siri nombor cantik…

RM dengan siri nombor menarik.

 

Bagi duacongkak, siri nombor begini sudah memadai untuk dijadikan koleksi. Belum sampai tahap SOLID.

siri 11

 Prefix KT 6 6 6 6 0 6 6 (VF) siri 11

Simpan suka suka. (Yang solid belum termampu)

 

Nombor Cantik….

Koleksi RM dengan siri nombor cantik.

pic 1

Prefix UY 7 7 7 7 7 7 4 (F) siri 11

Hanya cantik pada nombornya saja tapi condition hampeh…

pic2

 Prefix JC 9 9 0 0 0 0 0 (VF) siri 11

Lama dah tersimpan duit ni…sebab itu rupa kertasnya dimakan hari kerana masukkan dalam frame dan lekat pada dinding, dibiar terkena cahaya matahari.

Waktu ini belum jadi kolektor lagi…simpan suka suka

 

10sen Big Error

Mari lihat 10sen 2002, Jangan segan2

Pada 12/09/2010 duacongkak memperolehi sekeping syiling 10sen tahun 2002 dalam condition UNC. Pada mulanya duacongkak fikirkan syiling ini mungkin kena gelek oleh tayar kenderaan diatas jalan. Bila difikir semula, tidak mungkin rupa bentuknya terjadi sedemikian. Ini kerana tiada kesan geseran tayar atau pun kesan calar batu.

Tidak puas hati bawa balik dan lihat pada kanta dan juga scanner dalam komputer. Memang sah keadaannya bukan kena lenyek diatas jalan. Kecacatan yang ketara adalah disebabkan oleh bahan kimia/asid. Ada juga kolektor yang menyatakan permukaan duit syiling ini mengerutu. Bagi duacongkak, lebih berkeyakinan disebabkan oleh bahan kimia yang boleh mencairkan bahan clear pada permukaan duit syiling ini.

Siapa punya kerja tidak pasti samada tangan tangan gatal yang rajin atau pun terjadi semasa finishing printer. Keadaan muka syiling ini seperti melecur terkena sejenis asid yang panas.

jum ushar…

nilai muka

 Lihat sendiri rupa bentuk syiling ini yang ditempa pada Tahun 2002 dengan condition baik.

## duacongkak Apapun simpan dulu…!!

 

5 sen minor error

Kecacatan pada duit 5 sen

 

Sekeping syiling 5 sen 2009 yang mengalami sedikit kecacatan pada mukanya. Apa pun marilah sama sama lihat dimana yang dikatakan cacat pada duit 5 sen tersebut.

bah. gasing

cacat

 Duit syiling ini ditempa pada Tahun 2009 seperti yang tertera pada nilai mukanya. Dimana yang dikatakan minor error sila lihat ” 0 ” disebelah 9. terdapat sedikit lebihan seperti ‘ dot ‘ tapi lebihan tersebut lebih besar dari dot.

Lihat keratan gambar dibawah ini pula supaya nampak lebih jelas lagi.

keratan

 Lihat pada bahagian anak panah, tepat menunjukkan pada bahagian cacat dimana terdapat sedikit lebihan yang ketara.

Kebiasaan kita bila menerima lebihan duit syiling sudah tentu tiada masa hendak membelek atau meneliti satu persatu. Bila terima duit baki terus masuk dalam kocek dan sampai dirumah masukkan dalam tabung atau digunakan semula tanpa diperhatikan terlebih dulu. Bagi duacongkak setiap note dan syiling tidak terlepas dari perhatian semata mata untuk mencari sesuatu yang boleh dibuat koleksi. Almaklumlah…kocek masih lagi kempis. Bila terjumpa terus simpan sebagai koleksi. Satu hari nanti mana tahu nilainya boleh melambung…!! Apatah lagi bila syiling ini masih baik..UNC

 

syiling 5 duit

Rupa Duit 5 duit yg cacat. (double print)

 

Mai cek, mai adik, mai abang, mai kak, mai tuk wan, mai opah, mai semua mai…. kita tanguk ramai ramai, duit 5 duit baru sampai, tahun 2008 depa canai.

Muka lawa nampak berkilat, depan belakang tak kena sagat, benda kecik tak nampak sangat, tapi cubalah depa lihat, tulisan Bank Negara Malaysia yang cacat, silap haribulan mata yang penat, nampak pembayang macam duk buat buat.

 

 

 

 Depa tenguk duit ni boleh perasan tak…kat mana yang dikatakan cacat…cuba lihat tulisan ” Bank Negara Malaysia “. Tulisannya seolah olah kembang nampak dua berlapis. Sebelum duacongkak keluarkan duit cacat rupa ni, dah ada bloger/kolektor lain yang terlebih dulu mendapatnya. Mungkin dia masih simpan atau pun sudah jual tak tau la…Nilai muka duit dia dah lupa, 5 duit jugak ka…atau nilai sekupang dua kupang dah tak ingat.

Nak kata scanner rosak, gambaq bunga raya dengan angka 5 tak double pulak. Tapi tang Tahun 2008 pun nampak kecacatannya dimana jelas kelihatan berbayang. Hehe…cuba perbesaq tenguk, betui tak.

Bekok…hang tolong habaq mai naa…duit hang hari tu nilai berapa duit….TQ

 

syiling 50 sen 1978

Jumpa Lagi….

 

Sebelum ini duacongkak muatkan dalam blog duit kertas yang ada cop, keputusan atau maklumat berkaitan cop tersebut tidak dapat terjawab kerana tiada sebarang rujukan atau maklumat yang jelas.

Kali ini duacongkak mahu tunjukkan pula duit syiling keluaran Tahun 1978. Mari kita lihat dulu.

( 50sen siri pertama: mintage 11,033,439 )

pic 1

pic 2

 Cuba lihat pada kedua dua gambar duit syiling diatas. Pic 1 bahagian muka depan dalam bulatan tertera cop yang bertulis huruf ( SP ).

Pada bahagian pic 2 pula tertera dengan nombor ( 28 ) Apakah maksud kedua duanya. Apakah dilakukan oleh orang yang digelar ” tangan gatal “ atau pun telah dicop semasa pengeluaran dari kilang cetakan…Siapa yang tahu tolong berikan ulasan.

Duacongkak betul betul musykil juga sebab cop begini dikedai motor pun ada.

 

Error dan Rare

Habuan Di Bulan Puasa

Siang hari ke pasar Ramadan, beli juadah buat berbuka, kali ini tidak ketinggalan, tunjukkan error tanpa disangka.

Beli karipap dengan donat, tenguk lopes teringin pulak, duit error ini mudah dilihat, susunan nombornya tersalah letak.

  pic 1

Mari lihat dengan teliti bahagian nombor sirinya. Kedua dua terletak ditempat yang tidak sepatutnya. Lari dari duit duit biasa….cubaambil dan bandingkan..heheMemang RARE duit ni…

Duit Gantiannn…

Salam semua dan Selamat Hari Raya.

 

Riangnya sungguh dihari Raya, hidangan istimewa terhidang dimeja, ketupat dan lemang sumuanya ada, kuih muih tunjuk tunjuk berbagai rasa, buat hidangan tetamu yang tiba, tidak kira tua ka muda, kecil besar semua merasa, setelah sebulan kita berpuasa.

Dalam keriangan dapat habuan, budak budak gembira menghulur tangan, tuan rumah menyediakan sikit habuan, didalam sampul ada lipatan, sambil tersenyum berpindah tangan, isi didalam berapa bilangan, yang pasti mereka gembira sakan.

Tidak kurang juga buat diri ini, tersenyum lebar dipagi hari, setelah selesai minum kopi, ambil beg yang penuh berisi, selak menyelak cari mencari, banyak juga note UNC, tapi semuanya dipandang sepi, sekadar buat belanja hari hari.

Opss…?

Tenguk dulu duit ini.

Pic 1

pic2

 FU yoooo….ZE UNC tu…! Tapi bilangan Prefix dah besar sangat.