cuti panjang

Mohon maaf kepada semua pembaca.

Assalamualaikum salam sejahtera kepada semua pembaca dan pelayar blog duacongkak yang setia, saya menyusun jari sepuluh mohon ampun dan maaf kerana sekian lama tidak aktif dalam blog ini. Bukan kerana menyepi disebabkan tidak mahu buat kiriman baru tapi ada sedikit masalah beberapa minggu ini.

Pada 18/03/2014

Untuk makluman semua, pada tarikh tersebut saya bercuti dan balik ke kampung halaman. Secara kebetulan beberapa hari sebelum itu PC rosak tidak berfungsi dan dipercayai disebabkan oleh modemnya. Disebabkan itulah blog saya menyepi.

Kini iaitu mulai hari ini 31/03/2014, PC sudah boleh beroperasi setelah dibaiki dan mungkin saya akan aktifkan semula blog ini untuk para pembaca dengan apa yang saya ada sebagai perkongsian maklumat tentang apa sahaja koleksi yang hendak diterbitkan. Keutamaan sudah pasti pada syiling error atau pun variety yang bakal diterbitkan nanti. 

InsyaAllah

Apa pun harap bersabar semua.

Fill Die Error

50sen 2007

Sekian banyak jenis error yang ditemui dan diperbincangkan pada setiap syiling Malaysia, amat jarang dipamirkan berkaitan siling Fill Die Error. Bukannya tidak ada malah sebelum ini pun ada beberapa keluaran pernah diterbitkan dalam blog ini.

Untuk syiling 50sen 2007 ini pun sudah sekian lama berada dalam simpanan duacongkak, cuma tidak berkesempatan untuk dimuatkan dalam blog kerana beberapa faktor yang tidak dapat dielakkan. Senang cakap bila sudah tersimpan dan bercampur aduk dengan syiling lain, maka susah untuk dicari dan dibongkar keluar.

DSC_1105a

Dua gambar diatas dan bawah adalah dari syiling yang sama , cuma bahagian bawah, tanda bulatan biru diletak bagi mempamirkan kedudukan Fill Die Error.

DSC_1105a1   

Tidak semua variety 50sen kita boleh temui jenis Fill Die seperti yang ditunjukkan dalam gambar. Hanya 50sen 2007 sahaja yang kita boleh temui jenis seperti ini.

Mungkin ada diantara pembaca atau pengunjung blog yang pernah terjumpa syiling 50sen 2005 dari jenis Fill Die Error. Untuk pengetahuan semua, bagi syiling 50sen 2005 amat berbeza Fill Dienya dari jenis 50sen 2007 yang diterbitkan ini. Dalam keluaran lain duacongkak akan terbitkan pula Fill Die 50sen 2005 untuk tatapan. 

DSC_1103a

Apa pun layannnnn dulu yang ada.

Ulang tayang DDR 09

Cantik, menarik, tertarik.

Ulang tayang tanpa banyak bicara 50sen 2009 DDR atau Double Die Reverse. Antara salah satu koleksi variety untuk tahun 2009 yang perlu ada pada setiap kolektor syiling Error  dan Variety.

ddo 09 a1

Lihat gambar pada setiap keratan untuk mengenali syiling DDR 2009.

ddo 09 a1d    ddo 09 a1c

Setiap imejnya kelihatan ketara DD nya.

ddo 09 a1b     ddo 09 a1a

pada tangkai dan debunga pun dapat lihat bentuk DD

ddo 09 a1g     ddo 09 a1f

angka 20 hanya sedikit DD berbanding 09 yang lebih jelas bentuk DD

ddo 09 a1e

angka nilai langsung tiada kesan DD 

ddo 09 a1h

huruf SEN kelihatan DD nya.

Hampir keseluruhan variety 50sen 2009 jelas bentuk DD kecuali angka 50.

Apa pun pembaca boleh cuba dapatkan siri ini untuk koleksi peribadi. Apa cara pun untuk dapatkan koleksi ini, pandai pandai sendiri sebab ramai yang tahu caranya yang pelbagai.

TQVM u all

Lebihan Daun 2012

Die Gouge/bubble?

Singkap, menyingkap dan terus ditangkap. Gambar diambil dengan sedaya upaya mencuba bagi mendapatkan gambar yang cantik untuk kepuasan hati tapi apakan daya, cuma ini sahaja yang terhasil.

Kali ini cuba untuk kongsikan dari apa yang berhasil selama membelek syiling yang ada.  

DSC_1133a1

Syiling 5sen tempaan 2012 dimana ianya adalah siri ketiga bagi Syiling Malaysia. Bahagian gambar atas menunjukkan syiling yang ditempa untuk edaran pada tahun tersebut dan gambar bahagian bawah pula adalah berkaitan dengan tajuk diatas iaitu LEBIHAN DAUN 2012

Mari kita lihat sama sama.

DSC_1132a

Gambar muka depan syiling diatas jika dilihat seperti biasa, tiada apa apa yang pelik atau tiada kecacatan yang kita nampak melainkan jika seseorang itu perihatin pada setiap bentuk dan coraknya, baru dapat perasan apa yang dikatakan  LEBIHAN DAUN itu

DSC_1132a1

Cuba lihat gambar ketiga dan tumpukan pada bulatan biru serta anak panah hijau. Inilah yang dikatakan sebagai LEBIHAN DAUN yang terdapat pada syiling 5sen keluaran 2012.

Apakah ianya sama seperti Die Gouge atau terjadi disebabkan Bubble atau juga boleh dikatakan sebagai CUD error. Jika dikatakan sebagai Die Gouge, kebiasaan yang kita temui bentuknya tidak besar dan lebih kepada bentuk ” titik “ tapi yang ini bentuknya memanjang seperti ada lebihan daun. Sekiranya dikatakan Bubble pula, kebiasaan yang kta temui pada syiling 1 sen ianya tidak kelihatan kemas. bentuk Bubble biasanya seperti lecur atau berkedut dalam bentuk bulat atau pun mengembang.

Bila keadaan ini terjadi dan ianya kelihatan lebih besar serta memanjang hampir kepada bentuk CUD Error yang selalu ditemui pada bahagian rim iaitu Rim CUD error. Selain dari apa yang kita lihat ini, sedikit pun tidak kelihatan Die Crack yang membolehkan kita istilahkan sebagai Retain Die Crack.

Wahh…banyak betul istilah yang muncul pada sekeping syiling ini yang menjadikan banyak tanda tanya. mungkin diantara pembaca sudah memilikinya dan melalui blog ini, duacongkak sekadar berkongsi dengan para pembaca semua untuk kita terus mempelajari dan mengenal setiap jenis Error yang terdapat pada sekeping syiling. Ilmu ini tidak rugi kita pelajari kerana ianya banyak istilah dari setiap rupa bentuk kecacatan yang ada, cuma kita tidak dapat mengkaji dengan mendalam sekiranya ilmu yang ada belum mencukupi. Hanya mereka yang pakar dan mengenali sahaja yang boleh menentukan dan pasti ianya cukup menarik kepada yang berminat.

bagi duacongkak

Apa pun simpannnnn…dulu

Die Clash 20sen

Penemuan kedua 

Menarik, tertarik dan nampak cantik. Begitulah perasaan yang muncul bila sesuatu kecacatan ditemui pada setiap syiling yang dipegang dan ianya muncul dalam pelbagai bentuk. Tidak dinafikan bahawa setiap syiling Malaysia atau mana mana juga syiling dari negara luar, kiranya kita temui sesuatu kecacatan pada syiling tersebut, pasti perasaan suka dan gembira tidak dapat digambarkan. Malah terasa seperti tidak sabar untuk dipamirkan bagi peluang orang lain melihatnya. Perkongsian gambar begini boleh mendorong rakan atau peminat turut mencari atau berusaha mendapatkannya. Jangan salah faham pula, hanya yang betul betul minat sahaja yang akan teruja dengan apa yang ditemui, bagi mereka yang kurang minat atau bukan penggemar pasti melecehkan malah sanggup menyatakan yang kita banyak membuang atau membazirkan masa. Biarlah…itu pendapat mereka. Selain itu mereka juga akan kata  yang hobi kita membazirkan duit. 

Kepada yang baru mencebur atau tercebur dalam hobi satu ini harap bersabar dengan keadaan sekeliling, jangan diperdulikan, sebab ianya adalah satu hobi yang berfaedah. Dengan hobi ini, kita juga akan mendapat ramai kawan pelbagai lapisan samada dari golongan biasa, orang kampong, orang bandar, orang dari negara luar juga kita dapat berkawan. Tidak kurang juga diantara kawan kita dari golongan kaya raya, berkedudukan tinggi, berpangkat besar malah ada diantara kawan atau rakan yang mempunyai gelaran anugerah kebesaran. Almaklum saja bila minat dengan duit bermakna hanya orang yang berduit sahaja yang lebih ramai menceburinya.

Tapi jangan silap, kita sebagai ” anak bilis “ pun boleh menceburinya dengan kemampuan yang kita ada. Sebagai contoh yang paling mudah dengan mencari syiling dalam edaran setiap hari, apabila kita temui sesuatu kecacatan tulin dari kilang ditempa, maka hendaklah disimpan untuk dijadikan koleksi sendiri atau bahan rujukan dimasa akan datang.

Blog ini kalau tiada mukadimah macam tidak sah. Maaf pembaca dan pengunjung semua.

in blog 2a

Dari apa yang tuan tuan dan puan puan, abang adik kakak, makcik pak cik pak long, cikgu cikgi, Dr, Ir, Datok, Dato’, Datin atau siapa sahaja yang berkunjung, cuba perhatikan keadaan syiling dibahagian muka depan ini. Kali ini duacongkak tidak menandakan bahagian yang dikatakan cacat itu tapi kita dapat lihat arca diantara tepak sirih dengan kacip pinang terdapat balikan angka ‘2 ‘ dan sedikit angka ‘ 0 ‘. Die Clash yang ketara dapat kita lihat.

in blog 2b

Seterusnya pada bahagian sebaliknya kita dapat lihat sedikit bentuk tepak sirih biar pun ianya tidak ketara dengan jelas.

in blog 2a-1a

 

DSC_0739a1-a

Gambar atas adalah gandingan gambar terbaru dan gambar bawah pula adalah gandingan gambar syiling yang juga mempunyai Die Clash dan pernah diterbitkan dalam blog ini sebelumnya. Setakat ini duacongkak telah temui dua keping syiling Die Clash yang dicetak pada tahun 2001. Sungguh pun begitu, Die Clash kedua duanya amat berbeza antara satu sama lain.

Setakat ini belum ditemui Die Clash dari tahun lainnya. Untuk makluman juga, syiling 20sen 2001 ini adalah dari variety atau corak kedua, corak pertama kita boleh bezakan pada tulisan BANK NEGARA MALAYSIA yang lebih mengembang dan bulat serta lebih mudah ditemui. Bagi siri kedua tulisannya kelihatan lebih tajam dan halus juga mudah ditemui.

Cukup kut…

Apa pun simpan dulu 

50sen 2014

Hadiah yang istimewa

Sepasang syiling 50sen keluaran 2014 yang pertama diperolehi tapi bukannya hasil baki berbelanja sebagai mana biasa duacongkak kutip dan simpan, tapi kali ini agak istimewa kerana ianya adalah pemberian dari seorang rakan Numis yang sekadar kenali dalam laman sosial Muka Buku.

Tahun 2014 sudah menjejaki bulan Mac tapi sehingga kini duacongkak belum perolehi lagi syiling keluaran 2014 samada dari nilai yang sekecil 5 sen hingga ke nilai 50sen. Dengan adanya hadiah dari rakan ini dapatlah juga dipamirkan dalam blog ini sebagai tanda terima kasih kepada beliau yang dengan ikhlas memberikan kepada duacongkak. Kalau hendak dikirakan, pasti satu hari nanti akan banyak dalam edaran dan mudah ditemui tapi bila pemberian orang tentu ianya agak istimewa. Sekali lagi diucapkan berbanyak terima kasih buat beliau.

in blog 1a

Gambar atas menunjukkan bentuk yang sudah kita kenali untuk nilai 50sen s3M 2014 dimana ianya sama bentuk atau corak dengan syiling sebelumnya bermula 2012 dan 2013.

in blog 1b

Bahagian reverse yang tertera tahun ianya dikeluarkan iaitu 2014

in blog 1d

Bahgian obverse salah satu dari syiling yang diterima siap dengan bajunya sekali. Mungkin tuan dan puan perasan dengan apa yang tertera pada muka depan syiling ini.

in blog 1c

Gambar atas dari syiling yang sama tapi diambil dua kali semata mata untuk dapatkan bentuk yang jelas bila disunting keratannya. 

in blog 1c1

Beginilah keadaan satu garisan yang dapat kita lihat pada permukaan syiling. Ciri cirinya adalah timbul dan bukan berparit. Dari apa yang duacongkak perhatikan, ianya bukan satu garit yang dibuat oleh tangan yang gatal selepas ianya dicetak tapi lebih kepada kerosakan pada acuan itu sendiri. Jenis kecacatan tidak pasti memandangkan ianya adalah kali pertama dilihat, bentuk kecacatan tidak sama dengan Die Crack atau disebabkan oleh benda asing yang terlekat pada acuan seperti apa yang pernah dilihat. 

Memang menarik sekali bentuk kecacatan yang ditemui pada syiling ini memandangkan ianya berlaku pada permukaan berjalur halus melintang. Kepada yang arif dengan proses cetakan akan dapat jawapannya bila ianya terjadi pada bahagian tersebut. Salah satu sebabnya mungkin kerana luka semasa proses pembaikan pada permukaan acuan itu sendiri.

Apa pun pemberian orang adalah satu penghormatan buat kita.

TQVM