gegar 91

Gegarrrrr datang lagi.

Duit syiling $1 yang suatu ketika dulu pernah diguna pakai oleh rakyat Malaysia tapi kini ianya hanya menjadi hiasan dan juga kenangan sahaja. Mungkin ianya masih banyak disimpan oleh penggemar atau pengumpul numismatik dan juga pengumpul barang barang lama. Dan ada juga disimpan oleh individu yang bukan penggemar numis tapi sekadar kenangan dengan beberapa keping untuk tatapan jenerasinya. Selain itu terdapat juga mereka yang kreatif menjadikan duit syiling $1 ini sebagai barang hiasan seperti cincin.

Gambar dibawah adalah syiling $1 keluaran tahun 1991.

DSC_2250a

Apa yang menarik pada syiling ini adalah bahagian muka depannya yang nampak sebilah keris terhunus disebelah sarung dengan berlatarkan corak batik.

DSC_2252a 

Lebih menarik lagi bila diteliti pada gambar dibawah ini iaitu keratan gambar keris tersebut. Gandingan gambar yang sama tapi disebelah kanan ada anak panah menunjukkan sesuatu kelainan semasa dalam proses tempaan dilakukan. Bahagian sisi keris kita nampak pergerakan bentuk keris seperti ianya bertindih. Begitu juga yang berlaku pada sarung keris dan sedikit pada corak batik (merujuk pada anak panah hijau.) Dari apa yang kita lihat kemungkinan ianya disebabkan oleh kelonggaran alat pencetak sehingga menyebabkan terjadinya pertindihan pada bentuk keris itu. Ianya juga hanya terjadi pada bahagian tengah sahaja dan tidak terjejas dibahagian bahagian lain seperti corak batik luaran atau pun ulu keris.

DSC_2252a1-a 

Kebetulan ditangan duacongkak ada beberapa keping lagi syiling untuk tahun 1991 ini, ada yang sempurna cetakannya dan ada yang sama seperti digambar. Ini bermakna suatu ketika dulu syiling seperti diatas banyak beredar ketika zamannya dan sudah tentu ada diantara pengumpul syiling sudah mempunyai simpanan tapi tidak dipamirkan. Oleh itu duacongkak cuba pamirkan untuk tatapan umum supaya pengemarnya boleh berusaha mencari syiling yang nampak kecacatan seperti ini.

DSC_2250a-1 

Gandingan gambar syiling tahun 1991 bahagian reverse dan obverse.

Apa pun simpannnnn…dulu.

koleksi shell

Shell V-Power LEGO

Pada akhir tahun 2012 hingga awal tahun 2013, syarikat Shell mengeluarkan koleksi yang menarik berupa Lego untuk model kereta Ferrari. Terdapat enam model kesemuanya yang diletakkan dalam peket LEGO dan setiap satunya kita perlu menyusun hingga menjadi sebuah kereta. Susah juga hendak menyusun satu persatu walau pun ada contoh untuk dilakukan. Mengaku sendiri untuk menyusun semula bagi sebuah kereta memakan masa yang lama kerana faktor mata yang kabur untuk melihat benda benda yang kecil. Akhirnya duacongkak meminta bantuan anak supaya siapkan setiap model kereta tersebut. Dalam masa yang singkat saja kesemua model siap dipasang termasuk model orang dipam minyak.

DSC_2170 

Semua set kereta Lego Ferrari sudah lengkap tapi bekas pamiran pulak sudah kehabisan stok. Mana sahaja stesyen minyak Shell dikunjungi pasti bertanyakan kalau kalau ada simpanan tapi hampa sahaja. Entah apa nasibnya baru baru ini iaitu 23/02/2013, dalam perjalanan ke Johor telah singgah sebuah stesyen minyak untuk beli rokok dan terpandang bekas pamiran seperti gambar dibawah. Menurut kata juru jual hanya tinggal satu saja lagi dan tanpa berlengah duacongkak terus dapatkannya. Ini kerana mungkin selepas ini sudah sukar ditemui.

DSC_2243 

Bawa balik kerumah dan terus masukkan setiap model dalam tempat yang khusus sebagai mana contoh yang diberikan. Hasilnya seperti gambar dibawah.

DSC_2244a 

Apa bila sudah siap, bekas pamiran itu ditutup dan satu masalah lagi timbul. Tempat untuk dipamir tidak tahu dimana yang sesuai…nampak gayanya masuk dalam kotak dan simpan dalam peti saja.

DSC_2245a 

Hasil yang menarik demi kepuasan hati.

Apa pun simpannnnn…dulu.

Perihatin.

Im 1 Malaysia

Kali ini diterbitkan satu kejadian yang tiada kaitan dengan numismatik atau apa jua jenis koleksi yang ada, ianya hanyalah satu kejadian dimana keperihatinan satu keluarga membantu mangsa kemalangan jalan raya yang berlaku pada jam lebih kurang 1.30 tengah hari 24/02/2013. Sengaja diterbitkan dalam blog ini semata mata untuk berkongsi ketulusan hati keluarga berkenaan.

DSC_2232 

Satu kemalangan jalan raya telah berlaku melibatkan seorang penunggang motor sikal berbangsa Indonesia bersama sebuah kereta yang dipandu seorang wanita Melayu disatu persimpangan. Sewaktu duacongkak tiba ditempat kejadian kelihatan seorang lelaki Indonesia (berbaju merah) penuh dengan darah dibahagian kepala dan muka. Kelihatan satu keluarga berketurunan Cina ( warga Malaysia ) iaitu bapa, ibu, dan dua anak gadisnya sedang memberi bantuan dengan membersihkan darah yang mengalir dikepala dan muka mangsa tanpa rasa geli atau pun takut. Si Ibu memangku atau menahan badan mangsa dari belakang dan suaminya membersihkan darah serta kesan luka dengan tisu dan juga sapu tangan. Anak gadis mereka satu darinya memegang payung sambil melindungi cahaya matahari pada mangsa dan seorang lagi menyediakan tisu untuk ayahnya.

DSC_2233 

Dari riaksi mereka sekeluarga dapat dilihat betapa ikhlasnya mereka sewaktu memberi bantuan tanpa hiraukan keadaan cuaca yang begitu panas pada ketika itu. Malah mereka juga tidak menghiraukan siapakah yang mereka bantu dan tidak menghiraukan bangsanya sehinggalah duacongkak bertanyakan pada mangsa barulah dapat tahu mangsa adalah seorang lelaki Indonesia. Tujuan bertanya kerana hendak menghubungi warisnya, dan memberitahu kejadian agar keluarga mangsa datang melawat samada ditempat kejadian atau pun di Hospital.

DSC_2234 

Keadaan motor sikal mangsa yang tidak mengalami kerosakan teruk.

DSC_2235a 

Keadaan kereta yang dirempuh oleh motor sikal tersebut sehingga menyebabkan tayar hadapan sebelah kanan pecah. Apa pun duacongkak terharu pada keluarga Cina itu yang sanggup berpanas dan menghulurkan bantuan sehingga ambulan datang. Tahniah diucapkan, jika begini caranya keseluruhan rakyat Malaysia, sudah pasti negara kita aman. Moga kejadian ini memberikan satu kesedaran pada diri duacongkak agar turut sama memberi bantuan kepada mereka yang memerlukannya pada bila bila masa tanpa mengira bangsa.

IM 1 Malaysia.

naik tangga.

Naik tangga tidak lengkap

Sekian lama menyepi bagaikan sudah hilang serinya, apakan daya sejak kebelakangan ini sentiasa sibuk malah mengadap komputer pun hanya sekali sekala sahaja. Oleh kerana tidak mahu ianya terus sepi, duacongkak selitkan dulu sekeping note RM 50 yang baru sahaja diterima. Bukan menarik sangat pun cuma sekadar suka suka simpan untuk sementara waktu.

Ada orang kata nail tangga atau pun turun tangga bagus untuk dijadikan koleksi tapi yang duacongkak temui tidaklah seperti yang diharapkan…

scan0005a 

Seperti yang dapat dilihat pada gambar ini, apa yang dimaksudkan ‘ naik tangga ‘ iaitu pada nombor sirinya, Prefix E J 5 1 1 2 3 4 5 apa mahu dibuatkan, sebab ianya bermula dengan 5 1 baru angkanya berturutan.

scan0005a1 

Boleh lihat pada bahagian keratan diatas ini, kebiasaannya untuk dapatkan nombor naik bermula  dengan ‘ 0 ‘ hingga ‘ 6 ‘ berturutan dalam pasaran agak sukar sama sekali, mujur juga duacongkak perolehi duit kertas ini yang beredar dalam pasaran, setidaknya dapat juga dijadikan koleksi murahan.

Cuma sedikit keistimewaan pada duit kertas ini iaitu pada bahagian tepinya berlaku sedikit kesilapan pada potongannya.

scan0006a 

Pada bahagian muka depannya agak kurang jelas untuk kita lihat tapi pada bahagian belakang nota ini cuba lihat pada anak panah merah kiri dan kanan. Anak panah merah sebelah kanan menunjukkan keadaan bahagian tepi pada kerangkanya begitu lebar berbanding disebelah kirinya,  bahagian kerangka hampir tiada lagi dan terpotong hingga pada bahagian coraknya. Ukuran duit ini sama besar dengan nota lainnya. Walau pun sedikit namun ianya tetap menarik bila digandingkan dengan nombor prefix yang hampir menjadi angka tangga.

Apa pun simpannnnn…dulu.

Selamat Tahun Baru Cina

Tahun Ular.

Raya sudah lepas baru mahu beri ucapan.

Kepada mereka yang berbangsa Cina duacongkak ingin ucapkan selamat menyambut tahun baru Cina dan sempena tahun ular ini, duacongkak muatkan setem keluaran khas berupa FDC dan juga MS sebagai kenangan.

scan0003a 

Gambar atas adalah FDC dengan tema Eksotik.

scan0003a1 

Dua keping lembaran mini sempena tahun ular dengan nilai muka RM 3 dan juga RM 5 yang dikeluarkan oleh Pos Malaysia.

scan0003a2

Bagi RM 5 ini setemnya berupa stiker, malang sekali duacongkak tidak sempat mendapatkan FDC untuk lembaran mini kerana kehabisan stok di pejabat pos. Hanya lembaran mini sahaja yang diperolehi kerana sampulnya sudah habis.

Apa pun simpannnnn…dulu.

RM1 ’95 (2)

Die Cip kecil…

Sebelum ini telah dikeluarkan siri RM1 ’95 berupa syiling yang mempunyai die chip kasar dan jelas kelihatan, kali ini pada syiling keluaran tahun yang sama juga disisipkan keadaan die chip yang agak kecil dan berbeza pada tempat yang sama.

Lihat gambar dibawah.

Jika dibesarkan gambar itu, kita dapat lihat pada bahagian puting ulu keris hanya sedikit saja die chip yang ada jika dibandingkan dengan siri pertama yang dikeluarkan sebelum ini.

DSC_2132a 

Begitu juga dengan bahagian reverse syiling ini dimana, kelihatan die chip hanya terjadi pada tapak angka ‘1’ sahaja sedangkan pada bahagian kelopak bunga tidak kelihatan die chipnya.

DSC_2129a

Gambar bawah adalah kombinasi kedua dua gambar obverse dan reverse pada syiling diatas untuk tahun 95.

DSC_2132a-1

Dipamirkan juga syiling tahun yang sama tanpa die chip. Ini bermakna ianya sempurna ditempa.

DSC_2135a

Bahagian obverse dan reverse tanpa sebarang kecacatan.

DSC_2133a

Gandingan gambar depan dan belakang.

DSC_2135a-1

Tiada apa yang menarik melainkan rupa syiling ini yang masih baru dan berkilauan dalam grednya tersendiri. Kalau diletakkan sebagai UNC tak patut sebab beberapa orang sudah memegangnya dan untuk pengetahuan semua, syiling ini sebelum sampai ketangan duacongkak, menurut kata kawan dia perolehi dari seorang kenalan yang menyimpan syiling ini dalam kuantiti yang banyak sejak ianya masih digunakan dan tersimpan dalam tabung tanpa diusik sehingga pada tahun 2013 baru dikeluarkan dan diserah pada kawan duacongkak itu. Setelah kawan mendapatnya lalu ditunjukkan pula kepada duacongkak serta beri kesempatan untuk memilih mana yang suka. Peluang yang ada tidak dilepaskan lalu pemilihan dibuat, mana yang suka terus diasingkan dan ianya pun terus berpindah tangan. Mungkin duacongkak adalah orang yang ketiga memegangnya selepas ianya diedarkan.

Apa pun simpannnnn…dulu.

RM1 ’95

Habuan terbaru

Hanya tinggal kenangan bagi mata wang Malaysia untuk nilaian RM1 yang dilancarkan dalam bentuk coin. Ianya diguna pakai bermula dari tahun 1989 sehingga 1996. Sebanyak 9 siri tahun kesemuanya bermula dengan $1 berturutan tahun hingga 1993 sebelum dilancarkan penggunaan RM1 dengan bentuk cetakan 1 Ringgit juga bermula pada tahun 1993 hingga 1996 sebelum dimansuhkan dan menggunakan pula wang kertas.

Bila dilancarkan duit kertas, maka untuk duit syiling 1 Ringgit diberi tempoh oleh BNM untuk dipulangkan bagi tujuan pelupusan. Ketika itu duacongkak mengutip dan memecah tabung syiling lalu ditukarkan ke Bank kerana terasa rugi pula menyimpan benda yang sudah dimansuh dan dilupuskan. Hanya tinggalkan beberapa keping untuk kenangan.

Nasib badan bila waktu itu belum lagi jadikan duit sebagai hobi, habis kesemuanya ditukarkan dan apa bila muncul hobi ini dan melihat pula koleksi rakan rakan yang lebih lama dalam numismatik baru terasa menyesal. Kini mula tercari cari dan akhirnya dapat juga beberapa keping dari rakan dan kenalan dan antaranya seperti gambar dibawah ini.

DSC_2127a-1

Sekeping syiling 1 Ringgit keluaran tahun 1995 yang pernah diguna pakai ketika itu dan diperolehi semula pada tahun 2013 dari seorang kawan. Hasilnya didapati terdapat kecacatan sewaktu proses tempaan pada syiling ini. Die Chip Error yang terjadi pada bahagian obverse dan juga reverse.

DSC_2127a

Bahagian Obverse dengan sebilah keris bersama sarung. Perhatikan pada pangkal puting keris dimana keadaan metal yang berlebihan agak besar. Die Chip yang paling besar dalam simpanan duacongkak dan yang pertama ditemui pada syiling Malaysia. Untuk lihat dengan lebih jelas, perhatikan saja keratan gambar dibawah ini.

DSC_2127a1

Kita lihat pula bahagian belakang syiling dengan cetakan 1 ringgit, tertera tahunnya iaitu 1995.

DSC_2126a

Pada bahagian keratan gambar dibawah duacongkak tunjukkan lebihan metal yang terjadi pada celah kelopak bunga raya seperti dalam bulatan. Keadaan die chip yang kita lihat seolah olah sama kedudukan dengan die chip bahagian depan syiling. Tapi sebenarnya kedudukan itu tidak sama cuma sipi sipi sahaja.

DSC_2126a2

Seterusnya pada angka 1 terdapat sedikit die chip dibahagian tapaknya.

DSC_2126a1

Gambar bawah adalah gandingan dua bahagian die chip yang ada pada muka belakang syiling 1 ringgit 1995.

DSC_2126a2-a

Habuan terpilih yang menjadi koleksi sekali pun sudah lama berlalu.

Apa pun simpannnnn…dulu.