuba lihat pada duit polymer ini yang bertanda anak panah hijau dimana siri nombornya adalah AA 4374734. Selain nombornya selari tapi dengan adanya siri RADAR maka ianya bolehlah disimpan sebagai koleksi.

Apa pun simpannnnn…dulu.