Tabung BSN 1

Tabung BSN 2010

 

Tabung duit Bank Simpanan Nasional dalam bentuk kiub ini diperolehi pada tahun 2010. Isian didalamnya sudah penuh dengan syiling syiling dengan jumlah tidak pasti. Bila sesak atau kekeringan rasa rasanya termuntah juga. Hati hati waktu hendak mengangkatnya, takut terjatuh dan berderai. Duit syiling boleh kutip balik tapi wajah tabung sudah pasti berkecai…ooi, sayang.

Zaman budak budak dulu tidak pandai hendak menabung, bila sudah anak pun tidak boleh membuka akaun tabung, baru sebuk hendak menabung. Paling geram tabung RHB bank 2011, lebih cantik dan menarik, sayangnya anak kecil tiada lagi untuk dibuka akaun bagi mendapatkan tabung tersebut. Pandang saja.

Tak kesahlah…yang penting duit syiling error jangan terlepas pandang.

Apa pun simpannnnn…dulu.

Advertisements

Tabung Manggis

SALAM AIDIL ADHA

Lama juga duacongkak tidak muatkan koleksi dalam blog ini, apa pun sempena menyambut Hari Lebaran Aidil Adha pada 06/11/2011, duacongkak menyusun sepuluh jari mohon ampun dan maaf kepada sesiapa saja yang mengenali atau yang melayari blog ini, mungkin selama ini duacongkak ada terkasar bahasa, terguris rasa dalam pertuturan atau penulisan yang tidak disedari. Kesempatan ini juga duacongkak telah maafkan kepada sesiapa saja yang ingin mohon maaf pada duacongkak walau pun tanpa dengan ucapan atau sekadar terdetik dihati. 

Untuk makluman semua, duacongkak akan bercuti selama 14 hari bermula hari ini 04/11/2011 hingga 17/11/2011 untuk balik ke kampung halaman di Taiping dan juga di Kedah bagi melepaskan kerinduan kepada kedua orang tua juga adik adik  sekeluarga dan sanak saudara, tidak lupa juga untuk berjumpa dengan mertua serta ipar duai di desa. Mungkin kepulangan kali ini dapat berjumpa dengan rakan rakan lama atau yang baru bersama satu kenangan.

Berbalik dengan tajuk diatas iaitu Tabung Manggis, duacongkak sekadar mahu mengabadikan dalam blog sebagai kenangan kerana isinya sudah penuh.

Dengan senyuman dan keceriaan yang terukir pada tabung ini dapat digambarkan, betapa gembiranya setelah isi perut penuh. Bukan saja syiling didalamnya menjadi koleksi, malah tabung manggis itu sendiri adalah satu koleksi peribadi bila ianya dikeluarkan oleh AGRO BANK. Mungkin kini agak sukar untuk diperolehi kerana edisinya sudah berakhir kecuali, stoknya masih ada di Agro Bank.

Gambaran belakang tabung yang terdapat lubang pengisian syiling. Dibawahnya juga terdapat lubang dengan saiz sama dan dapat lihat kilatan syiling didalamnya.

Tabung pertama.

Apa pun simpannnnn…dulu.

Tabung Fanta

FANTA

   

Ini bukan gelas plastik atau pun bekas minuman tapi adalah sebuah tabung dari jenama Fanta.

 

Bahagian atas dengan lubang untuk pengisian duit syiling dan juga duit kertas. Dalam tabung ini kosong jer…tak masuk duit punnn.

 

Bahagian bawah tabung pula ada penutup lubang untuk dikeluarkan duit syiling dan tidak perlu dipecahkan. Ini dinamakan atas terbuka dan dibawah pula bocor. Tidak guna buat simpanan duit kerana akan tiris dan mudah susut tanpa disedari. Isi banyak mana pun tidak akan penuh.

yang penting…

Apa pun simpannnnn…dulu