Akhirnya Ku Temui jua.

Hadiah Pinggan Coca Cola

Set pinggan Coca Cola yang diperolehi dari hasil membeli empat botol air semasa promosi sempena menyambut Hari Raya Aidil Fitri 2012. Semasa bulan puasa tempoh hari, duacongkak cuba mendapatkan set pinggan ini dengan tiga corak yang disediakan sebagai mana diiklankan. Tapi entah apa sebabnya, bagi corak yang ketiga iaitu berbentuk ‘ LOVE ” dengan botol ditengahnya amat sukar ditemui. Habis pasaraya yang hampir dan juga yang agak jauh sikit dengan tempat tinggal diterjah bagi mendapatkan koleksi lengkap. Malangnya kesemua tempat hanya ada set pinggan dengan corak ‘ smile ‘ ( senyuman ) dan corak sudu garpu sahaja. Bagi corak ‘ LOVE ‘ tidak ditemui sedangkan dalam iklan menunjukkan ketiga tiganya ada dipasaran.

Gambaran set lengkap seperti dibawah ini.

Untuk mendapatkan set pinggan ini kita perlu membeli empat botol air Coca Cola 1.5 liter. Atau kita boleh pilih mana mana botol air seperti gambar dibawah iaitu Sprite, Fanta atau pun A&W. Setiap empat botol kita mendapat sekeping pinggan edisi terhad ini dan pilih mana corak yang disukai. Untuk menambahkan lagi koleksi yang ada, terpaksa kita belikan empat botol lagi bagi mendapat dua corak yang disediakan waktu bulan puasa yang lepas. Untuk dapatkan corak yang ketiga, puas pusing merata tempat tapi ternyata tidak ada dipasaran.

Sehinggalah…!

Pada hari ini 05/10/2012 sewaktu duacongkak buat tinjauan disebuah pasaraya berdekatan (kaunter hadiah) sambil berbual dengan awek dekat kaunter, mata terpandang pinggan dengan corak yang ketiga iaitu pinggan corak ‘ LOVE ‘ ( hati ) yang dicari cari selama ini. Apa lagi, dengan pantas masuk dalam pasaraya dan membeli empat botol lagi air Coca Cola ( campur campur ) dengan jenama lain lalu ditebus hadiahnya.

Corak pertama.  ‘ Senyuman ‘

 

Corak kedua… ‘ Garpu dan Sudu ‘

Dan corak ketiga berbentuk hati ( LOVE )

Kenapa mesti ada gambar yang sama? ” baca jangan tak baca. “

Gambar diatas juga adalah corak ketiga tapi kenapa di muatkan lagi dalam blog ini? Corak bagi gambar keempat ini adalah agak istimewa sikit dari gambar ketiga diatas. Ceritanya begini, sewaktu duacongkak hendak tebus pinggan ini di kaunter hadiah, terlebih dulu minta awek yang menjaganya keluarkan semua bentuk hati untuk dipilih, ada lebih kurang lapan keping kesemuanya. Satu persatu duacongkak memilihnya kerana mahu dapatkan yang tercantik tanpa sebarang calar atau rosak pada reka bentuk corak dan memastikan pinggan tidak sompek. Dalam belek punya belek didapati sekeping pinggan ada sedikit kelainan pada corak. Apa lagi, dengan senyum lebar duacongkak meminta pinggan yang ada kelainan ini terlebih dulu dan disimpan sebab mahu membeli empat botol lagi untuk dapatkan sekeping pinggan tanpa lebihan corak. Sebab dari lapan hanya satu saja yang ada kelainan.

Lihat keratan gambar dibawah.

Apa yang kelainannya? Cuba lihat keratan gambar diatas pada tulisan merah Coca Cola, ada pula ” CAP ” yang mana pada pinggan lain satu pun tidak ditemui corak yang sama. Sebagai contoh cuba lihat keratan gambar dibawah iaitu pada jenis pinggan yang sama.

Ini pula adalah dua biji pinggan yang sama corak dan digandingkan untuk memudahkan kita lihat perbezaan pada kedua dua jenisnya.

Rabak duit pun tidak kisah asalkan benda yang dicari ditemui juga lebih lebih lagi dengan adanya sedikit perbezaan pada corak tersebut.

Apa pun simpannnnn…dulu.

2 Comments

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s