Tambahan Setem Kelasik

 

Keluaran ini sebagai penutup bulan April 2010, menjelang Bulan Mei Duacogkak akan keluarkan edisi lain khusus buat peminat setem, atau duit atau mereka yang sudi melawat blog ini dan juga kepada mereka yang baru hendak menanam minat yang sama atau apa saja koleksi yang diceburi. Bolehlah kita berkongsi maklumat kerana Duacongkak sendiri pun tidak berapa arif dan hanya sekadar suka suka mengumpul sahaja. 

   contoh 1

   contoh 2

 Kedua dua contoh setem diatas adalah keluaran Tahun 1960an di mana Duacongkak sendiri tidak berapa pasti bilakah tarikh sebenar ianya dikeluarkan. Apa yang penting adalah supaya dapat kita sama sama melihat koleksi lama Setem Indonesia ini. Temanya adalah binatang liar yang terdapat di dalam hutan yang hampir sama dengan yang ada di Negara Malaysia. Hanya berbeza pada nama yang digunakan.

Contoh pertama memaparkan dua bentuk setem dengan nilai 5 sen dan 10 sen. Binatang yang diperkenalkan iaitu ” KANTJIL “ ( mungkin ejaan lama Indonesia atau hingga kini masih gunakan ejaan yang sama, tidak pasti ) Dikenali juga dengan ” KANCIL “ bagi kita di Malaysia.

Bagi siri setem dengan nilai 30 sen ini pula menggambarkan seekor binatang yang dipanggil ” LINGSANG ‘ di Indonesia atau ” Mmerang dialek orang Utara Malaysia. Bagi nama yang sebenar agak mushkil sikit…Memerang…kut..! Ada sesiapa yang boleh betulkan..? ( Nampak sangat malas nak semak buku ni…hehe…)

Siri 35 sen adalah ” TENGGILING “ bagi tempat kita dan ” TRENGGILING “ bagi Negara Indonesia. Beruntung juga dengan adanya setem begini dimana sekurang kurangnya kita mengenali nama nama yang tidak pernah kita dengar. Mungkin ada diantara kita memanggil atau mengenali dengan nama lain juga.

Siri 50 sen pula di Indonesia menyebut ” BANJENG “ dan di Malaysia dari apa yang Duacongkak perhatikan berkemungkinan besar ” SELADANG “.

Bagi siri 75 sen  menggambarkan seekor ” BADAK “ dengan panggilan nama yang sama kita gunakan. Siri ini hanya terdapat satu jenis dalam simpanan.

Anda puas hati….!!!

Tamatlah edisi untuk Bulan April. Sampai kita jumpa pula pada Bulan Mei nanti…InsyaAllah…Assalamualaikum…TQDC

 

Setem berkembar

Berikut adalah siri setem berkembar yang agak menarik juga disimpan.

Kedua duanya dikeluarkan pada Tahun 1998

twin stamps 1

 Mari kita tenguk pula siri ini.

twin stamps 2

 Kedua dua setem ini tidak pasti siapa yang keluar dulu…

Batu Permata

Tiga bentuk setem berkembar yang bertemakan Batu Permata dikeluarkan pada Tahun 1999 sempena menanti kedatangan Tahun Millinium ” Indonesia 2000 “

th 1999

   th 1999

   th 1999

Setem ini nampak cantik kerana terdapat bahagian kaki. Ianya dikeluarkan dengan nilai RP 500, 1000. dan 2000Rupiah, untuk makluman juga ketiga tiga setem diatas bukannya Lembaran Mini.

seni Tari ’97

Pelbagai Senitari yang memperkenalkan beberapa Daerah Kepulauan Indonesia ini diterbitkan pada Tahun 1997.

   tari ’97

tari ’97

 Nama nama senitari bagi setiap muka setem:-

 RP 150, mempamirkan TARI MAPOPUTI CENGKE >> SULAWESI TENGAH

RP 300, TARI MANDAU TALAWANG NYAI BALAU >> KALIMANTAN TENGAH

RP 600, TARI GAMBYONG >> JAWA TENGAH

DIIKUTI >> RP 700, TARI CAWAN >> SUMATERA UTARA

RP 1000, TARI LEGONG KERATONG >> BALI.

 

setem kebudayaan

Setiap Negara tidak sah sekiranya tiada mengeluarkan setem Kebudayaan. Indonesia turut mengeluarkan setem Kebudayaan dan duacongkak ada miliki beberapa siri setem Kebudayaan untuk di sisipkan kedalam blog ini…

pertama

kedua

Setem Kebudayaan ini dikeluarkan dengan tema Sendratari Ramayana / Ramayana Ballet. Tahun dikeluarkan duacongkak tidak pasti…(sekitar 60an) harap maaf