DDO 2004

Gegar memang menarik.

Diantara koleksi syiling error yang menarik untuk dimiliki atau dijadikan koleksi peribadi adalah dari jenis Double Die samada Double Die Obverse (DDO) atau pun Double Die Reverse (DDR). Banyak lagi jenis jenis error lain yang boleh kita dapati dari sekeping syiling seperti mana yang pernah dikeluarkan oleh duacongkak atau mana mana bloger lain seperti yang terdapat pada link sebelah kanan blog duacongkak.

DSC_0094a  

Diantara DDO yang menjadi buruan termasuklah bagi syiling 10sen 2004 yang pernah diterbitkan sebelum ini. Gambar syiling yang ditunjukkan diatas adalah siri 10sen 2004 yang diambil gambarnya tanpa gunakan cahaya kamera (flash) untuk dapatkan warna asal pada syiling keluaran Malaysia. Namun begitu cubaan demi cubaan hasilnya cuma apa yang anda lihat. Tidak menjadi. Akhirnya dicuba menggunakan cahaya kamera dan apa yang terjadi seperti gambar dibawah, ianya kelihatan perang.

DSC_0094a-1a

Bukan itu niatnya untuk tujuan duacongkak terangkan disini, tapi apa yang hendak ditunjukkan iaitu pada bahagian muka depan syiling ini.

DSC_0100a1a

Kita lihat satu persatu gambarnya sambil diterangkan apa yang ada atau apa yang istimewanya syiling ini.

DSC_0100a1a-2a

Jika diteliti pada bahagian depan syiling ini kita dapat lihat bentuk congkak yang nampak bertindih atau berganda bentuknya. Cuba perhatikan pada keratan gambar dibawah dimana terdapat anak panah merah dan biru. Dibahagian luar iaitu ditepi tikar seperti ada seretan dan berbayang. Sebenarnya bayangan yang dapat kita lihat itu tiada sebarang kesan timbul cuma ianya sekadar berbayang sahaja.

Berbeza dengan kesan pada lubang congkak dimana ianya kelihatan kesan berganda yang nyata dan ada unsur unsur DDO, cuma duacongkak tidak berani mengesahkan ianya sebagai DDO kerana terjadi pada beberapa bahagian lubang congkak sahaja dan tidak pada keseluruhan. Sekiranya ada yang dapat mengesahkan ia, ini bermakna untuk tahun 2004 terdapat dua jenis DDV dan yang ini boleh dikatakan sebagai V2.

DSC_0100a1b-a3

Gambar keratan dibawah ini diambil dalam keadaan menegak untuk melihat kesan ganda itu. Jangan salah faham pula, nanti ingat syiling ini adalah rotate, sebenarnya ia adalah dalam kedudukan biasa cuma semasa diambil gambar kedudukan syiling ditegakkan.

DSC_0101a1-a4

Begitu juga gambar bawah, ini semata mata untuk meperlihatkan dengan jelas apa yang dikatakan gandaan pada bentuk congkak tersebut.

DSC_0103a1-a5

Seterusnya gambar sekeping syiling digandingkan bentuk belakang dan depan bagi kepastian tahun yang ditempa.

DSC_0104a-1b

Gambar paling bawah adalah untuk syiling 10sen 2004 DDO V1, terjadi gegar atau gandaan pada bahagian kepala congkak.

DSC_0402a1

Mencari ilham disubuh hari, untuk dinukil dalam tulisan, DDO idaman terus dicari, mungkin banyak yang belum perasan.

Ilham dah ada jangan dibiar, cepat cepat taip takut terlupa, dua bentuknya sudah disiar, kini giliran dapatkan yang ketiga.

Terlewat taip ilham pun hilang, puas termenung tidak juga muncul, selepas bergambar dan ditayang, duitnya kini masuk dalam sampul.

apa pun layan dulu…

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s