10sen 1980 extra dot

Ujian tangan gigil.

Salam sejahtera kepada semua pengunjung. Tajuk besar diatas 10 sen 1980 extra dot ditampilkan sebagai perkenalan pertama dalam ujian tangan gigil untuk mendapatkan gambaran jelas gambar menggunakan kamera. Tanpa sebarang kursus mahu pun teknik pembelajaran untuk mengambil gambar menggunakan Kamera Nikon, dengan itu sebarang bentuk atau paparan gambar ini dan gambar gambar seterusnya, janganlah dijadikan bahan kajian sebab…duacongkak akan belajar terus belajar untuk mendapatkan sesuatu yang terbaik. Seumur hidup inilah gambar pertama diambil dengan menggunakan Kamera yang agak canggih dalam hidup duacongkak. Sewaktu zaman kamera yang menggunakan  Filem Negatif pun duacongkak tidak pernah miliki, oleh kerana blog punya pasal, barulah tergerak hati untuk memiliki Kamera semewah ini.

Berbalik pada tajuk diatas, duacongkak muatkan duit syiling edisi pertama Parlimen dengan nilai muka 10 sen bagi tahun 1980 yang dikeluarkan sebanyak 51,797,393 keping.

Muka depan siri keluaran 1 bagi tahun 1980 yang hendak dipaparkan seperti tajuk.

Lihat pula muka belakangnya…

Cuba lihat pada garisan anak panah penunjuk imej. Kelihatan metal yang timbul di bahagian angka ‘ 0 ‘ untuk 10 sen 1980. Biasa yang kita dengar dan lihat adalah 50sen 1979 dan 1988 yang ada extra dot, tapi bagi keluaran lainnya belum didaftarkan oleh pakar pakar numis sekalipun terdapat banyak syiling lainnya yang juga mempunyai ‘ Extra Dot ‘. Salah satunya duit syiling ini yang baru pertama kali dikeluarkan dan dilihat adanya extra metal sepeti extra dot. Mungkin ada diantara ahli numis lain yang lebih arif atau setidaknya yang pernah lihat atau yang ada miliki simpanan duit seperti ini dapat tampil untuk kita berkongsi pendapat.

 

Keratan pada imej Extra Dot yang dimaksudkan.

Apa pun simpannnnn…dulu.

Advertisements

50 sen Extra Dot

1979 vs 1988

Apa yang dikatakan istimewa itu…?

Mari kita lihat pada gambar yang tertera dibawah ini.

Ketiga tiga keping syiling ini keluaran 1979 (1pc) dan 1988 (2pcs) yang mempunyai ETRA DOT. Mana tempat yang dikatakan EXTRA DOT..?

Cuba lihat pada keratan dimana tahun 1979 EXTRA DOTnya terletak dibahagian bawah bangunan. Bagi tahun 1988 pula terletak dibahagian bumbung.

Oleh kerana syiling ini dikatakan istimewa duacongkak simpan dalam peket supaya tidak hilang dalam simpanan.

 

extra dot

 

Tahun 1979 mintage 5, 361, 146 dan yang EXTRA DOT tidak pasti berapa jumlahnya. Sekali pun tanpa EXTRA DOT, syiling 1979 dikategorikan RARE kerana keluarannya sedikit.

 Tahun 1988 mintage 26, 788, 183 keping dengan EXTRA DOT tidak pasti jumlahnya.

EXTRA ” DOT “

50 sen EXTRA DOT 1988

Ramai para kolektor syiling mengumpul dan mendapatkan siri Tahun setiap sen bagi melengkapkan setiap edisi simpanannya. Tidak terlepas juga buat duacongkak untuk mengumpul dan mengatur setiap edisi penuh siri coin Malaysia.

Setakat ini duacongkak masih belum dapat kumpul sepenuhnya edisi coin kerana ada diantara siri yang masih rongak dan lopong serta perlu diisi terlebih dulu. Dengan sebab itu duacongkak akan muatkan siri 50 sen Extra Dot terlebih dulu sebagai tatapan.

Mengikut info yang diperolehi, duit syiling Extra Dot siri pertama Bangunan Parlimen 50 sen ada dua keluaran iaitu Tahun 1971 (sorry..1979 sebetulnya yang ada dot) dan juga Tahun 1988.

Duacongkak perkenalkan edisi Tahun 1988 dulu.

bah. muka

 Bahagian muka syiling 50sen Tahun 1988

Bah. Parlimen

 Cuba klik gambar Parlimen ini.

 Untuk melihat bahagian yang dikatakan extra dot, lihatlah pada bahagian bumbung Parlimen. Terdapat kilauan putih pada bumbungnya itu adalah DOT yang dimaksudkan. Kebanyakan duit syiling siri Tahun 1988 sukar untuk ditemui DOT tersebut biarpun keluarannya begitu banyak. Mintage 26,788,183 keping. Extra Dot tidak pasti. Dengan itu siri ini menjadi RARE dan diburu setiap pengumpul.

Bagi Tahun 1971 (pembetulan dot 1979), duacongkak masih memburu untuk mendapatkannya sebagai memenuhi koleksi 50 sen. Entah bila dapat yang ada ‘ dot ‘ belum pasti…

Kepada semua pembaca dan pelayar blog ini..duacongkak minta maaf kerana tersalah info berkaitan syiling 1971. Telah mendapat teguran dan duacongkak buat pembetulan semula. Harap maklum.

Selain siri 1988 ada DOT berikut siri 1979 juga ada DOT…

Layannn…