10 sen 1973

  

Bagi syiling 10 sen 1973, pengeluarannya adalah bagi kali yang keempat selepas 1967, 1968 dan 1971. Tahun yang tidak tercatat adalah tahun dimana syiling 10 sen tidak dikeluarkan mengikut catatan pada buku panduan. Syiling ini diterbitkan sebanyak 214, 832,756 keping dimana pengeluarannya adalah yang kedua terbanyak dalam siri PARLIMEN.

Apa yang menariknya duit syiling ini…?

Sebenarnya duit syiling diatas sekadar panduan untuk melihat bentuk sebenar duit tersebut. Apa yang hendak dinyatakan disini adalah syiling tahun yang sama tapi mengalami kecacatan dan tidak seperti yang tertera dibahagian atas. Kecacatan berlaku lebih menjurus kepada tempaan dilakukan dan diguna pakai seharian oleh warga yang tinggal di Malaysia sehingga akhirnya menyinggah ke tangan duacongkak. Entah berapa ribu kali bertukar tangan tidak pasti dan yang pentingnya, duit ini sudah berada dalam simpanan dan dimuatkan dalam blog sebagai tatapan semua.

   

Cuba perhatikan bahagian muka syiling terutama bahagian angka ” 10 ” bagi duit syiling ini dan bandingkan dengan duit syiling pada imej pertama. Kelihatan angka 10 tersebut hampir selari/rata dengan permukaan duit disebabkan oleh ketiadaan bahagian bebendul pada angka 10. Bagi imej PARLIMEN pada duit ini pula seperti biasa tanpa sebarang kecacatan atau pun haus. Untuk pengesahan ERROR pada duit ini hanyalah pakar yang boleh menentukan samada ” HAUS ” pada permukaan angka 10 itu disebabkan manusia atau pun seretan atas benda keras. Tapi yang pasti bagi duacongkak, haus yang terjadi adalah datangnya dari waktu duit ini ditempa. Disegi logik mana mungkin boleh terjadi kerana geseran sekali pun usianya sudah 38 tahun sebab, haus terjadi hanya pada angka ” 10 “.

Apa pun simpannnnn…dulu.

 

4 Comments

    • TQ MrDanny…setakat ni belum ditimbang lagi, akan dicuba utk pengesahan berat syiling 10 sen 1973 ini
      Apa pun terima kasih bnyk2 kerana beri komen dan dpt berkongsi info serta gandingkan duit error kita,
      sekiranya tepat dgn berat timbangan nnt.sy akan maklumkan…TQ sekali lg.

  1. salam..sy nak tanye.sy ada syiling 20 sen thn 1982.sy x tahu syiling ni mengalami kecacatan dari awal pengeluarannya.kalau kita lihat syiling 10 sen dan 20 sen tepinya ada garisan IIIIIIIIIIIIII mcm ni kan.tapi syiling yg ada dlm simpanan sy ni x ada garisan tepi tu..tepinye kosong langsung x ada garisan tapi saiznye sama dgn syling yg ada garisan.sy nk tnjukkn x th cm mne.jadi sy nk tahu btl ke syiling ni mmg cacat dan dianggap pelik

    • salam kembali atie, TQ kerana sudi melawat blog duacongkak. Persoalan dari atie itu tidak lain adalah kecacatan syiling yg diberi nama “tumble coin”. Dlm blog DC ini ada dikeluarkan syiling sprt atie persoalkan dan sememangnya jd tanda tanya apakah ianya berlaku semasa proses penempaan. Sebenarnya coin ini terjadi disebabkan oleh mesin basuh dan bukan dr jenis error. Ianya berlaku diluar kilang dan disebabkan oleh perbuatan org. Cuba lawati beberapa keluaran yg telah DC muatkan dlm blog ini, iaitu 10sen, 20sen…botak. kecacatan syiling ini tdk dianggap pelik dan jg tiada value numis melainkan face value sj. Apa pun boleh disimpan sbgai rujukan sendiri. TQ atie.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s