Ralat

Ralat tapi bukan Error.

Untuk perhatian semua, duacongkak berehat sekejap dalam edisi edisi lain kerana ada masalah sikit dengan komputer. Untuk seketika ini duacongkak hanya dapat melayari blog blog rakan yang ada dan juga melayan apa yang dimiliki dengan mengemas kini koleksi agar selamat disimpan. Sebelum ini keadaan koleksi duacongkak tidak teratur dan bersepah dalam pelbagai tempat simpanan.

Peluang yang ada ini dapat juga duacongkak berehat dengan penulisan pada blog sendiri. Apa boleh buat, PC rosak dan belum dapat dibaiki lagi…

Menganyam tikar dengan mengkuang, jari meraut tertusuk duri, harap bersabar edisi mendatang, apabila komputer siap dibaiki.

Tikar dijalin berwarna warni, pelbagai warna penyeri rupa, bosan juga bila terjadi begini, ibarat menyendiri bagaikan bertapa.

Selain tikar tudung saji pun dianyam, warna yang sama jadikan pasangan, walau pun bosan tapi tidak boleh diam, pantun dikarang sebagai sampingan.

Apa pun harap bersabar semua…

 

Lagi Syiling Error

Die Crack Error (DCkE) n Die Chip Error (DCpE)

Gambar atas no komen, cuba lihat gambar dibawah pula.

Sekeping syiling 1 sen miliki dua jenis Error berlainan iaitu Die Crack Error dan satu lagi iaitu Die Chips Error. Bagi DCkE tuan tuan/puan puan boleh lihat pada bahagian huruf ‘N’ dimana satu bentuk metal yang timbul diarah jam 5.00 bawa kebahagian tengah hingga nombor ‘ 1 ‘. itu adalah Die Crack Error (DCkE).

Untuk DCpE pula cuba lihat anak panah kiri pada angka ‘ 0 ‘ dan juga terdapat sedikit DCpE pada huruf ‘ A ‘ untuk Malaysia. Rasanya tidak perlu cerita berlebih lebih sangat sebab semuanya hampir sama dengan apa yang duacongkak telah keluarkan sebelum ini. CUMA:

Satu keistimewaan syiling ini dipamirkan adalah tahun ianya dicetak. Banyak kejadian seperti ini ditemui pada syiling 2004 dan 2005 tapi amat sedikit atau amat jarang ditemui untuk tahun 2003. Sebagai mana yang kita tahu syiling 2003 amat special sekali bagi 10 sen dan diburu oleh ramai kolektor tapi, untuk syiling 1 sen 2003 yang terdapat Error/Ralat mungkinkah akan turut menjadi buruan pada penggemarnya. Kita lihat nanti. 

 Syiling 1 sen diatas baru ditemui penghujung tahun 2011, pada permukaannya terdapat satu garisan lurus melintang yang bukannya seperti kejadian Die Crack. Sebabnya, garisan tersebut bergaris lurus dengan kesan seperti calar dalam/garit. Tiada apa yang dapat diperjelaskan disini kerana tidak pasti jenis Error. Yang pasti satu garisan terjadi disebalik cetakan angka kerana garisan tersebut berada dibahagian bawah angka yang ada terutama nombor ‘ 1 ‘ untuk 1 sen.

Contoh DCkE, DCpE dan DChE untuk tahun 2005 yang mudah ditemui Errornya. Cuma 3 dalam 1 mungkin sukar juga kita temui daripada satu jenis Error atau yang dua jenis Error.

Apa pun simpannnnn…dulu.

Die Chips Error 2005

Himpunan koleksi yang ada.

Selain dari syiling 2004 die chips error yang dikeluarkan, kini giliran bagi syiling 1 sen 2005 yang mengalami kecacatan (ralat) dipamirkan sebagai koleksi.

Seperti biasa yang kita kenali bagi duit syiling 1 sen siri 2 dengan corak muka depan adalah Rebana Ubi.

Berikut adalah bahagian pertama dimana kita dapat lihat bahagian Die Chips Error pada syiling 1 sen 2005 yang berlainan sedikit dengan syiling die chips error 2004. Syiling 2005 terjadi die chips pada angka ‘ 0 ‘ dikedua duanya. Lebih menarik lagi Die Chips Error dalam kedudukan berbeza, sebelah kiri yang kiri dan sebelah kanan yang kanan. Istilah mudah untuk difahami bagi jenis error ini ” Die Chips Error MERAJUK “. Sebab apa yang dikatakan merajuk adalah kerana diantara kedua dua die chips ini tidak sehaluan dan berpaling antara satu sama lain.

Seterusnya

Yang ini agak lebih menarik untuk disimpan kerana Die Chips Errornya terjadi dipelbagai tempat. Selain berlaku pada ‘ 0 ‘ untuk 2005 sebagai mana ditunjukkan dengan anak panah merah, terdapat juga Die Chip pada angka ‘ 1 ‘ iaitu dibahagian bawah angka tersebut. Seterusnya sedikit Die Chip pada angka ‘ 5 ‘. Teristimewa sekali Die Chip yang terdapat di huruf ‘ M ‘ untuk Malaysia yang lebih sukar untuk ditemui.

Selain Die Chips yang ditunjukkan, duacongkak tidak lupa hendak tunjukkan satu lagi jenis ERROR yang ada pada muka belakang syiling ini. Cuba perhatikan sisi RIM yang bermula dari jam 10.00 hingga jam 5.00 dimana kelihatan seperti rekahan atau berlapis. Lebih ketara pada kedudukan jam 11.00 hingga jam 2.30 dimana rekahan lebih besar dan amat jelas sekali. Bagi sudut lainnya seperti biasa tanpa kecacatan.

Syiling ke tiga Die Chips Error MERAJUK

Syiling ini kelihatan sama errornya dengan yang pertama tapi bukan dari syiling yang satu.

Syiling ke empat.

Syiling ini mempunyai TIGA jenis error dalam satu. Die Chips terjadi pada kedua dua angka ‘ 0 ‘ seperti diatas. Error kedua pula jelas kelihatan Die Crack yang bermula dari angka ‘ 1 ‘ dan pecah kebawah hingga huruf ‘ E ‘ dan berakhir pada rim jam 6.00. Error yang ketiga pula adalah bayangan arca ( Die clash error) yang sedikit samar samar dapat dilihat jika diamati depan mata.

Berikut adalah syiling error yang amat berlebihan terjadinya. Sebelum ini pernah duacongkak pamirkan jenis error begini tapi syiling ini adalah yang kedua ditemui dan berada dalam simpanan. Boleh lihat semula keluaran yang lepas dan cuba bandingkan diantara kedua dua syiling ini adalah berbeza bentuknya.

Dikeluarkan juga semata mata hendak tunjukkan atau mahu disatukan setiap syiling Die Chips Error dalam satu keluaran, mudah dibuat perbandingan.

Apa pun simpannnnn…dulu.

Die Chips 2004

Sebahagian dari yang ada dalam koleksi.

Apa yang hendak ditunjukkan dalam keluaran siri pertama 2012 untuk duit syiling 1 sen 2004 adalah dari kepelbagaian Die Chips yang terjadi ditempat yang sama pada tiga keping syiling berbeza.

Bahagian muka depan dengan bentuk Rebana Ubi.

Syiling untuk tahun 2004 yang memiliki Die Chips, berpandukan anak panah merah kita dapat lihat bahagian yang dikatakan Die Chips.

Anak panah pertama yang menunjukkan angka ‘ 2 ‘, Die Chipnya terjadi pada bahagian sesiku dengan lebihan metal yang amat jelas.

Yang kedua pula bagi angka ‘ 0 ‘, juga jelas kelihatan Die Chip yang terjadi dibahagian bawah angka tersebut.

 Anak panah ketiga pula pada bahagian ‘ 0 ‘ bersebelahan angka ‘ 4 ‘ dimana Die Chip berlaku dibahagian dalam angka ‘ 0 ‘.

 Dan anak panah keempat pula Die Chip terjadi pada lipatan kaki nombor ‘ 4 ‘.

Syiling kedua.

Bahagian yang ditunjukkan berpandu pada anak panah merah kelihatan sama tempat dengan syiling pertama. Kalau diperhatikan betul betul ternyata kedua duanya tidak sama bentuk Die Chips. Bagi syiling kedua ini Die Chips kelihatan lebih kembang dan menutupi angka ‘ 0 ‘ dan ‘4’

Syiling ketiga juga masalah Die Chips tapi hanya berlaku pada angka ‘ 2 ‘ dan ‘ 0 ‘. Tidak berlaku pada angka ‘ 0 ‘ dan juga angka ‘ 4 ‘ sebagai mana terjadi pada syiling pertama dan kedua.

 dari tiga siri Die Chips yang dikeluarkan ini sepertinya boleh dirumuskan sebagai jaluran dari mesin pencetak yang sama. Ianya terjadi berterusan dari permulaan yang kecil dan diikuti satu persatu hingga alat penempa tersebut semakin membesar pecahnya sebelum dibaiki. Oleh kerana syiling ini sudah terlalu banyak diproses tempa maka pihak QC mungkin abaikan dan terus diedar kepada pengguna. Nasib tidak baik terjumpa pula pada kolektor error makanya, syiling ini pun terus disimpan dan dipamirkan.

Apa pun simpannnnn…dulu 

2000 > 2012

Tahun Naga.

Selamat menyambut Tahun Baru 2012.

 Sempena menyambut tahun baru 2012 ini duacongkak memulakan dengan koleksi seterusnya sebagai pembuka tirai. Selama ini hanya koleksi duit duit syiling error dikeluarkan dan kenapa di hari pertama tahun baru dikeluarkan pula koleksi setem?

Bukan niat untuk mengubah selera tapi, tujuan sebenar dikeluarkan koleksi setem ini adalah disebabkan oleh sambutan untuk rakan rakan yang berbangsa Cina. Pada tahun 2012 adalah pusingan kalender dimana sudah tiba giliran Tahun Naga. Dimana mana pusat beli belah kita dapat lihat pelbagai iklan yang ditunjukkan dari pelbagai jenama barangan dengan setiap iklan adalah gambar naga.

Walau pun sambutan Tahun Baru Cina belum tiba tapi iklan sudah keluar terlebih awal. Oleh itu duacongkak pun ingin keluarkan juga koleksi lama sebagai memperingati ulang tahun sambutan Tahun Baru Cina 2000. Ketika sambutan ini diraikan, duacongkak masih di Kota Tinggi dan juga adalah tahun terakhir bagi duacongkak di Kota Tinggi sebelum berpindah ke Daerah Pontian hingga kini. Ura Ura tahun ini akan berpindah ke Johor Bharu. Secara kebetulan bila tahun naga duacongkak bepindah randah, pelik juga.

Semua itu tidak dihiraukan kerana segalanya secara kebetulan. Mudah mudahan apa yang terjadi membawa keberkatan dunia dan akhirat. Hanya Allah yang tahu segala galanya kerana Dia Pengatur segala. Amin.

Kita lihat dulu lembaran mini pertama dengan Perahu Naga. Nilai muka setem ini adalah RM1 dan dibawah bahagian kiri tertera Tahun dikeluarkan iaitu 2000 Year Of The Dragon. Dan bahagian atas ditulis SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU CINA ( HAPPY CHINESE NEW YEAR )

Lembaran mini ke dua pula dengan tema Tarian Naga. Dimana ini adalah tarian tradisional bagi kaum Cina seluruhnya terutama sekali bagi Warganegara Malaysia. Kebudayaan yang menjadikan Malaysia begitu unik sekali apabila pelbagai warisan kebudayaan yang ada di negara kita dan semuanya berbeza beza diiktiraf. I LOVE MALAYSIA

Gambar ketiga ini pula adalah lembaran setem dengan nilai 30 sen setiap satu. Terdapat 50 keping setem kesemuanya dalam satu lembar dengan 10 gambaran yang berbeza. Lima darinya adalah barangan antik yang ada kaitan dengan ukiran naga mengikut kepercayaan orang orang Cina. Kepercayaan ini bukan hanya orang orang Cina sahaja malah turut berkongsi adalah dari bangsa lain seperti Jepun, Korea, Thai dan Vietnam. Lima lagi gambaran yang dapat kita  lihat adalah jenis jenis ikan Arowana.

 

Gambar keempat dan kelima adalah setem dalam bentuk lembar sebanyak 20 keping setiap satu. Pada lembar ini selain setem kita dapat juga membaca isi kandungan yang ada dibawahnya mengenai Naga dan ikan Arowana.

Hanya Sampul Surat Hari Pertama SSHP serta Pek Cenderahati tidak dimuatkan dalam blog ini untuk tatapan semua.

Selamat Tahun Baru 2012 dan Selamat Tahun Baru Cina kepada mereka yang berbangsa Cina.

Jumpa lagi dilain koleksi…