Rp 500, Indonesia

Uang kertas Indonesia.

 

Sebagai penutup Bulan Ogos 2010 duacongkak keluarkan pula Note Indonesia Rp500, (UNC) yang ada dalam simpanan.

pic 1

 Pic 1 dan Pic 2 adalah siri duit kertas edaran 1992 >> 1997

pic 2

keratan

 Gambar keratan ini menunjukkan Tahun edarannya yang dikeluarkan berbeza setiap Tahun.

pic 3

 Pic 3 dan Pic 4 pula adalah siri 1992 >> 1996. Diantara dua keluaran ini nampak jelas ada sedikit perbezaan pada gambar “Orang Utan”. Bagi Tahun 1997 warna “Orang Utan” agak cerah sedikit dari warna “Orang Utan” 1996 yang lebih gelap.

pic 4

 Keratan dibawah menunjukkan Tahun keluaran duit kertas ini.

   keratan

Rp 100, Indonesia.

 

DUIT INDONESIA

 

Sudah lama diam menyepi, duit Indonesia dalam simpanan, 100 Rupiah Indonesia gred UNC, mari tenguk janganlah segan.

Rp 100,

 Duit kertas Indonesia ini edisi 1992 dan pengeluarannya pada Tahun 1994. Duit ini juga telah disimpan begitu lama dimana duacongkak telah perolehi sekitar Tahun 1999 dari seorang kenalan di Indonesia.

Disamping itu dia kirimkan juga Duit Gantian (replacement Note) dengan siri nombor bersambung. (Running Number).

Replacement Note

replacement note

Apa pun duacongkak ingin mengucapkan berbanyak terima kasih kepada saudara di Indonesia yang sudi bertukar tukar item. Walau pun pada ketika itu (Tahun 1999) duacongkak belum lagi ghairah membuat koleksi banknote tapi, tetap menyimpan sebagai kenangan. Malah duacongkak sendiri tidak mengerti apa itu Duit Gantian kerana belum mengenali dunia numistik.Sebagai membalas pemberiannya, duacongkak kirimkan note RM2 siri 9 dan siri 10. Tidak pasti waktu itu ada kirim sekali note RM 1. Hehe..kalau ada bertuahlah dia… DUIT GANTIAN INDONESIA BERMULA DENGAN PREFIX ” X “.

 

Ten Dollars Hong Kong

Siri duit Hong Kong

pic 1

 Inilah rupa bentuk wang kertas Hong Kong yang sempat dibeli ketika balik dari Kuala Kubu Baru, Selangor pada 20/08/2010. Nilai muka wang kertas ini adalah Ten Dollars Hong Kong. Duit ini dicetak pada 01st July, 2002

pic 2

 Pic 2 ini menunjukkan prefix dengan siri nombor iaitu BB 500475.

pic 3

 Pic 3 pula adalah wang kertas yang sama tapi…istimewanya adalah wang kertas ini adalah REPLACEMENT NOTES dengan Prefix ZZ 355191.

pic 4

 Pic 4 ini keratan dari Prefix Nombor sirinya. Pada mulanya tiada niat untuk membeli note ini sebab, tujuan asal hanya mahu dapatkan album coin dan album wang kertas. Oleh kerana Steven Tan bagi tahu note ini adalah wang gantian (Replacement Notes) semasa membelek duit tersebut… dengan tidak pikir panjang lagi terus sambar. hehe..bukan senang dapat peluang ke kedai dia lagi. Entah bila agaknya belum pasti.

Apa pun duacongkak berasa puas hati juga dengan kunjungan tersebut. Setidak tidaknya dapat beli Katalog siri ke 19 yang dikeluarkan dengan cetakan pertama sebanyak 4000 buah. Menurut kata Steven Tan. Bagi jilid ke 2 pula akan dicetak sebanyak 1000 buah setelah cetakan pertama habis.

Nampaknya katalog ini dikeluarkan sebanyak 5000 buah saja. Cepat dapatkannya sebelum kehabisan stok. Ada free gift lagi. Nak tahu…sila beli.

Duit Polimer Hong Kong

TEN DOLLARS HONG KONG POLIMER 

pic 1

 Selain daripada duit kertas Hong Kong…Duacongkak sambar sekali duit polimer untuk jadikan koleksi….hehe.

pic 2

pic 3

 Rupa bentuk duit kertas dengan duit polimer adalah sama. Cuma cetakan bagi duit polimer yang tertera adalah pada 1st April 2007.

Dengan ini duacongkak miliki 3 keping note Hong Kong Ten Dollars dengan 3 edisi: Prefix biasa diikuti pula Replacement notes (wang kertas) dan yang ketiga duit polimer kesukaan Mr Din Rambong kebelakangan ini..

 

Double print

Cacat sikit

suka suka

 Duit syiling double print ini mudah kita perolehi dalam pelbagai siri. 5sen, 10sen, dan 20sen. Bagi yang 50sen mungkin susah sikit nak jumpa. Pasti ramai kolektor menyimpan duit syiling begini. Cuba lihat dibahagian bibir duit, kelihatan bahagian tepinya berganda sewaktu cetakan dibuat.

Apa pun….simpan./.

 

Muka ku Rata

Apa pula tajuk ni…? 

Mari semua pakat lihat, duit syiling ini yang aku dapat, bukan muka bujur tapi muka bulat, sekelilingnya rata tidak melekat.

diri ku

 Kebiasaan kita lihat setiap duit syiling pada bahagian bibir bulatan berlekuk atau pun berbendul. Tapi bagi duit ini keadaannya licin tanpa sempadan. Nak dikata rare tidak pasti begitu juga dengan errornya. Mungkin banyak diluar sana.

Apa pun…simpannnnn.

Tangan gatal…(2)

Error Yang Bukan Error

Bukan ku minta cacat begini, siapa punya kerja aku tak pasti, wajah ku cantik sudah hilang seri, angkara tangan yang gatal atau pun dengki, apakan jadi dengan nilai diri, 20 ada sen pulak dicuci, mujur duacongkak masih sudi, menyimpan diriku sebagai koleksi, didalam blog untuk diperhati, sekadar dilihat tapi error tak gerenti.

pic 1

pic 2

 Sedih sungguh aku rasa, kecacatan ku ini amat ketara, apa salah dan apakah dosa, sekeliling bangunan ku habis dirata,

Inilah dikatakan Tangan Gatal, Rupa yang cantik habis disental, nak kata cerdik tapi baghal, apakah mungkin kerja budak nakal…?

Lagi baik Gatal Tangan, sebelah kiri atau pun kanan, sesetengah orang mudah perasan, duit masuk dan keluar jadi panduan.

 hehe…dah pun simpan..!