1 sen 2004

Rupa yang tidak sempurna.

Diantara syiling 1 sen tahun 2004 yang ditemui keadaan cetakan yang tidak sempurna. Sering kali bila diperhatikan pada syiling 1 sen 2004, ada saja kecacatan yang ditemui, diantaranya seperti syiling dibawah ini.

Rupa bentuk syiling 1 sen 2004 yang ditemui dalam keadaan tidak sempurna tempaannya. Setiap syiling 1 sen yang kita ketahui dimana bentuk Rebana Ubinya cukup cantik berbanding dengan syiling ini. Kelihatan Rebana Ubi yang dimaksudkan pada bahagian tepi kiri dan kanannya tanpa sempadan. Begitu juga dengan bahagian bawah pada bahagian tapak, juga tidak kelihatan garisan sempadan atau pun senang cakap bentuk Rebana Ubi tidak sempurna. Diantara ciri ciri error yang terdapat pada syiling 2004 sering ditemui adalah dari jenis bayangan arca Rebana Ubi pada bahagian belakangnya. Tapi yang ini error ditemui bentuk Rebana Ubi tidak sempurna.

Lihat gambaran muka belakangnya pula.

Bentuk muka belakang syiling 1 sen 2004 yang nampak biasa tanpa bayangan arca. Akan datang duacongkak akan terbitkan pula syiling 1 sen yang dimaksudkan sebagai buktinya. Sementara itu layan dulu syiling ini sebagai panduan untuk ramai rakan rakan mencari dan memilikinya.

Apa pun simpannnnn…dulu. 

Rebana Ubi vs Gendang

1 sen 2005 error

Lama juga menyepi dengan tanpa memperdulikan keluaran terbaru dalam blog. Akibatnya kemorosotan berlaku dalam pelayaran oleh mereka yang sebelum ini sentiasa melawat blog duacongkak.

Jutaan ampun dan maaf kerana lama tidak memuatkan siri siri error terbaru. Bukan berarti blog ini sudah berakhir atau terkubur, cuma duacongkak sejak demam tempoh hari, jadi malas hendak membuka internet malah dalam FB pun duacongkak jarang jarang buka. Kalau buka pun hanya sekejap saja lepas itu tutup dan rehat.

Kali ini duacongkak mahu muatkan sekeping syiling 1 sen yang ada sedikit kecacatannya. Semua orang tahu syiling 1 sen siri kedua bunga raya dengan wajah depannya bentuk Rebana Ubi. Tapi berbeza dengan syiling ini dimana Rebana Ubinya sudah menjadi Gendang/Tabuh.

Syiling ini di tempa pada tahun 2005 dan dimasukkan dalam folder demi mengelakkan dari hilang. Almaklumlah, syiling bila dibiarkan bersepah maka akan bercampur gaul dan tidak tahu mana letaknya. Selain dari itu duacongkak ingin jadikan petunjuk dimana kedudukan syiling tidak berubah atau diubah ubah semata mata mahu tunjukkan yang ianya error. Lihat ubat stapler berada diatas dibahagian tengah sebagai panduan.

Rotate Die

Lihat sendiri bahagian dimana Rebana Ubi sudah menjadi Gendang/Tabuh. Bukan dibuat buat tapi terjadi semasa proses penempaan dilakukan. Lihat panduan pada ubat stapler dibahagian tengah atas yang membuktikan kedudukan syiling ini asalnya tegak dan bila dilihat bahagian depannya, ianya sudah berubah.

Bukan senang untuk menemui sesuatu yang error begini jika tidak ditenung betul betul. Hinggakan kepala menjadi sakit kerana mengamati syiling syiling kecil begini. Malah duacongkak masih belum selesai dalam pencarian kerana tidak sanggup lagi mengamati satu persatu syiling yang ada.

Terpaksa berehat dulu dan yang mana sudah ditemui akan dimuatkan dalam blog secara perlahan lahan. Mata penat, kepala sakit, malah pandangan pun semakin kabur.

Apa pun simpannnnn…dulu.

Berjaya Diselamatkan

Ada makna juga bila percutian kali ini berjaya selamatkan barangan lama yang hampir dilupuskan.

Sebiji teko dan sekeping pinggan.

Kedua dua barang ini telah dibuang dalam mesin basuh buruk diluar rumah tanpa tahu sebabnya, sedangkan bila dilihat, dapati kedua duanya tidak ada cacat celanya. Seperti teko yang dapat dilihat itu sememangnya barangan lama, sekali pun masih banyak dan masih mudah ditemui kerana orang orang lama banyak memiliki set lengkap sewaktu zaman populernya. Tapi yang ini hanya teko saja yang ada tanpa set set lain yang diketahui tiada dalam simpanan. Asal teko ini diperolehi menurut kata ibu mertua, dihadiahkan oleh seorang imam kampong kepadanya.

Bagi pinggan pula menurut kata ibu mertua, adalah barangan paling lama yang masih tinggal dan juga hanya sekeping dari asalnya. Menurutnya pinggan ini diperolehi sewaktu isteri duacongkak belum lahir, malahan dia sendiri belum berumah tangga iaitu sekitar tahun 50an. Bermakna duacongkak pun masih belum lahir tapi pinggan ini sudah ada dan lihat pada logo belakangnya berbentuk crown besar warna biru.

Apa yang penting barangan lama diselamatkan dulu dan dibersihkan lalu bawa balik ke Johor.

Apa pun simpannnnn…dulu.

Kenangan Semasa Bercuti.

Bertemu dengan dua rakan bloger.

Seperti yang dirancang semasa bercuti mahu bertemu dengan beberapa bloger yang disegani dan dihormati. Selama ini hanya blog mereka saja menjadi rujukan dan panduan untuk mendapat ilmu numis namun orangnya tidak dikenali malah bukan saja mereka berdua, tapi masih ramai lagi bloger lainnya yang masih belum dikenali.

Pertemuan pertama duacongkak adalah dengan saudara Nor Azri yang tinggal di Parit Buntar, Perak. Sungguh pun jarak diantara Taiping dengan Parit Buntar bukannya terlalu jauh, beberapa kali duacongkak balik ke kampong namun tidak berkesempatan untuk berjumpa dan pada kali ini 10/11/2011 jam 5.20 petang impian itu tercapai juga. Sebagai buktinya duacongkak hanya dapat mengambil gambar koleksinya yang menarik.

Inilah sebahagian koleksi coin card Nor Azri yang lengkap. Pada mulanya mahu mengambil gambar beliau sekali untuk disimpan sebagai kenangan, oleh kerana dia sendiri menolak dari mengambil gambar kerana masih berpakaian kerja, maka terpaksa akur dan berpuas hati dengan apa yang diperolehi. Keramahan dan layanan serta melihat segala koleksinya yang ditunjukkan sudah cukup membuatkan duacongkak terpegun. Ini kerana koleksi duacongkak masih jauh ketinggalan. Pertemuan ini memakan masa hampir dua jam lamanya tanpa disedari kerana pelbagai isu dibualkan sambil bertukar tukar pandangan.

11/11/11 Pendang Kedah.

Tarikh yang menjadi pilihan ramai untuk melakar sejarah kehidupan terutama bagi pasangan pasangan baru untuk berumah tangga, begitu juga pada sambutan kelahiran dan bermacam macam lagi kenangan yang mereka lakukan. Tidak ketinggalan juga secara kebetulan duacongkak dapat bertemu dengan saudara Din Rambong di Pendang Kedah.

Pertemuan kami di sebuah warung yang tidak berapa ramai pelanggan memberikan banyak ruang untuk berbual panjang. Diantaranya sempat juga duacongkak keluarkan album syiling untuk menjadi bahan bualan dan nampak jelas sekali saudara Din Rambong berminat dengan jenis jenis syiling Error tersebut. Memang menarik bila kita miliki syiling syiling error ini kerana masih mudah untuk mendapatkannya.

Semoga saudara kita ini tidak ketinggalan untuk dapatkan koleksi error sebegini yang selama ini tidak diambil perhatian oleh sesiapa atau pun mereka lebih mendiamkan saja dari pengetahuan umum. Sejak beberapa blog muncul tentang duit duit error dan juga beberapa kumpulan FB menggamatkan suasana sudah nampak perubahannya.

Apa pun hari itu membawa kenangan bagi kita berdua…Cikgu Din.

Taman Tasik Taiping

Baru Belajar Guna Kamera

Gambar diambil di Taman Tasik Taiping tanpa kawan atau teman. Ini kerana isteri tersayang berada di Kedah sirumah ibunya. Maka setiap gambar yang diambil lebih kepada pokok dan tasik.

Maaf kerana tiada bahan untuk dijelaskan berkaitan gambar yang dimuatkan. Ini kerana duacongkak kurang sehat sejak balik bercuti dan menghidap demam panas yang terlalu tinggi.

Apa pun diucapkan berbanyak terima kasih kerana sudi melihat wajah wajah Taman Tasik Taiping.

Cuti2 Di Utara.

Salam sejahtera semua…rehatkan minda.

Setiap hari keluarkan kesah duit duit sampai naik bosan juga. Sesekali mahu berkongsi juga percutian duacongkak di sebelah Utara ( Perak dan Kedah ) bermula dari 04/11/2011 hingga 13/11/2011 Baki empat hari lagi di Johor hingga 17/11/2011.

Tiada apa yang menarik untuk diceritakan disini, hanya gambar gambar yang disnap untuk tatapan semua.

Kita layan gambar gambarnya.

Gambar pokok durian yang diambil dibelakang rumah. Selama ini belum pernah lagi duacongkak merasai kenekmatan buahnya. Ini kerana setiap kali berbuah atau tiba musimnya, duacongkak tidak balik…Siankan. 

Bila mendongak keatas…wow bergentel gentel buah didahan yang hanya tunggu masa untuk gugur. Hmm, melepas lagi, menurut kata bonda yang disayangi, buah durian ini kurang sedap tidak seperti durian dari pokok belakangnya. Tiada gambar kerana pokok itu terlindung dengan pokok buah buahan lain.

Ini pula pokok manggis yang usianya melebihi dari usia duacongkak sendiri, Jumlah pokok manggis yang ada disekitar belakang rumah sebanyak lebih kurang 20 – 30 pokok dan kini hanya tinggal 3 ke 4 pokok kerana ditebang untuk projek pembangunan dan membuat rumah adik adik.

Kenangan lama dimana semasa kecil dalam usia 10 tahun, manggis dari pokok inilah yang dipanjat dan dijadikan duit belanja. Waktu itu 10 biji 10 sen pun sudah bermakna dan muai sebab, 15 – 20 pokok sehari dipanjat dan kutipan hasil jualan mencecah $ 500/= dan pernah memperolehi hingga $ 1000/=. Banyak tuuu…bukan semua duit duacongkak sebab kena bahagi tiga dulu kepada tuan pokok iaitu nenek nenek. ( Orang Perak kata Opah dan Tok ). Baki diperolehi dibahagi dua pula dengan adik yang tolong kutip dibawah. Tinggal berapa je lagi. Duit waktu itu dari Gabenor pertama bermula dari Siri pertama, malangnya dua tiga keping jer yang disimpan setiap siri hingga tahun 1978 sebab belum minat sangat.

Buah manggis yang diambil dibelakang rumah dari pokok berusia 10 – 15 tahun.  Waktu merantau pokok manggis ini belum berbuah lagi tapi buahnya sudah biasa dimakan.

Pada batang pokok manggis terdapat belalang pokok yang halus sebesar putik kapas. Pandai menyamar kalau tidak betul betul dilihat sudah pasti tidak nampak.

Akhirnya bila sudah puas ambil gambar di belakang rumah, duacongkak pergi pula ke Sekolah untuk mengenang kembali kesah kesah silam. Terkejut kerana sudah banyak perubahan di bahagian depannya.( Luar pagar ) sebab dihadapan sekolah Menengah Kebangsaan Tengku Menteri penuh dengan rumah rumah taman yang dulunya kebun getah dari simpang Jalan Ayer Kuning hingga ke Sekolah Rendah Kebangsaan Changkat Jering yang berada diatas bukit. (SRKCJ pun sudah berpindah di Batu 6 Jalan Simpang Taiping.

Papan tanda perlaksanaan projek menambah kelas yang ada.

Aduh…cerita panjang betul, suka sangat kot dapat balik kampong? Sebenarnya dimuat dalam blog untuk kenangan saja dan bukan ada istimewa pun…cuma kut kut ada kawan atau bekas pelajar yang membaca…best juga.

Sampai disini dulu sebab lepas ni mahu merantau ke Taiping tempat paling istimewa sekali iaitu Taman Tasik Taiping.

Assalamualaikum…

5 sen 1988

Bayangan Arca Parlimen

Siri 5 aen 1982 Die Clash sudah dikeluarkan sebagai tatapan dan kini dikeluarkan pula bagi siri syiling 5 sen 1988 yang keliahatan sama memiliki Dia Clash pada permukaan belakang syiling dimana bayangan bangunan Parlimen nampak nyata.

Wajah depan syiling 5 sen 1988 yang tidak mengalami kecacatan ( Die Clash ) seperti syiling 5 sen 1982.

Bagi muka belakangnya boleh lihat digambar bawah ini.

Rupa bentuk syiling 5 duit. Yang ini tanpa penunjuk biru, kuning, hijau, merah ka…apa apa ka sebab saja mahu bagi pemerhati blog tercari cari dimana yang dikatakan sebagai Bayangan Arca / Die Clash Parlimen. Kalau tak jumpa juga rujuk kembali gambar syiling 5 duit 1982 sebelum ini bagaimana kedudukannya. Payah payah sangat klik saja pada gambar 5 duit tu…

Apa pun simpannnnn…dulu.

5 sen 1982 Lagi.

Tak habis habis lagi…

Apo Nak di Kato. 1982 terus muncul dan muncul namun tidak juga muncul Extra Dot. Kali ini muncul apa pula untuk tatapan?

Kali ini duacongkak mahu tunjukkan sekeping syiling 5 sen 1982 yang terdapat Extra Metal dan bukannya Die Clash seperti yang diterbitkan sebelum ini. Extra Metal dalam bentuk Kayu Snooker. Dia buat dah…suka suka letak nama yang bukan bukan.

Lihat dulu bahagian depannya dimana keadaan duit syiling ini sudah tidak cantik lagi…

Muka belakang syiling 5 sen 1982, Lihat pada anak panah merah pada huruf ‘ M ‘

Die pecah dan menyebabkan terjadi lebihan metal yang menjadi koleksi kepada peminatnya. Tidak semua orang minat pada syiling syiling error kerana ramai yang memburu syiling syiling RARE yang sukar ditemui. Bagi duacongkak, mana yang singgah akan disimpan dan dimuat dalam blog sebagai panduan kepada kolektor lain yang minatnya sama. Panduan sekadar mencari atau memiliki saja kerana nilainya rendah dan masih mudah diperolehi setiap hari. Kecuali dalam jangka masa 10 tahun atau lebih, mungkin jenis jenis error begini sukar untuk dimiliki setelah perubahan jenis syiling yang digunakan waktu itu.

Panduan untuk mengenali jenis jenis error terpaksalah rujuk kepada blog blog yang ternama dipersekitaran, nama nama besar tersebut sudah popular dikalangan bloger. ada yang tulisannya dalam bahasa Inggeris, ( duacongkak angkat tangan la kalau bahasa inggeris ni…) dan ada juga yang ditulis dalam bahasa Malaysia. ( Yang ni duacongkak mudah faham tapi sebutan error tetap bahasa Inggeris yang bengap tidak boleh faham faham). Bab itu yang buat duacongkak kalah untuk mencantikkan lagi tulisan dalam blog ini.

Apa pun kita kongsi kongsi saja, bahan boleh dikeluarkan dan jenis error tanya pakar eak…!

Apa pun simpannnnn…dulu.

5 sen 1982

Siri sama tapi sedikit berbeza.

Sebelumnya telah keluarkan berkaitan Bayangan Arca, kali ini siri yang sama tapi sedikit berbeza.

Jom layan dulu…

  

Syiling 5 sen 1982 seperti keluaran sebelumnya juga adalah bagi tahun 1982 dimana Die Clash menampakkan gambaran Parlimen dipermukaan syiling. Tapi bagi syiling ini Die Clashnya lihat gambar bawah pula.

Lihat pada penunjuk anak panah merah atas dan bawah. Terdapat bayangan angka 5 tersembunyi disebalik bangunan Parlimen. Extra dot untuk syiling ini tidak kelihatan dimana harapan hanya tinggal harapan. Bagi yang sudah miliki 5 sen 1982 Extra dot pasti amat berbangga sebagai mana mereka yang sudah miliki 50 sen 1979 dan 1988 extra dot.

Layan Die Clash / Bayangan Arca dulu untuk 5 sen 1982.

Apa pun simpannnnn…dulu.

Bayangan Arca

Menarik dan Tertarik.

Apa yang menarik dan apa pula yang tertarik? Saja nak buat gempar kepada sesiapa yang baca pada tajuk dan juga memberi perangsang untuk peminat mendapatkan jenis error yang akan dimuatkan dalam blog ini sebagai koleksi. Bayangan Arca bukanlah satu nama kepada ahli numis yang mahir tentang errornya. Cuma duacongkak saja yang pandai pandai mereka nama untuk blognya sendiri.

Kata orang ” syok sendiri “

Cuba lihat pada bahagian anak panah hijau dibawah Parlimen. Kalau diamati dengan teliti, kita dapat melihat sedikit  ” BAYANGAN ARCA “ pada ekor nombor LIMA untuk syiling 5 sen ini.

Mengada ngadalah duacongkak nie…sikit macam tu pun nak dikatakan error.

Ops…lihat belakangnya pula.

Pada bahagian belakang syiling ini lebih banyak anak panah hijau ditujukan pada bayangan arca Parlimen. Anak panah paling panjang diatas menunjukkan garisan tepi Parlimen berdiri. Anak panah seterusnya berhampiran dengan Tahun 1982, kelihatan bahagian bawah Parlimen hingga keanak panah pada tulisan SEN. Anak panah keempat menunjukkan Bumbung Parlimen, hanya sedikit bayangannya dan terakhir sekali anak panah pendek menunjukkan bayangan arca Bintang. Kalau tak percaya boleh kelik pada gambarnya dan dapat lihat dengan jelas apa yang ditunjukkan.

Bukan silap mata cuma takut mata silap tenguk. Kalau semua setuju maka betullah error yang menarik telah singgah ketangan duacongkak. Niat asal mahu mencari DOT pada syiling 5 sen 1982 tapi rupanya lain yang diperolehi.

Apa pun simpannnnn…dulu.