RM100 baru

Prefix AA

Kayuh pelan pelan bagi melengkapkan satu persatu siri wang kertas / polymer baru dengan Prefix AA. RM 5 dengan running nombor sudah berhasil dan kini muncul pula RM 100 menggantikan duit RM 100 yang sebelum ini ditemui sudah berlipat lipat. Bagi RM 100 ini kesan lipat tidak berapa kelihatan cuma ianya bergelombang kerana berada dalam beg duit wanita mungkin bercampur dengan duit duit lain. Dengan sebab itu ianya tidak keras seperti UNC lagi.

Duiit nota RM 100 bentuk baru memang menarik.

Tema bahagian hadapannya dengan puncak gunung Kinabalu menggantikan nota RM1 siri 11 yang sebelum ini menampilkan puncak gunung tersebut bersama layang layang ( wau ).

Prefix yang diperolehi adalah AA 8814264

Apa pun simpannnnn…dulu.

Dah Dapat First Prefix

Hari ini tanggal 01/06/2011 terima habuan bila munculnya note RM 100 first Prefix yang diidamkan ke tangan duacongkak. Walau pun bukan UNC, berbekalkan VF pun sudah memadai asalkan dapat dijadikan koleksi peribadi.

 

 

A F 9 2 6 8 4 3 1 

Tunggu punya tunggu punya tunggu punya tunggu akhirnya berhasil juga untuk mendapatkan koleksi yang satu ini. Walau pun ditangan sudah ada prefix biasa namun bila yang diidamkan muncul…setelah ada modal, maka sambar dulu sebelum berputih mata. Nak main UNC macam kolektor lain lain tu…(Semua mereka adalah rakan ku) almaklumlah. Perlukan modal yang besar juga. Apa yang ada sudah memadai. 

Apa pun simpannnnn…dulu. 

 

“SPECIMEN NOTES”

‘ LA..LA..LA….LA..LA..LA..LAAA… ‘

Buah berangan tiada tandan, makan durian lima pangsa, bulan depan masuk Ramadhan, semua umat Islam mula berpuasa.

Orang beriman cukup gembira, Bulan yang penuh amal ibadat, menyambut dia pelbagai cara, mencari pahala sehingga sendat.

Makan kacang buang kulit, tergigit lidah sakitnya rasa, ada perkara ingin diselit, amat berguna dipenghujung puasa.

Bermula kita dengan Bismillah, sudah menjadi satu ibadah, siapa saja boleh menelah,  bagi yang tak mahu anggaplah riadah. 

Tajuk diatas amat menarik, bagi mereka kolektor yang tegar, jangan tutup mata marilah celik, ” speciment Notes ini sudah diedar.”

pic 1

pic 2

 Sampul DuitRaya sudah terserlah, RM 10 jadi tarikan, sebagai koleksi apalah salah, sekali pun ia duit tiruan.

pic 3

pic 5

 Kanak kanak pasti gembira, bila mendapat sampul begini, isi didalam jangan dikira, sekalipun terkumpul berguni guni.

pic 5

pic 6

 Untuk makluman semua, sampul Hari Raya 2010 ini dikeluarkan dengan 4 siri iaitu bermula dari RM5 (belum dapat lagi) dan diikuti RM 10,RM 50 dan RM 100. watermark dia tidak kelihatan sebab permukaannya licin, kuku naga pun tidak dapat melekat pada duit kertas ini…harimau awal awal lagi sudah lari.

heh..heh..heh…jom cari…!

 

replacement note ZC

Post berkaitan Replacement Notes RM100

ZC 0622410

size 150mm x 69mm

(VF)

pic 1

 Wang gantian siri ke 11 tanda tangan Gabenor BNM Tan Sri Dato Sri Dr Zeti Akhtar Aziz bersiri nombor: ZC 1089072

pic 2

 Bila pula mahu dapat siri ZA, ZB, ZD dan ZE

Oleh kerana terlalu lama menantikan kehadiran siri tersebut, terpaksalah dikeluarkan juga siri ZC ini. Bagi siri ZC 1089072 pernah dikeluarkan sebelum ini dan ZC 0622410 ditemui bulan Mei 2010.

” ALAMAK….!!! PALSU ? “

Note RM 100 ” PALSU “

Pernahkah anda perolehi atau melihat, memiliki, menyimpan, memegang, menukar, berbelanja atau mendengar dari mulut ke mulut berkaitan duit ” PALSU “…??

Sudah tentu semua orang sudah tahu berkaitan dengan note palsu. Ini kerana sering saja media cetak atau pun media elektronik menyiarkan cerita ceritanya. Tapi mungkin diantara anda tidak pernah dapat atau memiliki dan menyimpannya. Kalau mahu lihat dengan mata sendiri, pergilah ke kaunter petrol pam…banyak contoh.

PERINGATAN…: 

Janganlah anda sesekali memperdayakan orang lain dengan menggunakan duit palsu. Lebih lebih lagi sekiranya anda sudah mengetahui dan dengan sengaja menggunakan duit palsu ini dengan niat menipu.

Perbuatan kita bukan saja merugikan negara…malah, kita telah melakukan satu kesalahan yang besar terhadap sesama manusia. Bermula dari tangan kita dan beredar dari tangan ketangan hingga setiap tangan ketangan itu pula akan menyumpah seranah kepada orang yang mengedar dan memperdaya orang ramai. Siapakah yang akan mendapat sumpah seranah yang terkeluar dari mulut tangan ke tangan itu..?? Sudah pasti kitalah orangnya yang terawal dan akan menerima segala sumpah seranah tersebut seterusnya menanggung segala dosa dosanya.

Cuba bayangkan duit palsu edaran kita berakhir ditangan seorang FAKIR, IBU TUNGGAL YANG MEMBESARKAN ANAK YANG MASIH KECIL, ANAK ANAK YATIM PIATU, ORANG ORANG SUSAH, ORANG TUA YANG MENYARA CUCU CiCiT. (maaf sekiranya contoh ini menyinggung hati dan perasaan mereka yang berkaitan). Anak kecil kehabisan susu atau rumah kehabisan beras dan Hamba Allah ini berbelanja kerana tidak tahu duit digunakan adalah palsu. Oleh kerana kepekaan tuan kedai dapat mengesan dan terus maklum kepada pihak berkuasa lalu tertangkap. ADUSSSS….!!. Tak dapat bayangkan, Nauzubillah…Ya Allah, jauhkanlah aku dan seisi keluargaku dari perkara yang sedemikian…AMIN…!!

” Doa paling mustajab dan diterima oleh Allah SWT adalah dari golongan orang orang susah, fakir miskin, orang yang dizalimi selain dari orang orang yang beriman…”

” Doa orang mukmin seramai 40 orang atau lebih cukup afdal…” Cuba anda bayangkan sekiranya 40 orang atau lebih orang orang susah, fakir miskin, anak anak yatim piatu, orang yang dizalimi… menyumpah laknat…???

Duacongkak sengaja jelaskan disini kerana mahu tunjukkan apa yang ada dalam simpanan setelah isteri terpedaya oleh seseorang yang berbelanja sewaktu berniaga di pasar malam. Tiba saja dirumah, bukan hasil jualan yang dikejar tapi duit dulu dicapai dan diperiksa satu persatu. Walaupun dalam suasana samar tapi Duacongkak dapat kesan duit tersebut adalah palsu. Segera ditunjukkan kepada isteri dan terangkan kepadanya hingga dia faham. Maka terkeluarlah sumpah celaka dari mulutnya tanpa diduga. Untuk mengelak dari duit itu terus beredar…Duacongkak terus ambil dan simpan saja biarpun terasa rugi besar kerana, menurut isteri…seorang pemuda belanja dengan nilai barang hanyalah RM 5. Dipulangkan pula RM 95.

Walau bagaimana pun Duacongkak terima juga seadanya kerana mungkin ada hikmah disebalik semua ini. Setiap rezeki ditentukan oleh Allah Taala dan kita hanya berusaha. Untung rugi adat berniaga  

 
palsu
 

palsu

 Imej diatas adalah duit yang dimaksudkan dan adalah palsu. Sekali imbas melihatnya seperti duit sebenar, apa lagi bila diperolehi di pasar malam yang keadaan cahaya samar samar. Ketelitian bagaimana sekali pun, jika terima sewaktu kita sedang sibuk melayani orang/pelanggan lain untuk membeli barangan…sudah pasti tidak sempat untuk meneliti. ( waktu yang sering digunakan oleh mereka yang tidak bertanggung jawab ). Ujian dibuat pada rakan blog yang bertandang kerumah Duacongkak baru baru ini…08/06/2010 (Sorry sebab jadi contoh pulak).

Beliau sudah pegang dan melihat tapi tidak perasankan duit ini adalah palsu sehingga dijelaskan satu persatu…

1). Bahagian benang keselamatan (kertas timah) tiada ciri ciri BNM.

2) Keadaan warna duit ini juga agak gelap dari yang asal/asli.

3) Ukuran lebar duit lebih kecil dari yang asli, panjangnya sama.

4) Kualiti kertas terasa licin seperti kertas A4

5) Tiada sebarang biasan cahaya bila dilihat bawah cahaya sinar ungu dan

banyak lagi ciri ciri lain yang mudah dikesan kepalsuannya.

Awasi diri anda dari terkena…terutama note RM50 yang hampir 95% ORI…tiada contoh disini kerana tidak sedar bila masanya berlalu pergi. Harap maaf kepada mereka yang menerimanya.

Akan datang Duacongkak keluarkan lagi NOTE Error dan Rare ORI bukannya palsu atau pindaan.  

 

replacement note

penambahan koleksi dimana sekian lama tersimpan tanpa diduga duit kertas rm 5 ini adalah duit replacement. Dua congkak sengaja simpan kerana duit kertas ini berpalang pada tiang bendera. Ada beberapa keping lagi duit berpalang seperti ini tapi inilah satu satunya yang dikeluarkan dengan cetakan no NZ. Oleh kerana terlalu lama menyimpannya kelihatan duit ini terlalu daif. Tapi sudah cukup untuk dijadikan koleksi biarpun keadaan sudah lusuh. rm5 ini ditanda tangan oleh GABENOR TAN SRI DATO’ JAAFAR BIN HUSSIN. Cetakan THOMAS DE LA RUE.

Duit kertas RM5 tanda tangan Tan Sri Dato’ Sri Akhtar Aziz ZA 0928138. Dapat semasa berbelanja diPasar Malam dan semasa terima peniaga itu bertanyakan sanada masih laku atau tidak duit kertas ini. Sememangnya masih laku tapi bila Dua Congkak tenguk No siri sambil tersenyum terus ucapkan berbanyak terima kasih. Peniaga itu terpinga pinga dan Dua Congkak terus berlalu tanpa beri penjelasan.

Replacement RM10 ZA 1660186 tanda tangan Gabenor sekarang tanpa benang keselamatan disebelah tepi.

Replacement RM10 susunan ZA, ZB dan ZC

NOTE RM50 Tanda tangan oleh Gabenor Tan Sri Dato’ Sri Ali Hassan bin Sulaiman S/No: ZA2247516

NOTE RM50 oleh Gabenor sekarang s/no: ZB6058834, ZB6992882, ZB7805313, ZC0280678,ZD0329639, ZE0056889, ZE0144066.

NOTE RM50 Terbaru, ZB 0049525 dan ZB0598411

NOTE RM100. ZC1089072