Die Clash 20sen

Penemuan kedua 

Menarik, tertarik dan nampak cantik. Begitulah perasaan yang muncul bila sesuatu kecacatan ditemui pada setiap syiling yang dipegang dan ianya muncul dalam pelbagai bentuk. Tidak dinafikan bahawa setiap syiling Malaysia atau mana mana juga syiling dari negara luar, kiranya kita temui sesuatu kecacatan pada syiling tersebut, pasti perasaan suka dan gembira tidak dapat digambarkan. Malah terasa seperti tidak sabar untuk dipamirkan bagi peluang orang lain melihatnya. Perkongsian gambar begini boleh mendorong rakan atau peminat turut mencari atau berusaha mendapatkannya. Jangan salah faham pula, hanya yang betul betul minat sahaja yang akan teruja dengan apa yang ditemui, bagi mereka yang kurang minat atau bukan penggemar pasti melecehkan malah sanggup menyatakan yang kita banyak membuang atau membazirkan masa. Biarlah…itu pendapat mereka. Selain itu mereka juga akan kata  yang hobi kita membazirkan duit. 

Kepada yang baru mencebur atau tercebur dalam hobi satu ini harap bersabar dengan keadaan sekeliling, jangan diperdulikan, sebab ianya adalah satu hobi yang berfaedah. Dengan hobi ini, kita juga akan mendapat ramai kawan pelbagai lapisan samada dari golongan biasa, orang kampong, orang bandar, orang dari negara luar juga kita dapat berkawan. Tidak kurang juga diantara kawan kita dari golongan kaya raya, berkedudukan tinggi, berpangkat besar malah ada diantara kawan atau rakan yang mempunyai gelaran anugerah kebesaran. Almaklum saja bila minat dengan duit bermakna hanya orang yang berduit sahaja yang lebih ramai menceburinya.

Tapi jangan silap, kita sebagai ” anak bilis “ pun boleh menceburinya dengan kemampuan yang kita ada. Sebagai contoh yang paling mudah dengan mencari syiling dalam edaran setiap hari, apabila kita temui sesuatu kecacatan tulin dari kilang ditempa, maka hendaklah disimpan untuk dijadikan koleksi sendiri atau bahan rujukan dimasa akan datang.

Blog ini kalau tiada mukadimah macam tidak sah. Maaf pembaca dan pengunjung semua.

in blog 2a

Dari apa yang tuan tuan dan puan puan, abang adik kakak, makcik pak cik pak long, cikgu cikgi, Dr, Ir, Datok, Dato’, Datin atau siapa sahaja yang berkunjung, cuba perhatikan keadaan syiling dibahagian muka depan ini. Kali ini duacongkak tidak menandakan bahagian yang dikatakan cacat itu tapi kita dapat lihat arca diantara tepak sirih dengan kacip pinang terdapat balikan angka ‘2 ‘ dan sedikit angka ‘ 0 ‘. Die Clash yang ketara dapat kita lihat.

in blog 2b

Seterusnya pada bahagian sebaliknya kita dapat lihat sedikit bentuk tepak sirih biar pun ianya tidak ketara dengan jelas.

in blog 2a-1a

 

DSC_0739a1-a

Gambar atas adalah gandingan gambar terbaru dan gambar bawah pula adalah gandingan gambar syiling yang juga mempunyai Die Clash dan pernah diterbitkan dalam blog ini sebelumnya. Setakat ini duacongkak telah temui dua keping syiling Die Clash yang dicetak pada tahun 2001. Sungguh pun begitu, Die Clash kedua duanya amat berbeza antara satu sama lain.

Setakat ini belum ditemui Die Clash dari tahun lainnya. Untuk makluman juga, syiling 20sen 2001 ini adalah dari variety atau corak kedua, corak pertama kita boleh bezakan pada tulisan BANK NEGARA MALAYSIA yang lebih mengembang dan bulat serta lebih mudah ditemui. Bagi siri kedua tulisannya kelihatan lebih tajam dan halus juga mudah ditemui.

Cukup kut…

Apa pun simpan dulu 

20sen 1991

titik.dot.com.dah mai.

Syiling 20sen 1991 seperti yang dapat dilihat dalam gambar dibawah ini rasanya semua orang atau pembaca dapat melihat dimana kecacatannya. Kalau dulu duacongkak banyak keluarkan siri “gegar”  untuk syiling 20sen 1991 (MDD), kali ini ianya sikit berbeza dengan keluaran sebelumnya.

Cuba lihat dan amati pada gambar dibawah ini…dimanakah kecacatan yang dapat kita lihat.

DSC_0921a

Pada keratan gambar ini duacongkak tumpukan dalam bulatan hijau dimana pada kaki angka dua (2) kita dapat lihat lebihan metal yang lebih dikenali dengan Die Chip Error. Jenis kecacatan ini sudah biasa kita lihat dan boleh dikatakan ramai pengumpul syiling cacat sudah memilikinya. Mungkin tahunnya sahaja yang berbeza atau pun mungkin ada yang sama tahun.

DSC_0921a1

Kita tinggalkan cerita diatas sebab sudah selalu sangat dilihat malah sudah ada yang menyimpannya. Kita beralih pula dibahagian muka depan syiling 20sen 1991 ini.

Rujuk gambar dibawah dimana, duacongkak sudah tandakan dengan anak panah merah sebagai panduan. Lama dulu duacongkak sudah lihat kawan bloger mempamirkan syiling 20sen yang mempunyai ” dot ” pada buah pinang. Kalau tidak silap rencananya dikeluarkan sekitar tahun 2010 atau 2011. Bermula dari bacaan itu duacongkak sudah mula mencari namun sukar juga ditemui sehinggalah pada saat akhir tahun 2013 ianya muncul ditangan. Rugi pula kalau tidak berkongsi dengan rakan rakan, dengan itu terbitan kali ini duacongkak cuba pamirkan agar ada pembaca lainnya akan berusaha mendapatkan siri “dot” pada buah pinang untuk dijadikan koleksi.

DSC_0918a

Kepuasan hati tidak dapat dibayangkan setelah temui buah pinang “dot” ini sebab terlalu lama menantikan kehadirannya.

Kalau bahagian muka belakang kita lihat Die Chip Error tapi bahagian buah pinang kita dapat lihat Die Gouge pula. Sesuatu yang menarik yang boleh kita sama sama mempelajarinya dan dapat membezakan antara die chip dan die gouge sebab kedua duanya adalah lebihan metal yang terdapat pada syiling kita. Penerangan dan penjelasan tentang die gouge dan die chip sudah banyak dibuat dalam kiriman sebelum ini dan begitu juga dengan rakan rakan bloger lain termasuk sifu sifu kita yang telah perjelaskan pada kita. Kali ini duacongkak hanya pamirkan sahaja. 

DSC_0918a1

Gambar atas adalah keratannya sahaja tapi die gouge kabur.

Puas hati bila titik.dot.com.dah mai.

apa pun simpan dulu.

20sen 1979

** jeng jeng jeng… **

Setiap keluaran berbeza beza, boleh dikatakan setiap hari ada sahaja, duit syiling error yang boleh kita jumpa, pelbagai siri semuanya tidak sama, ada siri parlimen ada siri bunga raya, ada juga syiling siri ketiga, termasuk juga pada nilai muka, 1 sen ka…5 sen ka…10 sen ka… 20 sen ka… yang 50sen pun ada. tapi hari ini duit 20 sen pula,  Parlimen 79 siri tahunnya.

DSC_0916a

Lihat yang atas tiada yang cacat, rupa bentuknya tidaklah berkilat, mujur ianya belum berkulat, boleh juga jadikan pengubat, sebagai koleksi apa yang dapat, untuk jenerasi akan datang melihat, kenakan baju diketip ketat, muat dalam album ditutup rapat, simpan baik baik dalam kabinet.

DSC_0915a

Lihat pula pada bahagian muka depan syiling ini terutama pada bahagian anak panah merah. Pada bahagian bangunan Parlimen kita dapati lebihan metal terserlah. Kecacatan begini agak berbeza jika dibandingkan dengan Die Chips atau pun Die Gouge yang pernah dilihat atau ditemui. Kebiasaan Die Chip Error kita temui pada sisi arca atau bahagian tepi arca yang disebabkan oleh acuannya serpih atau pecah. Begitu juga dengan Die Gouge yang sering kita temui dalam bentuk bulat atau titik dan ianya timbul, tapi bagi syiling 20sen 1979 ini pula ianya berbentuk seperti empat segi tepat. Mungkin ianya dalam kalangan Die Gouge error setelah acuan tersopek disebabkan oleh benda keras hingga ianya berlubang besar. Apabila proses tempaan dibuat dengan tekanan yang kuat maka kesan kecederaan pada acuan timbul dipermukaan syiling yang ditempa.

DSC_0915a1

kepuasan apabila temui sesuatu yang baru sukar digambarkan melainkan pada orang yang bukan hobi atau minat dengan syiling dan duit cacat, pasti menganggap semua ini hanya membazir masa dan tenaga juga membazir duit sahaja.

Apa yang dipamirkan kali ini bukan yang pertama dilihat sebab sebelum ini pernah rakan lainnya dari kolektor yang sama minat syiling cacat terlebih dulu jumpa. Cuma ianya baru muncul ditangan duacongkak untuk dikongsikan dalam blog ini.

Apa pun simpan dulu.

bayangan arca 2001

Die Clash obv, rev.

Mencari sesuatu yang cacat memerlukan banyak kesabaran selain dari ketelitian, ketekunan, kerajinan, malah kita juga perlu ada sedikit ilmuan berkaitan jenis kecacatan yang kita perlukan. Berkaitan modal rasanya mungkin tidak banyak jika dibandingkan kita perolehi melalui rakan rakan numis mahu pun para penjual. Kita hanya perlu menukarkan duit besar kepada duit kecil dan apabila proses pencarian telah berjaya maka apa yang kita perolehi hanyalah nilai muka sahaja. Baki yang telah kita asingkan ditukar semula kemana mana kedai runcit, petrol pam atau dipasaraya pun boleh terima. Amat jarang bagi duacongkak kembalikan duit baki selepas proses kepihak bank sebab, nanti kita juga akan mengambil dari bank…hehe. Lain kalau kita tukarkan dibank yang bukan dalam kawasan berdekatan dengan kita.

DSC_0739a   

Cerita pasal duit cacat ini terlalu banyak yang boleh ditemui dan kiranya kita membuat pertukaran dengan jumlah yang besar. pasti kita akan temui yang terbaik tapi, ada kalanya kita tidak merasa dan inilah cabaran dan kesabaran yang perlu ada. Ada kalanya  kita boleh temui hasil dari bakian berbelanja dipasar atau membayar tol, atau dimana sahaja yang bakinya duit syiling.

DSC_0741a

Kali ini duacongkak terbitkan syiling siri tempaan tahun 2001 untuk nilai muka 20sen. Apa yang istimewa dan apakah kecacatannya. Jika dilihat dua gambar diatas sudah tentu kita tidak mengetahui apa yang cacatnya. Mari kita tengok gambar dibawah pula.

DSC_0739a1-a

Dua keping gambar yang sama telah digabungkan dan lihat petunjuk pada anak panah ungu dan juga anak panah hijau. Pada bahagian muka syiling sebelah kiri kita lihat anak panah ungu dimana ada satu garisan lurus yang melintang dibawah angka 20 bagi tanda nilai. Sebenarnya tanda lurus itu adalah kesan bayangan arca tepak sirih disebelah muka depan syiling. Bagi bayangan arca ini biasa kita temui dan mungkin tidak menjadi kesukaran tapi bila kita lihat pula dimuka depan syiling iaitu gambar sebelah kanan, pada anak panah hijau itu menunjukkan kesan bayangan arca untuk angka 20 secara terbalik.

DSC_0741a2-a

Untuk bayangan arca bagi syiling 20sen siri bunga raya amat jarang kita temui dan bagi duacongkak, ini adalah yang pertama ditemui dan agak mengejutkan kerana selama ini tidak menjangkakan pada syiling 20sen pun boleh ada jenis kecacatan die clash bahagian obverse. Biasa ditemui iaitu die clash seperti gambar sebelah kiri tadi iaitu die clash pada tepak sirih. Keistimewaan syiling ini iaitu, sekeping syiling telah berlaku die clash dikedua dua muka, dengan itu amat jarang untuk kita temuinya.

Biar pun rupanya tidak seindah waktu ianya ditempa, tapi kecacatan yang ada telah menarik minat untuk disimpan dan jadikan koleksi serta boleh dibuat panduan bagi mendapatkan siri yang lainnya.

apa pun TQVM kepada semua yang sudi melawat dan membaca blog ini.

50sen 1995

Tahun keramat 

Untuk siri 50sen tahun 1995 bagi keluaran ke dua syiling Malaysia bertemakan bunga raya adalah diantara syiling yang paling sedikit sekali ditempa. Jumlah tempaan yang dicatatkan cuma 1,650,423 keping dan ianya juga di sebutkan sebagai KEY DATE untuk siri 50sen ini.

Ramai diantara pengumpul malah duacongkak sendiri amat jarang temui syiling keluaran 1995 ini malah ianya semakin bernilai dalam numismatik selain dari nilai mukanya yang tetap dengan nilai 50sen. Hingga kini ianya masih diburu oleh pengumpul syiling Malaysia kerana dengan adanya ia maka dapatlah disempurnakan koleksi keluaran tema bunga raya yang bermula dari tahun 1989 hingga 2011 “KECUALI” untuk tahun 2006 yang sememangnya tidak dikeluarkan oleh BNM. Tanpa tahun 1995 bererti koleksi tidak akan lengkap dan untuk mendapatkannya mengambil masa yang lama melainkan keberuntungan pada pengumpul kerana temui syiling ini dipasaran atau pun dengan cara membeli dari pengumpul lain. Bererti kena keluarkan modal untuk melengkapkan koleksi berbanding jika temui dipasaran yang diperolehi dengan nilai muka sahaja.

Penemuan terbaru.

Apa yang hendak duacongkak tunjukkan dalam keluaran kali ini iaitu syiling tempaan tahun 1995 KEY DATE yang berwarna kuning keemasan seperti dalam gambar. Penemuan ini amat menarik sekali kerana ianya amat berbeza sekali dari keluaran biasa yang kita lihat. Malah dari apa yang diketahui, BNM tidak pernah menyenaraikan syiling Malaysia berwarna keemasan ini dan sudah tentu kita dapat mengagak yang ianya adalah perbuatan orang yang ada tujuan tertentu. 

DSC_0932a

Warnanya menarik lebih lebih lagi sekiranya dapat dilihat didepan mata.

DSC_0933a

Syiling warna keemasan ini bukanlah kali pertama yang duacongkak miliki kerana sebelum ini pun duacongkak sudah ada menyimpan 50sen keemasan ini dan juga syiling 20sen Parlimen.

DSC_0933a-a1

Gandingan obverse dan reverse syiling keemasan 1995 yang diambil gambarnya dalam posisi tegak dan menyendeng. Jangan tanya kenapa warna tidak sama diantara gambar atas dengan gambar bawah sebab…duacongkak tidak pandai mengendalikan teknik foto yang sebenar maka ianya jadi sedemikian sedangkan ianya adalah dari syiling yang satu.

DSC_0935a-a2

Gambar bawah adalah syiling warna keemasan siri pertama bertema Parlimen yang ditempa pada tahun 1981. Keseluruhan warna pada syiling ini adalah kuning keemasan dan apa yang kita dapat lihat ianya ada keputihan itu adalah disebabkan oleh pantulan cahaya kerana gambar diambil ketika syiling didalam folder dan bersalut plastik.

DSC_1692a-1

apa pun layan dulu.

Gegar 2012

Gegar MDD.

DSC_0269a

Gegar MDD yang kurang mendapat sambutan peminat berbanding dengan gegar DDO/DDR yang tulin.

DSC_0270a

Untuk siri 2012 pada 20 sen yang ditunjukkan ini kita dapat lihat kesan gegar pada bahagian tengah syiling ini iaitu pada corak batik. Dua gambar dipamirkan untuk dilihat sebagai mana tertera diatas tulisan ini dan dibawahnya.

DSC_0270a1

Gambar bawah adalah gandingannya.

DSC_0270a-a1

Keratan gambar yang menunjukkan kesan gegar dibahagian tengah dan tidak terjadi di bahagian lain.

DSC_0270a2

Gambaran hitam dan putih lebih jelas untuk dilihat.

DSC_0270a2a

Gandingan gambar keratan.

DSC_0270a2-a2

Walau pun kurang peminat tapi tetap disimpan memandangkan tidak semua berlaku sedemikian rupa dan ianya terjadi sewaktu proses tempaan.  

DSC_0269a-a

Apa pun layannnnn…dulu.

bayangan arca

20 sen siri baru.

Sekeping syiling 20 sen tempa 2012 yang baru ditemui, ianya kelihatan seperti ada ‘ bayangan arca ‘ pada kedua dua bahagian mukanya, selama ini puas membelek dan mencari error tapi ternyata yang paling banyak ditemui untuk syiling keluaran terbaru adalah dari jenis die chip error. 

Penemuan kali ini hendak tunjukkan pula rupa bentuk die clash error yang mana duacongkak lebih senang katakan sebagai bayangan arca.

Cuba kita lihat gambar syiling dibawah ini.

DSC_2107a

Seterusnya dibawah lagi.

DSC_2109a

Dan gambar ketiga kombinasi kedua dua gambar diatas. Dengan mata kasar mungkin ramai yang tercari cari dimana terletaknya bayangan arca yang dimaksudkan. Memang sukar untuk kita lihat melainkan dengan menggunakan kanta pembesar sebagai mana gambar yang telah diambil dibahagian bawah.

DSC_2107a-1

Gambar keempat ini adalah dari syiling yang sama diatas dan telah diambil gambarnya menggunakan peralatan khas iaitu kanta buatan China yang boleh disambung ke komputer.

draw_0201-3a2-1

Gambar sebelah kiri dan kanan adalah sama cuma sengaja dikombinasikan agar dapat lihat dengan jelas kedudukan bayangan arca tersebut.

draw_0202-3a3-1

Begitu juga pada gambar berikutnya dimana bayangan arca dapat dilihat pada garis garis hijau sebelah kanan.

draw_0202-3a4-1 

Malahan kita juga dapat lihat sedikit corak batik seperti gambar diatas.

draw_0202-3a5-1 

Muka belakangnya hanya sedikit bahagian yang tertera pada angka 20 tapi amat jelas pada bahagian corak batik dan bunga raya seperti gambar dibawah ini.

draw_0202-3a6-1 

Sedikit bentuk bunga raya dibahagian depan kelihatan pada lapisan muka belakang syiling. Ini adalah penemuan pertama duacongkak dan belum ada yang keduanya, mungkin ada diantara pengumpul diluar sana sudah miliki dan mungkin lebih ketara dan amat jelas bentuk bayangan arca daripada apa yang duacongkak miliki.

Pada sekeping syiling terjadinya bayangan arca pada obverse dan reverse, suatu yang amat menakjubkan.

Apa pun simpannnnn…dulu.

DD 2007

20sen 2007

Semakin ramai kolektor sudah miliki syiling syiling DD samada 1sen, 5sen, 10sen, 20sen dan 50sen…malah syiling $1 keris pun ada yang temui DD, tapi duacongkak masih belum dapat kesemua siri yang ada cuma bagi beberapa keping syiling seperti 5sen 2008 DDR 5sen 2009 DDO, 20sen 2008 DDR dan juga 50sen DDR. Hingga kini masih mencuba untuk dapatkan syiling DDR/DDO untuk siri siri yang belum ditemui dan pencarian masih diteruskan cuma agak perlahan kebelakangan ini. Kalau menggunakan kuasa RM mungkin semua siri duacongkak sudah boleh miliki tapi memandangkan pencarian dan usaha sendiri lebih menarik untuk disimpan makanya duacongkak tidak gunakan kuasa RM sebagai jalan mudah. Lebih lebih lagi syiling Malaysia masih mudah kita temui atau diperolehi setiap hari. Hanya nasib yang menentukan.

Bila melihat syiling 20sen 2007 sudah pasti menyangkakan ianya DDO yang dicari. Sebenarnya duacongkak belum berhasil dalam pencarian 20sen DDO yang diharapkan selama ini. Hanya dapat lihat dari koleksi rakan rakan sahaja. Setiap kali temui syiling 20sen 2007 sudah tentu harapan untuk temui DDO tapi apakan daya ianya belum mahu menyinggah. Tapi entah kenapa boleh terjumpa sekeping yang juga kelihatan ianya adalah DDO tapi bukan dari apa yang dikehendaki.

Lihat gambar keratan dibawah dimana sedikit kesan DD terdapat pada bahagian corak disebelah penjuru kanan atas. Begitu juga pada bahagian dalam bentuk bulat, cuma sedikit kesan DD dapat kita lihat.

Kesan DD yang ditemui tidak menyerlah dan hanya sedikit sahaja dibahagian tepi mulut tepak sirih.

Begitu juga jika dilihat bahagian bibir tepak sirih dibawah ini.

Hanya itu serba sedikit DDO untuk syiling 2007 yang ditemui ini dan masih mencari untuk dapatkan syiling 2007 DDO sebenar yang lebih ketara dan menarik.

Lain yang dicari lain pula yang ddapat.

Apa pun simpannnnn…dulu.

20sen 2012

Off Center

Diantara syiling Malaysia yang dikeluarkan iaitu siri pertama dan siri kedua, rata rata kita dapat kesan atau melihat pelbagai bentuk error yang ditemui. Tidak terkecuali dengan siri ketiga dimana error tetap tidak terlepas. Hanya perlu ketelitian maka akan terhasil apa yang dicari, samada ianya minor error namun tetap akan dijadikan sebagai koleksi kerana keunikannya.

Melihatkan gambar atas iaitu bahagian reverse, sepertinya tiada apa apa kecacatan tapi lihat bahagian obverse iaitu gambar dibawahnya. Terdapat anak panah yang diletakkan sebagai petunjuk. Apa maknanya? Cuba lihat bermula dari anak panah bawah pada jam antara tiga ke jam empat, selepas itu buat putaran jam hingga ke anak panah diatas iaitu pada jam satu. Lihat disisi rimnya dimana kita dapati ianya berganda dengan keadan bahagian luar lebih tinggi dari bahagian dalamnya. Keadaan begini sudah cukup untuk jadikan koleksi tapi sekiranya kurang menarik bolehlah digunakan untuk berbelanja kerana nilai mukanya tetap 20sen. Tambahan pula harga rokok kini sudah naik 20sen maka syiling ini sudah tentu amat diperlukan untuk mendapatkan sebungkus rokok. ( Pada kaki merokok sahaja dan bukannya hendak buat kempen merokok. ) Kalau beli ayam atau ikan, tokey cakap harganya RM10.20sen, ada kalanya, tokey pasar cakap sepuluh ringgit sudah cukup dan 20sen kasi diskaun maka selamatlah syiling 20sen dalam simpanan kita tapi, kalau beli rokok jangan harap untuk dapat diskaun 20sen itu.

Melalut pula duacongkak ni…

Sebenarnya syiling 20sen ini duacongkak tetap akan simpan kerana selain error pada bahagian sisi rim, ada lagi beberapa perkara yang menyebabkan ianya perlu disimpan. Bukan semua kita boleh temui begini apa lagi dalam keadaan syiling yang masih cantik dengan kilauannya kerana baru keluar bank dan diperolehi semasa berbelanja dari stesen minyak yang baru buat pertukaran dengan bank.

Cuba lihat keratan gambar diatas dan juga keratan gambar dibahagian bawah. Keratan pertama dari gambar diatas adalah bahagian sisi rim yang diperjelaskan tadi, keratan kedua pula menunjukkan imej berganjak pada hampir setiap bintik bintik juga jalur lima tersebut. Contoh paling jelas cuba lihat pada gambar keratan yang ketiga. Boleh dikatakan hampir setiap hari temui syiling 20sen siri ke tiga tapi keadaan ini cuma baru temui sekeping sahaja. Makanya sudah tentu ianya perlu disimpan dan dipamirkan untuk tatapan semua.

Lihatlah keratan gambar diatas dimana begitu jelas sekali imej berganjak yang ditunjukkan. Pada imej bunga raya (keratan gambar ketiga) pula tidak kelihatan ianya berganjak begitu juga dengan keratan gambar keempat, cuma duacongkak sengaja muatkan keratan keempat kerana mahu tunjukkan huruf BNM yang ada pada syiling tersebut.

Syiling yang satu tapi diambil gambarnya dalam posisi yang berlainan. Terima kasih kepada pengunjung yang sudi melawat blog ini dan sudi pula membacanya walau pun info tidak lengkap.

Apa pun simpannnnn…dulu.

Gegar…

Gegar 2012

Sebelum ini sudah banyak dikeluarkan siri gegar dan kali ini giliran untuk siri 20sen keluaran terbaru 2012. Sudah banyak syiling tahun 2012 discan untuk mendapatkan yang terbaik errornya dan seperti sedia maklum, untuk syiling siri terbaru ini  iaitu 20sen 2012 banyak ditemui die chip error dalam edaran. Kali ini duacongkak cuba keluarkan siri gegar untuk tatapan.

Bahagian reverse. Sekali pandang tiada apa apa kelainan.

Bawah pula bahagian obverse juga tidak nampak kecacatannya.

Gambar diambil secara dekat dan tumpu pada tulisan BANK. Disini kita dapat lihat huruf yang sedikit bertindih pada setiap huruf tersebut. Gambar ini diambil dalam keadaan tulisan bank kearah jam 7 untuk melihat kesan huruf bertindih seperti double die. Mungkin ada yang menyatakan kemungkinan pecahan cahaya lampu menyebabkan tulisan itu kelihatan bertindih.

Kita lihat pula kedudukan tulisan bank diarah jam 1, juga kelihatan huruf bertindih sebagai mana kedudukan jam 7. Pada kelopak bunga raya juga kita dapat lihat pecahannya cuma ianya tidak timbul kiranya hendak dikatakan DD. Oleh itu pada pandangan duacongkak ianya mungkin MDD.

Gambar kedua duanya digandingkan agar mudah dilihat.

Gambar bawah pula iaitu pada tulisan NEGARA dimana gambarnya diambil pada kedudukan jam 7. Pada perkataan ini sedikit pun tidak kelihatan kesan gandaan sebagai mana yang kita dapat lihat pada tulisan BANK.

Gambar bawah pula iaitu pada bahagian stigma yang juga ketara kesan gegar, begitu juga pada kelopak bunga raya.

Gambar diambil dari sudut lain pun kelihatan stigmanya berganda.

Gabungan kedua dua gambar untuk lebih jelas.

Juga digabungkan gambar syling keseluruhannya.

Dari apa yang telah kita lihat sepertinya ada kesan kedua pada bahagian tertentu duit syiling ini. Suka juga kerana dapat berkongsi pandangan dengan rakan rakan yang berminat dengan siri gegar lebih lebih lagi ianya adalah syiling tahun 2012. Setakat ini duacongkak baru bertemu satu sebagai panduan untuk mendapatkan bentuk yang sama pada syiling lainnya. Sekiranya ada dua atau tiga atau lebih lagi, sudah tentu suka untuk menyimpannya, hanya menanti ketibaan atau pertemuan saudaranya yang mungkin ada pada kolektor lain diluar sana.