SETEM TAIPING

Jumpa duit pelek RM50 di Taiping, macam mahu buat cerita je…Lepas tu keluarkan pula Setem Taiping. Sebenarnya duacongkak berasal dari Taiping tempat lahir dan membesar serta bersekolah. Jadi tidak salah untuk memperkenalkan tempat asal duacongkak. Mungkin ada diantara tetamu duacongkak dalam blog ini pernah melawat Taiping, salah satu bandar tertua di Malaysia yang penuh dengan sejarah serta khazanah alam. Juga banyak benda yang pertama diperkenalkan di Negara kita bermula di Taiping. Rasanya tidak perlu duacongkak ceritakan kerana tentu ramai  sedia maklum…kan…kan. Yang penting sekali duacongkak mahu perkenalkan setem Taiping yang pernah Pos Malaysia keluarkan sebagai kenangan.

SETEM TAIPING

Setem diatas adalah keluaran khas sempena menyambut ulang tahun yang ke 125. Ianya dikeluarkan dengan 4 bentuk setem dengan nilai 20sen,30sen,50sen dan RM1. Setem diatas juga telah dimatikan dengan cop khas keluaran hari pertama 01/09/99. Setem dibawah pula adalah keluaran yang sama tapi dalam bentuk blog dua dengan bahagian tepi bergambar…setem ini boleh dikatakan RARE.

SETEM TAIPING

Dibawah ini pula adalah FDC yang di cop oleh BIRO FILATELI KL dimana waktu itu duacongkak masih lagi menjadi ahli SODA, sejak Tahun 2001 duacongkak tidak lagi menjadi ahli SODA disebabkan sering bertukar alamat. Maka banyaklah keluaran yang terlepas begitu saja.

FDC

FDC lembaran mini

Sampul pek cenderamata

 Gambar yang tertera di sampul pek cenderamata ini adalah pemandangan pokok pokok besar yang terdapat di Taman Tasik Taiping. Pokok pokok ini dijaga baik hingga kini dan anggaran usia pokok tersebut melebihi 100/200 Tahun. Pokok pokok ini juga sebagai penyeri dan menghidupkan lagi suasana Tasik yang menggamit ramai pengunjung. Selain dari itu , di Taman Tasik Taiping ini juga terdapat sebuah Zoo yang pertama di Malaysia dan masih beroperasi siang dan malam. Sesiapa saja yang sampai di Daerah Larut Matang atau daerah sekitar yang terdekat tentu rugi kerana Taiping yang pernah terkenal dengan bijih timah suatu ketika dulu penuh dengan sejarahnya. Lebih lebih lagi kalau tidak melawat Taman Tasik Taiping yang cukup indah dan damai. SELAMAT DATANG KE BANDAR TAIPING…

   PEK CENDERAMATA

 Semua set koleksi setem Taiping ini khusus buat tatapan semua. TQDC

 

PELEK???

 

Sebut saja pelek, duacongkak mahu pamirkan sekeping note RM50 yang di temui semasa pengeluaran duit melalui ATM di TAIPING baru baru ini. (Dalam masa cuti) Semoga ada yang sudi berikan pandangan atau sebarang komen. Mungkin ada diantara pembaca menilaikan segala yang duacongkak pamirkan dibuat sendiri… bagi duacongkak sama sekali tiada kemahiran dalam bidang meminda atau merosakkan duit semata mata hendak menunjuk pada orang ramai. Apa yang duacongkak perolehi tanpa diduga dan satu perkara lagi, duacongkak akan teliti setiap helaian note atau duit syiling yang baru berada ditangan. Penelitian dibuat bukan dengan mata kasar saja tapi turut digunakan kanta pembesar untuk mencari sesuatu kelainan pada setiap bahagaian duit. Satu lagi persoalan… ” Mengapa hanya Note 50 tapi tidak note lain? “. Sebenarnya duacongkak belum muatkan lagi note lainnya…bersabar saja dan akan dimuatkan juga satu hari nanti.

pelek??? (RARE)

Apa yang pelek…? Cuba lihat sendiri duit RM50 diatas. Dengan mata kasar sudah dapat melihat ada huruf tertera pada bahagian corak empatsegi. Jelas kelihatan huruf tersebut ‘JJ3’. Duacongkak tidak faham apakah maksud JJ3 itu sedangkan duit duit lain tiada. Mungkin ada diantara pembaca dapat berikan penjelasan. Bukan saja duacongkak yang ingin tahu sebaliknya ramai lagi yang mahu tahu. TQDC

keratan jelas

Lihat anak panah pada kotak segiempat tersebut tertera JJ3. Anak panah pada benang keselamatan sebagai tanda wang tulin dan bukannya wang palsu.

 

 

duit ‘ERROR’

 

Jangan hairan atau pun pelek, sebab duacongkak sendiri merasa pelek. Kenapa begitu kerap dan mudah mendapat duit yang pelek pelek. Nak jadi cerita semasa duacongkak keluarkan duit dari mesin ATM untuk penggunaan balik ke kampung, sekeping note RM50 menjadi pilihan hati dan terus disimpan dirumah. Duacongkak tidak berani bawa balik bersama kerana takut terbelanja. Bila sudah selesai balik kampung barulah duacongkak abadikan dalam blog ini untuk tatapan rakan rakan dan peminat setia dalam koleksi duit. ( Lihat gambar dan kalau boleh dibesarkan sebab banyak bahagian yang ERROR ) Agaknya duit duit begini ada nilainya atau pun tidak duacongkak tidak pasti…

note RM50 error

Bah 1: Lihat pada huruf ‘LAM” ejaan Malaysia tulisan jawi. Keadaan ‘LAM’ tidak penuh.

bah 1

Bah 2: Lihat pula LOGO BNM dimana bulatannya tersopek…

bah. 2

Bah 3: Satu lagi tali kren bermasalah…kali ini lebh banyak putus dan hilang jika dibandingkan dengan Note 50 yang telah dimasukkan dalam blog duacongkak sebelum ini.

 

bah.3

Bah 4: Pada bahagian angka 50 dipenjuru atas…No: 5 ERROR

bah.4

Bah 5: Ejaan jawi huruf ‘PA’ dalam perkataan PULUH pada titiknya dari 3 kini tinggal 2

bah.5 dan 6

Bah 6: Begitu juga dengan huruf ‘NGA’ ejaan RINGGIT jawi… hanya tinggal dua titik sahaja. Dengan itu sukar untuk menyebut RINGGIT  kerana ‘NGA’ sudah jadi ‘KAF’

 

setem P.Ramlee

      Salam dari duacongkak kepada sesiapa saja yang melawat blog ini. Jutaan terima kasih diucapkan semoga semua pelawat berasa puas hati. Duacongkak mahu menambah koleksi lagi dengan kali ini mengeluarkan pula setem Allahyarham P.Ramlee. Itulah tujuan duacongkak menamakan duit RADAR dengan nama KELUARGA 69. Sebabnya kerana duacongkak mahu gandingkan sekali dengan setem yang dikeluarkan oleh Pos Malaysia sebagai peringatan dan kenangan. Keluaran yang ada:- First Day Cover (FDC) Lembaran Mini (MS) Pek Cenderahati atau Presentation Pad, Sheet khas dan 4 siri setem. Cuma albumnya saja duacongkak tidak muatkan sekali….

first day cover

FDC LEMBARAN MINI

LEMBARAN MINI (UNUSE)

LEMBARAN MINI BERCOP HARI PERTAMA

SETEM BLOG 6

SETEM BLOG 6

SETEM CENDERAHATI

   LAGI SETEM P.RAMLI

Duit RADAR

Note RM 1 ini juga dikirakan RARE kerana S/No. semuanya ganjil. Bilangan No. pun ganjil hanya ada 3 saja iaitu angka 1,5 dan 7. Bila dicampur (1+5+7) jumlahnya 13, juga nombor ganjil.

Malah kalau dicampurkan keseluruhan no. (1+5+5+7+5+5+1) jumlahnya 29, juga ganjil.

Betul betul ganjil ni….
“Ada satu lagi yang ganjil dan benar benar ganjil…!!!”
GANJIL KALAU TIADA YANG KOMEN…hehe..duacongkak gurau je. Datang melawat pun dah kira bersyukur….TQDC

 

 

duit radar ‘ganjil’

 

 

 

Duit RADAR

Duit RADAR S/no begini ramai peminatnya, duit ini boleh dikatakan RARE kerana pernah duacongkak dengar dari mulut orang menyatakan ” kalau mahu buat IBU DUIT, cari S/No: bermula dengan angka 8, diikuti No:8 ditengahnya dan diakhiri No: yang sama”. (Bagi mereka yang berniaga.) Betul atau tidak apa yang diperkatakan Wallah… duacongkak tidak pasti. Duacongkak simpan kerana No: cantik…RADAR. Dan satu lg No. biasa je…

Contoh pertama:-

note RADAR rare

Contoh kedua:

Bukan note RADAR

Duit RADAR

Duacongkak masukkan pula siri RADAR yang bukannya dari KELUARGA 69. Ingat nak masukkan DUITCACAT/ERROR atau pun RARE tapi memandangkan DUIT RADAR belum dipamirkan lagi maka biarlah giliran mereka pula. Kategori CACAT/ERROR/RARE dilain kali saja. Lagi pun duacongkak sebelum ini sudah masukkan beberapa keping DUIT CACAT/ERROR/RARE. (Sila semak).
Gambar pertama kategori RADAR note RM 5 dan diikuti dengan beberapa keping RM 1.

Keluarga 69

Duk tak duduk duacongkak teringat pula cerita filem Allahyarham P.Ramlee. Sebelum tu sama sama lah kita sedekahkan Al Fatihah kepada roh beliau… Al Fatihah..Amin
Sebut tentang filem2 arahan dan lakunan beliau rasanya semua orang tidak jemu jemu menonton. Seorang Seniman yang berjaya menyatukan seluruh warga yang ada dalam Negara Malaysia tercinta ini. Tidak kira bangsa, adat budaya, kecil besar tua muda…malah beliau juga berjaya menarik minat bangsa asing yang tinggal di negara ini. Hinggakan mana mana pekerja asing yang tinggal di Malaysia sudah banyak yang kenal dengan Allahyarham P.Ramlee. Ajaib kan…Itulah Seniman Agung P.Ramlee. Hingga kini belum ada lagi pengganti dirinya.
Pasti semua pembaca yang melayari blog duacongkak kali ini hairan kenapa kesah P.Ramlee boleh muncul tiba2. Duacongkak sendiri pun hairan juga kenapa idea tu boleh muncul…Bukan ada apa pun, cuma….Duacongkak mahu abadikan duit kertas Malaysia yang cukup menarik dengan siri nombornya. Kalau nak dikirakan, susah juga untuk mendapatkan siri nombor yang menarik. Walau bagaimana pun ada diantara mereka yang memiliki siri nombor lebih menarik dan sukar diperolehi. Terutama sekali bagi mereka yang gemar dengan satu nombor dalam 7 digit. Setakat ini duacongkak masih belum miliki lagi, tapi selalu lihat koleksi 8888888….geram pun ada…                  Hmm Geram.
(Black Dog Bone)
Duacongkak tak mahu cerita panjang panjang lagi dan lihatlah sendiri note RM 10 dan RM 1 seperti dalam gambar. Disebabkan nombor itulah duacongkak menamakannya sebagai
KELUARGA 69 sempena tajuk cerita.
Note RM 10 dengan s/no: HS 9600069 dan


 

Note RM 1 dengan s/no: TG 9626269
Kedua dua duit kertas ini bermula dengan 96 dan berakhir dengan 69 maka jadilah dia KELUARGA 69…HEHEHE…
Orang lain kata duit RADAR, betul juga…Sebab pergi dan balik tunggang langgang bacaan tetap sama. Duacongkak bagi nama ni sebab suka suka je….JANGAN MARE HAA…

 

pelbagai coin

Duacongkak ingin mengabadikan koleksi coin coper dari negara negara luar dalam blog ini sebagai kenangan serta rujukan kepada sesiapa juga yang melayari blog duacongkak.

Sebagai jiran tetangga inilah rupa bentuk coin dari Thailand dengan nilai 10Bath yang dulunya berupa sekeping note kertas. (akan dimuatkan dalam sedikit masa lagi) Istimewanya coin ini kerana dia ada dua bahagian dalam satu set bulatan.

Ini pula coin dari Negara S’pura nilai DS$1 dan 5 sen 1995

Dua jenis coin dari Indonesia dengan nilai 100 Rp 1997 dan 50 Rp 1994

dua jenis lagi dari Negara matahari terbit ( Jepun ) dengan nilai 4 Yen, rupa bentuknya berlubang ditengah dan 10 Yen lebih kemerahan.

Sekeping coin one cent USA 1989. Harap maaf kerana kedudukan kepala orang kebawah. Sebenarnya ia adalah kedudukan yang asal.

Kepada sesiapa yang belum pernah melihat coin dari Negara Nepal ini bolehlah komen sikit. Duacongkak sendiri tidak sedar bila berada dalam simpanan. 50th Anniversary of the United Nations Nepal 1945-1995 Nilai muka Re. 1

( SEMUA COIN INI TIDAK MENGIKUT SAIZ SEBENAR ) SORRY

 

coin pelbagai

Salam semua dari duacongkakDengan saranan dari sahabat yang perihatin, duacongkak tunaikan hajat tersebut dengan mempamirkan beberapa keping coin yang ada dalam simpanan. Terlebih dulu duacongkak mengucapkan berbanyak terima kasih kepada semua yang sudi melawat blog ini. Sebelum ini tidak terlintas pula untuk duacongkak gandingkan dengan coin 50 sen 1997 sedia ada.  

 Dengan itu duacongkak pamirkan 5 keping syiling sebagai perbandingan. 50 sen 1997 warna kuning keemasan, 50 sen 1997 biasa dan RM1 1993 diletak selari. Bahagian bawah pula coin $1 dollar S’pore 1995 dan 10 Bath Thailand. ( Bagi Bath Thailand  bahagian tengah coinnya adalah coper. )