Retak (6)

Ulat mencari bunga.

Bilangan kali keenam dalam rangkaian Die Crack yang dikeluarkan bagi syiling 5 sen pelbagai tahun, kali ini kesan retak yang ditunjukkan tidaklah sehebat yang disangkakan kerana ianya terlalu kecil dari keluaran sebelumnya. Mari kita lihat sama sama seperti gambar dibawah.

reverse coin 2008

Lihat pada bahagian atas angka ‘5’ sebagaimana dalam bulatan merah. Kalau mahu jelas lagi selain dari klik pada gambar, cuba lihat pada keratan dibawah dimana kita dapat lihat sedikit metal yang menuju pada kelopak bunga. Bagaikan seekor ulat yang sedang mencuba untuk mencapai bunga tersebut untuk menjadikan makanannya.

Selain dari kesan retak yang juga boleh dikategorikan sebagai Die Chip (sebab ianya belum retak besar, sepertinya keadaan acuan yang serpih) kita dapat lihat juga sedikit kesan retakan dibahagian muka depan syiling ini iaitu seperti gambar bawah. Cuba lihat arah anak panah merah. Disisi rim pula berlaku sedikit cetakan yang lari ketengah bermula dari jam 8 hingga ke jam 2.

Keratan gambar menunjukkan kesan retak yang terjadi pada permukaan syiling juga dapat lihat sisi rim berlapis tiga.

Seperti biasa cantuman gambar depan dan belakang syiling 5sen 2008

Reverse sebelah kiri dan obverse disebelah kanan.

Apa pun simpannnnn…dulu.

Advertisements

4 Comments

  1. Salam sdr duacongkak,
    Memang duacongkak berjiwa flora dan fauna,semua error kena kaitkan dgn kehidupan..haha

    Ulat yg tak cukup tinggi tu lebih dikaitkan dgn die gouge drp die crack (yg biasanya bermula dibahagian rim). Walaupun kelihatan spt kesan retak tapi sebenarnya ulat itu adalah kesan dari tusukan alat yg keras dan tajam semasa kerja2 mencuci die…Ini hanya pendapat depankanta…

    Terima kasih banyak sdr duacongkak….

    • salam kembali sdr depankanta.
      maaf sebab baru terperasan komen tuan disini.
      Sememangnya saya setuju dengan ulasan sdr depankanta yang menerangkan ianya adalah die gouge sedangkan saya jelaskan sebagai die chip, bagi die crack iaitu pada muka depan syiling tersebut. Terima kasih atas kesudian sdr depankanta berkongsi pandangan disini.

      Bagi istilah ulat pula sebagai selingan untuk menceriakan apa yang dipos untuk bacaan agar tidak terasa boring atau pun jemu. Begitu juga dengan pos sebelumnya, pelbagai istilah yang duacongkak telah terbitkan dan ada diantaranya orang mudah faham dan digunakan sebagai panduan.

      tq depankanta. Banyak ilmu perlu dipelajari dan tidak akan habis hongga keakhir hayat.

  2. salam duacongkak. saya menjumpai duit mcm anda pd tarikh 16 nov 2013 yg slma ni sya cri… mmg susah nak cari syiling tu. sya lihat duit yg baru tuan upload tu sama macam saya punya. rasa bangga pulak dalam diri ni..huhuhuhuu.

    • w.salam tuan zeroo_zam.

      tq sbb sudi berkongsi dgn apa yg dc keluarkan, apa yg tuan temui itu sy ucapkan tahniah kerana hobi begini perlukan kesabarannya. Pada pandangan sy, syiling ini mungkin masih banyak diluar sana sbb sy pun sudah miliki lebih kurang 5 keping dlm simpanan, sudah pasti errornya berlaku pada 1 acuan…

      sekali lagi ucapan tahniah dan teruskan usaha mengumpul syiling error yg punyai kekuatan dan keunikan tersendiri bagi penggemarnya.

      salam perkenalan.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s