British Trade Dollars

Syiling one dollar keluaran Tahun 1899

   

Duit kerajaan British pada Tahun 1899 yang hanya mereka minat dengan koleksi duit saja kenalinya. Bagi jenerasi kini mungkin ramai yang tidak mengenalinya. Mungkin juga tidak tahu bahawa duit ini biasa digunakan dalam negara kita.

Dari pada tersimpan dalam album lebih baik dikeluarkan agar ada diantara mereka yang tidak pernah lihat sekurang kurangnya tahu juga akhirnya.

Mungkin dalam muzium ada kut…?

( Syiling ini pada bahagian gambar kedua pada sudut kiri jam 9 dapat lihat Minor Die Crack, tapi tak berani nak komen sebab tiada contoh yang lain untuk perbandingan. )

Apa pun simpannnnn…dulu.

 

0ne dollar straits settlements

Duit kertas 1 dollar straits settlements yang pertama singgah dalam koleksi ku

muka depan

other side

pencetak

koleksi pertama note zaman penjajah yang ada dalam simpanan. Setidaknya duit ini memberi semangat untuk dapatkan yang lain lain secara perlahan lahan. Almaklumlah…harga dia terlalu mahal untuk dijadikan koleksi.

Apa pun layanlah dulu duit ini sekali pun dalam gred fine.

Note one dollar keluaran 1/1/1935,  cetakan Bradburry Wilcinson & co.ltd. dengan tanda tangan oleh Rex Curral, potret King George V.

Koleksi lengkap AAA – AAZ

Prefix AAA – AAZ

Prefix terbaru dengan ‘ 3 ‘ Abjad bermula pada Tahun 2009 – 2010. Dikeluarkan setelah ‘ 2 ‘ abjad berakhir dengan ZWxxxxxxx. Bagi ZX, ZY dan ZZ belum pernah terlihat.

Perlahan lahan duacongkak mengumpul dan mendapatkan Prefix ini dan baru kini lengkaplah sudah Prefix AAA- AAZ kecuali Replacement note yang belum diperolehi lagi iaitu ZAA.  Bagi prefix ABA – ABZ yang dikeluarkan Tahun 2010 masih belum lengkap.

 

Prefix 3 abjad

Prefix 3 abjad

Dengan lengkapnya Prefix ini hati terasa puas. Mana tahu kalau kalau tahun 2011 dikeluarkan atau digantikan note baru dengan rupa bentuk yang baru, sudah pasti Prefix ini dan satu lagi prefix ABA-ABZ menjadi prefix awal dan terakhir dengan 3 abjad.

 Sama samalah kita tenguk nanti tahun 2011.  

 

koleksi 4 nombor selari

 

simpan suka suka

pic1

 Prefix XQ 4 2 2 2 2 4 3 (VF)

pic2

 Prefix A A L 3 3 3 3 8 5 3 (F)

pic3

 Prefix XQ  5  6  3  3  3  3  2  (EF)

pic4

Prefix TH  5  5  5  5  7  7  0  (VF)

pic5

 TL  9  7  8  5  5  5  5  (VF)

pic6

Prefi XL  4  6  6  6  6  4  7  (F)

pic7

 Prefix  YM  7  7  7  7  5  5  4 (F)

 Simpan suka suka saja, tak suka nanti buat belanja…beli duit UNC…

 

Nombor Cantik….

Koleksi RM dengan siri nombor cantik.

pic 1

Prefix UY 7 7 7 7 7 7 4 (F) siri 11

Hanya cantik pada nombornya saja tapi condition hampeh…

pic2

 Prefix JC 9 9 0 0 0 0 0 (VF) siri 11

Lama dah tersimpan duit ni…sebab itu rupa kertasnya dimakan hari kerana masukkan dalam frame dan lekat pada dinding, dibiar terkena cahaya matahari.

Waktu ini belum jadi kolektor lagi…simpan suka suka

 

Minor Error

Apa itu Minor Error…?

Topik hangat dan perbincangan mungkin hangat juga…Maybe…

Minor Error adalah sesuatu yang berlaku pada sebarang cetakan atau pun sebarang gambar yang diambil. Bagi mereka yang berminat dengan koleksi wang kertas atau setem juga akan mencari benda seperti ini. Ada kesenian tersendiri.

Kenapa Duacongkak berkata begitu…??

Jawapannya…setiap wang kertas yang error ini tidak sepatutnya beredar keluar dan sudah pasti akan ditarik balik dan dihapuskan oleh pengeluarnya. Tapi bagi yang berlaku kesilapan kecil kecilan mungkin terlepas juga.

Sebagai contohnya…Duacongkak sudah pun postkan dalam blog ini beberapa keping duit error dan minor error dari note RM 1 hinggalah note RM 50. Malah Note Rupiah Indonesia juga sudah diterbitkan baru baru ini dengan nilai Rp 1000.

Kali ini Duacongkak akan terbitkan lagi duit duit error, minor error, yang ada dalam simpanan untuk tatapan semua yang sudi melawat. 

ini duit error

RM 1 ‘ ZT ‘

 Ini bukan siri Replacement Note seperti yang ramai ketahui…Prefix ‘ Z ‘ ini adalah siri note biasa sambungan dari prefix ‘ YZ ‘ yang sudah berakhir. Apa yang dimaksudkan disini adalah note Minor Error…apakah anda semua dapat mencari kecacatan pada duit ini…? Bagi yang biasa dengan duit sudah pasti dapat melihatnya.

Lihat anak panah

 Sebagai petunjuk…Duacongkak masukkan anak panah pada bahagian yang dikatakan ERROR. Untuk kelihatan jelas lagi klik saja pada duit tersebut.

Atau klik keratan ini.

Terdapat 3 bahagian anak panah pada keratan 1 untuk diamati. Anak panah paling atas kelihatan Blind Code lebih jelas. Blind Code ini hanya terdapat dibahagian depan sahaja. Kalau tak percaya… ambil note RM 1 tuan tuan, puan puan dan bandingkan dengan yang ini. Ada yang samar samar dan ada yang tiada.  Anak panah tepi pula menunjukkan bayangan tulisan BANK NEGARA MALAYSIA bertindih dengan tulisan jawi.

Bagi keratan ke 2 pula kelihatan bayangan tulisan…tidak sepenuhnya tapi sebahagian dari tulisan tersebut dapat dilihat walau pun samar samar.

Sebenarnya duit duit begini sukar juga untuk kita temui kerana pihak BNM akan memantau dan memastikan duit yang diedar tidak boleh sama sekali rosak atau ada kesilapan. Walau pun ianya sah diguna pakai dengan nilai yang dikeluarkan, tapi…ternyata boleh terlepas juga…

Simpan…jangan tak simpan….

Salam sejahtera semua…TQDC

Yahoo…Selesai Sudah Penantian…

 

Apa yang membuatkan Duacongkak rasa begitu gembira sekali pada tarikh 23/04/2010, bila mana penantian yang ditunggu tunggu akhirnya tiba juga…

Apa yang gembira sangat tu…???

Lihat sendiri…

 

siri YZ

Siri YZ xxxxxxx menandakan susunan huruf pada setiap edisi duit RM 1 bermula dengan F/Prefix AA sudah berakhir dan disambung pula dengan Prefix ZG hingga ZV. Ini kerana Duit Kertas Malaysia yang bersiri ZA, ZB, ZC, ZD, ZE dan terakhir sekali ZW adalah duit Replacement…ZF tidak pasti…begitu juga ZX, ZY dan ZZ sebab belum jumpa.

Cuba lihat lagi…

Siri ” Z “

Susunan pertama ini bermula dengan ZG dan diikuti ZG, ZH, ZJ dan ZK. Mengapa susunan ZG ada dua..? Sebenarnya ZG paling atas memiliki siri nombor yang menarik kerana hanya mempunyai dua angka saja, 4 dan 7. Angka ” 0 “…kosong tiada bilangan. Nombornya ZG 4700007 JAMES BOND. hehe… ( macam prof007 juga..hehe )

SETERUSNYA…

Siri ” Z “

Siri ” Z “ berikutnya adalah ZL, ZM, ZN, ZP dan ZQ. Untuk makluman semua pembaca, siri ZQ 0955162 adalah yang paling akhir ditemui dan yang terakhir dinanti nantikan untuk melengkapkan koleksi…iaitu pada 23/04/2010. Sayang sekali semua siri yang ditemui agak kurang baik keadaannya. ( FINE ).

LIHAT LAGI….

Siri ” Z “

Dan seterusnya susunan ZR, ZS, ZT, ZU dan ZV… Maka cukuplah kesemuanya siri Prefix ZG hingga ZV yang dinanti nantikan. Puas juga nak kumpul kesemua keluaran ini dan letih mengira serta membelek belek satu persatu setiap kali dapat tukaran. Disebabkan mahu dapat susunan yang cukup, sanggup pecahkan note besar setiap kali membeli barang. Berbaloi juga rasanya bila semua sudah cukup. Hanya menantikan siri ZX, ZY dan ZZ kalau ada…SEBAB…!!!

Siri AAA

……Sekarang note kertas RM 1 Bank Negara Malaysia sudah keluarkan siri ” AAA “ tiga abjad. Seterusnya AAB, AAC, dan lain lain…mungkin akan sampai siri AAZ. Penat lagi nak cari…Yang paling utama sekali nak cari ” ZAA “. Beruntung kepada mereka yang sudah memilikinya…

Terima kasih semua kerana sudi membaca dan melihat blog Duacongkak ini…begitu panjang sekali ceritanya. Tiada yang menarik pun…BETUL TAK…??? TQDC

 

9xx9xx9

 

Apa itu 9xx9xx9 ?

Mungkin itulah yang menjadi persoalan dan tanda tanya kepada semua pembaca yang melayari blog ini. Seperti yang telah Duacongkak sajikan sebelum ini berkaitan dengan note RadaR 8xx8xx8. Juga menjadi buruan kepada orang tertentu untuk jadikan “IBU DUIT”. ( Itu kata orang ). Dan mesej ini pula disampaikan bagi mereka yang mengatakan siri no: 9xx9xx9 boleh  ” TARIK DUIT “. Duacongkak pun pernah dengar perkataan itu. Betul atau tidak Duacongkak tidak pasti dan kena tanya kepada yang lebih arif. Duacongkak simpan duit ini kerana nombornya agak menarik.

Keluarga 69

Lihat sendiri S/No: WN 9869869 Menarik juga kan…WN ( WIN ) bermaksud ” menang ” dan kebetulan pula sebelum ini Duacongkak ada keluarkan note Keluarga 69…Terselit lah dia bersama Keluarga 69. Tapi….mana tau satu hari nanti ada orang offer $xxxx untuk buat TARIK DUIT maka Duacongkak dengan senang hati TARIK DUIT dia tu. hehe. Baru betul betul menang…TQDC

duit ERROR

Duacongkak masih lagi hendak menunjukkan duit dalam katogori ERROR dan  RARE mengikut perkiraan sendiri tanpa menyemak dari mana mana sumber. Dengan itu sekiranya ada kesilapan mahupun ketidak benaran dengan apa yang Duacongkak siar atau beri maklumat harap dimaafkan. Jangan saman court…habisla duit koleksi selama ini… Jadi…sesiapa ada sumber yang tepat dipersilakan beri pandangan. Duacongkak akan cuba perbetulkan.

Bah depan

Bah belakang

Note Malaysia dengan nilai RM 1 bahagian depan dan belakang siri ke 11. Apa yang menariknya jika dilihat dengan mata kasar rasanya tidak kelihatan sesuatu kecacatan. Duacongkak tunjukkan dengan buat keratan pada bahagian cacat tersebut.

keratan depan

Perhatikan pada dua bahagian anak panah berwarna merah, Sebenarnya terdapat lebihan warna memasuki dalam kotak empatsegi dan juga tigasegi sebelah sisi kanan duit kertas RM 1 tersebut. Bahasa paling mudah adalah COMOT

UNTUK PENGETAHUAN SEMUA KOLEKTOR  yang membaca atau melihatnya, sila dapatkan note RM 1 dengan siri nombor bermula dengan ‘ U ‘. Kemudian perhatikan dengan teliti pada bahagian tengkolok DYMM terutama bahagian HUJUNG BULAN SABIT. Kita akan dapat melihat dengan jelas dihujung bulan sabit agak gelap dan berbeza dengan Note lain bermula dari siri satu hinggalah siri ke 12. Bukan saja note RM 1 malah cuba lihat setiap Note dengan nilai lebih besar darinya. Kelihatan siri ‘ U ‘ ini ada kelainannya..Duacongkak simpan beberapa keping saja tapi tiada yang UNC sebab dapat selepas berbelanja. Cuma NOTE ini agak istimewa buat Duacongkak kerana dia ada ERROR. Harap maklum dan selamat mencari NOTE ‘ U ‘ untuk kepastian…UA, UN, UP, UQ entah apa lagi U sudah ada dalam simpanan Duacongkak…hehe