20sen KG vi

Struck Trough Greese with Struck Trough Foreing Object Error.

 

Obverse 20 cents.

Lihat pada keadaan muka syiling ini sepertinya ada sikit keraguan dimana keadaan muka syiling nampak tidak licin seperti kebiasaan yang kita lihat. Sepertinya ada ciri ciri Struck Trough Greese Error hingga menampakkan kesan kasar pada beberapa bahagian. Terutama pada bahagian muka King dimana keadaannya yang menggerutu. Apakah mungkin kerana faktor usia syiling ini boleh terjadi sedemikian…?

 

20 cents Reverse.

Pada bahagian muka belakang syiling ini pula kita dapat lihat kesan kesan terguris bagaikan berparit yang terjadi dibawah angka 20. Jika diperhatikan betul betul, tidak mungkin kesan ‘ parit ‘ itu dilakukan oleh tangan yang gatal memandangkan ianya tidak menjejaskan angka 20 tersebut. Mungkin semasa proses penempaan dilakukan terdapat benda asing yang ada pada acuan atau juga terjadi semasa proses penebukan. Kalau sudah tahu diri bukannya pakar, lebih baik jangan banyak mungkin…apa yang hendak diketahui adalah apa yang menyebabkan terjadinya sedemikian rupa. Bagi duacongkak lebih gemar memiliki jenis jenis syiling yang nampak kecacatan tidak kira samada ianya berlaku semasa proses penempaan atau pun berlaku diluar kilang. Walau pun barang ini sudah lama mengikut usia tahun yang tertera iaitu 1950 tapi sebenarnya syiling ini baru saja diperolehi dari sebuah kedai antik. Belek punya belek didapati keadaan syiling ini sepertinya Error dan tanpa membuang masa duacongkak terus mendapatkannya bersama sekeping syiling lagi yang bakal dikeluarkan nanti.

 

Keratan pada bahagian muka syiling yang berparit. Sebelum dimuatkan dalam blog, duacongkak cuba dapatkan pandangan seseorang untuk mengetahui jenis Errornya. Apa yang diberitahu ianya adalah dari jenis ” Struck Trough Foreing Object Error. ” Yang Error pada bahagian Obverse pula duacongkak sendiri yang tulis dan bukan dari pandangan beliau atau sesiapa kerana sebelum ini sudah banyak ditemui jenis Error tersebut.

 

Ini adalah hasil gabungan gambar reverse dan obverse yang sama.

Apa pun simpannnnn…dulu. TQ

 

Advertisements

COIN KG VI dan QE II

Koleksi yang tersimpan dan terperap.

Sudah lama juga syiling syiling KG VI dan QE II tersimpan, dan kali ini duacongkak sisipkan pula syiling tersebut sebagai kenangan. Kalau nak buat rukukan rasanya tidak lengkap…

 

 

Syiling keluaran tahun 1945 yang ditempa sebanyak 40,033,000. Diperbuat dari bronze dengan berat 4.21 gm saiz 20 x 20 mm.

Selain tahun 1945, siri ini juga ada dikeluarkan pada tahun 1943 sebanyak 50,000,000

Syiling ini berbeza sedikit dari keluaran tahun 1939, 1940 dan 1941. Berbeza disegi saiznya saja.

Apa pun simpannnnn…dulu.

 

Setem Lama Jerman

Setem Jerman dan Setem King George VI

 

Setem ini telah diguna pakai sekitar tahun 1929 dari Jerman dan tahun pengeluarannya tidak pasti. Sebagai mana yang tertera pada cop tersebut terdapat nama tempat iaitu CHARLUTTENBURG, satu tempat yang terletak di BERLIN. Bandar yang dibangunkan sekitar tahun 1600an.

Berikut adalah setem era King George VI.

 

Setem postage revenue yang tidak pasti Tahun pengeluarannya.

Apa pun simpannnnn…dulu.