Kehidupan

Pengalaman pertama

Pada 21/05/2013 aku mula bergerak ke sebuah kampung yang tidak berapa jauh dari kediaman aku. Lebih kurang jam 8.30 pagi aku sampai dikampung tersebut dan terus menuju ke sebuah masjid lama yang pernah aku tunaikan solat Jumaat. Sesungguhnya mesjid ini bukan dalam kariah aku tapi sesekali aku datang juga berjemaah disini.

Melihatkan keadaan mesjid ini sememangnya terlalu usang dan sudah uzur kerana usianya sudah menjangkau hampir atau lebih dari 100 tahun. Sungguh pun begitu ianya masih aktif dan digunakan sehingga ke hari ini sehinggakan setiap hari Jumaat, hampir sahaja ianya tidak dapat menampung jemaah yang hadir. Ini kerana selain dari kariah kampung tersebut, terdapat juga penduduk sekitar dari taman perumahan juga pekerja kilang, kampung kampung bersebelahan yang datang setiap kali Jumaat.  

DSC_0194   

Bentuk masjid yang berada tidak jauh dari jalan dan dibahagian belakangnya bersempadan dengan kebun kelapa sawit. Setiap kali Jumaat keadaan jalan kampung ini begitu sesak dengan kenderaan yang diletakkan dibahu jalan. Dengan keadaan itu serta rungutan dari penduduk kampung, pihak kerajaan telah bersetuju untuk membesarkan masjid tersebut dengan membina masjid baru dimana sebahagian dari kebun kelapa sawit dibelakang masjid telah diambil untuk membesarkannya.

DSC_0195

Dibahagian belakang masjid atau disisinya terdapat kubur lama yang perlu dialihkan sebelum kerja kerja pembinaan masjid baru dijalankan. Dengan diketuai oleh Jabatan Agama Islam Johor dari Daerah Pontian telah sama sama dengan orang kampung, datang untuk majlis pemindahan kubur tersebut. Aku turut sama hadir dan ini adalah pengalaman pertama melihat cara cara untuk melakukan pemindahan itu.

DSC_0193

Sebelum kubur kubur ini digali, terlebih dulu Majlis Tahlil diadakan dengan kehadiran ramai warga kampung tersebut. Terdapat lima buah kubur kesemuanya dan apabila aku bertanyakan pada orang orang kampung, sebenarnya banyak lagi kubur yang ada tidak jauh dari situ (masih dalam kawasan masjid) yang mana kebanyakan kubur tersebut sudah tidak bertanda lagi dan sukar untuk dikesan.

DSC_0197

Jam lebih kurang 9.30 pagi, bermulalah penggalian kubur lama oleh orang yang diberi amanah untuk mengoreknya. Para waris, sanak saudara simati turut sama menyaksikan upacara tersebut dengan penuh redha demi membesarkan masjid untuk umum.

DSC_0209a

Beberapa waris simati begitu tenang menyaksikan penggalian kubur nenek moyang mereka.

DSC_0199

Kubur kubur yang digali ini adalah milik kepada:-

1. Aruah Hj Ismail iaitu orang pertama yang membuka kampung tersebut.

2. Aruah Hj Salleh iaitu pemilik tanah yang mewakafkan untuk dibuat masjid.

3. Aruah Hjh Sarilah isteri kepada Hj Ismail

4. Aruah Hjh Fatimah, isteri kepada Hj Salleh yang sama sama mewakafkan tanahnya.

5. Aruah Hj Ali bin Hj Ismail anak kepada pembuka kampung.

Aruah Hj Ali adalah jenazah terakhir dikebumikan diperkarangan masjid ini, setelah itu ianya bertukar ke tanah perkuburan baru yang terletak jauh dari masjid tersebut. Ianya dikebumikan sekitar tahun 70an setelah meninggal dalam usianya hampir 120 tahun menurut kata pemberi maklumat iaitu anak lelaki aruah sendiri yang kini sudah berusia lebih 70 tahun.

Al Fatihah untuk semua jenazah.

” Lagi gambar gambar yang akan diterbitkan dalam sambungan akan datang. ” 

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s