Mencecah angka 100k

Sesuatu yang tidak diduga.

Salam sejahtera kepada semua pengunjung dan pembaca blog duacongkak yang budiman. Terima kasih banyak banyak diucapkan diatas sokongan tuan tuan dan puan puan semua kerana memberi semangat untuk duacongkak meneruskan penulisan. 

Untuk makluman semua, duacongkak ujud bukan untuk mencari populariti atau sebarang keuntungan, apa yang duacongkak terbitkan hanyalah suka suka sebagai koleksi album yang tidak mungkin ramai tahu atau dapat melihatnya secara dekat. Hanya dengan blog saja duacongkak dapat tunjukkan koleksi yang ada sebagai memuaskan hati sendiri.

Untuk dijadikan sebagai ilmu rasanya tidak berapa sesuai tetapi untuk dijadikan satu rujukan mungkin boleh diterima pakai. Maksud ilmu disini iaitu setiap apa yang duacongkak keluarkan tidak memberikan penerangan secara jelas dan lebih kepada penulisan saja yang boleh dikatakan sebagai caca marba. Untuk rujukan sememangnya boleh diterima kerana setiap apa yang dikeluarkan memberi peluang kepada pengunjung mencari dan berusaha mencari untuk dijadikan koleksi. Tidak semua yang duacongkak ada, orang lain ada dan juga tidak semua yang orang lain ada , duacongkak juga ada. Dengan sebab itulah perlunya blog sebagaimana bloger bloger Numis Malaysia yang lebih ternama dan lebih menyerlah segala penerangannya untuk kita buat rujukan.

Penerbitan kali ini hanyalah sekadar ingin menyatakan iaitu, jumlah pengunjung sehingga kini melebihi angka 100 ribu sebagai mana saudara depankanta perjelaskan didalam blognya. Untuk makluman semua, blog duacongkak dengan blog saudara depankanta tidak jauh bezanya disegi jumlah kunjungan yang ada. Sehingga tulisan ini ditulis, jumlah kunjungan adalah 101,169. Malaysia adalah pengunjung paling ramai dan diikuti oleh Amerika. Ternyata peminat syiling error paling banyak diikuti adalah dari negara Amerika. Sebabnya, mereka lebih lama mempunyai hobi sebegini dan warga negara kita masih dibelakang. Mungkin dengan adanya beberapa blog berkaitan syiling error sudah pasti akan ramai peminatnya nanti.

Paling tinggi jumlah kunjungan dalam satu hari iaitu pada 10/11/12 sebanyak 551, yang lain hari kebiasaannya dalam purata 150 ke 200 dan sesekali saja mencecah angka lebih dari 300 seperti semalam 23/12/12 iaitu 309.

http://wordpress.com/#!/my-stats/

http://wordpress.com/#!/my-stats/?blog=11818008

Link kedua pula adalah jumlah bulanan dari mula duacongkak diterbitkan hinggalah ke hari ini.

Kesimpulannya duacongkak berharap agar para pengunjung jangan terasa jemu dan sesungguhnya dengan bantuan rakan rakan bloger serta pengumpul atau peminat tidak kira samada dari numismatik, setem, botologi atau apa saja yang dipamirkan dalam blog ini, sokongan semua amat diperlukan untuk menambahkan lagi koleki kerana duacongkak masih baru iaitu sekitar dua atau pun tiga tahun saja berkecimpung dalam koleksi yang ada ini kecuali koleksi setem yang sudah pun berhenti dua tahun yang lalu.

Terima kasih sekali lagi kepada semua pengunjung yang setia.

 

2 Comments

  1. Salam duacongkak,
    Tahniah atas pencapaian page views lebih 100,000,nampaknya kita seiring dan diharap menjelang tahun baru 2013 nanti blog ini akan terus kekal dgn persembahan berbagai koleksi yg menarik khususnya syiling error serta gaya bahasa tersendiri yg unik…..

    Salam dan syabas tuan duacongkak…..

    • salam kembali tuan depankanta.
      ucapan tahniah juga saya ucapkan buat tuan yang sering berkunjung keblog saya serta memberi komen yang membina, bukan utk diri saya atau blog saya sahaja tapi lebih kepada para pengunjuung dan pembaca. Hanya mereka yang bijak sana dapat menilai setiap apa yang diterbitkan.

      tq tuan depankanta…

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s