Kenangan semasa bercuti (2)

Sambungan…(bah 1)

Sebaik saja memasuki ruang dalam muzium Matang ini, kita terus disambut dengan replika gajah bersama tiga patung disisinya.  Pada mulanya duacongkak tidak hiraukan tentang replika ini kerana sudah biasa melihat gajah yang hidup di zoo apa lagi dalam Daerah terdapat sebuah Zoo yang terletak dikawasan rekriasi iaitu Taman Tasik Taiping. Sehinggalah anak perempuan duacongkak bertanya, ” apa yang patung orang itu lihat pada kaki gajah? ” Bila soalan itu dikemukakan barulah duacongkak perhatikan apa yang ditunjukkan itu.

Rupanya pada bahagian kaki gajah tersebut terdapat sisa bijih timah yang melekat dan itulah yang menjadi puncanya Allahyarham Ngah Ibrahim temui bijih di daerah ini. Kebetulan pula nama gajah adalah Larut maka tempat tersebut terus dinamakan Larut Matang. Disinilah bermulanya sejarah penemuan bijih timah di Negeri Perak. Cerita selanjutnya berkenaan sejarah Larut kena rujuk sendiri dalam buku sebab duacongkak hanya melawat tanpa membuat sebarang rujukan.

DSC_1829a

Gambar bawah yang cuba di ambil secara dekat tapi tidak dapat lihat rupa bentuk serbuk timah yang ditemui. Sekiranya kita dapat lihat dengan lebih dekat, barulah serbuk itu dapat dilihat dengan lebih jelas.

DSC_1839a

Seterusnya duacongkak melawat pula tempat tahanan di kurung iaitu penjara/lokap yang diletakkan orang salah.

DSC_1831a

Melihat keadaan didalamnya agak luas dan sekiranya dua orang yang tinggal nampak begitu selesa cuma tidak tahan bila tinggal dalam lokap adalah sesuatu yang amat membosankan. Disini juga tempatnya kedua dua orang yang digelar pembunuh J.W.W.Birch dikurung dan dibicarakan serta menunggu hukuman bunuh dijatuhkan. Walau pun dikurung dalam lokap berkunci dan terkawal namun kaki dan tangan tetap di gari atau di pasong sebagai mana yang dapat dilihat pada patung tersebut.

DSC_1835a

Gambar bawah menunjukkan rupa bentuk gari kaki dan juga pasong yang digunakan waktu itu.

DSC_1834a

Dibahagian luar bilik kurungan ini pula diletakkan pengawal yang menjaga lokap tersebut. Gadis didepannya pula sengaja ikut cara patung itu berkawal. Kalau melihat pada gaya patung itu sudah tentu dia sedang memegang senjata tapi sewaktu lawatan pada hari tersebut, senjatanya tiada dan hanya gaya sahaja yang dapat dilihat.

DSC_1832a

Itulah serba ringkas yang dapat duacongkak tunjukkan apa yang ada didalam muzium Matang ini. Untuk mengetahui kisah selanjutnya kena tunggu keluaran akan datang dimana, terdapat sedikit barangan sejarah lama yang ada dalam muzium ini, terutama berkaitan dengan peralatan menempa duit dan cop mohor pada zaman itu.

Kita jumpa lagi…siri ketiga

Kenangan semasa bercuti (1)

Abadikan percutian (siri 1)

Baru baru ini iaitu pada 20/12/2012 semasa menghabiskan cuti yang ada, duacongkak berkesempatan melawat tempat bersejarah yang ada di kawasan Matang iaitu dalam Daerah Taiping, Perak. Sungguh pun duacongkak berasal dari Taiping tapi belum pernah terlintas untuk melawat tempat bersejarah ini dan kunjungan ini juga adalah buat kali pertama dalam kehidupan sebagai kenangan.

Gambar dibawah ini adalah pintu masuk ke Kota Ngah Ibrahim yang penuh bersejarah sewaktu zaman pemerintahan Inggeris di Malaya ketika itu.

DSC_1817a

Sebelum memasuki bahagian dalaman kita dapat melihat papan tanda dwibahasa yang mengalu alukan kedatangan pengunjung ke Kota Ngah Ibrahim ini. Pengenalan pertama ini menerangkan waktu bagi setiap pengunjung melawatinya iaitu bermula jam 9.00 pagi hingga 5.00 petang setiap hari kecuali hari Jumaat dimana pada sebelah tengah hari Kota Ngah Ibrahim ini akan ditutup untuk menunaikan solat Jumaat.

DSC_1821a

Bahagian luar dengan perkarangan tempat letak kereta yang cukup luas dan lapang. Kebetulan semasa duacongkak berkunjung, tiada pelawat lain melainkan duacongkak sekeluarga sahaja. Ini kerana waktu duacongkak sampai sudah lewat petang dan peluang untuk melawat hanya dalam tempoh satu jam, setelah itu ianya akan ditutup. Dari luar ini apa yang dapat kita lihat adalah sebahagian dari pagar kawat dan juga tembok yang mengelilingi tapak rumah Ngah Ibrahim (Muzium Matang) yang kini dijaga dan ditadbir oleh pihak Jabatan Muzium Malaysia.

DSC_1820a

Gambar dibawah pula adalah tembok yang masih kukuh disebelah kanan pintu masuk apabila kita mengadap kearah Muzium Matang.

DSC_1819a

Sebaik sahaja kita memasuki bahagian dalam iaitu tidak jauh dari pintu besar, kita dapat lihat rupa bentuk meriam lama dan menghala kearah luar.

DSC_1824a

Sungguh pun usia rumah Ngah Ibrahim (muzium Matang) sudah  berusia namun ianya masih kelihatan kukuh dan kekal seperti asal disebidang tanah yang cukup luas. Malangnya keluasan tanah ini tidak pula diambil dan duacongkak tidak berkesempatan untuk mendapatkan info dari penjaganya kerana waktu lawatan yang amat terhad. Hanya gambar yang dapat diambil dan ingin segera melihat khazanah yang ada didalamnya.

DSC_1826a

Sebelum memasuki Muzium Matang ini, duacongkak sempat mengambil gambar tulisan tentang sejarah Kota Ngah Ibrahim yang terdapat di hadapan rumah tersebut. Apa yang ditulis adalah:

KOTA DAN RUMAH NGAH IBRAHIM

Kota Ngah Ibrahim, Matang, merupakan kawasan dan rumah kediaman Ngah Ibrahim anak kepada Che Long Jaafar, orang yang mula mula menemui dan menerokai perusahaan bijih timah di Bukit Gantang, Taiping pada pertengahan kurun ke 19. Dengan penghasilan bijih timah ini, Ngah Ibrahim telah menjadi kaya raya melebihi dari Sultan Perak sendiri. Sultan telah menganugerahkan gelaran Menteri Larut kepada Ngah Ibrahim.

Kemasukan kaum cina yang ramai telah mengakibatkan banyak tertubuhnya kumpulan kongsi-kongsi gelap antaranya kumpulan Ghee Hin dan Hai San. Kedua-dua buah kumpulan kongsi gelap ini sering bermusuhan. Begitu juga dengan Kompeni Hindia Timur Inggeris yang ingin campur-tangan di Negeri Perak untuk monopoli perniagaan bijih timah ini.

Atas ancaman-ancaman inilah, maka kota Ngah Ibrahim ini dibuat dengan kukuh. Tembuk kotanya dibuat dari beberapa lapisan batu-bata setinggi lebih dari 1.5 meter. Rumah Ngah Ibrahim dibina betul-betul ditengah kota ini. Pembinaan kompleks ini dipercayai siap pada tahun 1858. Kompleks ini juga dijadikan sebagai pejabat dan pusat memungut cukai bijih timah di Jajahan Larut. Kota ini dihubungkan dengan Kuala Sepetang dengan jalan darat dan jalan terusan.

Rumah ini juga dijadikan tempat perbicaraan Dato Maharaja Lela dan Si Puntum yang telah membunuh J.W.W. Birch, Resident Inggeris pertama pada 2 November 1784 di Pasir Salak. Bangunan rumah Ngah Ibrahim pernah juga dijadikan maktab perguruan yang pertama sebelum dipindahkan ke Maktab Perguruan Tanjung Malim, Perak. Kemudiannya bangunan ini dijadikan sebagai Sekolah Rendah Kebangsaan Matang sehingga ke akhir tahun 1970an. Akhirnya kawasan dan bangunan rumah Ngah Ibrahim ini dijadikan Pusat dan Pejabat Kompleks Sejarah Matang oleh Jabatan Muzium dan Antikuiti. (dwibahasa)

(disalin dari tulisan batu ini)

# sedikit pembetulan yang hendak diperkatakan iaitu bagi tahun perbicaraan Dato Maharaja Lela dan Si Puntum adalah pada November 1875. Kalau kita lihat diatas iaitu 1784, ” mana mungkin bangunan dibuat pada tahun 1858 sedangkan perbicaraan pada 1784, sudah tentu pelik jadinya.” mungkin ada kesilapan semasa ianya dibuat tanpa disedari oleh pihak Muzium. Tahun pembetulan itu diambil dari tulisan pada bahasa Inggeris dibawahnya. #

 

DSC_1828a

Sebahagian dari apa yang telah duacongkak lawati di Kota Ngah Ibrahim, Matang, Taiping yang penuh bersejarah ini. Cerita selanjutnya kita dapat membaca dikeluaran akan datang.

(Macam drama bersiri pulak dah…)

Mencecah angka 100k

Sesuatu yang tidak diduga.

Salam sejahtera kepada semua pengunjung dan pembaca blog duacongkak yang budiman. Terima kasih banyak banyak diucapkan diatas sokongan tuan tuan dan puan puan semua kerana memberi semangat untuk duacongkak meneruskan penulisan. 

Untuk makluman semua, duacongkak ujud bukan untuk mencari populariti atau sebarang keuntungan, apa yang duacongkak terbitkan hanyalah suka suka sebagai koleksi album yang tidak mungkin ramai tahu atau dapat melihatnya secara dekat. Hanya dengan blog saja duacongkak dapat tunjukkan koleksi yang ada sebagai memuaskan hati sendiri.

Untuk dijadikan sebagai ilmu rasanya tidak berapa sesuai tetapi untuk dijadikan satu rujukan mungkin boleh diterima pakai. Maksud ilmu disini iaitu setiap apa yang duacongkak keluarkan tidak memberikan penerangan secara jelas dan lebih kepada penulisan saja yang boleh dikatakan sebagai caca marba. Untuk rujukan sememangnya boleh diterima kerana setiap apa yang dikeluarkan memberi peluang kepada pengunjung mencari dan berusaha mencari untuk dijadikan koleksi. Tidak semua yang duacongkak ada, orang lain ada dan juga tidak semua yang orang lain ada , duacongkak juga ada. Dengan sebab itulah perlunya blog sebagaimana bloger bloger Numis Malaysia yang lebih ternama dan lebih menyerlah segala penerangannya untuk kita buat rujukan.

Penerbitan kali ini hanyalah sekadar ingin menyatakan iaitu, jumlah pengunjung sehingga kini melebihi angka 100 ribu sebagai mana saudara depankanta perjelaskan didalam blognya. Untuk makluman semua, blog duacongkak dengan blog saudara depankanta tidak jauh bezanya disegi jumlah kunjungan yang ada. Sehingga tulisan ini ditulis, jumlah kunjungan adalah 101,169. Malaysia adalah pengunjung paling ramai dan diikuti oleh Amerika. Ternyata peminat syiling error paling banyak diikuti adalah dari negara Amerika. Sebabnya, mereka lebih lama mempunyai hobi sebegini dan warga negara kita masih dibelakang. Mungkin dengan adanya beberapa blog berkaitan syiling error sudah pasti akan ramai peminatnya nanti.

Paling tinggi jumlah kunjungan dalam satu hari iaitu pada 10/11/12 sebanyak 551, yang lain hari kebiasaannya dalam purata 150 ke 200 dan sesekali saja mencecah angka lebih dari 300 seperti semalam 23/12/12 iaitu 309.

http://wordpress.com/#!/my-stats/

http://wordpress.com/#!/my-stats/?blog=11818008

Link kedua pula adalah jumlah bulanan dari mula duacongkak diterbitkan hinggalah ke hari ini.

Kesimpulannya duacongkak berharap agar para pengunjung jangan terasa jemu dan sesungguhnya dengan bantuan rakan rakan bloger serta pengumpul atau peminat tidak kira samada dari numismatik, setem, botologi atau apa saja yang dipamirkan dalam blog ini, sokongan semua amat diperlukan untuk menambahkan lagi koleki kerana duacongkak masih baru iaitu sekitar dua atau pun tiga tahun saja berkecimpung dalam koleksi yang ada ini kecuali koleksi setem yang sudah pun berhenti dua tahun yang lalu.

Terima kasih sekali lagi kepada semua pengunjung yang setia.

 

bayangan dua hala

Habuan dari kampong ku.

Salam sejahtera semua, lama bercuti balik kampong satu apa pun tidak dikeluarkan dalam blog duacongkak, malah blog pun tidak dibuka memandangkan internet kurang memuaskan. Apa bila sudah habis cuti dan selamat balik kerumah sendiri, duacongkak ingin berkongsi hasil yang diperolehi semasa balik kampong.

Sekeping syiling 1 sen dengan die clash menarik depan dan belakang.

 DSC_1892a  

Syiling 1 sen yang ditempa dan diedarkan pada tahun 2005, pada bahagian reverse syiling ini kita dapat lihat bayangan arca rebana yang hampir lengkap keseluruhannya. Tanpa menggunakan kanta pun kita boleh lihat bayangan arca ini dengan begitu jelas.

Begitu juga dengan bahagian obverse seperti gambar dibawahnya.

DSC_1893a

Sedikit bayangan arca yang dapat kita lihat iaitu tulisan BANK NEGARA MALAYSIA dimana perkataan NEGARA hanya ARA dapat dilihat dan perkataan MALAYSIA boleh dikatakan keseluruhannya dapat dilihat. Begitu juga pada cetakan tahun syiling ini ditempa iaitu 2005. Kelihatan begitu jelas. Dan sebahagian dari kaki angka 1 juga dapat dilihat pada kaki rebana. 

DSC_1892a-1

Gabungan kedua dua gambar dari sekeping syiling 1 sen 2005 yang diperolehi habuan balik kampong semasa bercuti…

Apa pun simpannnnn…dulu.

10sen 2012

Lamination

Diantara banyak banyak error bagi duit syiling Malaysia, tidak terkecuali kita akan temui beberapa bentuk error yang terdapat pada syiling baru s3M yang dikeluarkan bermula tahun 2012.

DSC_1747a

Gambar diatas adalah bentuk muka depan syiling s3M yang biasa dilihat.

DSC_1746a

Begitu juga dengan bahagian belakangnya dimana selalu kita dapat lihat apabila ianya berada ditangan. Sudah tidak menjadi kehairanan lagi kerana sentiasa sahaja kita perolehi syiling ini sewaktu berbelanja. Cuma kelainannya adalah syiling ini akan melekat pada magnet tanpa ragu ragu. Pantang dekat dengan magnet sudah pasti ianya akan melekat dengan kuat.

Bukan itu yang hendak dikongsi bersama pada kali ini tapi, cuba teliti dengan betul pada syiling ini dimana ada sedikit kelainan pada bahagian tulisan ‘ NEGARA ‘.

DSC_1746a1

Untuk memudahkan kita melihatnya pada bahagian keratan gambar diatas dimana pada bahagian sisi rim hingga pada tulisan NEGARA seperti disalut sesuatu metal. Kebiasaan yang kita lihat sebelum ini iaitu cud error atau rim cud error, tapi bagi yang ini jika dilihat adalah bukan dari golongan cud error.

DSC_1746a1b

Lihat perbezaan dua keping gambar keratan yang sudah dicantumkan dimana ada sebahagian darinya berlapis dan saiz rim pada bahagian tersebut agak kecil dari keseluruhan lilitan rim.

draw_1207-3a3

Penemuan pertama ini mungkin ada lagi rakan yang lainnya.

Apa pun simpannnnn…dulu.

AA RM20

Rezeki di subuh hari.

Nampak gayanya penghujung tahun ini satu persatu muncul sebagai menambahkan koleksi yang ada. Yang ditunggu tunggu selama ini untuk mendapatkan duit kertas RM20 prefix AA akhirnya tercapai jua. Kalau gunakan kuasa membeli rasanya prefix AA tidak perlu tunggu masa yang lama tapi, oleh kerana suka dapat melalui penggunaan harian, hanya kesabaran sahaja yang diperlukan.

scan0004a

Walau pun ianya sudah diguna pakai dan keadaan duit tidak lagi dalam gred UNC namun kepuasan tetap ada kerana sudah sedia maklum yang duacongkak amat lemah untuk menjaga kualiti duit kertas selama ini. Sekali pun asalnya UNC tapi lama kelamaan ianya akan jatuh gred kepada EF paling tidak. Dengan sebab itu juga terpaksa mencari duit kertas yang sudah beredar dipasaran dari mengejar UNC. Bukan apa…sekiranya gred jatuh pun tidak terasa ralat.

Apa yang penting ianya ada, kualiti jatuh nombor dua.

scan0003a 

Keratan dibawah adalah bagi prefix yang diperolehi dari sekeping duit kertas edaran terbaru untuk RM20 Malaysia. Keadaan duit kertas ini semasa ditemui sudah berlipat tiga dan ianya diperolehi dari kawan yang perihatin mahu belanja minum pagi di kedai mamak. Sebelum ianya dicekup oleh mamak, duacongkak sambar dulu setelah terlihat prefixnya AA yang dicari cari selama ini.

scan0003a1 

Nampak gayanya mamak lebih beruntung sekiranya dia juga berminat mengumpul duit sebab ramai pelanggan yang membuat bayaran tanpa hiraukan sesuatu keistimewaan ada pada setiap duit yang dikeluarkan. Kemungkinan besar dikedai mamak juga kita boleh dapat duit rare atau yang error.

Pedulikan, yang penting…

Apa pun simpannnnn…dulu.

baki sarapan

Gantian yang menyerah.

Sebagai mana biasa setiap pagi mesti pekena dulu sebelum menjalankan tugas. Bersama beberapa kawan setugas telah pergi sarapan disebuah kedai makan untuk mengisi perut, apabila perut sudah penuh baru kerja pun bersemangat. Setelah selesai makan duacongkak keluarkan RM50 untuk buat bayaran kesemuanya dengan harga RM10.40 sen. Baki RM39.60 sen diambil lalu dibelek pada setiap helai nota kertas yang diterima dan syiling pula dimasukkan dalam kocek kerana hendak membeleknya mata sudah kurang jelas, terpaksa bawa balik untuk dilihat dengan kanta atau pun menggunakan scan.

Sudah menjadi kebiasaan setiap kali menerima duit kertas atau pun syiling, sentiasa mengharapkan sesuatu yang menarik akan diperolehi. Apa yang mengejutkan apabila didapati duit kertas baki tersebut salah satunya adalah duit gantian untuk RM10. Dengan senyum lebar penuh kegembiraan menerimanya dengan senang hati sekali sambil menunjukkan kepada rakan rakan yang bukan berminat pasal duit.

Kawan: ” aku tengok duit tu macam biasa saja. “

dc: ” memanglah macam biasa tiada perbezaannya tapi ini adalah duit gantian yang ditunggu tunggu sekian lama, bila dapat melalui cara ini terasa seronok yang tidak boleh dibayangkan…”

Kawan: ” aku jumpa berlambak duit macam ni… “

dc: ” memanglah berlambak dan mudah didapati tapi, duit gantian bukan senang hendak dapat lebih lebih lagi dengan cara berbelanja. “

Kawan: ” tak ada yang special pun…”

Malas nak jawab lagi, beri penerangan bagai mana sekali pun kawan kawan tidak akan memahaminya, lebih baik diam dan simpan dalam beg duit.

scan0002a

Duit gantian yang dierolehi dengan keadaan berkedut dibahagian atas dan bawahnya.

scan0001a

Muka depan duit gantian siri terbaru dan diperolehi baki dari sarapan pagi pada hari ini.

scan0001a2

Untuk membezakan duit gantian dengan duit biasa yang digunakan hanyalah pada siri prefixnya iaitu bermula dengan huruf ” Z ” seperti diatas ini iaitu Z A 0 0 9 7 3 9 2.

Penemuan ini untuk melengkapkan koleksi yang ada saja.

Apa pun simpannnnn…dulu.

Di penghujung…

Masa untuk bercuti

Antara sedar dengan tidak nampaknya tahun 2012 semakin hampir penghujungnya, hanya tinggal sebulan sahaja lagi maka akan bergantilah dengan tahun 2013. Bila disemak semula cuti yang ada ternyata rupanya masih ada baki seminggu ( 7 hari ) lagi cuti yang tidak diambil. Sesungguhnya cuti ini jika tidak diambil maka akan luputlah ia tanpa dapat dibawa kehadapan. Tidak sebagai mana cuti tahunan yang boleh dibawa kehadapan.

Selama ini hanya terus bekerja tanpa hiraukan untuk mengambil cuti maka cuti tahunan tidak diusik. Rugi juga rasanya kerana tidak diambil walau pun sehari sedangkan cuti pendek selama empat belas hari pun tidak habis. Oleh kerana cuti masih ada berbaki tujuh hari maka pada 17/12/2012 ini terpaksalah duacongkak melunaskan cuti tersebut. Itu pun sekiranya cuti tidak beku sebagai mana kebiasaan dipenghujung tahun cuti akan beku.

17/12/2012 akan bercuti dan balik ke kampung halaman serta berjumpa kedua orang tua yang semakin uzur. Selain itu dapat juga melawat rakan rakan lama di kampung juga sanak saudara yang ada.

Taiping…Perak

kau nantilah kepulangan anak rantau ini yang sudah sekian lama tidak pulang dan terakhir kali aku pulang pada sambutan hari raya puasa yang lalu.

Segala kenangan ketika aku masih kecil dan dibesarkan tetap dikenang hingga keakhir hayat. Walau apa pun amat berharap sekali percutian ini akan lulus dan tidak dibekukan kerana kepulangan kali ini amat bermakna bukan sahaja untuk pertemuan keluarga malah satu pertemuan dalam hobi yang diceburi.

Salam kepada rakan rakan numis semua yang berkaitan untuk kita bertemu nanti sebagai mana yang telah dirancangkan.

 Selamat Maju Jaya…