Bergenang si air mata

Cubit peha kanan, Peha kiri pun terasa

Satu perumpamaan dalam bahasa Melayu yang sering kita dengari tapi apa kena mengena dengan cerita dalam blog yang berkaitan dengan koleksi pula. Apakah disebabkan Cubit peha kanan, Peha kiri pun terasa menyebabkan Bergenang si air mata?

Pelik betul bunyinya tapi apa pun layan dulu gambar yang hendak dimuatkan dalam blog ini.

Sekeping syiling yang ditempa pada tahun 1992, kebiasaan yang kita temui Die Chip Error seperti ini hanya pada syiling tahun 1997, banyak terdapat Die Chips Error pada tahun tersebut di beberapa bahagian seperti pada kedua dua angka 9, pada angka 5 dan ada pada angka O, bentuknya juga berbeza beza antara satu syiling dengan satu syiling yang lain. Setakat ini belum pernah jumpa atau lihat mana mana kolektor mempamirkan syiling 50 sen 1997 yang memiliki Die Chip Error pada semua bahagian dalam sekeping syiling. Kebiasaan hanya tunggal atau dua iaitu pada angka 5 dan angka O untuk 50 sen.

Untuk siri 1992 ini pernah duacongkak keluarkan dalam blog dengan tajuk yang sama diatas malah, bentuk Die Chipnya pun hampir sama dengan tahun 1997. Apa yang istimewa sangat hingga dikeluarkan lagi syiling ini?

Jom tenguk…

Inilah yang dikatakan Cubit peha kanan, Peha kiri pun terasa bila kita dapat lihat Die Chip pada ekor wau. Kalau Die Chip bahagian muka depan syiling sememangnya amat jarang ditemui sebagai mana yang kita dapat lihat dalam gambar ini. Kebiasaan yang kita temui Die Chip untuk syiling 50 sen 1992 dan 1997 hanya dibahagian muka belakangnya saja sebagai mana gambar pertama dan beberapa siri yang pernah diterbitkan sebelum ini. Oleh itu bagi syiling ini agak istimewa kerana kesedihan yang dirasai dibahagian reverse turut dirasai bahagian obversenya.

Bahagian keratan yang sudah digabungkan untuk memudahkan lagi dibuat perbandingan. Lihat Die Chips Error pada bahagian yang dibulatkan.

Apa pun simpannnnn…dulu.

Advertisements

Adakah ini Varieti

50 sen 2002

Semakin hari semakin menarik untuk diketengahkan jenis jenis syiling yang terdapat dalam koleksi, cuma masa dan keadaan yang tidak mengizinkan. Apa yang hendak di muatkan dalam blog yang sudah lama tidak diperdulikan, Mungkin sesetengah orang apa yang hendak di tunjukkan ini sudah ramai yang memilikinya. Apa tah lagi dalam blog saudara depankanta pun sudah diterbitkan untuk tatapan pengunjung. Apa pun dapat juga kita berkongsi info sekali pun blog depankanta dan juga kolektor lain ada mengeluarkannya.

Kita layan dulu…

” gambar pertama ” Maaf…gambar kurang cantik ( baru baik demam )

” Gambar kedua “

Kedua dua gambar yang dimuatkan ini tidak ada apa apa yang menarik dan cuba kita lihat bahagian belakangnya pula.

Syiling siri bunga raya yang ditempa pada tahun 2002, apa yang istimewanya yang ada pada syiling ini, mungkin bagi yang bukan peminat coin rasanya tiada apa apa yang menarik melainkan dapat kumpul dan cukup RM 10 boleh buat belanja. Tapi bagi yang berminat dengan syiling ini mungkin menjadi satu koleksi dimana bagi siri tahun 2002 ini ditemui dua varieti yang berbeza.  Sebagai mana gambar diatas, syiling ini paling mudah ditemui dipasaran masa kini cuma untuk mendapatkan yang betul betul cantik agak sukar kerana banyak yang sudah di telan usia.

Gambar ini pula adalah bagi syiling yang di tempa pada tahun yang sama iaitu 2002, jika diteliti kita dapati terdapat banyak perbezaan antara syiling pertama dengan yang kedua ini. Mungkin ada diantara kolektor menyangkakan syiling kedua adalah sejenis error, tapi bagi duacongkak sendiri merasakan ini adalah dua varieti yang berbeza dimana untuk syiling pertama cetakannya nampak halus dan bagi yang kedua pula cetakannya kelihatan kasar.

Gambar ini bagi memudahkan untuk kita lihat perbezaannya.

Gambar keratan yang lebih jelas untuk dilihat. Berpandukan pada kedua dua gambar ini terdapat anak panah ungu sebagai petunjuknya, pertama sekali lihat pada dua anak panah disisi tulisan SEN. Nampak berbeza pada kedudukan tulisan SEN tersebut dimana untuk gambar kiri kelihatan SEN kedalam dan bagi gambaran kedua pula tulisan SEN nya melebar keluar.

Seterusnya kita lihat pada bahagian anak panah yang menunjukkan angka “0”, pada gambar kiri angka ‘o’ adalah kecil dan tajam sedangkan gambar kanan pula angka ‘O’ lebih melebar dan mendatar.

Bagi anak panah tengah menunjukkan bentuk daun yang berbeza diantara kedua duanya. Diantara dua syiling ini duacongkak dapati untuk contoh syiling kedua amat sukar ditemui berbanding dengan contoh gambar pertama. Berkemungkinan keluaran varieti kedua agak sedikit edarannya, maka dengan itu kita dapati sukar juga untuk temui varieti kedua ini. Sehingga tulisan ini di tulis rasanya baru ada sekeping dalam simpanan sedangkan jumlah edaran yang direkodkan sebanyak 61,928,000

Apa pun simpannnnn…dulu

Baru baik sakit

Denah di kaki

Beberapa minggu yang lalu duacongkak menghidapi penyakit misteri dimana pada bahagian kaki menjadi merah dan panas. Dalam tempuh dua hari penyakit tersebut melarat hingga hampir sekeliling pergelangan kaki. Akibat dari sakit yang dihidapi menyebabkan badan menjadi lemah dan luaran badan menjadi panas sedangkan bahagian dalaman terasa sejuk gigil.

Oleh kerana tidak tahan dengan demam,, duacongkak tunjukkan pada rakan sekerja dan mereka menyatakan penyakit ini adalah disebabkan oleh DENAH. Apa itu DENAH…?

Lihat gambar dibawah.

 

Sebenarnya keadaan ini terjadi untuk kali yang kedua dalam hidup duacongkak. Kali pertama terkena pada bahagian ” BETIS KERING ” iaitu bahagian atas pergelangan kaki. Pengalaman pertama keadaannya sama dimana akibat dari DENAH tubuh duacongkak panas dan demam. Sebelum buat rawatan di klinik, seorang kenalan datang dan lihat keadaan tempat yang merah dan segera dia katakan bahawa penyakit ini adalah DENAH dan ubatnya kena buat cara tradisional. Petang itu juga dia membawa duacongkak berjumpa dengan seorang dukun untuk mengubati DENAH tersebut.

Cara ubatnya iaitu dengan jampi serapah pada tiga helai sirih pinang kemudian dikunyah dan sembur pada tempat terkena DENAH itu dengan tiga kali secara berasingan. Dua hari kemudiannya demam terus baik dan seminggu kemudian penyakit DENAH pun baik dengan keadaan merah pada betis kering sudah hilang.

Apa bila terkena kali kedua duacongkak sudah tahu apa penyakitnya dan biar dua hari baru pergi jumpa dukun yang sama untuk diubati. Akibat dari melengahkan waktu berubat maka duacongkak terpaksa menahan sakit demam serta bengkak kaki dengan panas yang tidak terperi dirasai. DENAH juga sudah merebak dengan mengelilingi bahagian kaki sebagaimana dalam gambar yang ditunjukkan.

Ada juga yang menyatakan kaki duacongkak terkena KAYAP, apa yang difahami KAYAP adalah sejenis penyakit kulit yang sering terjadi pada pinggang atau pun leher atau dikenali juga dengan KAYAP ULAR dimana sekiranya KAYAP itu merebak dan mengelilingi pinggang atau leher pesakit, maka ianya boleh menyebabkan kematian.  Wallahuaklam. KAYAP sangat gatal dan akan mengeluarkan air bisa sebagaimana KURAP. Oleh itu DENAH amat berbeza dengan KAYAP ULAR atau pun KURAP kerana sesiapa yang terkena dia akan demam dan bahagian sakit terasa panas bila dipegang atau sentuh. Tiada rasa gatal atau pun air bisa.

Dari mana datangnya DENAH?

Sukar untuk dijawab sekiranya dipersoalkan dengan soalan tersebut tapi, dari apa yang duacongkak tahu atau ingat iaitu pada satu malam ketika membuat rondaan di sebuah kampung telah memasuki kawasan kebun kelapa sawit dimana tempat yang tidak pernah dimasuki sebelum ini. Bukan niat mahu mencuri buah sawit sebab harga sekarang cukup mahal, tapi mengikut tuan kebun yang mahu melawat kebunnya takut buah sawit dicuri orang. Mungkin disebabkan tempat tersebut tidak biasa dilawati dan kebetulan duacongkak ada menyusur parit sempadan kebun, kita sama sekali tidak tahu mungkin ada penempatan orang halus maka tersepak atau pun terlanggar dan akibatnya maka terkenalah DENAH pada keesukan malamnya.

Peringatan: Barang siapa yang terkena penyakit ini, jangan sekali kali diurut lebih lebih lagi menggunakan minyak kerana menurut kata orang yang lebih tahu, ianya adalah pantang paling besar dan selepas terkena minyak, penyakit ini amat sukar diubati. Disegi saintifik pula penyakit ini tidaklah duacongkak tahu sebab tidak pernah pergi hospital atau klinik untuk rawatan biar pun sudah dua kali terkena.

Kini sewaktu tulisan ini dibuat, penyakit pada bahagian kaki sudah pergi dan pulih sebagai mana biasa, Alhamdulillah… Serik nak masuk hutan lagi setelah dua kali terkena DENAH tapi apakan daya, entah bila masanya akan menyelinap lagi kedalam hutan.

Apa pun tiap penyakit ada ubatnya…