RADAR RM10

Penghasilan di hari minggu.

Hari Ahad di Senai Johor, semasa berada di pasar malam, entah macam mana boleh menyinggah sekeping nota RM10 siri ke 12 Zeti. Seperti biasa setiap wang kertas yang diterima pasti akan membelek dulu sebelum dimasukkan dalam kocek atau pun dompet. Bahagian terawal sekali untuk diperhatikan sudah tentu pada siri nombor dimana pada siri nombor terlalu banyak untuk dilihat.

Selain untuk mendapatkan nombor nombor cantik, mahu pastikan juga dengan siri duit gantian kalau kalau menyinggah ditangan, tidak pun prefix AA xxxxxxx. Sekali didapati yang muncul adalah siri nombor RADAR. Macam cantik lalu duit ini terus disimpan dalam beg galas tanpa dilipat biar pun keadaan duit ini sudah kelihatan terlipat disana sini. Almaklum lah, dapat pun dari tangan orang dan entah berapa tangan yang sudah berpindah pun tidak pasti, sehinggalah tiba ketangan duacongkak, makanya akan terkurunglah dalam simpanan.

Rupa bentuk duit RADAR yang dimaksudkan dengan prefix A J 2 5 0 2 0 5 2. Mungkin ramai juga yang berminat dengan duit RADAR ini,

Apa pun simpannnnn…dulu.

Rezeki…

Rezeki tidak kemana

Salam sejahtera dan selamat berpuasa semua kepada kaum muslimin dan muslimat, sebagai mana yang diketahui duit keluaran terbaru yang dikeluarkan oleh Bank Negara Malaysia bermula pada 16hb Julai 2012. Ramai para kolektor yang mempunyai modal besar sudah miliki kesemua siri yang diedarkan dengan First Prefix iaitu bagi setiap wang polymer dan kertas siri RM 1, RM 5, RM 10, RM 20 dan RM 100 yang bermula dengan prefix AA xxxxxxx. Malah ada diantaranya sudah cukup set dengan Replacement Note iaitu Prefix ZA xxxxxxx. Bagi duacongkak semua itu belum ada dalam simpanan melainkan bagi note RM 1 yang baru ditukarkan sebanyak RM 300.

Hasil dari pertukaran itu tidaklah pula ditemui Prefix AA xxxxxxx seperti yang diharapkan tapi cukup sekadar dengan dua keping note dengan nombor RADAR serta sekeping duit gantian yang berada diantara Prefix AH xxxxxxx.

Adusss…gambar kecil pula, walau bagai mana pun boleh klik pada gambar maka akan besarlah dia. Tiga bundle notes RM 1.00 dengan prefix AH xxxxxxx (2) dan satu Prefix AX xxxxxxx.

Penukaran pertama dengan RM 100 memperolehi Prefix AX 5006001. Bila prefixnya berturutan maka bertemulah dengan sekeping note RADAR dengan AX 5006005. Nombor yang dikirakan cantik juga walau pun bukannya dari First Prefix iaitu siri AA xxxxxxx seperti yang dikehendaki. Pertukaran dibuat pada 23/07/2012.

Bagi penukaran kali kedua pula nasib menyebelahi diri bila terdapat duit gantian dalam siri AH 6489601. Setelah disemak satu persatu ternyata pada siri AH 6489677 dan AH 6489679 ditengah tengahnya adalah duit gantian dengan siri ZA 0243897 dimana note ini menggantikan siri AH 6489678 yang telah ditarik disebabkan kerosakan semasa proses tempaan dibuat. (Agaknya).

Bagi tukaran ketiga dihari yang sama iaitu pada 26/07/2012 tiada apa apa yang menarik untuk dijadikan koleksi makanya kesemua RM 100 dari note RM 1.00 akan diguna pakai. Untuk yang RM 200.00 lagi akan disimpan la jawabnya.

Apa pun simpannnnn…dulu.

RADAR FANCY

SELAMAT HARI RAYA SEMUA…..

Salam hormat dan Selamat Menyambut Hari Raya Aidil Fitri kepada kaum muslimin dan muslimat sekelian. Sebulan sudah kita berpuasa dan akhirnya tibalah harinya 1 Syawal dimana kita sama sama menyambut dengan penuh kegembiraan.

Sebagai kenangan duacongkak muatkan khas buat tatapan semua sekeping note RM 10 yang memiliki nombor Radar Fancy.

Bagi duit kertas ini selain dari Nombor Prefixnya cantik…mungkin ramai yang tidak perasan. Setiap duit kertas, kebiasaannya nombor awalan bermula dengan AA xxxxxxx dan berturutan sehingga Prefix HZ xxxxxxx. Bagi Prefix seterusnya akan bermula dengan Prefix JA xxxxxxx hingga terakhir dengan Prefix NZ xxxxxxx. Kemudian disambung lagi dengan Prefix sebagai mana yang tertera pada duit kertas ini yang bermula dengan Prefix PA xxxxxxx.

Ini kerana setiap siri duit kertas Malaysia tiada keluaran bagi siri ‘ I ‘ dan juga siri ‘ O ‘ sebagai mana nombor pendaftaran kenderaan. Mujur juga secara kebetulan duacongkak menemui sekeping note RM 10 yang bermula dengan Prefix PA 1 2 2 2 2 2 1 dimana nombornya cukup menarik. Bagi siri RM 10 ini belum ada sumber atau sesiapa dapat jelaskan Last Prefixnya. Tunggu dan lihat saja nanti penjelasan dari rakan rakan yang lain yang lebih arif tentang last Prefix RM10. 

DUIT RAYA…SELAMAT HARI RAYA

Apa pun simpannnnn…dulu.

Dua dalam Satu (1)

Duit Gantian dan duit RADAR

 

 

Duit gantian dengan Prefix ZD 4 8 6 5 6 8 4. Sebelum ini sudah banyak duacongkak lihat duit gantian dengan prefix ZD dan juga ZE, semuanya tidak dikumpul disebabkan terlalu banyak di pasaran. Boleh dikatakan setiap hari pasti menemui kedua dua Prefix ZD dan ZE, Hanya yang betul betul dipilih saja yang disimpan untuk dijadikan koleksi contohnya bagi duit gantian ini, yang pertama tiba untuk simpanan. Prefixnya termasuk juga dalam koleksi duit radar. Jarang kita jumpa walau pun banyak diluar sana.

Apa pun simpannnnn…dulu.

 

RADAR NOTE

Kembali semula dengan duit kertas.

 

Note RM 50 dengan Prefix Radar yang menarik. Siri Nombor S N 7 9 3 2 3 9 7 atau boleh disebut ” yang ganjil kapit yang genap ditengah “.

Pandai pulak mereka ungkapan yang tidak pernah ujud. Sebenarnya nombor radar bukanlah istimewa sangat, sebab terlalu banyak diluar sana yang masih beredar dari tangan ketangan. Melainkan bagi note yang memiliki siri nombor SOLID baru mendapat perhatian ramai, atau pun LOW NUMBOR. sebab prefix begini amat jarang kita temui berpindah tangan ketangan dalam urusan perbelanjaan harian. Kalau ada bermakna tangan yang memegang sudah terdesak sangat. Hehe…jangan marah sebab yang bercakap pun ada kala terdesak juga.

Bagi note RM 50 RADAR ini, apa yang special sangat adalah…

 

Pada bahagian hadapan duit ini dapat kita lihat keadaan potongannya yang sedikit lari dari biasa. Bahagian mukanya terlebih keatas hingga menyebabkan frame nampak tidak sama rata. Frame bahagian bawah lebih besar dari kedudukan frame bahagian atas. Jika tidak berkemungkinan duacongkak sudah buat belanja di pasar tapi bila nampak ada sedikit kecacatan maka disimpan dulu. Mana tahu kalau kalau nanti ada yang berminat boleh la ditawarkan…

Memandangkan nilainya terlalu besar sebab itu nak buat tawaran, lainlah sekiranya nilai dia macam yang satu ini…

 Note RADAR juga tapi nilai dia kecil dan murah.

( Nombor genap pagar yang ganjil )

Apa pun simpannnnn…dulu.

 

Duit Radar

DUIT RADAR YANG MENARIK

Sudah lama tidak keluarkan duit kertas Malaysia. Sebagai menggantikan duit syiling yang keluar berterusan kini giliran duit kertas pula jadi pilihan.

Apa itu duit radar…?

Bagi kolektor lama sudah tentu arif apa yang dinamakan duit radar, ini kerana duacongkak pun dapat tahu dari mereka juga. Bagi kolektor baru atau yang belum jadi kolektor tapi terbaca blog ini. duacongkak cuba perjelaskan serba ringkas sebagai panduan. Sekiranya tersilap harap otai otai beri teguran atau perbetulkan. Terima kasih.

Duit radar adalah duit kertas yang sama seperti mana kita guna seharian dengan nilai muka yang tertera pada note tersebut. Ada yang RM1, RM2, RM5, RM10, RM50, RM 100. Bezanya hanyalah pada siri nombor setiap prefix yang dikeluarkan. Sebagai contoh kita lihat gambar duit radar ini dengan nilai muka RM50 (siri 11).

  

Ini adalah duit kertas Malaysia bertemakan ‘Pelantar Minyak’ yang menjana ekonomi Malaysia. Dikatakan RADAR adalah pada siri nombor duit yang dapat dibaca seperti ini: RT 0 0 9 5 9 0 0

Nombor tersebut sekiranya kita baca dari kanan kekiri pun sebutannya adalah sama. 0 0 9 5 9 0 0. Begitu juga dengan ejaan R A D A R, dibaca pergi dan balik bunyinya tetap sama. Menarik juga duit radar ini kerana nombornya tidak banyak. Angka besar ditengah dan diapit pula oleh 2 angka ‘0’ kiri dan kanan.

Boleh dikatogorikan sebagai FANCY.

Apa pun simpannnnn dulu.

 

Duit RadaR

 

Kepada mereka yang terus melayari blog duacongkak ini, jutaan terima kasih diucapkan. Atas sambutan yang diterima rasanya duacongkak mahu teruskan lagi dengan sisipkan duit RadaR. Begitu bersemangat sekali duacongkak menambahkan koleksi dalam blog untuk dipertontonkan dan menjadi tarikan kepada mereka yang baru berjinak jinak untuk jadikan hobi…duacongkak sendiri sebelum ini hanya melayari blog orang dan mendapatkan segala sumber serta maklumat. Dan sehingga kini  masih lagi mempelajari dari bloger yang lebih lama berkecimpung. Terima kasih kepada semua bloger terutama yang sudah ada link dengan duacongkak.

Berbalik kepada duit RadaR…

duit RadaR

Untuk makluman nombor duit RadaR ini tidaklah begitu menarik dan hanya sekadar untuk disimpan saja

 

Duit RADAR

Note RM 1 ini juga dikirakan RARE kerana S/No. semuanya ganjil. Bilangan No. pun ganjil hanya ada 3 saja iaitu angka 1,5 dan 7. Bila dicampur (1+5+7) jumlahnya 13, juga nombor ganjil.

Malah kalau dicampurkan keseluruhan no. (1+5+5+7+5+5+1) jumlahnya 29, juga ganjil.

Betul betul ganjil ni….
“Ada satu lagi yang ganjil dan benar benar ganjil…!!!”
GANJIL KALAU TIADA YANG KOMEN…hehe..duacongkak gurau je. Datang melawat pun dah kira bersyukur….TQDC

 

 

duit radar ‘ganjil’