gegar “92

Keluaran tahun yang sama, bentuk error berbeza.

Gambar syiling $1 1992 (tanpa cahaya terang)

92 b1 

Gambar bawah setelah digunakan cahaya dimana dilakukan semata mata untuk dapat lihat dengan jelas keadaan keris yang berganda. Ramai yang mengetahui bahawa syiling $1 (keris) bercampur dengan keluaran palsu tapi ramai juga yang tidak mengetahui atau dapat membezakan antara yang palsu dan juga yang tulin. Sedangkan duacongkak sendiri pun tidak dapat membezakan antara yang palsu dan yang tulin jika dibandingkan dengan syiling Malaysia dengan nilai muka 50 sen seperti pernah disiarkan dalam blog ini.

92 b1a 

Apa yang istimewanya iaitu pada bahagia tepi keris kelihatan imejnya berganda tidak seperti cetakan yang sempurna. Samada ianya syiling tulin atau palsu, hanya pakar yang dapat nilaikannya. Kita lihat pula bahagian reverse seperti gambar dibawah ini. Sebelum ini duacongkak terbitkan isu yang sama tapi kali ini kesan gandaan pada bahagian reverse syiling ini amat berbeza .

Ciri ciri gandaan yang dapat kita lihat lebih mirip kepada Double Die Error berbanding dengan MDD seperti yang sebelumnya. Ianya terjadi pada bahagian bunga raya dan juga pada tanda nilai $1. Amat jelas kesan gandaan dan untuk lihat lebih jelas, cuba klik pada gambarnya.

92 b2 

Gambar bawah iaitu obverse dan reversenya.

92 b1a-a 

Gambar bawah pula adalah gandingan dua keping syiling keluaran 1992 dimana sebelah kiri adalah keluaran kali ini dan sebelah kanan pula keluaran sebelumnya. Cuba lihat perbezaan pada keris tersebut.

92 b1a-a1 

Seterusnya gambar gandingan bahagian reverse. Yang kiri adalah siri yang diterbitkan kali ini dan sebelah kanan yang diterbitkan sebelumnya dimana gandaan yang dapat kita lihat adalah amat berbeza.

(untuk lebih jelas klik saja pada gambarnya.)

92 b2-a 

Dua keping yang sama tahunnya tapi tidak serupa errornya dan keluaran yang akan datang kita dapat lihat lagi perbezaan ketara untuk tahun yang sama tapi error berbeza antara satu sama lain.

Apa pun simpannnnn dulu.

f

gegar ’92

Gegar muncul lagi…

Kali ini kita dapat lihat syiling 1992 pula yang ditemui ada masalah semasa proses tempaan. Sebelum ini mungkin sudah ramai diantara penggemar duit syiling error yang memilikinya tapi bagi duacongkak, ianya baru saja ditemui dan dimuatkan dalam blog semata mata untuk kongsi bersama.

92 a2-1 

Gambar diatas adalah sekeping syiling $1 yang dikeluarkan dalam tahun 1992. Pasti ada yang tertanya tanya kenapa bahagian depannya lain dan belakangnya pula lain. Sebenarnya syiling ini adalah yang sama cuma sewaktu gambar diambil, tekniknya tidak sama, sebab itu satu kelihatan gelap dan yang satu lagi kelihatan cerah. Teknik pencahayaan dari kamera yang tidak pandai disesuaikan, maka terjadilah begini. Dari mula beli kamera hingga kini masih belum pandai atau mahir dalam pengendaliannya. Kata kata mudah…” main hentam saja janji dapat ambil gambarnya.”

92 a1-2 

Berbalik semula pada keadaan muka belakang syiling (riverse) sebagai mana gambar diatas, pada cetakan ‘$1’ kita dapat lihat objeknya seperti tertoreh, begitu juga pada kelopak bunga raya dibahagian bawahnya. Gandaan yang dapat kita lihat lebih mirip kepada jenis error MDD. Ianya disebabkan gegaran sewaktu proses hentakan. Cuma apa yang menarik adalah keadaan gandaan yang berlaku begitu cantik dan amat jelas seolah olah ianya DD error.

92 a1b-3 

Gambar atas keratan dari nilai muka syiling dan gambar bawah pula keratan dari kelopak bunga raya. Peliknya kerana ia hanya berlaku dibahagian tengah dan tidak terjadi pada bahagian tepi atau pun bahagian sisi syiling.

92 a1c-4 

Tidak puas hati lalu dibesarkan lagi bahagian tersebut agar mudah dilihat oleh mereka yang lebih arif tentangnya.

92 a1b 

Begitu juga dengan bahagian kelopak bunga raya.

92 a1c

Tidak dinafikan ramai sifu sifu diluar sana lebih mengetahui sebab sebab terjadinya begini berbanding duacongkak yang hanya sedikit ilmu tentang duit error. Cuma sekadar minat mengumpul.

Ini baru sekeping yang duacongkak pamirkan dan ianya akan terbit lagi dikeluaran seterusnya untuk tahun 1992. Sama samalah kita lihat nanti.

Apa pun simpannnnn…dulu.

gegar 91

Gegarrrrr datang lagi.

Duit syiling $1 yang suatu ketika dulu pernah diguna pakai oleh rakyat Malaysia tapi kini ianya hanya menjadi hiasan dan juga kenangan sahaja. Mungkin ianya masih banyak disimpan oleh penggemar atau pengumpul numismatik dan juga pengumpul barang barang lama. Dan ada juga disimpan oleh individu yang bukan penggemar numis tapi sekadar kenangan dengan beberapa keping untuk tatapan jenerasinya. Selain itu terdapat juga mereka yang kreatif menjadikan duit syiling $1 ini sebagai barang hiasan seperti cincin.

Gambar dibawah adalah syiling $1 keluaran tahun 1991.

DSC_2250a

Apa yang menarik pada syiling ini adalah bahagian muka depannya yang nampak sebilah keris terhunus disebelah sarung dengan berlatarkan corak batik.

DSC_2252a 

Lebih menarik lagi bila diteliti pada gambar dibawah ini iaitu keratan gambar keris tersebut. Gandingan gambar yang sama tapi disebelah kanan ada anak panah menunjukkan sesuatu kelainan semasa dalam proses tempaan dilakukan. Bahagian sisi keris kita nampak pergerakan bentuk keris seperti ianya bertindih. Begitu juga yang berlaku pada sarung keris dan sedikit pada corak batik (merujuk pada anak panah hijau.) Dari apa yang kita lihat kemungkinan ianya disebabkan oleh kelonggaran alat pencetak sehingga menyebabkan terjadinya pertindihan pada bentuk keris itu. Ianya juga hanya terjadi pada bahagian tengah sahaja dan tidak terjejas dibahagian bahagian lain seperti corak batik luaran atau pun ulu keris.

DSC_2252a1-a 

Kebetulan ditangan duacongkak ada beberapa keping lagi syiling untuk tahun 1991 ini, ada yang sempurna cetakannya dan ada yang sama seperti digambar. Ini bermakna suatu ketika dulu syiling seperti diatas banyak beredar ketika zamannya dan sudah tentu ada diantara pengumpul syiling sudah mempunyai simpanan tapi tidak dipamirkan. Oleh itu duacongkak cuba pamirkan untuk tatapan umum supaya pengemarnya boleh berusaha mencari syiling yang nampak kecacatan seperti ini.

DSC_2250a-1 

Gandingan gambar syiling tahun 1991 bahagian reverse dan obverse.

Apa pun simpannnnn…dulu.

RM1 ’95 (2)

Die Cip kecil…

Sebelum ini telah dikeluarkan siri RM1 ’95 berupa syiling yang mempunyai die chip kasar dan jelas kelihatan, kali ini pada syiling keluaran tahun yang sama juga disisipkan keadaan die chip yang agak kecil dan berbeza pada tempat yang sama.

Lihat gambar dibawah.

Jika dibesarkan gambar itu, kita dapat lihat pada bahagian puting ulu keris hanya sedikit saja die chip yang ada jika dibandingkan dengan siri pertama yang dikeluarkan sebelum ini.

DSC_2132a 

Begitu juga dengan bahagian reverse syiling ini dimana, kelihatan die chip hanya terjadi pada tapak angka ‘1’ sahaja sedangkan pada bahagian kelopak bunga tidak kelihatan die chipnya.

DSC_2129a

Gambar bawah adalah kombinasi kedua dua gambar obverse dan reverse pada syiling diatas untuk tahun 95.

DSC_2132a-1

Dipamirkan juga syiling tahun yang sama tanpa die chip. Ini bermakna ianya sempurna ditempa.

DSC_2135a

Bahagian obverse dan reverse tanpa sebarang kecacatan.

DSC_2133a

Gandingan gambar depan dan belakang.

DSC_2135a-1

Tiada apa yang menarik melainkan rupa syiling ini yang masih baru dan berkilauan dalam grednya tersendiri. Kalau diletakkan sebagai UNC tak patut sebab beberapa orang sudah memegangnya dan untuk pengetahuan semua, syiling ini sebelum sampai ketangan duacongkak, menurut kata kawan dia perolehi dari seorang kenalan yang menyimpan syiling ini dalam kuantiti yang banyak sejak ianya masih digunakan dan tersimpan dalam tabung tanpa diusik sehingga pada tahun 2013 baru dikeluarkan dan diserah pada kawan duacongkak itu. Setelah kawan mendapatnya lalu ditunjukkan pula kepada duacongkak serta beri kesempatan untuk memilih mana yang suka. Peluang yang ada tidak dilepaskan lalu pemilihan dibuat, mana yang suka terus diasingkan dan ianya pun terus berpindah tangan. Mungkin duacongkak adalah orang yang ketiga memegangnya selepas ianya diedarkan.

Apa pun simpannnnn…dulu.

RM1 ’95

Habuan terbaru

Hanya tinggal kenangan bagi mata wang Malaysia untuk nilaian RM1 yang dilancarkan dalam bentuk coin. Ianya diguna pakai bermula dari tahun 1989 sehingga 1996. Sebanyak 9 siri tahun kesemuanya bermula dengan $1 berturutan tahun hingga 1993 sebelum dilancarkan penggunaan RM1 dengan bentuk cetakan 1 Ringgit juga bermula pada tahun 1993 hingga 1996 sebelum dimansuhkan dan menggunakan pula wang kertas.

Bila dilancarkan duit kertas, maka untuk duit syiling 1 Ringgit diberi tempoh oleh BNM untuk dipulangkan bagi tujuan pelupusan. Ketika itu duacongkak mengutip dan memecah tabung syiling lalu ditukarkan ke Bank kerana terasa rugi pula menyimpan benda yang sudah dimansuh dan dilupuskan. Hanya tinggalkan beberapa keping untuk kenangan.

Nasib badan bila waktu itu belum lagi jadikan duit sebagai hobi, habis kesemuanya ditukarkan dan apa bila muncul hobi ini dan melihat pula koleksi rakan rakan yang lebih lama dalam numismatik baru terasa menyesal. Kini mula tercari cari dan akhirnya dapat juga beberapa keping dari rakan dan kenalan dan antaranya seperti gambar dibawah ini.

DSC_2127a-1

Sekeping syiling 1 Ringgit keluaran tahun 1995 yang pernah diguna pakai ketika itu dan diperolehi semula pada tahun 2013 dari seorang kawan. Hasilnya didapati terdapat kecacatan sewaktu proses tempaan pada syiling ini. Die Chip Error yang terjadi pada bahagian obverse dan juga reverse.

DSC_2127a

Bahagian Obverse dengan sebilah keris bersama sarung. Perhatikan pada pangkal puting keris dimana keadaan metal yang berlebihan agak besar. Die Chip yang paling besar dalam simpanan duacongkak dan yang pertama ditemui pada syiling Malaysia. Untuk lihat dengan lebih jelas, perhatikan saja keratan gambar dibawah ini.

DSC_2127a1

Kita lihat pula bahagian belakang syiling dengan cetakan 1 ringgit, tertera tahunnya iaitu 1995.

DSC_2126a

Pada bahagian keratan gambar dibawah duacongkak tunjukkan lebihan metal yang terjadi pada celah kelopak bunga raya seperti dalam bulatan. Keadaan die chip yang kita lihat seolah olah sama kedudukan dengan die chip bahagian depan syiling. Tapi sebenarnya kedudukan itu tidak sama cuma sipi sipi sahaja.

DSC_2126a2

Seterusnya pada angka 1 terdapat sedikit die chip dibahagian tapaknya.

DSC_2126a1

Gambar bawah adalah gandingan dua bahagian die chip yang ada pada muka belakang syiling 1 ringgit 1995.

DSC_2126a2-a

Habuan terpilih yang menjadi koleksi sekali pun sudah lama berlalu.

Apa pun simpannnnn…dulu.

$1 dan 1 ringgit

Cuti panjang

Lama tidak menulis dan blog pun cuti terlalu panjang bagaikan sudah terhenti, mohon maaf kepada pengunjung setia dalam blog ini sebab lama tidak tampilkan koleksi.

Sebagai permulaan diawal tahun ini duacongkak sekadar tunjukkan duit syiling $1 dan 1 RINGGIT yang pernah digunakan sekitar tahun 1989 hingga 1996. Sebenarnya syiling ini tidak lengkap lagi tahunnya dan ada diantara tahun yang tiada dalam gambar dibawah ini. Tujuan dimuatkan dalam blog ini sekadar ingatan yang duit ini diterima dari seorang kenalan (bukan kolektor) pada hari Khamis 31/01/2013.

DSC_2112a

Untuk koleksi yang lengkap dengan tahunnya sudah tersimpan dalam album tapi tidak seindah seperti dalam gambar diatas. Koleksi lengkap grednya agak kurang memuaskan berbanding dengan penemuan baru ini. Apa pun harap bersabar kerana selepas ini akan diterbitkan serba sedikit syiling error yang ada dalam gambar tersebut. Kesemuanya 100 keping dan boleh pilih dari kawan makanya satu persatu dibelek dan dapatkan yang ada kecacatan tapi tidak semuanya cacat. Cuba dapatkan koleksi yang lengkap tapi dalam 100 keping ada tahun tahun yang tidak ditemui…hmmm hampa juga.

Mungkin ada diantara pembaca dapat lihat sekeping syiling 50sen terselit bersama ” duit emas “. Sebenarnya duit syiling itu ditemui disebuah bank sewaktu hendak dapatkan syiling 5 sen dari kaunter. Sebaik saja dia (kerani bank) curahkan syiling dari dalam plastik untuk asingkan syiling 5sen, duacongkak perasan pada syiling 50sen itu lalu terus minta agar dia campurkan sekali dengan syiling 5sen yang ada lebih kurang RM3.50sen Bila dicampurkan dengan 50sen dalam gambar jadi genaplah RM4 untuk hari itu dan berpindah tangan.

Tiada keistimewaan apa apa pun pada syiling 50sen itu cuma ianya adalah syiling palsu yang ditempa tahun 2001, oleh kerana rupanya cantik dengan kilauan makanya duacongkak terpesona dan terus meminta. Bila diuji pada magnet ternyata ianya ada tindak balas tapi tidak berapa kuat daya tarikannya. Yang penting ianya palsu kerana untuk tahun 2001 dalam simpanan duacongkak tidak sama dengan yang kali ini. Maksudnya bukan dari alat pencetak yang sama, yang ini lebih mirip dengan cetakan tahun 2005.

Cukup disini…jumpa lagi.

Apa pun simpannnnn…dulu.

RM1 Polymer

Jumpa dah…

Sekeping nota keluaran terbaru, 2012 ianya dilancarkan, kekalnya ia dengan warna biru, cuma coraknya ada perbezaan.

Ramai sudah orang miliki, setiap hari diguna untuk berbelanja, untuk apa diperkenalkan lagi, dari pada disimpan baik guna saja.

Bukan nak menunjuk atau bermegah, ianya disimpan kerana istimewanya, duit polymer ini baru saja menyinggah, hari rabu 7 haribulan dia menjelma.

Melihatkan gambar berkembar diatas sepertinya tiada apa apa perbezaan, dengan itu cuba lihat dibahagian bawahnya pula dimana duacongkak sudah tandakan dengan kotak dan juga anak panah sebagai panduan. Pada prefix duit polymer ini iaitu A P 1 9 5 9 8 9 9. Pada angka 9 yang terakhir kita boleh lihat ianya tidak selari dengan siri nombor lainnya.  (miss alignment). Walau pun ianya cuma sedikit saja lari dari jajaran tapi sudah cukup untuk dijadikan koleksi ralat.

Gambar keratan agar kelihatan lebih jelas dan terang…

Apa cerita lagi dibahagian bawah sekali tu…sebenarnya tiada keistimewaan pada bahagian tersebut dan ianya hanyalah sekadar suka suka sebagai penambahan. Sekiranya pembaca pernah terbaca keluaran yang lepas lepas berkaitan duit kertas RM 50 keluaran Merdeka, sudah tentu memahaminya. Selain miss alignment yang ditemui pada prefix, terdapat kiraan angka satu persatu yang berakhir dengan jumlah 50. Setidak tidaknya dapat juga digandingkan dengan koleksi yang sudah ada sebelum ini.

Cuba lihat dan buat kiraan sebagai mana dalam gambar keratan dimana angka 1 + 9 + 5 + 9 + 8 + 9 + 9 dan jumlahnya adalah 50. Pada kiraan ini tidak berapa penting tapi yang paling utama adalah pada angka yang menegak dimana angka 9 lari dari tempat asalnya yang menjadikan ianya menarik untuk dijadikan koleksi.

Apa pun simpannnnn…dulu

First Prefix AA RM1

 

First Prefix running nombor dengan duit RADAR

Untuk tatapan seterusnya bagi siri baru duit kertas Malaysia yang di perolehi, berkat kesabaran akhirnya bertemu juga dengan nota Polymer untuk RM1 dengan Prefix yang pertama iaitu bermula dengan AA.

Rupa bentuk muka belakang (reverse) untuk RM1 polymer seperti gambar diatas yang tunggal.

Enam keping RM1 dengan AA 4374731 hingga AA 4374736. Penampilan duit ini tidaklah seghairah low nombor atau pun solid nombor yang pasti menjadi daya tarikan bagi setiap pengumpul atau pun peminatnya tapi, ada sikit keistimewaan pada duit ini iaitu selain duit siri pertama dengan AA, ianya juga terselit sekeping DUIT RADAR yang boleh dijadikan koleksi untuk simpanan peribadi.

Cuba lihat pada duit polymer ini yang bertanda anak panah hijau dimana siri nombornya adalah AA 4374734. Selain nombornya selari tapi dengan adanya siri RADAR maka ianya bolehlah disimpan sebagai koleksi.

Apa pun simpannnnn…dulu.

Rezeki…

Rezeki tidak kemana

Salam sejahtera dan selamat berpuasa semua kepada kaum muslimin dan muslimat, sebagai mana yang diketahui duit keluaran terbaru yang dikeluarkan oleh Bank Negara Malaysia bermula pada 16hb Julai 2012. Ramai para kolektor yang mempunyai modal besar sudah miliki kesemua siri yang diedarkan dengan First Prefix iaitu bagi setiap wang polymer dan kertas siri RM 1, RM 5, RM 10, RM 20 dan RM 100 yang bermula dengan prefix AA xxxxxxx. Malah ada diantaranya sudah cukup set dengan Replacement Note iaitu Prefix ZA xxxxxxx. Bagi duacongkak semua itu belum ada dalam simpanan melainkan bagi note RM 1 yang baru ditukarkan sebanyak RM 300.

Hasil dari pertukaran itu tidaklah pula ditemui Prefix AA xxxxxxx seperti yang diharapkan tapi cukup sekadar dengan dua keping note dengan nombor RADAR serta sekeping duit gantian yang berada diantara Prefix AH xxxxxxx.

Adusss…gambar kecil pula, walau bagai mana pun boleh klik pada gambar maka akan besarlah dia. Tiga bundle notes RM 1.00 dengan prefix AH xxxxxxx (2) dan satu Prefix AX xxxxxxx.

Penukaran pertama dengan RM 100 memperolehi Prefix AX 5006001. Bila prefixnya berturutan maka bertemulah dengan sekeping note RADAR dengan AX 5006005. Nombor yang dikirakan cantik juga walau pun bukannya dari First Prefix iaitu siri AA xxxxxxx seperti yang dikehendaki. Pertukaran dibuat pada 23/07/2012.

Bagi penukaran kali kedua pula nasib menyebelahi diri bila terdapat duit gantian dalam siri AH 6489601. Setelah disemak satu persatu ternyata pada siri AH 6489677 dan AH 6489679 ditengah tengahnya adalah duit gantian dengan siri ZA 0243897 dimana note ini menggantikan siri AH 6489678 yang telah ditarik disebabkan kerosakan semasa proses tempaan dibuat. (Agaknya).

Bagi tukaran ketiga dihari yang sama iaitu pada 26/07/2012 tiada apa apa yang menarik untuk dijadikan koleksi makanya kesemua RM 100 dari note RM 1.00 akan diguna pakai. Untuk yang RM 200.00 lagi akan disimpan la jawabnya.

Apa pun simpannnnn…dulu.

RM 1.00 Terbaru

Keluaran Prefix terbaru ADT dan ADU

Sempena menyambut Syawal ini, banyak duit kertas RM1 diedarkan dengan edisi terbaru iaitu bermula dengan Prefix AD? xxxxxxx. Apa yang menjadi tarikan untuk dijadikan koleksi adalah bagi Prefix ADT xxxxxxx, dan juga ADU xxxxxxx.

Kita layan gambarnya dulu.

Ini adalah duit RM1 dengan prefix A D T 5 1 7 8 0 9 3

Ini pula adalah prefix A D U 2 6 3 7 3 8 9

Apa yang specialnya…? Lihat pula pada keratan dibawah.

Jika dilihat pada bentuk duit kertas ini adalah sama saja tapi sebenarnya ada sedikit perbezaan pada HURUFNYA. Untuk makluman semua, bagi duit kertas siri ADT xxxxxxx adalah keluaran terakhir bagi prefix yang hurufnya dicetak BESAR. Bagi siri berikut pula iaitu ADU xxxxxxx adalah prefix pertama yang dikeluarkan dengan huruf KECIL. Keluaran ini sudah tentu disusuli dengan replacement note atau duit gantian yang bermula dengan siri huruf ZAC xxxxxxx dengan huruf kecil. Setakat ini duacongkak belum dapat lagi ZAC untuk dipamirkan. Cuma yang musykil sikit, bilakah prefix terakhir akan muncul untuk RM 1. Siri AAA, ABA ACA dan ADA sudah keluar habis dan kini sirinya telah menjangkau huruf AEA xxxxxxx dan seterusnya. Untuk siri AEA xxxxxxx duacongkak sudah temui hingga kesiri ini.

Diantara siri AE? yang sudah berada ditangan duacongkak adalah A E K 1 6 5 1 6 3 6. Ini menujukkan siri terakhir belum pasti apakah sirinya. Mungkin ada lagi siri lain dalam turutan ABJAD.

Kita tunggu dan lihat.

Apa pun simpannnnn…dulu.