10 sen 1971

Syiling Igauan

Ramai para pengumpul duit lama dan baru tercari cari untuk melengkapkan koleksi mereka. Kalau cari saja rasanya bertuah bagi mereka yang terjumpa, sebabnya…siri syiling 10 sen 1971 amat sedikit keluarannya. Kebanyakan syiling ini tersimpan perap dalam simpanan pengumpul duit lama dan ada diantaranya sudah terbenam dalam tanah atau jatuh dalam longkang, bagi pengumpul baru hanya gigit jari melainkan bila keluar modal yang besar, barulah boleh mendapatkannya.

Mari lihat syiling yang dikatakan itu:-

 

Harap maaf kalau sekiranya gambar ini ada tuannya.

Syiling 10 sen 1971 ini terlalu sedikit keluarannya sebagai mana tertera dalam gambar yang keluaran sebanyak 32,236 keping. Mungkin sekarang tinggal berapa keping saja lagi, sebab itu syiling ini jadi buruan.

Selain syiling 10 sen 1971, ada juga syiling 10 sen menjadi perhatian para pengumpul. Mungkin ramai yang tidak perasan iaitu bagi syiling 10 sen 1994 dan juga 2003. Ada diantara pengumpul yang membuat koleksi tahun dari awal dikeluarkan iaitu 1967 hingga 2010, tapi masih mencari keluaran dari 3 tahun yang disebutkan ini.

1971…paling sukar ditemui,

1994…keluarannya 7,122,222 dan

2003…keluarannya 8,640,000.

Dengan kehadiran syiling 1971 ketangan duacongkak maka, lengkap sudah koleksi tahun bagi syiling 10 sen dari 1967 hingga 2010. Kecuali syiling yang tidak dicetak pada tahun tahun berikut, maka tiada dalam simpanan. Tahun yang tidak dikeluarkan adalah:

1969, 1970, 1972, 1974, 1975, 1984, 1985, 1986 dan 1987. (Siri Parlimen)

Pada sesiapa yang berminat untuk mendapatkan syiling 10 sen 1994 dan 2003 bolehlah melamar pada duacongkak. Sementara stok masih ada.

Sekeping cuma RM8 sahaja.

 

“RERAMBUT”

50sen 2000 dengan Rerambut

Macam tidak percaya bila lihat sekeping syiling yang mempunyai rerambut. Kalau dulu pernah keluar siri 20 sen crack die seperti rerambut juga, tapi kali ini syiling 50 sen betul betul seperti rerambut.

Kita pakat tenguk…

 

Muka depan 50 sen tahun 2000, mintage sebanyak 48, 206, 000. Mana rerambutnya…?

Tenguk lagi…

 

Bahagian belakang bentuk wau. Cuba lihat pada 3 anak panah penunjuk. Dari kiri atas hingga ke kanan bawah, terdapat garis halus yang timbul seperti rerambut yang terhasil dari lebihan metal. Bukan rambut betul yang sengaja diletakkan sewaktu scan gambar…sorry…takder masa mahu pekena orang.

Tak puas hati lagi…jum tenguk keratan dia pula…!

 

Ada nampak tak satu garisan halus yang merintangi ekor wau tersebut. Hehe…jangan tenguk pada syiling tuan puan, tapi kena tenguk syiling dalam blog ini saja. Boleh nampak dengan jelas. Kalau tak nampak juga terpaksalah klik pada gambar supaya lebih besar dan terang.

Hmmm…menarik…kannn. Lepas ini cuba tuan puan dapatkan yang lain tapi sama dengan yang ada dalam simpanan duacongkak. Tak mungkin satu saja, tapi kalau hanya satu ini saja sudah tentu bertuah sesiapa yang milikinya.

Apa pun simpannnnn…dulu