Lebihan tali

5sen 2004

Tanam pinang rapat rapat, agar puyuh tak dapat lari, ku tenang tenang tak dapat dapat, rupanya datang menyerah diri.

Sirih pinang dicalit kapur,  digobek dulu biar senang dimakan, dapat satu begini jangan dicampur, berikan folder untuk mudah simpan.

DSC_1679 b1 S_trough 5sen

Sirih dikunyah ludahnya bertempat, kelak nanti bertempek merata, syiling 5sen tahun 2004, pemberian rakan FB tanpa diminta.

DSC_1677 a1 S_trough 5sen

Makan sirih sambil berbual, kepala berdengung bagi yang tak biasa, error jenis ini apa nak ditabal, tali gasingnya ada tersisa.

Diantara jenis kecacatan pada syiling Malaysia yang jarang ditemui dan buat kali pertama duacongkak perolehi melalui seorang rakan muka buku. Orang yang sama menghulurkan syiling 1sen 1976 yang diterbitkan sebelum ini. Dalam pemerhatian jenis kecacatan ini bukan disebabkan oleh bendasing atau istilah yang boleh diletakkan sebagai STRUCK THROUGH kerana keadaan kecacatannya timbul separuh dari bentuk tali gasing. Kebiasaan kita lihat Struck Through bentuknya berparit setelah bendasing terlekat pada acuan. Tapi yang ini bentuknya timbul menandakan kecacatan terjadi pada acuan yang sudah rosak disebabkan oleh bendasing hingga ianya bergarit.

DSC_1677 a2 S_trough 5sen

Lihat pada keratan gambar yang menunjukkan bentuk separuh kecacatan yang timbul serta beruas seperti tali gasing. Bagi duacongkak lebih kepada mengumpul dan amat jarang buat kajian punca mengapa ianya terjadi kerana istilah kecacatan pada setiap syiling terlalu banyak hingga sukar untuk disimpan dalam memori kepala. 

Sekiranya kesan yang timbul itu kecil atau berbentuk titik maka mudah difahami iaitu dalam golongan Die Gouge Error, tapi bila sudah panjang menjalar, walau pun ianya seperti Die Gouge Error tapi, pasti ada satu nama khas untuk kecacatan seperti ini.

DSC_1677 a3 S_trough 5sen

Kepakaran dalam bidang ilmu numismatik rasanya boleh sakit jiwa untuk dipelajari terutama bagi duacongkak yang sudah agak tumpul untuk menerimanya. Apa yang ditulis dan apa yang dikongsikan hanyalah untuk rakan rakan lain yang masih tajam penerimaan serta ingatan dan boleh menjadi rujukan bagi mendapatkan kecacatan dari jenis yang sama.

DSC_1675 c1 S_trough 5sen

Kebiasaan, sekiranya orang memberi sesuatu hadiah (syiling error) kepada seseorang, sudah pasti orang tersebut ada lebih dalam simpanan. Dengan itu duacongkak dapat bayangkan bahawa jenis kecacatan ini bukan cuma satu tapi pasti ada adik beradiknya. Cuma diantara tempoh masa pencarian duacongkak selama ini, belum pernah temui kecacatan seperti ini. 

Sekali lagi duacongkak mengucapkan jutaan terima kasih kepada saudara BOY NEO yang sudi menghadiahkan dan dapat dikongsikan dalam blog duacongkak untuk tatapan para pembaca/pengunjung.

Apa pun simpannnnn…dulu.

Advertisements

Lebihan Daun 2012

Die Gouge/bubble?

Singkap, menyingkap dan terus ditangkap. Gambar diambil dengan sedaya upaya mencuba bagi mendapatkan gambar yang cantik untuk kepuasan hati tapi apakan daya, cuma ini sahaja yang terhasil.

Kali ini cuba untuk kongsikan dari apa yang berhasil selama membelek syiling yang ada.  

DSC_1133a1

Syiling 5sen tempaan 2012 dimana ianya adalah siri ketiga bagi Syiling Malaysia. Bahagian gambar atas menunjukkan syiling yang ditempa untuk edaran pada tahun tersebut dan gambar bahagian bawah pula adalah berkaitan dengan tajuk diatas iaitu LEBIHAN DAUN 2012

Mari kita lihat sama sama.

DSC_1132a

Gambar muka depan syiling diatas jika dilihat seperti biasa, tiada apa apa yang pelik atau tiada kecacatan yang kita nampak melainkan jika seseorang itu perihatin pada setiap bentuk dan coraknya, baru dapat perasan apa yang dikatakan  LEBIHAN DAUN itu

DSC_1132a1

Cuba lihat gambar ketiga dan tumpukan pada bulatan biru serta anak panah hijau. Inilah yang dikatakan sebagai LEBIHAN DAUN yang terdapat pada syiling 5sen keluaran 2012.

Apakah ianya sama seperti Die Gouge atau terjadi disebabkan Bubble atau juga boleh dikatakan sebagai CUD error. Jika dikatakan sebagai Die Gouge, kebiasaan yang kita temui bentuknya tidak besar dan lebih kepada bentuk ” titik “ tapi yang ini bentuknya memanjang seperti ada lebihan daun. Sekiranya dikatakan Bubble pula, kebiasaan yang kta temui pada syiling 1 sen ianya tidak kelihatan kemas. bentuk Bubble biasanya seperti lecur atau berkedut dalam bentuk bulat atau pun mengembang.

Bila keadaan ini terjadi dan ianya kelihatan lebih besar serta memanjang hampir kepada bentuk CUD Error yang selalu ditemui pada bahagian rim iaitu Rim CUD error. Selain dari apa yang kita lihat ini, sedikit pun tidak kelihatan Die Crack yang membolehkan kita istilahkan sebagai Retain Die Crack.

Wahh…banyak betul istilah yang muncul pada sekeping syiling ini yang menjadikan banyak tanda tanya. mungkin diantara pembaca sudah memilikinya dan melalui blog ini, duacongkak sekadar berkongsi dengan para pembaca semua untuk kita terus mempelajari dan mengenal setiap jenis Error yang terdapat pada sekeping syiling. Ilmu ini tidak rugi kita pelajari kerana ianya banyak istilah dari setiap rupa bentuk kecacatan yang ada, cuma kita tidak dapat mengkaji dengan mendalam sekiranya ilmu yang ada belum mencukupi. Hanya mereka yang pakar dan mengenali sahaja yang boleh menentukan dan pasti ianya cukup menarik kepada yang berminat.

bagi duacongkak

Apa pun simpannnnn…dulu

5sen 2007 dot selari

Penemuan terbaru dalam koleksi duacongkak

Apa yang baru…? 5sen 2007 dan 5sen 2008..?

Ramai yang tahu syiling 5sen 2007 dan 2008 banyak dipasaran dan kini masih diguna pakai walau pun siri baru sudah dikeluarkan pada 2012. Melalui blog ini duacongkak ingin tunjukkan penemuan terbaru yang selama ini tidak pernah dilihat atau dipegang. Mungkin ada diantara kolektor lainnya sudah ada atau sudah miliki syiling 5sen 2007 yang hendak ditunjukkan ini, cuma tidak diketengahkan atau duacongkak sendiri tidak perasan ada kolektor lain sudah temuinya.

DSC_0801a1

Pada bahagian gambar diatas ini dua keping syiling 5sen 2007 dan 2008, pada syiling 2007 terdapat dua tanda hijau iaitu bulat dan kotak. Pada bahagian tanda ‘ kotak ‘ (empat segi tepat) kelihatan Die Crack Error. Pertemuan itu bukanlah yang hendak diperkatakan atau diketengahkan tapi pada tanda ‘ bulatan hijau ‘ yang hendak dikongsi bersama. Dalam bulatan itu kita dapat lihat Die Ckip atau Die Gouge yang belum pernah ditemui atau dilihat berbanding dengan Die Gouge 5sen 2008 yang terjadi pada bahagian Obverse. Bentuk Die Gouge ini hampir sama dengan Die Gouge 2008 obverse yang pernah ditebitkan dalam blog ini.

DSC_0802a1

Gambar lain dari syiling yang sama cuma berbeza, ianya tidak bertindih.

DSC_0803a

Kita lihat bahagian Obverse bagi kedua dua siri syiling 5sen 2007 dan 2008. Disinilah yang amat menarik sekali penemuan terbaru yang tidak dijangka. Bagi tahun 2007 adalah buat kali pertama ianya ditemui dan kedudukan dan bentuk Die Gouge adalah sama dengan keluaran 5sen 2008.

Apa yang istimewanya?

DSC_0802a2

Kita boleh lihat kedudukan Die Gouge bahagian reverse syiling 5sen 2007 melalui keratan gambar diatas. Letaknya diantara angka 5 untuk nilai dan 0 untuk tahunnya. Setelah itu cuba dibalikkan kedudukan Die Gouge Obverse seperti gambar keratan yang ketiga. Jika diteliti ianya hampir atau pun sama tempatnya dikedua dua bahagian muka syiling.

DSC_0802a3

Berbeza dengan syiling 5sen 2008 yang hanya dibahagian Obverse sahaja ditemui Die Gouge.

DSC_0803a1

Keratan gambar Die Gouge yang selari dengan bahagian reverse.

DSC_0802a2-b1

Setakat ini duacongkak belum dapat rujuk dari mana mana blog atau rakan untuk dibandingkan kerana ianya adalah penemuan pertama. Sekiranya terdapat penemuan yang sama dimasa akan datang dengan bentuk Die Gouge sama seperti ditemui ini maka, bolehlah ianya diletakkan dalam senarai Die Gouge yang terjadi akibat dari Die yang berlubang semasa proses penempaan.

Die Gouge selari ini yang pernah ditemui lebih dari satu terkini hanyalah siri syiling 5sen 2009 dan pernah duacongkak terbitkan dalam blog ini. Sekiranya ditemui lagi untuk yang keduanya bagi syiling 5sen 2007, bermakna ianya tentu banyak diedaran cuma tidak perasan atau belum ditemui lagi

Semoga rakan rakan blog, peminat duit error, pembaca semua dapat berkongsi pandangan dengan apa yang ditemui ini kerana ianya kali pertama dilihat oleh duacongkak berbanding Die Gouge 2005, 2008, 2009.

apa pun untuk makluman pembaca semua, selepas ini duacongkak tidak dapat berkongsi info dalam tempoh dua minggu kerana urusan kerja. Selepas dua minggu iaitu dibulan November nanti InsyaAllah…akan diterbitkan siri lain pula.

tqvm

gegar 76

PUCUK DICITA ULAM MENDATANG

kalau sudah rezeki namanya, dengan pertukaran sebanyak RM35 ringgit boleh dapat siri DDR 76, sebelum ini beratus ringgit pun sukar ditemui DDR sebegini.

Tidak terlintas dalam fikiran boleh terjumpa DDR 1976 oleh sebab tempoh masa yang terlalu lama dan tidak mungkin ianya boleh ditemui lagi melainkan bagi siri DDR 2008 atau pun DDO 2009. Sambil membelek satu persatu tumpuan diberi pada siri 2008 dan 2009 yang juga sukar ditemui lagi, tanpa diduga 1976 yang muncul.

Pucuk dicita ulam mendatang.

DSC_0562a

Melihat pada keadaan duit syiling ini sudah tidak berseri lagi, namun sebagai contoh dan panduan untuk jenerasi akan datang lebih baik ada dari tiada, sekurang kurangnya dapat lihat bagai mana bentuk yang dikatakan DDR 1976

DSC_0561a

Gambar atas adalah bahagian riverse 1976 yang berlaku cetakan berganda. Kita dapat lihat dengan jelas pada tulisan MALAYSIA begitu juga pada bahagian kepala angka ‘ 5 ‘ untuk nilai muka syiling ini. Seterusnya kesan gandaan juga dapat kita lihat pada cetakan tahun iaitu 1976.

Memang menarik bentuknya dan begitu unik sekali dipandangan mata lebih lagi bagi para peminat syiling cetakan berganda, untuk siri parlimen agak susah nak jumpa melainkan kita ada modal dengan cara membeli sahaja.

Bagi duacongkak modal hanya ciput, nak membeli rasa takut takut, sebab lebih utama mahu isi perut, jangan pula sangka diri ini kedekut, buat koleksi pun cari mana yang patut, tidak boleh sangat ikut ikut, nanti kepala sendiri yang serabut, belum cukup bulan sudah kena ikat perut.

DSC_0561a2

Keratan gambar pada bahagian gandaan yang dapat kita lihat.

DSC_0561a1

Cantik, menarik, tertarik, fantastik. sudah masuk dalam plastik.

DSC_0561a3

Untuk siri syiling berganda ini kita boleh temui pada tahun lain juga dan setakat ini belum ada senarai rasmi dari pihak Numismatik Malaysia sebagai rujukan. Semoga disuatu hari nanti pihak yang berkaitan Numismatik Malaysia yang berdaftar dapat menyenaraikan dalam buku dan diiktiraf dengan rasminya sebagai satu koleksi kepada seluruh peminatnya. Begitu juga dengan siri duit syiling ralat atau pun cacat. Setakat ini penggemar hanya sekadar membuat rujukan melalui blog yang ada dan kebanyakannya masih belum lengkap. Contohnya blog duacongkak sendiri belum mempunyai jenis error yang lengkap dan terpaksa merujuk pada bloger lainnya malah, nama jenis error pun kurang arif.

Setakat boleh dibaca dan dilihat sahaja.

Apa pun…!

TQVM

5 duit 2007

Bayangan arca keatas.

Mencari dan terus mencari, selongkar satu persatu hingga mata berpinar pinar, pinggang terasa sakit dan lenguh lenguh, rokok menjadi teman dibibir mulut, air berbotol botol diteguk semata mata untuk mendapatkan sesuatu yang diidamkan dan jika boleh mahu temui yang terbaru.

Begitulah rutin setiap hari bila berada dirumah dan ada kalanya sampai terbawa bawa ke tempat kerja jika ada kesempatan. Menelek satu persatu dan bukannya “menelek nasib” tapi menelek untung nasib kalau kalau temui sesuatu yang bagus untuk disimpan dan dipamirkan kedalam blog sebagai perkongsian.

DSC_0833a1

Hendak jadi cerita rupanya temui sekeping lagi syiling 5sen yang ditempa pada tahun 2007 yang mempunyai bayangan arca. Ianya sedikit berbeza dengan apa yang telah diterbitkan sebelum ini.

Mari kita lihat sama sama. 

DSC_0836a1

Gambar atas adalah sekeping syiling 5 sen 2007 yang mempunyai bayangan ” bunga raya “. Seperti yang telah ditulis sebelum ini dimana syiling tahun 2007 mudah kita temui bayangan arca terutama bayangan  ” gasing ” dibahagian reverse. Untuk mendapatkan bayangan ” bunga raya ” dibahagian obverse agak kurang sikit tapi masih ada harapan dan berpeluang sekiranya kita menukarkan syiling dalam kuantiti yang banyak.

DSC_0836a2

Berpandukan keratan gambar diatas ini kita dapat lihat bentuk bayangan arca ” bunga raya ” sebagai mana anak panah biru tunjukkan. Anak panah bawah atau tengah pula menunjukkan bentuk ” angka 5 ” untuk 5 sen dibahagian reverse. Apa yang menariknya disini adalah bayangan arca tersebut tidak terletak pada tempat yang sepatutnya. Ianya sudah terlebih keatas hingga sebahagian kuntum bunga seperti melepasi bibir rim.

DSC_0823a1-a3

Kita lihat contoh gabungan gambar yang mempunyai bayangan arca bunga raya. Kedua duanya jelas kita lihat tapi kedudukannya tidak sama. Gambar disebelah kiri adalah kedudukan yang biasa dan yang sepatutnya seperti dalam kotak merah kecil tapi bagi syiling kedua sebelah kanan pula kedudukan bunga raya melepasi kepala gasing dan ia tidak sepatutnya berlaku kerana kedudukan bunga raya dibahagian depan adalah ditempat yang betul.

DSC_0836a2-a2

Keratan gambar 

Off center die clash error

Apa pun layan dulu.

lagi bayangan arca

5 sen 2007

Sebelum ini banyak dikeluarkan berkaitan duit syiling 10sen yang mempunyai dua bayangan arca bahagian obverse dan reverse. Kali ini diterbitkan pula dua bayangan arca yang ditemui pada syiling 5 sen yang ditempa pada tahun 2007. Sebagai mana biasa syiling 5 sen 2007 banyak terdapat bayangan arca terutama pada bahagian reverse dimana arca gasing dapat kita lihat antara jelas dengan tidak.

Seperti gambar dibawah ini kita boleh lihat bentuk gasing dibahagian atas bunga raya dan pakunya sekali. Begitu ketara dan amat jelas apatah lagi bila ianya berada pada syiling yang masih cantik berkilau sekali pun ianya sudah beredar lama dipasaran. Entah berapa tangan ianya berpindah tidak pasti dan entah berapa kedai dia singgah pun tidak tahu. Belum kira lagi pasaraya pasaraya yang ada dan juga tabung ke tabung hinggalah ianya sampai ke bank dan diambil oleh penggemar yang dikenali sebagai duacongkak.

DSC_0820a1  

Gambar bawah ini adalah syiling yang sama dengan gambar diatas, ini disebabkan dua kali snap maka terjadilah begini, almaklum diri duacongkak sememangnya bukan mahir tentang teknik untuk mengambil gambar yang cantik walau pun guna kamera Nikon D5100

DSC_0821a2

Ini yang nak ditunjuk sangat sangat, dibahagian reverse kita tidak hairan sekiranya temui Clash Die Error yang berbentuk gasing pada bahagian nilai muka syiling. Kerana untuk tahun 2007 sememangnya banyak dan mudah ditemui berbanding dengan apa yang hendak dipertontonkan pada gambar bawah ( obverse )

DSC_0824a

Cuba lihat gambar atas dan juga gambar keratan dibawah dimana bentuk arca bunga raya amat jelas dan ketara sekali. Untuk makluman pembaca, bagi clash die bunga raya ini juga mudah ditemui pada syiling 5 sen dari beberapa siri keluaran termasuklah pada syiling 5 sen 2007. TAPI...

Wahhh…siap ada TAPI lagi tu.

hehe…bayangan arca yang satu ini belum pernah duacongkak lihat atau pernah miliki melainkan pada syiling keluaran 1 sen yang pernah diterbitkan dalam blog ini. Cuba perhatikan dibahagian atas gasing dimana kita dapat membaca perkataan NEGARA MA dalam keadaan terbalik.

Inilah yang paling istimewa sekali duacongkak rasakan pada syiling ini kerana selama ini hanya yang ditemui adalah bayangan arca pada bahagian reverse sahaja atau pun bahagian obverse sahaja dan tidak pernah temui syiling 5 sen yang ada bayangan perkataan BANK NEGARA MALAYSIA. Apa tah lagi ianya berlaku pada sekeping syiling dimana bayangan arca terjadi dikedua dua bahagian dengan perkataan sekali.

DSC_0823a2

Kepada penggemar duit syiling error, selepas ini bolehlah mencari untuk dijadikan satu koleksi peribadi kerana ia sememangnya amat istimewa pada pandangan duacongkak. Sebabnya amat jarang kita temui pada syiling 5sen.

DSC_0820a1-a2

Gabungan gambar sekeping syiling Clash Die Error Obverse n reverse sebagai contoh untuk penggemarnya.

Apa pun layannnnn…dulu.

5 sen 2008 V

Apakah ianya juga satu Variety?

Syiling 5 sen 2008 ini sudah lama tersimpan dan sengaja tidak dimuatkan dalam blog, tapi baru baru ini ditemui beberapa keping lagi rakan atau kembarnya yang seiras.

DSC_1196a

Pada bahagian muka belakangnya dalam keadaan biasa, tapi bila lihat di bahagian muka depan kelihatan satu ” DOT ” yang besar menonjol. Pada mula tidak ambil perduli sebab tidak kelihatan seperti DOT yang biasa dilihat. Setelah menemui tiga lagi rakannya (belum ambil gambar) lalu dimasukkan dalam jeket keselamatan untuk disimpan.

DSC_1197a

Lihat pada keratan gambar DOT yang dimaksudkan berada dalam bulatan biru.

DSC_1197a1

Gambar dibawah menunjukkan bahagian Obv dan Rev.

DSC_1196a-1

Apa pun layannnnn…dulu.