baki sarapan

Gantian yang menyerah.

Sebagai mana biasa setiap pagi mesti pekena dulu sebelum menjalankan tugas. Bersama beberapa kawan setugas telah pergi sarapan disebuah kedai makan untuk mengisi perut, apabila perut sudah penuh baru kerja pun bersemangat. Setelah selesai makan duacongkak keluarkan RM50 untuk buat bayaran kesemuanya dengan harga RM10.40 sen. Baki RM39.60 sen diambil lalu dibelek pada setiap helai nota kertas yang diterima dan syiling pula dimasukkan dalam kocek kerana hendak membeleknya mata sudah kurang jelas, terpaksa bawa balik untuk dilihat dengan kanta atau pun menggunakan scan.

Sudah menjadi kebiasaan setiap kali menerima duit kertas atau pun syiling, sentiasa mengharapkan sesuatu yang menarik akan diperolehi. Apa yang mengejutkan apabila didapati duit kertas baki tersebut salah satunya adalah duit gantian untuk RM10. Dengan senyum lebar penuh kegembiraan menerimanya dengan senang hati sekali sambil menunjukkan kepada rakan rakan yang bukan berminat pasal duit.

Kawan: ” aku tengok duit tu macam biasa saja. “

dc: ” memanglah macam biasa tiada perbezaannya tapi ini adalah duit gantian yang ditunggu tunggu sekian lama, bila dapat melalui cara ini terasa seronok yang tidak boleh dibayangkan…”

Kawan: ” aku jumpa berlambak duit macam ni… “

dc: ” memanglah berlambak dan mudah didapati tapi, duit gantian bukan senang hendak dapat lebih lebih lagi dengan cara berbelanja. “

Kawan: ” tak ada yang special pun…”

Malas nak jawab lagi, beri penerangan bagai mana sekali pun kawan kawan tidak akan memahaminya, lebih baik diam dan simpan dalam beg duit.

scan0002a

Duit gantian yang dierolehi dengan keadaan berkedut dibahagian atas dan bawahnya.

scan0001a

Muka depan duit gantian siri terbaru dan diperolehi baki dari sarapan pagi pada hari ini.

scan0001a2

Untuk membezakan duit gantian dengan duit biasa yang digunakan hanyalah pada siri prefixnya iaitu bermula dengan huruf ” Z ” seperti diatas ini iaitu Z A 0 0 9 7 3 9 2.

Penemuan ini untuk melengkapkan koleksi yang ada saja.

Apa pun simpannnnn…dulu.

8 Comments

    • salam kembali mnfadzlyajj.
      dialog yg sikit bolehlah hafal, kalau dah banyak macam sekrip plk, mesti org kata rekayasa.

      Kali pertama dapat duit gantian FV utk siri terbaru dgn nilai RM10, kalau RM1 dah 2/3 keping dan ada yg berlipat pun. Bagi siri RM5, 20, dan RM100 entah bila nak ditemui bergantung rezeki/nasib.

      tq mnfadzlyajj.

  1. salam .. saya pun baru tau pasal kewujudan duit ganti siri prefix Z hari ini bila terjumpa blog Dato Sharudin. Baru-2 ni saya terjumpa not RM10 baru dengan no prefix bermula dengan ZB. Pada mulanya saya agak musykil kerana sepanjang pengamatan saya belum lagi jumpa not RM10 baru dengan prefix bermula dengan B, takkan tiba-2 lompat ke Z. Ingatkan duit palsu, jadi saya simpan sampai sekarang. Rupanya baru tau duit replacement.

    Terima kasih atas perkongsian ini.

    • As Salam kembali Mr Ahmad.

      Tahniah kerana dapat memiliki duit gantian seperti yg diperkatakan. Bagi siri RM10 LRT prefix duit gantian bermula dari ZA hingga ZG iaitu…ZA, ZB, ZC, ZD, ZE, ZF dan ZG. semoga berjaya memilikinya juga nti. Lebih menyeronokkan kalau dapat simpan dgn angka bermula dgn ” 0 “. lagi bnyk ” 0 ” lg bagus.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s