10sen 2012

Lamination

Diantara banyak banyak error bagi duit syiling Malaysia, tidak terkecuali kita akan temui beberapa bentuk error yang terdapat pada syiling baru s3M yang dikeluarkan bermula tahun 2012.

DSC_1747a

Gambar diatas adalah bentuk muka depan syiling s3M yang biasa dilihat.

DSC_1746a

Begitu juga dengan bahagian belakangnya dimana selalu kita dapat lihat apabila ianya berada ditangan. Sudah tidak menjadi kehairanan lagi kerana sentiasa sahaja kita perolehi syiling ini sewaktu berbelanja. Cuma kelainannya adalah syiling ini akan melekat pada magnet tanpa ragu ragu. Pantang dekat dengan magnet sudah pasti ianya akan melekat dengan kuat.

Bukan itu yang hendak dikongsi bersama pada kali ini tapi, cuba teliti dengan betul pada syiling ini dimana ada sedikit kelainan pada bahagian tulisan ‘ NEGARA ‘.

DSC_1746a1

Untuk memudahkan kita melihatnya pada bahagian keratan gambar diatas dimana pada bahagian sisi rim hingga pada tulisan NEGARA seperti disalut sesuatu metal. Kebiasaan yang kita lihat sebelum ini iaitu cud error atau rim cud error, tapi bagi yang ini jika dilihat adalah bukan dari golongan cud error.

DSC_1746a1b

Lihat perbezaan dua keping gambar keratan yang sudah dicantumkan dimana ada sebahagian darinya berlapis dan saiz rim pada bahagian tersebut agak kecil dari keseluruhan lilitan rim.

draw_1207-3a3

Penemuan pertama ini mungkin ada lagi rakan yang lainnya.

Apa pun simpannnnn…dulu.

2 Comments

  1. Salam sdr duacongkak,
    Tahniah atas penemuan menarik syiling s3M ini,depankanta berpendapat syiling ini lebih merupakan die error kerana kelihatan logam yg muncul itu adalah berbentuk timbul (positif) berlainan dgn lamination error yg berbentuk parit (negative) kerana sebahagian permukaan planchet telah tersiat..

    Sukar untuk tentukan sub-kategori sebenar die error spt ini,apa yg dapat dinyatakan ialah bentuk logam berlebihan itu sebenarnya pengaruh dari bentuk yg ada pada permukaan die yg menempa syiling ini..Mungkin juga die telah tertempa atas satu lapisan logam yg nipis dan keras lalu rosak permukaannya (spt struck through error) kemudian terus menempa syiling ini..

    SELAMAT BERANGKAT UNTUK LAWATAN KE KILANG SYILING,PERAK.SEMOGA DGN PENGETAHUAN YG DIPEROLEHI DISANA AKAN DAPAT KITA KONGSI BERSAMA..HATI2 MEMANDU..Salam dan Terima kasih.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s