Piala Thomas/Uber 2010

 

Detik 12.00 malam 11/05/2010 marilah bersama kita mengulangi lipatan sejarah dimana pada tarikh yang sama 11/05/2000, Negara kita menganjurkan Piala Thomas/Uber di Stadium Putra Bukit Jalil.

SISIPAN BERITA PIALA THOMAS 2010

Seperti semua sedia maklum, Negara kita sedang bertarung untuk merebut kejuaraan Piala Thomas/Piala Uber 2010. Kali ini Malaysia menjadi tuan rumah Kejohanan yang berprestij yang mana kali terakhir Negara kita menjadi tuan rumah pada Tahun 2000.

Berita Harian bertarikh 10/05/2010 mengeluarkan berita kejayaan pertama Malaysia setelah pihak lawan dari negara Nigeria gagal hadir atas sebab masalah penerbangan. Dengan itu Malaysia telah mendapat kemenangan percuma…

” keratan BH “

 Kegagalan pihak lawan menghadirkan diri dalam perlawanan pertama ini membuatkan skuad Malaysia diisytiharkan sebagai pemenang dengan kedudukan 5-0. Namun begitu skuad Negara akan terus memperjuangkan nasib apabila bertemu dengan skuad dari Negara Jepun pula. Semoga Skuad negara dapat memberi kemenangan kali kedua dan terus mara untuk mengulangi kejayaan pada Tahun 1992 setelah Tahun 2000 gagal.

MALAYSIA BOLEH 2010…

 

Advertisements

Keratan dari Lembaran setem

 

Sedikit maklumat Juara Piala Thomas/Piala Uber Negara

Keratan dari lembaran setem ini menerangkan keputusan Akhir Kejuaraan Piala Thomas dan Piala Uber bermula dari Tahun 1949 ianya diperkenalkan hingga ke Tahun 1998.

” Keratan Piala Thomas”

” Keratan Piala Uber “

UNTUK MAKLUMAN: Negara kita pernah merangkul Piala Thomas sebanyak 5 kali bermula dari Tahun 1949 hingga 1998. Tahun 2000 gagal lagi.

Tahun 1949 Malaya menang kalahkan Denmark ( 8 – 1 )

Tahun 1952 Malaya menang kalahkan United State ( 7 – 2 )

Tahun 1955 Malaya menang kalahkan Denmark ( 6 – 3 )

Tahun 1967 Malaysia kalahkan Indoesia ( 6 -3 )

Tahun 1992 Malaysia kalahkan Indonesia ( 3 – 2 )

Bagi piala Uber….No Komen…???? 

 

Imbau kembali BAMbee 2000

 

Setem Piala Thomas/Uber

Kita mengimbau kembali peristiwa Kejohanan Piala Thomas yang di anjurkan..Bermula dari May 11 – 21, 2000 di Stadium Putra Bukit Jalil, KL

Pos Malaysia telah mengeluarkan siri setem khas bagi memperingatinya apabila Malaysia menjadi tuan rumah pada Tahun 2000. Selain dari Pos Malaysia yang mengeluarkan Setem Kenangan, Kerajaan Malaysia juga mengeluarkan Nombor Pendaftaran kenderaan khas dengan memperkenalkan nombor Platenya BAMbee. Tentu ada yang perasan dengan nombor pendaftaran seperti ini pada kenderaan di Malaysia.

Bentuk setem yang dikeluarkan…

” setem “

 Rupa bentuk setem ini sebanyak 5 jenis kesemuanya. Setiap satu dengan nilai 30 sen.

1) Paling kiri adalah gaya pemain lelaki bagi Piala Thomas. 30 sen

2) Setem dengan arca Piala Thomas bersama bendera Negara yang bertanding. 30sen

3) Setem dengan corak Logo dan Maskot KL2000 BAMbee. 30 sen

4) Setem dengan arca Piala Uber bersama bendera Negara yang bertanding. 30 sen

5) Setem dengan gaya pemain wanita dalam Piala Uber…30 sen

Kesemua setem ini telah di matikan dengan Cop Tema yang dikeluarkan. CTO

 

Setem Piala Thomas/Uber Unused

 

Sheet atau lembaran besar bagi setem KL2000 BAMbee Piala Thomas.

 Dalam gambar dibawah hanya terdapat 5 deretan setem saja. Keseluruhan muka ada 10 deretan dan lembaran ini dilipat 2 disebabkan scan kecil. Tak muat untuk satu lembar.

” Lembaran “

Satu muka besar setem ini masih belum di potong dan dalam keadaan baik. Di hujung setem terdapat keterangan mengenai Negara yang memasuki ke peringkat akhir dan menyatakan negara mana yang menadi juara. Bermula dari Piala Thomas pertama diperkenalkan pada Tahun 1949 hinggalah Tahun 1998.

 

Lembaran Mini Piala Thomas ” Used “

 

Selain dari Setem…Pos Malaysia juga mengeluarkan Setem dalam bentuk Lembaran Mini khusus buat kejohanan Piala Thomas KL2000 BAMbee dengan nilai RM 1.

” Lembaran Mini CTO “

 Setem RM 1 dengan bentuk arca Piala Thomas. Lihat Cop yang terdapat pada setem tersebut, Cop Khas yang dikeluarkan sempena tema Pertandiangan Piala Thomas KL2000 BAMbee. Degan cop tersebut menandakan setem itu tidak boleh lagi digunaan untuk membuat sebarang kiriman Pos. Ianya telah dimatikan dan hanya semata mata untuk buat koleksi sahaja.

” Wira Negara 1992 “

Mengenang kembali kejayaan Negara membawa balik Piala Thomas yang di tunggu sekian lama. Pada Tahun 1992 wira negara yang di terajui oleh keluarga Datuk Sidek bersama rakan rakan seperjuangan telah berjaya mengembalikan Kejuaraan dan Piala yang telah terpendam dan diidam idamkan selama 25 Tahun.

Pos Malaysia tidak lupakan jasa mereka itu dan telah mengeluarkan setem kenangan sebagai mengenang jasa wira negara.

” Lembaran Mini “

 Inilah rupa bentuk setem khas yang dikeluarkan oleh Pos Malaysia bagi meraikan Wira Negara membawa balik Piala Thomas Pada Tahun 1992. Penuh girang dan bangganya mereka menjulang Piala Thomas yang sudah lama tidak kembali ke Malaysia. Apa pun hanya setem berbentuk lembaran mini dengan nilai RM 2 sahaja yang dapat di siarkan.

” Pos Kad “

 Selain daripada setem lembaran mini, Pos Malaysia juga mengeluarkan sekeping Pos Kad yang bentuknya sama. Mungkin ada diantara rakan dan pembaca blog yang sebaya atau lebih tua dan ada yang masih dibangku sekolah atau, masih kanak kanak, malah mungkin juga ada yang belum lahir ketika Negara jadi Juara.

Tujuan Duacongkak keluarkan semua ini adalah semata mata untuk mengimbau kembali kenangan lama yang mungkin sukar untuk di lihat atau di ingati. Sekali pun ada yang tahu ceritanya tapi mungkin mereka sudah lupa Tahunnya…Inilah yang membuatkan Duacongkak gemar mengumpul setem dan juga FDC/SSHP. Perkara yang sudah berlalu akan menjadi sejarah dan dapat dimanfaatkan bersama anak cucu serta pewaris.

SETEM, FDC/SSHP membuatkan kita dapat mengenali sesuatu tanpa diduga. Ada diantaranya benda benda pelik yang jarang ditemui, ada kisah Negarawan, Kebudayaan, Perayaan, lebih lebih lagi perihal Tema Negara. Selain itu yang lebih menarik adalah berkaitan dengan alam Flora dan Fauna…tumbuh tumbuhan dan haiwan.

Kepada yang baru mengenali erti setem dan mula menanam minat untuk mengumpulnya..janganlah lepaskan peluang. Setiap Tahun Pos Malaysia akan keluarkan setem kenangan berbagai bentuk dan purata sebulan hanya 1.5  kali sahaja dengan perbelanjaan tidak melebihi RM 10…murah kan…

Pada 11/05/2000 Malaysia anjur Piala Thomas/ Piala Uber

Pada 11/05/2010 sekali lagi Malaysia menjadi penganjur….