DD 2007

20sen 2007

Semakin ramai kolektor sudah miliki syiling syiling DD samada 1sen, 5sen, 10sen, 20sen dan 50sen…malah syiling $1 keris pun ada yang temui DD, tapi duacongkak masih belum dapat kesemua siri yang ada cuma bagi beberapa keping syiling seperti 5sen 2008 DDR 5sen 2009 DDO, 20sen 2008 DDR dan juga 50sen DDR. Hingga kini masih mencuba untuk dapatkan syiling DDR/DDO untuk siri siri yang belum ditemui dan pencarian masih diteruskan cuma agak perlahan kebelakangan ini. Kalau menggunakan kuasa RM mungkin semua siri duacongkak sudah boleh miliki tapi memandangkan pencarian dan usaha sendiri lebih menarik untuk disimpan makanya duacongkak tidak gunakan kuasa RM sebagai jalan mudah. Lebih lebih lagi syiling Malaysia masih mudah kita temui atau diperolehi setiap hari. Hanya nasib yang menentukan.

Bila melihat syiling 20sen 2007 sudah pasti menyangkakan ianya DDO yang dicari. Sebenarnya duacongkak belum berhasil dalam pencarian 20sen DDO yang diharapkan selama ini. Hanya dapat lihat dari koleksi rakan rakan sahaja. Setiap kali temui syiling 20sen 2007 sudah tentu harapan untuk temui DDO tapi apakan daya ianya belum mahu menyinggah. Tapi entah kenapa boleh terjumpa sekeping yang juga kelihatan ianya adalah DDO tapi bukan dari apa yang dikehendaki.

Lihat gambar keratan dibawah dimana sedikit kesan DD terdapat pada bahagian corak disebelah penjuru kanan atas. Begitu juga pada bahagian dalam bentuk bulat, cuma sedikit kesan DD dapat kita lihat.

Kesan DD yang ditemui tidak menyerlah dan hanya sedikit sahaja dibahagian tepi mulut tepak sirih.

Begitu juga jika dilihat bahagian bibir tepak sirih dibawah ini.

Hanya itu serba sedikit DDO untuk syiling 2007 yang ditemui ini dan masih mencari untuk dapatkan syiling 2007 DDO sebenar yang lebih ketara dan menarik.

Lain yang dicari lain pula yang ddapat.

Apa pun simpannnnn…dulu.

20sen 2012

Off Center

Diantara syiling Malaysia yang dikeluarkan iaitu siri pertama dan siri kedua, rata rata kita dapat kesan atau melihat pelbagai bentuk error yang ditemui. Tidak terkecuali dengan siri ketiga dimana error tetap tidak terlepas. Hanya perlu ketelitian maka akan terhasil apa yang dicari, samada ianya minor error namun tetap akan dijadikan sebagai koleksi kerana keunikannya.

Melihatkan gambar atas iaitu bahagian reverse, sepertinya tiada apa apa kecacatan tapi lihat bahagian obverse iaitu gambar dibawahnya. Terdapat anak panah yang diletakkan sebagai petunjuk. Apa maknanya? Cuba lihat bermula dari anak panah bawah pada jam antara tiga ke jam empat, selepas itu buat putaran jam hingga ke anak panah diatas iaitu pada jam satu. Lihat disisi rimnya dimana kita dapati ianya berganda dengan keadan bahagian luar lebih tinggi dari bahagian dalamnya. Keadaan begini sudah cukup untuk jadikan koleksi tapi sekiranya kurang menarik bolehlah digunakan untuk berbelanja kerana nilai mukanya tetap 20sen. Tambahan pula harga rokok kini sudah naik 20sen maka syiling ini sudah tentu amat diperlukan untuk mendapatkan sebungkus rokok. ( Pada kaki merokok sahaja dan bukannya hendak buat kempen merokok. ) Kalau beli ayam atau ikan, tokey cakap harganya RM10.20sen, ada kalanya, tokey pasar cakap sepuluh ringgit sudah cukup dan 20sen kasi diskaun maka selamatlah syiling 20sen dalam simpanan kita tapi, kalau beli rokok jangan harap untuk dapat diskaun 20sen itu.

Melalut pula duacongkak ni…

Sebenarnya syiling 20sen ini duacongkak tetap akan simpan kerana selain error pada bahagian sisi rim, ada lagi beberapa perkara yang menyebabkan ianya perlu disimpan. Bukan semua kita boleh temui begini apa lagi dalam keadaan syiling yang masih cantik dengan kilauannya kerana baru keluar bank dan diperolehi semasa berbelanja dari stesen minyak yang baru buat pertukaran dengan bank.

Cuba lihat keratan gambar diatas dan juga keratan gambar dibahagian bawah. Keratan pertama dari gambar diatas adalah bahagian sisi rim yang diperjelaskan tadi, keratan kedua pula menunjukkan imej berganjak pada hampir setiap bintik bintik juga jalur lima tersebut. Contoh paling jelas cuba lihat pada gambar keratan yang ketiga. Boleh dikatakan hampir setiap hari temui syiling 20sen siri ke tiga tapi keadaan ini cuma baru temui sekeping sahaja. Makanya sudah tentu ianya perlu disimpan dan dipamirkan untuk tatapan semua.

Lihatlah keratan gambar diatas dimana begitu jelas sekali imej berganjak yang ditunjukkan. Pada imej bunga raya (keratan gambar ketiga) pula tidak kelihatan ianya berganjak begitu juga dengan keratan gambar keempat, cuma duacongkak sengaja muatkan keratan keempat kerana mahu tunjukkan huruf BNM yang ada pada syiling tersebut.

Syiling yang satu tapi diambil gambarnya dalam posisi yang berlainan. Terima kasih kepada pengunjung yang sudi melawat blog ini dan sudi pula membacanya walau pun info tidak lengkap.

Apa pun simpannnnn…dulu.

teritip menjalar

Tali gasing berteritip

Pada sesiapa yang pernah ke tepi pantai atau pun menjadi nelayan atau anak kepada nelayan atau tinggal berhampiran dengan perkampungan nelayan, mungkin sudah biasa melihat tali jaring yang sudah usang dan ditinggalkan. Ada diantara tali tersebut dipenuhi dengan teritip dan mereput. Bagi duacongkak dua belas tahun yang lalu pernah tinggal di perkampungan nelayan dan pernah melihatnya. Kini sudah kurang mendekati kawasan nelayan  walau pun ditempat baru ini ramai para nelayan. Ini bermakna sudah lama tidak melihat keadaan tali jaring tersebut sehinggalah temui sekeping syiling dengan tali gasing penuh dengan ‘ teritip ‘.

Lihat gambar dibawah.

Melihatkan keadaan syiling ini pun kita sudah tahu ianya nampak usang dengan keadaan bentuknya yang dimakan usia. Patutlah ianya dipenuhi teritip. Kalau tali jaring kita tahu teritip terjadi disebabkan oleh tali yang terendam lama didalam air laut tapi, untuk syiling 5sen ini tali berteritip bukan kerana direndam ke air laut sebaliknya terjadi sewaktu proses penempaan dilakukan.

Cuba lihat keadaan tali gasing pada keratan gambar dibawah ini, ianya nampak jelas sekali ‘teritip’ yang bertenggek diatas tali tersebut. Bukan sikit sikit tapi ianya terlalu banyak.

Gambar dibahagian bawah pula kelihatan lebih jelas dari syiling yang sama.

Begitu juga dengan gambar dibawah ini.

Dan dibawahnya lagi.

Akhirnya gambar yang sama digandingkan.

Macam orang jakun  memuatkan gambar yang sama. Agaknya mahu menunjuk yang dia pandai komputer… hahaha, sebenarnya masih belajar cara ambil gambar dan cara untuk gunakan photoScape dalam komputer. Nak buat macam mana, masa sekolah dulu semua benda ini belum ada, sekarang baru hendak mengenal dan mempelajarinya. Puas diajar tapi tidak pernah faham.

Yang penting kena ambil tahu dan belajar sikit sikit.

Apa pun simpannnnn…dulu.

Gegar…

Gegar 2012

Sebelum ini sudah banyak dikeluarkan siri gegar dan kali ini giliran untuk siri 20sen keluaran terbaru 2012. Sudah banyak syiling tahun 2012 discan untuk mendapatkan yang terbaik errornya dan seperti sedia maklum, untuk syiling siri terbaru ini  iaitu 20sen 2012 banyak ditemui die chip error dalam edaran. Kali ini duacongkak cuba keluarkan siri gegar untuk tatapan.

Bahagian reverse. Sekali pandang tiada apa apa kelainan.

Bawah pula bahagian obverse juga tidak nampak kecacatannya.

Gambar diambil secara dekat dan tumpu pada tulisan BANK. Disini kita dapat lihat huruf yang sedikit bertindih pada setiap huruf tersebut. Gambar ini diambil dalam keadaan tulisan bank kearah jam 7 untuk melihat kesan huruf bertindih seperti double die. Mungkin ada yang menyatakan kemungkinan pecahan cahaya lampu menyebabkan tulisan itu kelihatan bertindih.

Kita lihat pula kedudukan tulisan bank diarah jam 1, juga kelihatan huruf bertindih sebagai mana kedudukan jam 7. Pada kelopak bunga raya juga kita dapat lihat pecahannya cuma ianya tidak timbul kiranya hendak dikatakan DD. Oleh itu pada pandangan duacongkak ianya mungkin MDD.

Gambar kedua duanya digandingkan agar mudah dilihat.

Gambar bawah pula iaitu pada tulisan NEGARA dimana gambarnya diambil pada kedudukan jam 7. Pada perkataan ini sedikit pun tidak kelihatan kesan gandaan sebagai mana yang kita dapat lihat pada tulisan BANK.

Gambar bawah pula iaitu pada bahagian stigma yang juga ketara kesan gegar, begitu juga pada kelopak bunga raya.

Gambar diambil dari sudut lain pun kelihatan stigmanya berganda.

Gabungan kedua dua gambar untuk lebih jelas.

Juga digabungkan gambar syling keseluruhannya.

Dari apa yang telah kita lihat sepertinya ada kesan kedua pada bahagian tertentu duit syiling ini. Suka juga kerana dapat berkongsi pandangan dengan rakan rakan yang berminat dengan siri gegar lebih lebih lagi ianya adalah syiling tahun 2012. Setakat ini duacongkak baru bertemu satu sebagai panduan untuk mendapatkan bentuk yang sama pada syiling lainnya. Sekiranya ada dua atau tiga atau lebih lagi, sudah tentu suka untuk menyimpannya, hanya menanti ketibaan atau pertemuan saudaranya yang mungkin ada pada kolektor lain diluar sana.

5sen 1988

Tiga dalam satu

Untuk keluaran kali ini duacongkak tunjukkan sekeping syiling 5 sen yang dicetak atau ditempa pada tahun 1988. Rata rata semua tahu syiling terakhir yang ditempa untuk siri Parlimen pada tahun 1988 dan kemudiannya digantikan dengan tema bunga raya bermula dengan tahun 1989.

Boleh lihat bentuknya sebagai mana gambar dibawah ini. Keadaan masih cantik dengan bentuk coraknya nampak jelas dan terang, sekali pun gambar yang diambil agak kurang memuaskan ( cahaya kamera berlebihan). Bentuk gigi rim juga teratur dan terang.

Lihat pula bahagian reverse seperti gambar dibawah yang menunjukkan nilai muka 5 sen. Disini baru kita dapat lihat beberapa kecacatan yang ada pada syiling ini. Diantara yang paling jelas sekali adalah Die Clash, iaitu  bayangan arca bangunan Parlimen, jenis Die Clash begini mudah kita temui pada siri syiling Parlimen dan bukan hanya terdapat pada syiling 5 sen 1998 ini saja malah, kita boleh temui pada tahun lainnya juga. Selain siri 5 sen kita boleh temui juga pada setiap syiling dari 1 sen, 10sen, 20sen dan juga 50sen. Tentu menarik sekiranya diatur Die Clash ini mengikut tahun dan siap sirinya.
Selain dari yang kita dapat lihat bayangan arca, kita juga dapat lihat Die Chips yang jelas dan terang pada syiling ini. Bentuk Die Chip paling menarik dilihat kerana ianya terjadi agak luar biasa dari yang pernah ditemui sebelum ini.
Mungkin kolektor diluar sana sudah memiliki kecacatan sebegini dalam simpanannya tapi, bagi duacongkak ianya adalah yang pertama ditemui untuk siri Parlimen.

Kecacatan ketiga pula iaitu pada bahagian sisi rim iaitu gigi rim dimana, hampir keseluruhan seperti tidak kelihatan gigi gigi ditepi rim sebagai mana yang dapat dilihat pada bahagian obversenya. Kita boleh lihat keadaannya bermula dari jam 10 hingga ke arah jam 4. Licin tanpa gigi bagaikan orang tua yang sudah hilang giginya. Rasanya usia begini belum boleh dikatakan sebagai orang tua lagi tapi entah mengapa ianya boleh rongak pula. kalau orangnya cantik bersih berkulit licin, tapi bila tiada gigi sudah tentu hilang serinya. Berbeza pula dengan syiling ini yang tiada gigi, walau pun rupanya cantik berkilau, bila tiada gigi rasanya menarik pula untuk disimpan sebagai koleksi oleh kerana kecacatan yang ada.

Gambar keratan yang kita dapat lihat bentuk Die Chip yang amat ketara. Kebiasaan dilihat bentuk die chip yang halus seperti die gouge/ extra dot tapi untuk siling 5 sen ini ianya terlalu panjang dan terjadi pada keseluruhan betuk angka 5 itu dibahagian atas.

Gambar bawah boleh dilihat dengan lebih jelas lagi bentuk die chipnya. Menarikkan…!

Gandingan obverse dan reverse untuk syiling 5 sen 1988 error tiga dalam satu.

Apa pun simpannnnn…dulu.

RM1 Polymer

Jumpa dah…

Sekeping nota keluaran terbaru, 2012 ianya dilancarkan, kekalnya ia dengan warna biru, cuma coraknya ada perbezaan.

Ramai sudah orang miliki, setiap hari diguna untuk berbelanja, untuk apa diperkenalkan lagi, dari pada disimpan baik guna saja.

Bukan nak menunjuk atau bermegah, ianya disimpan kerana istimewanya, duit polymer ini baru saja menyinggah, hari rabu 7 haribulan dia menjelma.

Melihatkan gambar berkembar diatas sepertinya tiada apa apa perbezaan, dengan itu cuba lihat dibahagian bawahnya pula dimana duacongkak sudah tandakan dengan kotak dan juga anak panah sebagai panduan. Pada prefix duit polymer ini iaitu A P 1 9 5 9 8 9 9. Pada angka 9 yang terakhir kita boleh lihat ianya tidak selari dengan siri nombor lainnya.  (miss alignment). Walau pun ianya cuma sedikit saja lari dari jajaran tapi sudah cukup untuk dijadikan koleksi ralat.

Gambar keratan agar kelihatan lebih jelas dan terang…

Apa cerita lagi dibahagian bawah sekali tu…sebenarnya tiada keistimewaan pada bahagian tersebut dan ianya hanyalah sekadar suka suka sebagai penambahan. Sekiranya pembaca pernah terbaca keluaran yang lepas lepas berkaitan duit kertas RM 50 keluaran Merdeka, sudah tentu memahaminya. Selain miss alignment yang ditemui pada prefix, terdapat kiraan angka satu persatu yang berakhir dengan jumlah 50. Setidak tidaknya dapat juga digandingkan dengan koleksi yang sudah ada sebelum ini.

Cuba lihat dan buat kiraan sebagai mana dalam gambar keratan dimana angka 1 + 9 + 5 + 9 + 8 + 9 + 9 dan jumlahnya adalah 50. Pada kiraan ini tidak berapa penting tapi yang paling utama adalah pada angka yang menegak dimana angka 9 lari dari tempat asalnya yang menjadikan ianya menarik untuk dijadikan koleksi.

Apa pun simpannnnn…dulu

50sen 2008

Ada sekeping syiling 50sen,

tahun 2008 ianya ditempa,

tinggalkan dia duduk berasing,

kerana baru saja terjumpa.

Mai tengok ramai ramai, duit syiling sudah sampai, bibir rimnya sudah bersepai, bukan dibuat atau dicanai, bukan juga dari tangan yang gatai, apa lagi kena tibai, mahu tahu sebenarnya kena tanya otai.

Bila dilihat pada bahagian muka depan syiling tiada apa apa kesan sebagai mana yang diperkatakan.

Lihat pula bahagian nilainya kelihatan keadaan bibir syiling bahagian atas tulisan NEGARA seperti Rim Clipped error. Ops, kita zoom bahagian tersebut melalui gambar seterusnya.

Gambar seterusnya syiling ini diletakkan diatas ” merton kuku kambing ” atau hammer dan paling senang sekali tukul besi seperti yang diperkatakan orang.

Mungkin gambar ini juga kurang jelas untuk melihat bahagian kecacatan yang ada pada bibir syiling. Apa yang jelas iaitu tukul besi bersaiz kecil yang lebih menyerlah.

Kita lihat saja gambar syiling dari sudut sisi seperti tertera dibawah ini. Sepertinya kita dapati keadaan bibir syiling seolah olah disagat dengan menggunakan pengasah besi. Sekiranya ia dilakukan oleh tangan yang gatal mengapa pula diambil atau disimpan sebagai koleksi? Sebenarnya bagi mereka yang arif tentang cara cara mencetak metal sudah pasti memahami apa yang terjadi pada syiling ini. Dari pandangan duacongkak sendiri yang belum pernah kerja dimana mana tempat mencetak atau tiada sebarang ilmu cetakan, dapat mengagak ianya terjadi sewaktu syiling ini ditempa dan bukannya disagat atau digesel pada benda keras selepas ditempa.

Kita lihat saja keratan gambar dibawah ini dimana bahagian yang dikatakan itu agak jelas. Cuba perhatikan pada perkataan NEGARA dimana huruf ‘ E ‘ dan huruf ‘ G ‘ berada pada bahagian geseran. Sekiranya kecacatan ini berlaku selepas ianya ditempa, sudah pasti sebahagian dari kedua dua huruf tersebut turut hilang kerana dimakan pengasah.

Apakah ianya dinamakan ” Lamination Error ? “

(duacongkak bukan pakar cuma suka berkongsi dengan rakan rakan. Ilmu belum sampai ketahap penyelidik.)

Gambar dibawah iaitu bahagian muka hadapan syiling dibibir rimnya juga ada kesan seperti terhiris halus atau pun tersepit.

Gambar paling bawah diambil beberapa sudut untuk melihat keadaan bibir syiling yang ditarah.

Memang menarik dan boleh dibincangkan bersama memandangkan error begini amat jarang kita temui.

Apa pun simpannnnn…dulu.