Kenangan semasa bercuti (1)

Abadikan percutian (siri 1)

Baru baru ini iaitu pada 20/12/2012 semasa menghabiskan cuti yang ada, duacongkak berkesempatan melawat tempat bersejarah yang ada di kawasan Matang iaitu dalam Daerah Taiping, Perak. Sungguh pun duacongkak berasal dari Taiping tapi belum pernah terlintas untuk melawat tempat bersejarah ini dan kunjungan ini juga adalah buat kali pertama dalam kehidupan sebagai kenangan.

Gambar dibawah ini adalah pintu masuk ke Kota Ngah Ibrahim yang penuh bersejarah sewaktu zaman pemerintahan Inggeris di Malaya ketika itu.

DSC_1817a

Sebelum memasuki bahagian dalaman kita dapat melihat papan tanda dwibahasa yang mengalu alukan kedatangan pengunjung ke Kota Ngah Ibrahim ini. Pengenalan pertama ini menerangkan waktu bagi setiap pengunjung melawatinya iaitu bermula jam 9.00 pagi hingga 5.00 petang setiap hari kecuali hari Jumaat dimana pada sebelah tengah hari Kota Ngah Ibrahim ini akan ditutup untuk menunaikan solat Jumaat.

DSC_1821a

Bahagian luar dengan perkarangan tempat letak kereta yang cukup luas dan lapang. Kebetulan semasa duacongkak berkunjung, tiada pelawat lain melainkan duacongkak sekeluarga sahaja. Ini kerana waktu duacongkak sampai sudah lewat petang dan peluang untuk melawat hanya dalam tempoh satu jam, setelah itu ianya akan ditutup. Dari luar ini apa yang dapat kita lihat adalah sebahagian dari pagar kawat dan juga tembok yang mengelilingi tapak rumah Ngah Ibrahim (Muzium Matang) yang kini dijaga dan ditadbir oleh pihak Jabatan Muzium Malaysia.

DSC_1820a

Gambar dibawah pula adalah tembok yang masih kukuh disebelah kanan pintu masuk apabila kita mengadap kearah Muzium Matang.

DSC_1819a

Sebaik sahaja kita memasuki bahagian dalam iaitu tidak jauh dari pintu besar, kita dapat lihat rupa bentuk meriam lama dan menghala kearah luar.

DSC_1824a

Sungguh pun usia rumah Ngah Ibrahim (muzium Matang) sudah  berusia namun ianya masih kelihatan kukuh dan kekal seperti asal disebidang tanah yang cukup luas. Malangnya keluasan tanah ini tidak pula diambil dan duacongkak tidak berkesempatan untuk mendapatkan info dari penjaganya kerana waktu lawatan yang amat terhad. Hanya gambar yang dapat diambil dan ingin segera melihat khazanah yang ada didalamnya.

DSC_1826a

Sebelum memasuki Muzium Matang ini, duacongkak sempat mengambil gambar tulisan tentang sejarah Kota Ngah Ibrahim yang terdapat di hadapan rumah tersebut. Apa yang ditulis adalah:

KOTA DAN RUMAH NGAH IBRAHIM

Kota Ngah Ibrahim, Matang, merupakan kawasan dan rumah kediaman Ngah Ibrahim anak kepada Che Long Jaafar, orang yang mula mula menemui dan menerokai perusahaan bijih timah di Bukit Gantang, Taiping pada pertengahan kurun ke 19. Dengan penghasilan bijih timah ini, Ngah Ibrahim telah menjadi kaya raya melebihi dari Sultan Perak sendiri. Sultan telah menganugerahkan gelaran Menteri Larut kepada Ngah Ibrahim.

Kemasukan kaum cina yang ramai telah mengakibatkan banyak tertubuhnya kumpulan kongsi-kongsi gelap antaranya kumpulan Ghee Hin dan Hai San. Kedua-dua buah kumpulan kongsi gelap ini sering bermusuhan. Begitu juga dengan Kompeni Hindia Timur Inggeris yang ingin campur-tangan di Negeri Perak untuk monopoli perniagaan bijih timah ini.

Atas ancaman-ancaman inilah, maka kota Ngah Ibrahim ini dibuat dengan kukuh. Tembuk kotanya dibuat dari beberapa lapisan batu-bata setinggi lebih dari 1.5 meter. Rumah Ngah Ibrahim dibina betul-betul ditengah kota ini. Pembinaan kompleks ini dipercayai siap pada tahun 1858. Kompleks ini juga dijadikan sebagai pejabat dan pusat memungut cukai bijih timah di Jajahan Larut. Kota ini dihubungkan dengan Kuala Sepetang dengan jalan darat dan jalan terusan.

Rumah ini juga dijadikan tempat perbicaraan Dato Maharaja Lela dan Si Puntum yang telah membunuh J.W.W. Birch, Resident Inggeris pertama pada 2 November 1784 di Pasir Salak. Bangunan rumah Ngah Ibrahim pernah juga dijadikan maktab perguruan yang pertama sebelum dipindahkan ke Maktab Perguruan Tanjung Malim, Perak. Kemudiannya bangunan ini dijadikan sebagai Sekolah Rendah Kebangsaan Matang sehingga ke akhir tahun 1970an. Akhirnya kawasan dan bangunan rumah Ngah Ibrahim ini dijadikan Pusat dan Pejabat Kompleks Sejarah Matang oleh Jabatan Muzium dan Antikuiti. (dwibahasa)

(disalin dari tulisan batu ini)

# sedikit pembetulan yang hendak diperkatakan iaitu bagi tahun perbicaraan Dato Maharaja Lela dan Si Puntum adalah pada November 1875. Kalau kita lihat diatas iaitu 1784, ” mana mungkin bangunan dibuat pada tahun 1858 sedangkan perbicaraan pada 1784, sudah tentu pelik jadinya.” mungkin ada kesilapan semasa ianya dibuat tanpa disedari oleh pihak Muzium. Tahun pembetulan itu diambil dari tulisan pada bahasa Inggeris dibawahnya. #

 

DSC_1828a

Sebahagian dari apa yang telah duacongkak lawati di Kota Ngah Ibrahim, Matang, Taiping yang penuh bersejarah ini. Cerita selanjutnya kita dapat membaca dikeluaran akan datang.

(Macam drama bersiri pulak dah…)

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s