” Retak ” (1)

Acuan retak

Pelbagai jenis error pada syiling Malaysia dengan setiap nilai syiling yang kita temui hampir sama sahaja. Begitu juga dengan setiap keluaran yang di muat turun dalam blog duacongkak. Boleh dikatakan hampir sama dan amat jarang yang Major Error sebagai tatapan. Bukan itu sahaja malah, nama nama errornya juga agak sukar diterjemahkan sekiranya kita kurang berilmu.

Sungguh pun begitu duacongkak cuba juga untuk mengenali nama nama jenis error yang terdapat pada setiap syiling Malaysia dan membuat rujukan dari rakan rakan lainnya. Beruntung juga ramai rakan rakan lain yang juga mempunyai minat yang sama dan pelbagai jenis error dapat kita lihat sehinggakan ada diantaranya dari jenis error yang amat sukar ditemui dan masih lagi menjadi buruan bagi diri duacongkak.

Kali ini dipamirkan jenis syiling yang berlaku keretakan acuan pada nilai muka syiling 5sen pelbagai tahun. Bagi keluaran pertama ini dimulakan dengan syiling tahun 2007.

Gambar dibawah ini sebagai rujukan dimana keretakan acuan berlaku pada bahagian huruf ‘ A ‘ untuk MALAYSIA  diarah jam 2. sebagai mana dalam bulatan.

( Die Crack Error )

 

Keratan gambar bagi memudahkan lagi kita melihat bahagian yang dikatakan keretakan acuan, ( Die Crack Error ). Ianya terjadi bermula dari rim melintasi huruf ‘ A ‘ hinggalah berakhir pada daun bunga raya.

Selain kita temui keretakan acuan pada bahagian muka belakang syiling 2007 ini, kita juga boleh lihat jenis error lainnya dibahagian depan syiling iaitu ” Strike Through Error ” seperti dalam bulatan. Terdapat kesan muka syiling seperti berlubang dan tidak rata. Punca kejadian tidak dapat dihuraikan kerana ilmu pengetahuan berkaitan cetakan logam tidak dipelajari dan hanya rujuk dari rakan rakan sahaja yang lebih arif.

Gambar bawah adalah bahagian keratan pada syiling tersebut.

Begitu juga dengan keratan dibawah ini.

Dan bahagian keratan paling bawah ini sengaja tidak dibulatkan, kita boleh lihat disisi rim terjadi sedikit Rim Clipped Planchet Error.

Wow…sekeping syiling nampaknya mempunyai tiga jenis error yang berlainan dikedua dua bahagian mukanya. Sayang sekali syiling ini bukan dalam gred yang baik kerana sudah terlalu lama berada dipasaran dan sering berpindah tangan ketangan dan dari kocek ke kocek, mungkin juga sudah menjelajah banyak kedai atau pasaraya, juga keluar masuk bank dan akhirnya sampai ketangan duacongkak sebelum dia berpindah lagi.

dua bahagian muka Rev. dan Obv. digabungkan menjadi satu.

Apa pun simpannnnn…dulu.

2 Comments

  1. Salam duacongkak,
    Dalam banyak2 error yg dipamirkan ini,die crack yg paling ketara.Jika kita layari laman web pengumpul syiling error profesional ,banyak rupanya sub-kategori untuk die crack ini yang wajar kita sama2 pelajari bagi mantapkan lagi ilmu syiling error..Depankanta sendiri masih banyak belum menguasai bidang ini..Nanti kita sama2 bergerak seiring…

    Salam dan terima kasih duacongkak…

    • salam depankanta.
      banyak perkara baru yg dipelajari dan banyak juga ilmu yang kita boleh dapati, hanya yang mudah saja duacongkak boleh ingat dalam kepala tapi, bila merujuk dari rakan atau dari blog samada kalangan kita orang tempatan mahu pun luar negara, bertambah pening untuk mengingatinya. Bagi kategori error die crack agak mudah untuk dikenali dan diingati berbanding error yang pelik. sungguh pun begitu, kejadian retak ini pun perlu dipelajari juga atas sebab apa atau puncanya. Sebab itu dalam blog saya jarang ada penerangan terperinci. khuatir tersalah maklumat.

      apa pun TQ depankanta kerana sudi komen disini.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s