Perahu Naga

Jubli Emas ( Golden Jubilee 1996 )

Satu set dengan dua jenis setem Perahu Naga sempena sambutan jubli emas 1996. Ukuran setem ini agak menarik sekali kerana lebih panjang dari setem biasa. Kedua dua setem ini dengan nilai 9 Bath setiap satu.

Mari kita tenguk dulu…

 

Bagi gambar diatas adalah sempena sambutan Jubli Emas 1996. Tapi bagi setem kedua dibawah pula adalah keluaran tahun 1997 dengan tema yang lain.

 

Kedua dua setem ini bagaikan satu keluaran kalau tiada tema dibahagian bawah. Duacongkak pada asalnya menyangkakan setem ini dikeluarkan pada tahun yang sama 1996, memandangkan bentuknya hampir serupa. Tapi setelah diteliti rupanya setem dibawah dikeluarkan pada tahun 1997.

hehe…!!

Apa pun simpannnnn…dulu

 

Setem Kebudayaan Thai

Permainan Kanak Kanak

Setiap negara yang mengeluarkan setem pos kenangan tidak akan lupa mengeluarkan setem kenangan berbentuk Permainan Kanak Kanak. Bagi negara Malaysia, pelbagai bentuk setem kenangan berkaitan dengan permainan kanak kanak telah diterbitkan. Begitu juga bagi Negara Thailand yang mempromosikan budaya permainan kanak kanak dalam bentuk setem. Salah satunya duacongkak akan upload lembaran mini.

kita lihat sama sama….

 

Empat bentuk setem dengan empat jenis permainan tradisional kanak kanak yang sekali pandang mirip dengan permainan di Malaysia.

1. Bahagian kiri atas kanak kanak dengan layang layang yang dimainkan selepas musim menuai bagi kanak kanak di Malaysia. ( Kenangan duacongkak semasa budak2 ) 

2. Sebelah kanan atas pula dikenali dengan permainan ” GEREK “ (DiKampung ku). Cara permainan dengan mengambil rim basikal lalu ditolak dengan sebatang kayu sambil berlari.

3. Bahagian kiri bawah pula duacongkak dah lupa nama permainannya…Sorry

4. Sebelah kanan bawah pula dinamakan ” Datuk Harimau “.

Bagi negara Thailand pula tidak pasti apa nama permainan ini.

Apa pun simpannnnn…dulu