SUKU SEN 1932

PELIK TAPI BENAR.

Apa yang peliknya…?

 Ramai yang tahu masa zaman British dulu, duit suku sen memang ada dikeluarkan. Terutama bagi syiling Suku Sen King George V. Diterbitkan dalam sekitar Tahun 1916. Jumlah keluaran sebanyak 4 juta, berbentuk bulat ( milled edge ) bahannya dari bronze dengan berat 2.33g dan size 18.0mm.

Untuk melihat contoh syiling ini, ternyata tiada dalam simpanan duacongkak, hanya berpandukan dari dalam katalog sahaja. 

Pelik kan…benda tiada pun mahu cerita.

Sebenarnya begini…duacongkak cuba selongkar balik dalam album yang tersorok selama ini dan tiba tiba terpandang sekeping syiling dengan nilai SUKU SEN. Apa lagi terus buat semakan dalam buku katalog yang ada. Cari punya cari punya cari…Suku sen 1932 tiada dalam katalog dan yang ada cuma 1/2 sen dalam bentuk 4 segi.

Mai tenguk, tapi bukan yang 1/2 sen ( sebab tiada dalam simpanan )…Yang hendak diterbitkan adalah syiling King George V 1/4 sen 1932.

 

George V King Emperor.

 

 

Percaya atau tidak…?

Harap dapatlah kiranya sesiapa saja tolong perjelaskan kedudukan syiling ini memandangkan duacongkak sudah cuba mencari dalam dua katalog yang ada ditangan, tapi kedua duanya tiada info berkaitan syiling ini. Atau duacongkak tersalah pandang dan tidak temui infonya setelah setiap helaian diselak dan disemak.

Kepada yang sudi diucapkan berbanyak terima kasih kerana info anda bukan untuk duacongkak sahaja tapi kepada sesiapa saja yang melayari blog ini. TQ.

Apa pun simpannnnn…dulu.

 

Malaya & British Borneo

Duit Kertas QE II 1953

 

 

Ada sekeping buat penawar mata, duit kertas ini masih banyak ditangan para kolektor dan segan untuk duacongkak bermegah megah. Sebabnya…banyak rakan rakan kolektor memiliki duit ini berlembar lembar dan mereka lebih arif lagi. Lebih lebih lagi milik mereka ada yang UNC sedangkan duacongkak dalam gred (F)

Dari tiada biarlah ada…

Apa pun simpannnnn…dulu

 

British Malaya

Duit British Malaya

Ada pelbagai bentuk  dan warna bagi setiap duit British Malaya yang dikeluarkan oleh penjajah di Negara kita. Bagi kita yang lahir selepas merdeka kebanyakannya tidak pernah merasai perjuangan atau pun menggunakan mata wang mereka. Tapi duacongkak, sempat juga guna untuk berbelanja terutama keluaran tahun 60an. Tapi hanya duit syiling QE II saja yang merasa termasuk duit kapal layar. Bagi duit kerbau cuma sekadar dapat melihat sebab waktu tersebut nilainya terlalu tinggi bagi seorang kanak kanak.

Sungguh pun begitu, duacongkak tidak menyimpan walau sekeping pun duit kapal layar yang disuatu ketika dulu pernah guna dan buat belanja. Tapi, duit syiling QE II ada juga menyimpannya sekeping dua sebagai kenangan.

Apa yang duacongkak hendak tunjukkan ini bukanlah duit duit yang dimaksudkan seperti diatas. Tapi hanya sekadar berkongsi saja. Sebenarnya duacongkak mahu pamirkan duit kertas milik orang tua ( ayah ) yang diturunkan kepada anaknya iaitu adik kepada duacongkak. Selepas itu adik menyerahkan pula kepada duacongkak untuk disimpan kerana dia tahu abangnya membuat koleksi secara serius.

Diantara duit kenangan dari Orang Tua Tercinta…termasuklah duit Jepun yang telah pun dikeluarkan sebelum ini. Kecuali duit Jepun One Hundred bertemakan ” getah “. Itu milik duacongkak.

  

Ini adalah duit King George VI keluaran 1941 dan ditanda tangani oleh H. Weisberg. Duit kertas ini hanya sebelah muka saja dan dibahagian belakang adalah kosong tanpa sebarang gambar. Nilai muka hanya 1 sen…Itu nilai dulu yang boleh dibelanjakan bermacam macam. Tapi sekarang duit dengan nilai 1 sen sudah tiada dalam pasaran lagi. Ini kerana pada tahun 2007 adalah pengeluaran terakhir dan digenapkan.

 

Ini pula duit kertas dengan nilai 5 sen. T.Tangan oleh H.Wiesberg size 92mm x 57mm. Duit kertas ini juga hanya sebelah saja di print, sebelah lagi adalah kosong.

Seterusnya.

 

Nilai muka 10 sen dengan size 101mm x 64mm. Duit kertas ini juga hanya sebelah saja yang di print.

Nilai seterusnya adalah note 20 sen dan juga 50 sen. Belum ada lagi dalam milik duacongkak dan perlahan lahan akan mencari juga bila sudah ada modal.

Apa pun simpannnnn…dulu

 

0ne dollar straits settlements

Duit kertas 1 dollar straits settlements yang pertama singgah dalam koleksi ku

muka depan

other side

pencetak

koleksi pertama note zaman penjajah yang ada dalam simpanan. Setidaknya duit ini memberi semangat untuk dapatkan yang lain lain secara perlahan lahan. Almaklumlah…harga dia terlalu mahal untuk dijadikan koleksi.

Apa pun layanlah dulu duit ini sekali pun dalam gred fine.

Note one dollar keluaran 1/1/1935,  cetakan Bradburry Wilcinson & co.ltd. dengan tanda tangan oleh Rex Curral, potret King George V.

Setem 1912-1925

Stamps Straits Settlements keluaran 1912-1925 edisi $25.00, $100.00 dan $500.00

Duacongkak mempamirkan koleksi setem yang ada dalam simpanan dimana, hanya terdapat satu sahaja iaitu nilai $25.00 warna purple/blue. Bagi siri $100 dan $500 kena goyang lima jari ler..dua dua belah tangan kena goyang…hehe

Kenapa…tak percaya ka…??

Sebelum itu, biarlah dinyatakan dulu nilai yang terdapat dalam katalog:-

Bagi edisi $25.00 MINT RM 1,950.00 and USED RM 750.00. Specimen RM300.00 ( Mengikut katalog 1997 edisi ke 22) Sekarang Tahun 2010…

Bagi edisi $100.00 MINT RM 9,000 and USED…?? Specimen RM 650.00

Bagi edisi $500.00 MINT 75,000 and USED…?? Specimen RM 1500.00

KG V 1912

Setem ini juga digunakan di Singapura sebagai mana tertera seal pada muka setem tersebut.

 

Straits Settlements 1912-1925

Setem dengan nilai $2 Straits Settlements Postage & Revenue.

Siri King George V ini dkeluarkan sekitar Tahun 1912 hingga 1925. Bagi setem $2 ini pula dicetak pada Bulan July 1915. Terdapat juga siri yang dicetak pada July 1914, dan ada yang dicetak pada Tahun 1920 dan juga 1921. Kesemuanya berbeza warna sebagai pengenalan Tahun ia di keluarkan.

Lihat contoh Setem ini.

 
 

 

19/20

 

back side

Pada muka setem ini terdapat Red Seal Gov. of Singapore.

Siri terakhir 20/20 setem ini adalah dengan nilai $5.

Bagi siri $25, $100 dan $500 berbeza pada ukuran saiz dan bentuknya. 

Setem Selat//Straits Settlements

Setem ini dikeluarkan sekitar 1937 – 1941.

 

Setem Malaya-Straits Settlements yang digunakan oleh Kerajaan Singapura sebelum 1948. Ini kerana pada Tahun 1948 barulah Definitive Series (King George VI) Malaya-Singapore dikeluarkan. Rupa bentuk dan nilai adalah sama dengan Siri Malaya-Straits Settlements 1937.

 
 
 

 

9/21

 

back side

13/21

back side

Untuk melihat perbezaan Setem Malaya-Straits Settlements dengan Malaya-Singapore, cuba lihat pada bahagian atas kedua dua setem ini…Bertulis MALAYA dan dibahagian bawahnya pula dicetak Straits Settlements.

 Bagi MALAYA-SINGAPORE, diatas tulis MALAYA dan dibawah pula SINGAPORE. (Diterbitkan pada siri yang akan datang).

** Setem ini digunakan sebagai REVENUE STAMPS KING GEORGE VI GOV of SINGAPORE. Setem ini juga dalam kondisi RARE boleh mencecah harga ratus …**

 

COIN 1920

 

Terima kasih kepada semua yang sudi melawat blog ini. Niat hati duacongkak ingin muatkan hampir kesemua koleksi yang ada. Dengan itu kepada sesiapa yang rajin melawat pasti sentiasa melihat koleksi terbaru dari duacongkak. Bukan mahu menunjuk atau megah dengan koleksi yang ada, cuma bagi duacongkak tiada makna kalau sekiranya disimpan dalam album tanpa dilihat oleh sesiapa.

muka depan dan belakang

(1 Cent Bronze Straits Settlements 1920)

Ini adalah coin yang dikeluarkan pada Tahun 1920 Strait Settlements dengan nilai 1 sen. George V King and Empiror of India. Kualiti coin ini agak teruk sikit (VG)kerana mungkin sudah ditelan usia. Almaklumlah…seingat duacongkak, coin ini jumpa dalam tanah. Mujur juga sedikit sebanyak dapat dibaca tulisan yang ada/. Kalau sekiranya tidak dapat dibaca sudah pasti tidak tahu apa jenis coin ini dan nilainya serta Tahun keluaran dan berasal dari mana.