MERDEKA TOTAL 50

Kejutan pada tajuk…

Ini adalah sesuatu yang dinanti nantikan dimana kemunculan sekeping note RM 50 edisi MERDEKA yang bilangannya genap 50. Siapa sangka dibulan puasa dan hampir hampir mahu raya dan disambut pula hari kemerdekaan 31 ogos 2011, sekeping note RM 50 edisi MERDEKA boleh muncul ditangan. Walau pun terdapat 5 siri tapi satu pun sudah puas. Hanya mencari untuk empat siri lagi secara perlahan lahan.

Apa yang istimewanya duit ini…? Mari kita lihat.

Duit kertas ini dikeluarkan sempena Negara Malaysia menyambut hari Kemerdekaan yang ke 50 tahun dimana pada sisi kanan atas terdapat logo 50. Tidak seperti yang kita lihat pada duit kertas RM 50 yang diguna pakai sekarang. Walau pun bentuknya sama tapi perbezaannya hanyalah pada LOGO tersebut. Bagi siri duit kertas ini BNM keluarkan sebanyak 5 set iaitu bermula dengan Prefix AA xxxxxxx dan diikuti AB xxxxxxx, AC xxxxxxx, AD xxxxxxx dan terakhir Prefix AE xxxxxxx.

Ramai para kolektor yang menyimpan set ini dengan lengkap, lebih lebih lagi dalam gred UNC. Bagi duacongkak pula, UNC agak sukar untuk dibuat koleksi, dapat yang VF pun terasa puas sebab lebih berminat kumpul dari mengejar gred. ( Modal Kecil…)

Sebenarnya duacongkak sudah lengkap untuk siri ini dari Prefix AA hingga AE. Tapi yang menjadi koleksi berikut dari siri yang sama iaitu, kiraan siri nombor yang genap 50. Seperti duit kertas diatas yang pertama ditemui dengan Prefix A E 8 8 8 1 9 7 9. Cuba kira satu persatu 8+8+8+1+9+7+9 jawapannya 50. Mungkin sebelum ini ramai kolektor yang cuba mendapatkan note RM50 Merdeka yang siri nombornya genap dengan bilangan 50 kerana keistimewaanya sebagai memperingati Sambutan Hari Merdeka yang ke 50. Pendapat duacongkak jer…pendapat kolektor lain entahlah…mungkin ada yang mahu melengkapkan koleksi bagi semua siri duit kertas Malaysia dari RM 1 hingga RM 100 dengan bilangan 50.

Apa pun kita nantikan berita dari para kolektor lain yang sudi memberi pandangan mereka, memandangkan duacongkak sendiri baru setahun jagung menimba ilmu numistik. Masih perlu banyak belajar kerana seni dalam sesuatu yang diminati yang sentiasa terbaru cukup menarik.

Apa pun simpannnnn…dulu.

Advertisements

Kahwin,kahwin,kahwin,1

MERDEKA…MERDEKA…MERDEKA…!

Lagi duit siri merdeka dikeluarkan, untuk semua pengunjung dan rakan rakan, tajuk diatas pelik dan bukan bukan, dah kahwin tiga patut riang sakan.

Hehe… 

Mak oii..!! Jangan sapa sapa nak syak, ini bukan pasal diri duacongkak, apakah sudah bermadu tiga..oh tidak, ada bini satu pun dah sesak, jangan sampai balik kampung naik trak, jauh tu…dari Johor ke Perak, lenguh badan sakit tulang duk terhentak.

Ini semua cerita pasal duit, dapat note 50 nombor cantik, dalam siri Merdeka tanpa carik, bukan dalam buku atau komik.

pic i

pic 2

 Tu dia…mari kita semua pakat lihat, bukan kahwin tiga tapi empat, semua pakat duduk rapat rapat, tapi sayang duit ini sudah terlipat.

 

Siri Merdeka

RM 50 Siri Merdeka yang ke 50 Tahun

Tiba giliran Koleksi Merdeka yang sudah tidak sabar untuk tampil. Selama ini dia menanti giliran untuk dikeluarkan setelah ramai para kolektor lain menunjukkan full set mereka.

Duacongkak tidak ketinggalan untuk keluarkan full set siri merdeka walau pun sudah terlewat.

pic 1

 BahagiAn depan siri RM50 MERDEKA.

PIC 2 AA

pic 3 AB

pic 4 AC

pic 5 AD

pic 6 AE

 Lengkap sudah Prefix AA,AB, AC, AD dan AE. Edisi ini dikeluarkan khusus untuk memperingati Kemerdekaan Negara yang ke 50 tahun. Duit kertasnya hampir sama dengan prefix yang digunakan hari hari cuma bezanya pada LOGO 50 disudut kanan sebelah atas note ini.

Sedikit kekurangan adalah siri ini tidak disertakan sekali dengan siri Replacement Notes yang turut dikeluarkan bagi penggantian duit kertas rosak. Duit gantian yang dikeluarkan hanyalah Prefix ZA xxxxxxx.

Bagi Prefix biasa duit gantiannya bermula dengan ZB xxxxxxx dan sehingga kini duacongkak sudah ada 3 keping siri ZB dan 2 darinya telah dikeluarkan dalam blog ini. Satu prefix ZB lagi ditemui pada 15/07/2010 melalui ATM Bank Rakyat.

Malayan Federation 4

 

Turutan berikut…Siri ke 4 Malayan Federation full set.

 ” (31/08/1958.) “

Setem ini hanyalah satu kenangan bersejarah bagi menyambut Detik Kegemilangan  Negara mencapai Kemerdekaan untuk kali pertama. Pada ketika sambutan ini, Duacongkak sendiri belum lahir dan sudah pasti ianya sukar untuk dibayangkan bagaimana cara Kerajaan di masa itu meraikannya. Sudah pasti meriah…

Hanya setem sebagai kenangan…!!

Dua set setem dengan nilai 10 sen >> gambaran ” Stadium Merdeka “.

Set kedua pula 30 sen >> dengan potret ” Agung “.

 
 

1/2

 

 

 

 

  

Kedua dua gambar setem ini di keluarkan oleh Harrison.  

2/2

Malayan Federation 2

31hb Ogos 1957

Adalah tarikh keramat bagi Negara kita yang tercinta.

 

MERDEKA…!! MERDEKA…!! MERDEKA…!!

Laungan yang kita selalu dengari setiap kali tibanya 31/08/(31hb Ogos….). Kegembiraan itu terpancar bagi mereka yang merasai detik detik bersejarah ini. Bagi kita yang hidup selepas merdeka hanyalah menyambung kembali apa yang diperolehi oleh mereka yang melepaskan Negara Kita dari penjajahan British. 

Terima kasih kepada semua Pejuang Bangsa dan Negara…seluruh rakyat Malaysia.

Jangan cerita keterlaluan kerana takut timbul isu isu sensitif. Apa yang hendak di perkenalkan dalam blog ini adalah Pelancaran Setem Persekutuan Tanah Melayu kali yang Ke Dua

(2nd edition Malayan Federation).

Setem sempena menyambut Hari Kemerdekaan Negara yang Pertama.

 

  Setem Merdeka

 Setem Merdeka Pertama Negara di keluarkan dalam satu bentuk saja dengan nilai 10 sen bersama SSHP/FDC Ke Dua. Setem ini masih mengekalkan nama Malaya dan tertera juga nama:

‘ Persekutuan Tanah Melayu ‘

 Cop kiriman dari Alor Star, Kedah… Siapa tahu Tunku Abdul Rahman Putra Al Haj berasal dari mana…? ( soalan bodoh )

” Kelasik tak…!! Setem Merdeka..? “